• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Datuk Jalaludin Hassan (Duta Rasmi Gintell)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selama ni Cheq Sempoi selalu terfikir, best sangat ke kerusi urut ni? Jadi last weekend hari tu Cheq Sempoi dijemput ke event Gintell yang memperkenalkan produk terbaru mereka.. iaitu kerusi urut Gintell De'Space Star Massage Chair di IOI Mall Puchong. So, Cheq Sempoi tanpa menolak pergi sahaja ke sana untuk merebut peluang dari Gintell merasai urutan dari 6 jenis kerusi urut yang mereka keluarkan. Sekarang ni mereka ada buat roadshow di shopping mall terkemuka sekitar Kuala Lumpur.
Perasmian Gintell De'Space Star Massage Chair
Perasmian ini telah disempurnakan oleh pelakon dan pengacara terkemuka, Datuk Jalaludin Hassan bersama dengan Ketua Pegawai Operasi Gintell, Encik Simon Hue.

Encik Simon Hue (Pegawai Operasi Gintell) &              Datuk Jalaludin Hassan
Menurut Encik Simon Hue, "Dengan kebangkitan teknologi dan permodenan, sesetengah rakyat Malaysia mengabaikan kesihatan yang menyebabkan gangguan kesihatan. Alasan yang biasa didengari adalah kekurangan masa. Jadi, kami di Gintell telah merevolusikan kerusi urut kami untuk menyelesaikan masalah tersebut". Tambah beliau lagi, "dengan kerusi urut Gintell De'Space Star, anda mendapat kelebihan melakukan aktiviti fizikal dengan hanya berehat di kerusi urut. Dengan cara ini, jadual kerja yang tidak terduga tidak akan menjadi beban kepada kesihatan lagi".


Revolusi teknologi kerusi urut Gintell menyediakan alternatif terbaik kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menjalankan aktiviti fizikal tambahan. De'Space Star dari siri kerusi urut UFO yang baru dilancarkan, menjanjikan elemen yang unik seperti fungsi Moon Hand Grasp. Bebola urut direka secara khusus untuk menyediakan urutan mirip urutan tangan sebenar. Terdapat juga 4D Reflex Spa yang menyediakan sesi refleksologi yang lengkap melibatkan terapi memanaskan betis dan lutut, meliputi kesemua 27 titik akupuntur.
Produk terbaru Gintell ini ditawarkan dengan harga RM11,836 termasuk dengan urutan yang telah diprogramkan. Program urutan ini menyediakan pelbagai kelebihan untuk mereka yang prihatin terhadap kesihatan. Antaranya, Yoga Stretch yang menyediakan manfaat senaman yoga. Dengan fungsi 210° Yoga Stretch, pengguna dapat mengelakkan dari menjadi bongkok, kaki berbentuk O dan X, dan kyphosis. Disamping itu pengguna juga dapat menguatkan sendi, memperbetulkan postur tubuh dan keseimbangan serta memperbaiki pelurusan tubuh jika digunakan secara berterusan.

Keluarga Cheq Sempoi selesa dan sedap bila diurut dengan pelbagai kerusi urut Gintell

Gintell De'Space Star Massage Chair ni adalah model terbaru mereka yang paling canggih. Ada pelbagai mod urutan dan lepas pilih salah satu mod, kerusi ini akan lakukan analisis dahulu tentang tubuh badan anda dengan menggunakan I-Sensing System yang mana mengukur ketinggian pengguna dengan tepat secara otomatik. Di antara fungsi-fungsi lain yang mengagumkan ialah Zero Gap Recliner untuk mengoptimumkan ruang, program i-Memory yang membolehkan pengguna untuk menyimpan teknik urutan yang digemari, dan Zero Gravity yang menyediakan posisi yang ideal untuk keselesaan maksimum.

Cheq Sempoi & Datuk Jalaludin Hassan

Gintell membuktikan komitmen kepada kesihatan rakyat Malaysia dengan menganjurkan program bual bicara kesihatan bertajuk "Breathing Well With Yoga" yang dihoskan oleh pengacara dan personaliti kesihatan, Jojo Struys. Sementara itu, Datuk Jalaludin menghiburkan para peminatnya dalam sesi beramah mesra ekslusif.
Datuk Jalaludin Hassan & Jojo Struys               (Personaliti Kesihatan)
Promosi pameran kesihatan Gintell akan diadakan sepanjang musim perayaan ini sehingga 1 Januari 2018, di mana para pembeli dapat menikmati rebat tunai istimewa sebanyak RM2,000 dengan setiap pembelian kerusi urut De'Space Star.

Gintell (M) Sdn Bhd adalah stor rantaian produk kesihatan dari Malaysia, menawarkan produk kesihatan yang lengkap seperti kerusi urut, katil urut, peralatan kesihatan dan pelangsingan badan. Sehingga kini, Gintell mempunyai lebih 100 buah cawangan di kompleks membeli-belah utama di seluruh negara dan melayakkannya untuk diiktiraf oleh Malaysian Book Of Records sebagai 'Stor Rantaian Produk Kesihatan Terbesar'.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran & produk terbaru Gintell, sila layari :
www.gintell.com

Atau hubungi :
1-800-88-6332

Share
Tweet
Pin
Share
8 PEMBERI ULASAN
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • PROMOSI NIKMATI CITARASA KEENAKAN RAYA MEXICANA PANCAKE DI SELURUH CAWANGAN PANCAKE HOUSE
    SET RAYA MEXICANA PANCAKE & MINTY LIMAU RAYA   Jumaat, 23 Jun 2017 Assalamualaikum dan salam sayang semua, Buat pertama k...
  • RESTORAN NY STEAK SHACK ~ STEAK, BURGERS & SHAKES, SUNWAY VELOCITY MALL KL
    Rabu, 12 Julai 2017 Salam sayang semua, Rasa macam dah lama Cheq Sempoi tidak bersiaran. Maklumlah sibuk beraya sampai tak ing...
  • BURGER 'NEGARAKU" SIMBOLIK SEMANGAT KEMERDEKAAN GENERASI XY, KELAINAN DAN KEUNIKAN MEMBERI 1000 MAKNA KEPADA PELANGGAN
    BurGer NeGaraKu Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua, Cheq Sempoi masih dalam semangat kemerdekaan yang baru saja berl...
  • INNERSHINE MARINE COLLAGEN WITH KYOHO GRAPE JELLY YANG MENABJUBKAN
    Innershine Marine Collagen Essence Strip Cheq Sempoi Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan Cheq Sempoi. Semu...
  • MURFEST 2017 | KEMAHIRAN FESTIVAL RETREAT BESAR URBAN ASIA TERBAIK
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua, Baru-baru ini Cheq Sempoi dijemput ke Majlis Jelajah dan Pengalaman Sambutan Kesejahteraan, M...
  • Filem 'MALAY REGIMENT' Tersimpan Semangat PATRIOTIK KEMERDEKAAN Yang Kekal Abadi
    Salam Kemerdekaan buat semua...Follower Cheq Sempoi, Maaflah buat semua sebab agak terlewat Cheq Sempoi keluar bersiaran tentang File...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • [ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
    Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua,  Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun ti...
  • LAUNCH OF MISS SHOPHIA @ BBKLCC FIESTA & PELANCONGAN MALAYSIA "DEKAT JE CARNIVAL"
    Ass alamualaikum dan salam sejahtera semua yang Cheq Sempoi rindui.. KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2017 - Perasmian Fiesta & Pelancongan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI