• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Melangsungkan perkahwinan di bandar besar terutama Kuala Lumpur dan Selangor memerlukan banyak duit. Bermula daripada sewa dewan, bayaran catering, pelamin, busana, solekan sehingga kepada hantaran dan cenderahati semua perlu diambil kira. Jika ditolak tambah, paling sedikit RM40,000. Perbelanjaan boleh mencecah sehingga RM80,000 ke atas untuk majlis di hotel.


Zaman yang serba mencabar ini semuanya mengambil pendekatan untuk mengambil kira semua perbelanjaan supaya tidak berlaku bebanan atau pembaziran. Lagi-lagi bagi semua yang bekerja sememangnya tidak mempunyai masa. Bagi pasangan yang ingin atau bakal mendirikan rumah tangga, tidak ada masa nak buat survey sana-sini tentang pakej perkahwinan. Cheq Sempoi nak kongsikan dengan anda semua tentang pakej yang disediakan oleh Djarilicious Catering yang menawarkan pakej lengkap, murah dan sedap yang pastinya akan membuatkan majlis anda teratur, mudah dan pendek kata puashati!!!.


Djarilicious Catering berpengalaman mengendalikan katering majlis perkahwinan dan katering korporat sejak 2009. Djarilicious Catering telah memberi peluang Cheq Sempoi sekeluarga untuk menghadiri Open Day yang telah berlangsung pada Sabtu 28 April 2018 bertempat di Taman Kajang Perdana merupakan majlis mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan termasuk lah aktiviti food tasting. 


Pada hari Open Day ini lebih 10 menu wajib disediakan untuk para tetamu dan pelanggan yang hadir. Antara menu yang ada, ayam masak merah, ayam goreng rempah, daging masak hitam, dhalca sayur, daging kuzi, masak lemak cili api nangka dengan perut, dowry tempura dengan sos lemon, gulai ikan masin dengan terung, sambal sotong, acar buah, papadom dan banyak lagi. Lauk-lauk dihidangkan bersama 3 jenis pilihan nasi, Nasi Beriani, Nasi Minyak dan Nasi Putih. 




Sebagai pencuci mulut pula, di datangkan khas oleh vendor Djarilicious Catering iaitu Mior Dessert dari Shah Alam. Antara yang dihidangkan sebagai pencuci mulut brownies, fruit tart, coklat kek, cheese kek, sandwish, puding, cream puff, karipap dan lain-lain lagi.





Bertuahnya Cheq Sempoi sekeluarga disambut mesra serta dapat mengenali lebih dekat, Puan Shida selaku pengurus pemilik Djarilicious Catering. Pada hari Open Day Puan Shida dan team telah menyediakan lebih 10 menu utama yang menjadi kegemaran pelanggan tetap beliau. Kebanyakkan pelanggan yang telah berurusan dengan Djarilicious Catering sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan makanan menu yang disediakan mengikut pakej-pakej yang amat berpatutan. Antara pakej yang disediakan adalah :

1. Pakej Istimewa 'Open Day'


2. Pakej Jom Kenduri







3. Pakej Tunang Nikah


Tentu ada yang jadi tanda tanya sempena kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal akan tiba. Sempena bulan mulia ini juga Djarilicious Catering tidak lupa menyediakan Pakej Berbuka Puasa dan Pakej Jamuan Raya (Rumah/ Pejabat) 2018 mengikut terma & syarat. 

4. Pakej Berbuka Puasa


5. Pakej Jamuan Raya (Rumah/ Pejabat)


6. Lain-Lain Pakej

Pakej katering dan kanopi lengkap dari RM11.00 per pax (untuk katering perkahwinan sahaja) sehingga RM22.90 per pax (pakej kanopi lengkap dengan katering, persalinan, pelamin, PA System dan DJ serta Photografer serta lain-lain).

Pakej mini pula sesuai untuk sebarang majlis-majlis kecil seperti Aqiqah, kenduri doa selamat, house warming, tahlil, hari lahir dan sebagainya. Jamuan untuk 150 pax serta 2 unit kanopi serta dengan kelengkapan-kelengkapan yang menarik. Murah dan terbaikkan?? mengikut baget anda!!!!

Pada anda yang berminat jangan risau baget perkahwinan boleh dibawak berbincang. Apa yang penting majlis yang diidam-idamkan akan menjadi sebuah memori indah dalam hidup anda. Cheq Sempoi doakan untuk semua semoga rumahtangga yang dibina bahagia dan kekal hingga Syurga Allah hendaknya bersama anak-anak yang soleh. Aaminn... 

Untuk pertanya dan sebutharga hubungi talian di bawah SEGERA !!! 
mereka akan membantu anda :

016-232 8532 (Sham) 016-920 8532 (Amy) 
016-660 8532 (Farhan) 016-905 8532 (Cida) 
03-830 1711 (Pejabat) 



Djarilicious Catering
No. 32-G, Blok B
Kajang Perdana 3/2
Taman Kajang Perdana
Selangor

Website
www.djariartz.com

Facebook
https://www.facebook.com/djarilicious/
 
Instagram
https://www.instagram.com/djarilicious_catering/
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • Sue Melati Beauty | Make up Artis Malaysia | Dengan Kecantikan Natural Kelembutan Semulajadi
    Kredit gambar : FB Sue Melati Beauty Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri dan bel...
  • BUTIK HAQQI | Berniaga Sambil Beribadah | Menyediakan Kelengkapan Haji Dan Umrah
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua... Robbanaa laa tuzighquluubanaa ba'da idz hadaitanaa wahablanaa min ladunka rohmah, inna...
  • BUFFET RAMADHAN PILIHAN SEISI KELUARGA (SANTAI & OPEN AIR)
    ISNIN, 12 JUN 2017 Assalamualaikum dan salam sayang pada semua follower Cheq Sempoi. Dalam tidak sedar puasa kita dah masuk hari yang...
  • Safi | Jenama Unggul | Produk Penjagaan Diri | Pilihan Seisi Keluarga Sejak Dulu Hingga Kini
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada satu majlis perasmian produk SAFI Shower. Cheq Sempoi telah berpeluang merasai wang...
  • [Sebab-Sebab Utama] Wajib Ada Insurans/ Takaful Sebagai Langkah Bijak Dalam Pengurusan Kewangan Dan Perlindungan Serta Satu-Satunya Harta Peninggalan Untuk Anak-Anak Kita
    15 sebab utama wajib mempunyai Insurans/ Takaful sebagai perlindungan. Orang yang bijak dalam pengurusan kewangan mesti mengambil s...
  • Bentodon | Makanan Halal Jepun | Secara Online Di Alam Maya Pilihan Masa Kini
    Pelbagai Menu Istimewa Bentodon Pilihan Cheq Sempoi Dan Rakan-Rakan Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hai!! Cheq Sempo...
  • [VIRAL] Pok Ya Cong Codei Dilantik Sebagai Duta Umrah Congcodei Oleh Syarikat Richworld Travel & Tours
    Doakan Cheq Sempoi & Keluarga Dapat Jadi Tetamu Allah S.W.T Secepat Mungkin!! Aamin... Assalamualaikum dan salam sejahtera... B...
  • Bersama Media Menerokai MAEPS Agrotourism Park Serdang | Road To Agro Tourism Siri 3
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bersama Media Menerokai MAEPS - 01.02.2018 (Hari Kedua).  Aktiviti untuk program RTA3 bermula...
  • [Duta-Duta Jakel Buat Kecoh] 1000 Pasang Baju Melayu Percuma Buat Pelanggan Terawal & Lelongan Sehingga 85% Diskaun
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Seminggu sudah kita berpuasa, orang yang paling sibuk..  sudah tentulah kaum ibu-ibu  dari...
  • DREAMWORLD INDOOR PLAYLAND STARLING YANG MENGGEMBIRAKAN KANAK-KANAK
    2 Jun 2017, Jumaat Bergembira di Dreamworld Indoor Playland , The Starling Mall adalah satu pengalaman manis bagi anak-anak cheq sem...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI