• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Assalamualaikum dan salam sayang semua,
Cheq Sempoi sini..๐Ÿ˜

Keindahan | Pulau Pinang diwaktu malam

BERSANTAI DI PULAU PINANG | PULAU MUTIARA 

Nama Pulau Pinang diambil daripada nama pokok pinang (areca catechu). Ia juga dipanggil Tanjung Bidara sebelum dikenali sebagai Pulau Pinang. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu seberang pulau dan Seberang Perai dengan adanya 2 buah jambatan terpanjang dan feri di laut Prai, Glugor dan Bagan Dalam menjadi penghubung. Terdapat juga sebuah Lapangan terbang kedua sibuk bagi pesawat kargo di Malaysia. Tapi Cheq Sempoi lebih suka dengan panggilan 'Pulau Mutiara'. Pulau Pinang merupakan salah 14 negeri-negeri di Malaysia. Terdapat banyak pantai terletak di Pulau Pinang. Dan yang paling penting dalam sejarah, Pulau Pinang adalah tempat lahir Cheq Sempoi. Memang terbaiklah kampung Cheq. 

Ok jom kali ni Cheq nak share dengan hampa semua tempat yang best kat Penang. Hopefully info ini dapat tolong hampa semua untuk plan tempat untuk dilawati di Pulau Mutiara. Negeri yang famous dengan anak mami yang cantik manis memang telah menjadi salah satu negeri tumpuan pelancong selain Melaka dan Kuala Lumpur. Percayalah memang tak salah hampa semua pilih Pulau Mutiara sebagai tempat bersantai yang sangat 'awesome' (bak kata orang putih).


๐Ÿ“ท Google

PULAU MUTIARA | PULAU SYURGA MAKANAN 

Disebabkan ramai yang suka makan, maka Cheq mulakan dengan tempat menarik di Penang yang latest mengenai makanan di Penang. Biasa kita dengaq muzium tentang barang-barang bersejarah, kereta atau individu kenamaan tetapi, Wonderfood Museum Penang adalah berbeza dengan muzium lain, dengan meletakkan makanan sebagai pameran. Yang interestingnya fokus utama di muzium ini ialah ia memberikan fokus kepada makanan tempatan seperti : 
  • Roti Canai 
  • Nasi Lemak Ayam 
  • Cendol 
  • Laksa 
๐Ÿ“ท Google | Wonderfood Museum 

Hampa semua boleh bergambaq atau ber”selfie” dengan makanan-makanan yang terdapat di sini. Hampa Jangan terkejut dengan saiz makanan yang sangat besaq dan sangat realistic. Jangan makan tau!!! hahaha. Ini hanya replika. Sesuai untuk people yang berminat dengan sejarah makanan tempatan kita. 

Ha.. tak cukup lagi Cheq nak habaq kat hampa tempat makan yang best kat Penang ni. Kita sambung lagi dengan tarikan interesting food. Terletak di Medan Selera Astaka Bukit Bendera, kedai Penang Hill Lily Ice Kacang since 1986. Tempat ini wajib hampa singgah pi.. sebagai penutup setelah penat lelah mendaki atau menaiki Bukit Bendera, Penang Hill. Antara yang interesitng things yang hampa boleh try kat sini ialah Jus buah-buahan (Jus Avocado), Smoothies dan Ice kacang. Terkenal dengan Mango Ice yang berharga RM10, rasanya sangat sedap disebabkan terdapat potongan buah mangga segar berserta aiskrim. Ok mai sini, Cheq nak listkan tempat-tempat makan sempoi yang wajib hampa pi??;
  • Deen Maju - Nasi kandaq
  • Roti Canai Transfer Road - kuah banjir dengan ayam sedap giler
  • Roti Canai Gemas Road - suasana breakfast paling giler
  • Roti banjir kuah kaw tambah cheese telur dan bawang mmg lain dari lain
  • Roti bakar telur 1 Malaysia pun sedap
  • Restoran Kapitan - Tandoori kambing paling sedap 
  • Sup Hameed  
  • Tajuddin Hussain - ayam bawang power! Ayam ros pun sedap. Nasi biryani dia pun sedap. Kedai bersih giler.
  • Abu Mamak - bukan kedai mamak besar. Warung kecik tepi jalan jer. 
  • Nasi goreng udang - Batu Ferringhi
  • Nasi kandar flat kg melayu
  • Breakfast serabai astaka Taman Saadon
  • Mee husin dalam Market Jelutong
  • Nasi lemak lobster project box
  • Cargas cafe 
  • Nadi kandar Shariff medan selera Gelugor 

TEMPAT-TEMPAT MENARIK PILIHAN PELANCONG DALAM DAN LUAR

Sekarang bulan Disember, sudah penghujung tahun 2018 dan musim cuti sekolah memang Pulau Pinang adalah destinasi yang terbaik untuk bercuti sambil melancong bersama traveloka. Terdapat banyak daya tarikan disini yang akan membawa hampa lebih dekat kepada alam hijau ini contohnya Home of Nature, Nature Trail, Canopy Walk, dan Tree Top Walk. Ada 3 cara untuk sampai ke sini iaitu dengan naik train, mendaki atau guna 4WD. 


๐Ÿ“ท Google | Avatar

Nature Trail disini korang dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika dengan lebih dekat di Penang Hill. Sepanjang 1.6KM berjalan disini hampa boleh menghayati keindahan alam dengan beberapa pilihan taman tema seperti Colour Garden, Butterfly Bank, Fragrant Garden and Ginder dan Palm Grove. Lokasi ini sangat sesuai untuk setiap peringkat umur kerana ia memfokuskan dalam kepentingan menjaga hutan kita. Keindahan flora dan fauna pastinya akan memukau mata.

