• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Assalamualaikum dan salam sejahtera ๐Ÿ˜˜


Hai, Cheq Sempoi di sini...kembali setelah lama tidak berblog. Ada yang merindui Cheq Sempoi tak...mungkin aura positif dan semangat nak berblog kembali naik selepas Cheq Sempoi hadirkan diri ke seminar NUH2020 baru-baru ni. Seminar yang penuh emosi sedih dan happy ๐Ÿ˜ญ sangat fun tak bosan dan tak mengantuk pun walaupun hingga lewat malam selama 3 hari 2 malam. Kalau korang nak datang, paling terbaik bersama ibu/ bapa/ suami/ isteri sebab masa sesi bersih kolam jiwa hampa sangat memerlukan bahu untuk menangis ๐Ÿ˜ณ haaaa.. Macam mana tu?? ๐Ÿคญ๐Ÿ˜€ Kena datang Dan rasai sendiri moment yang sangat menyentuh hati ❤️ yang tak akan dilupakan. 



Mai rapat-rapat Cheq Sempoi nak kongsi benda baik yang sangat owesome lagi-lagi pada seminar terbaru ni ada tetamu "ISTIMEWA" diundang. Kalau nak tahu siapa? baca sampai habis. Opppss..Sebelum Cheq Sempoi bercerita lebih panjang lagi, baca dulu 2 link yang terdahulu yang berkaitan dengan seminar program Dr. Azizan sebelum yang ke 3 Cheq Sempoi join ni.

➮ PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 KUASAI       POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES
https://cheqsempoi.blogspot.com/2019/05/
program-nak-ubah-hidup- 2019kuasai.html

➮ 12 RIBU PESERTA PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 TELAH BERJAYA MEMBUAT PILIHAN BIJAK
https://cheqsempoi.blogspot.com/2019/09/12-ribu-peserta-program-nak-ubah-hidup.html

Ye, la semua orang nak ubah hidup tapi tak tahu macam mana dan bagaimana mahu bertindak untuk berjaya?? berniaga bukanlah satu bidang yang boleh diambil mudah, silap hari bulan boleh diistiharkan muflis atau bangkrap. Jadi, kita yang Allah SWT kurniakan otak yang sihat kita kena mencari sebanyak mana ilmu untuk memulakan apa-apa perniagaan mahupun potensi diri. Sebab tu ada Hadith meriwayatkan bahawa: 
ุงُุทْู„ُุจُูˆْุง ุงู„ْุนِู„ْู…َ ูˆَู„َูˆْ ุจِุงู„ุตِّูŠْู†ِ، ูَุฅِู†َّ ุทَู„َุจَ ุงู„ْุนِู„ْู…ِ ูَุฑِูŠْุถَุฉٌ ุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ู…ُุณْู„ِู…ٍ

"Carilah ilmu meskipun di negeri Cina, karena mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim".


TENTANG PROGRAM NAK UBAH HIDUP (NUH) 2020 

Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 adalah program 3 hari berturut-turut dari 25 Januari hingga 27 Januari 2020 adalah bertujuan membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Dalam 3 hari program ini, seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam. 

Selama 12 tahun (2008 – 2020) semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu meningkatkan tahap pendapatan. Tapi, jika memulakan perniagaan tanpa ilmu yang betul, tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga. Akibatnya boleh mengalami kegagalan. Oleh sebab itu ramai usahawan tidak mampu bertahan lama dan akhirnya gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan. 



BANYAK KEJAYAAN USAHAWAN-USAHAWAN DARI PROGRAM DR AZIZAN OSMAN DARI RICHWORKS PAKAR MOTIVASI NEGARA

Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty | Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). 

Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!.



Siti Noor Sabrina dari Mamasab Bakery | Beliau yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019. 

Rosli Ismail dari Oli Collection | Beliau hanya menjual cadar sahaja dan telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. 

Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini. Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. 




SEDIKIT TENTANG DR AZIZAN PAKAR MOTIVASI YANG TELAH BANYAK MELAHIRKAN USAHAWAN MELAYU YANG BERILMU DAN BERJAYA DALAM PERNIAGAAN DI ZAMAN EKONOMI YANG SANGAT MENCABAR

Dr. Azizan, Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author. Beliau seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta. 

Beliau mempunyai Visi dan Misi yang hebat untuk sama-sama membawa anak bangsa hari ini mencapai matlamat :
▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia. 
▪ Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun 
▪ Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030.




PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB RICHWORKS INTERNATIONAL DALAM BIDANG PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN 

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE. 

Antara topik dan pengisian program adalah: 

1. Pengurusan Bisnes 
2. Pemasaran 
3. Jualan 
4. Pematuhan Undang-Undang 
5. Perakaunan & Percukaian 
6. Operasi 
7. Kepimpinan 
8. Pembangunan Diri 
9. Pelaburan Dengan rekod prestasi
10.Strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak

ANTARA INDUSTRI YANG DIPELOPORI OLEH ANAK DIDIK DR AZIZAN OSMAN DALAM PELBAGAI BIDANG

1. Fesyen dan pakaian 
2. Kesihatan dan kecantikan 
3. Makanan dan minuman 
4. Pendidikan dan latihan 
5. Perkhidmatan profesional (doktor /peguam /akauntan /dan lain-lain lagi) 
6. Perkhidmatan kewangan, insurans atau takaful 
7. Pembinaan /kejuruteraan /telekomunikasi /pembekalan 
8. Perladangan dan pertanian 



KUNJUNGAN TIDAK RASMI TETAMU ISTIMEWA MEMERIAHKAN LAGI PROGRAM NUH 2020

Sebanyak 3 kali Cheq Sempoi telah join program Richworks, memang tak lari dengan macam-macam kejutan... kali ini adalah yang paling membuatkan Cheq sempoi sangat teruja ikon kebanggaan Cheq Sempoi sejak kecil dan salah satu 101 impian yang Cheq Sempoi list pada program yang lepas. Ikon yang Cheq Sempoi maksudkan adalah Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri YBhg Tun Dr Siti Asmah datang dengan diiringi YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan YBhg Dato' Dr Ahmad Jailani bin Mohamed Yunus, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar. 

Tun adalah Tokoh hebat yang sangat disegani seluruh pelusuk dunia. Dalam program sempat Tun berucap di hadapan 13 ribu peserta yang hadir dengan berkata "Reseki datang daripada perniagaan, kalau nak makan gaji, takat itu ajalah..kalau dengan berniaga boleh sampai jadi milionaire". Dengan menyaksikan sendiri bahawa ramai usahawan Melayu yang sedang berusaha nak ubah hidup dengan membina perniagaan tanpa sikap putus asa agar berjaya sehingga bergelar jutawan.   



APA TUNGGU LAGI, KEJAYAAN TIDAK DATANG BERGOLEK KECUALI DENGAN USAHA DAN ILMU YANG KITA CARI AKAN BERJAYA... Insyallah.

Info lanjut berkaitan Program Nak Ubah Hidup sila layari :
www.nakubahhidup.com
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • Tanpa Redha Suami, Balasan Isteri Ke Neraka. Suami Bongkar Kecurangan Isteri
    Aku seorang suami kepada seorang isteri janda anak satu. Ketika aku menulis air mata ini bercucuran mengenangkan apa yang  telah terjadi.  ...
  • PWTC | SENARAI RUMAH ANAK-ANAK YATIM 2018
    Kredit gambar Google [ PWTC ] SENARAI RUMAH ANAK-ANAK YATIM 2018 PERINGKAT PERTAMA ( 10 MEI 2018 ) PERTUBUHAN NUR KAS...
  • LIMPAHAN CHOCOLATE | DI MUSEUM CHOCOLATE KOTA DAMANSARA | DESTINASI MENARIK TAHUN 2018
    Assalamualaikum dan salam sayang semua... bersama Tim Propa Rangers kali ini sangat menggembirakan Cheq Sempoi dan anak-anak....
  • RESORT WORLD KIJAL TERENGGANU | MENJANJIKAN KETENANGAN KEDAMAIAN DAN KEPUASAN PARA PENGUNJUNG | TEMPAT PENYU BERTELUR
    Assalamualaikum dan salam sayang buat semua... Cheq sempoi sini!!! sudah lama Cheq Sempoi tak bersiaran. Sejak kebelakangan ni kesi...
  • JUARA | POWER ANTABAX GRAFFITI DAN PERMAINAN WARISAN 'BANGKU SEKOLAH'
    JUARA Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Baru-baru ini Cheq Sempoi serta anak-anak mendapat jemputan dari Antabax Power Ma...
  • D AURA CAFE, RESTORAN 5 BINTANG BERKONSEPKAN "ROMANTIC" PILIHAN SETIAP PASANGAN
    Gambar Ihsan FB D Aura Cafe Cheq Sempoi Dihadapan D Aura Cafe  Assalamualaikum dan salam sayang buat semua, Bertarikh 5 O...
  • Safi | Jenama Unggul | Produk Penjagaan Diri | Pilihan Seisi Keluarga Sejak Dulu Hingga Kini
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada satu majlis perasmian produk SAFI Shower. Cheq Sempoi telah berpeluang merasai wang...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • [Tasneem Naturel Balm] Mujarab, Berkesan & Ajaib Bila Disapu
    Nice Packaging Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Lama sudah Cheq Sempoi mencari, akhirnya Cheq Sempoi bertemu dengan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI