Nikmati Hari Raya Yang Sihat Dan Gembira Bersama Quaker Oats

by - Isnin, Jun 11, 2018

BISKUT CAMPURAN BIJIRAN BERI BIRU
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

NIKMATILAH HARI RAYA YANG SIHAT DAN GEMBIRA BERSAMA QUAKER OATS  

Padat dengan nutrisi, oat adalah makanan yang serba boleh dan mudah digunakan dalam pelbagai resipi manis dan berempah. Hidangan Hari Raya yang enak bersama Quaker Oats, Jenama Oat #1 Dunia*, menjadikannya lebih mudah untuk menikmati resipi baharu yang mengandungi lebih banyak  khasiat :
  • serat 
  • protein
  • vitamin 
  • mineral


Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum1, Quaker Oats menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dikekalkan. Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan:
  1. Bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B.
  2. Endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein. 
  3. lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia. 

“Di Quaker, kami percaya Hari Raya merupakan satu perayaan yang istimewa buat seisi keluarga, dan apabila kita berkumpul untuk menikmati makanan yang lazat, kita juga harus ingat bahawa nutrisi adalah penting. Hidangan tradisional juga boleh diggabungkan dengan oat kerana ia merupakan bahan yang serba boleh - dengan cara ini, kita boleh menikmati hidangan kesukaan kami dan yakin bahawa kita masih mendapat nutrisi-nutrisi penting," kata Alexia Horley, Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik. 

“Resipi baharu, termasuk resipi perayaan Hari Raya oleh chef selebriti Anis Nabilah, sesuai untuk keluarga serta tetamu dan juga mudah disediakan.” 

Chef Anis Nabilah
Hari Raya ini, cuba resipi Quaker Oats baharu seperti Kari Ayam Merah dengan Oats dan Soup Kambing Quaker Oats, ataupun biskut Raya yang lazat dengan resipi chef selebriti Anis Nabilah seperti Biskut Beri Biru Multigrain Cereal dan Biskut Onde-Onde Oatmeal.

Disini Cheq Sempoi belanja satu resepi dari chef Anis dan banyak lagi di www.quaker.com.my


BISKUT CAMPURAN BIJIRAN BERI BIRU

Bahan-Bahan

125g marjerin 
100g gula kastor 
1 biji telur 
150g tepung naik sendiri 
½ sudu teh soda penaik 
60g beri biru kering 
½ sudu teh garam laut   
120g Quaker Multigrain Cereal

Cara-cara

1. Prapanaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dulang pembakar dengan kertas silikon.

2. Pukul marjerin dan gula dalam mesin pengadun hingga putih dan berkrim. Tambahkan telur. Masukkan tepung, beri biru dan garam. Gaul hingga sebati.

3. Tuangkan Quaker Multigrain Cereal ke dalam mangkuk. Cedok sesudu teh penuh doh biskut. Golek doh dalam campuran bijiran supaya disaluti bijiran dan menjadi bentuk bebola.

4. Letakkan bebola atas dulang dengan jarak satu inci antara satu sama lain untuknya berkembang.

5. Bakar selama 15-18 minit atau sehingga warnanya keemasan. Alihkan ke redai kuih untuk sejukkan


#RayaBersamaQuaker

Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oats dan promosi Ramadan terkini, acara dan resipi, boleh la layari  :

atau 

You May Also Like

3 PEMBERI ULASAN

  1. Waalaikumussalam. salam syawal...

    http://jm2u.blogspot.com/2018/07/cheq-sempoi.html

    BalasPadam
  2. Mana la quaker oats kat umah ni .. tetiba dah habis lak bila lepas raya .. hehe

    Hasrul Hassan - Tips, Famili, Percutian, Kerja Dari Rumah

    BalasPadam