Gayat atau tidak hampa wajib untuk mencuba The Tree Top Walk! Adalah amat rugi sekiranya hampa datang kesini dan tidak menaiki The Tree Top Walk yang berketinggian 13m. Hampa boleh melihat pemandangan 360˚ Pulau Pinang daripada sini. Jika cuaca menarik, Langkawi juga boleh dilihat disini. Nice kan? Hehehe. ๐Ÿ˜„

๐Ÿ“ท Google | Avatar

Avatar? Mungkin terbayang didalam minda hampa tentang movie makhluk biru yang famous tu. Hutan yang penuh warna-warni didalam filem tersebut telah diilustrasikan di Tanjung Tokong ini. Daya penarik disini ialah Taman Tulip, Papan Chess Cina, Pokok berwarna-warni dan Menara Bercahaya. Mungkin saiz tempat ini tidak berapa besar sebab dalam 10-15 minit hampa sudah siap tawaf, tetapi pemandangan yang cantik ini akan membuatkan hampa merasakan sejam tidak mencukupi untuk berada di salah satu tempat menarik di pulau pinang ini. Sesuai untuk mereka yang suka bergambar .Turut menjadi daya penarik disini ialah Taman bunga Kulip yang cantik. Disini tiada bayaran dikenakan. Gunakanlah peluang sebaiknya kerana biasanya pameran bunga tulip bercahaya dikenakan bayaran sehingga RM15 sekali masuk di tempat-tempat lain. Pesanan buat hampa parking disini agak terhad dan jangan pergi siang kalau tidak mahu kecewa.


๐Ÿ“ท Google | Komtar

Bangunan Komtar Pulau Pinang merupakan pusat tumpuan terbaru di Pulau Pinang. Nafas baru yang diberikan kepadanya telah membuatkan tempat ni menjadi pusat pelancongan yang aktif dengan terdapat banyak tempat didalam atau sekitarnya untuk dicuba such as Ocean Explorer, Tongkat Ali King, Magic Mirror Maze, Window of the Top, dan Penang Jurassic Research Center. Pilihlah tempat bersesuaian dengan minat hampa dan bajet hampa. Window of the Top merupakan tempat yang menarik seperti The Shore, Melaka. Tempat-tempat tu adalah tempat yang sesuai untuk budak-budak atau sesiapa yang gemar aktiviti indoor.  

LAGI TEMPAT MENARIK YANG SELALU MENJADI PILIHAN PELANCONG
  • Penang Street Art
  • George Town
  • Bukit BenderaAir Itam
  • Night Market
  • Batu Ferringhi
  • Gurney Drive
  • George Town
  • ESCAPE Theme Park
  • Teluk Bahang
  • Upside Down Museum
  • 3D Trick Art Museum
  • Wonderfood Museum
  • Ghost Museum
  • The Top Penang

So of course hampa terpikir camne nak ke Penang dalam masa yang cepat kan???, 
so hampa boleh check it out kat Traveloka untuk book tiket Fly 



"Book tiket Fly Kuala Lumpur to Penang dengan harga" yang murah dan best
Hopefully this info dapat tolong hampa semua!!!
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • PROMOSI NIKMATI CITARASA KEENAKAN RAYA MEXICANA PANCAKE DI SELURUH CAWANGAN PANCAKE HOUSE
    SET RAYA MEXICANA PANCAKE & MINTY LIMAU RAYA   Jumaat, 23 Jun 2017 Assalamualaikum dan salam sayang semua, Buat pertama k...
  • RESTORAN NY STEAK SHACK ~ STEAK, BURGERS & SHAKES, SUNWAY VELOCITY MALL KL
    Rabu, 12 Julai 2017 Salam sayang semua, Rasa macam dah lama Cheq Sempoi tidak bersiaran. Maklumlah sibuk beraya sampai tak ing...
  • BURGER 'NEGARAKU" SIMBOLIK SEMANGAT KEMERDEKAAN GENERASI XY, KELAINAN DAN KEUNIKAN MEMBERI 1000 MAKNA KEPADA PELANGGAN
    BurGer NeGaraKu Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua, Cheq Sempoi masih dalam semangat kemerdekaan yang baru saja berl...
  • INNERSHINE MARINE COLLAGEN WITH KYOHO GRAPE JELLY YANG MENABJUBKAN
    Innershine Marine Collagen Essence Strip Cheq Sempoi Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan Cheq Sempoi. Semu...
  • MURFEST 2017 | KEMAHIRAN FESTIVAL RETREAT BESAR URBAN ASIA TERBAIK
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua, Baru-baru ini Cheq Sempoi dijemput ke Majlis Jelajah dan Pengalaman Sambutan Kesejahteraan, M...
  • Filem 'MALAY REGIMENT' Tersimpan Semangat PATRIOTIK KEMERDEKAAN Yang Kekal Abadi
    Salam Kemerdekaan buat semua...Follower Cheq Sempoi, Maaflah buat semua sebab agak terlewat Cheq Sempoi keluar bersiaran tentang File...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • [ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
    Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua,  Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun ti...
  • LAUNCH OF MISS SHOPHIA @ BBKLCC FIESTA & PELANCONGAN MALAYSIA "DEKAT JE CARNIVAL"
    Ass alamualaikum dan salam sejahtera semua yang Cheq Sempoi rindui.. KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2017 - Perasmian Fiesta & Pelancongan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI