• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

๐Ÿ“ท Media Selangor
Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Datumcorp International Sdn Bhd dan Epic Homes serta pelancaran Datum Homes For All bertempat di Datum Galleria, Taman U-Thant, Ampang Hilir, Kuala Lumpur.



Majlis yang diadakan sangat meriah sekali dengan kehadiran ramai tetamu yang terdiri daripada pemilik kediaman dan pelabur. Majlis disempurnakan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Haji Amirudin Shari, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DatumCorp, Shytul Shahryn Mohamad Shaari yang turut melancarkan kempen berkenaan.

Kempen #DatumHomesforAll bertujuan untuk mengukuhkan pembangunan komuniti DatumCorp melalui dua objektif iaitu :

  • Pertamanya adalah dengan mempertingkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung dengan sumbangan komuniti Orang Asli kepada negeri Selangor. Ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat DatumCorp yang diperkenalkan melalui permainan mudah alih Datum Tap yang mana ia merupakan pertama seumpamanya di Malaysia.
  • Kedua pula adalah dengan meningkatkan pemilikan kediaman dan pelaburan di Datum Jelatek melalui empat pakej khas unik sebagai meraikan pelancaran inisiatif tanggungjawab sosial korporat pertamanya bagi membolehkan pelabur dan bakal pemilik kediaman ditawarkan dengan lebih nilai apabila memilih menjadi sebahagian daripada komuniti Datum Jelatek.



Pakej tersebut ialah The Voyager Pack, Wealth Boost Pack, Blooming Pack and Pro-CPack yang mana ia direka untuk memenuhi keperluan unit para pembeli individu. Majlis tersebut menyaksikan pemeteraian MoU antara CEO DatumCorp International Shytul Shahryn Mohamad Shaari, dengan Presiden Epic Society, John-Son Oei.

Turut dilancarkan adalah permainan pertama Datum Tap yang memberi peluang kepada pemain untuk membantu komuniti Orang Asli melalui bermain permainan melalui telefon pintar sementara berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. EPIC Society merupakan organisasi bukan berorientasikan keuntungan yang memberi tumpuan terhadap usaha mendirikan rumah kepada komuniti Orang Asli yang kurang mendapat perhatian. Berdasarkan fakta daripada UNDP, 34% daripada Orang Asli hidup secara proaktif, bersamaan dengan 1/3 daripada keseluruhan populasi. Rumah merupakan perkara yang sangat penting kepada Orang Asli, yang mana ia sangat berkaitan dengan identiti mereka, peluang pekerjaan komuniti dan tanah. Membantu keluarga untuk memilik rumah, bakal membantu keluarga melepasi kitaran kemiskinan.



John-Son Oei berkata, "kami berasa terharu apabila diberi untuk bekerjasama dengan DatumCorp menerusi kempen CSR mereka. Ternyata Datum Tap muncul sebagai sebuah gamification yang tempat bagi menyampaikan dan menjayakan matlamat kami dalam membudayakan komuniti Orang Asli. Umum mengetahui permainan telegon bimbit kebiasaannya adalah untuk bersuka ria dan mungkin untuk memenangi hadiah. Namun begitu, Datum Tap bergerak seiring dengan hasrat bagi memenuhi kehendak komuniti dan secara tidak langsung memndidik masyarakat mengenai komuniti Orang Asli".

Selain itu, komuniti Orang Asli menjadi pemenang dan menjadi bintang di dalam kempen berkenaan - ini bermakna lebih ramai orang akan menyedari betapa pentingnya peranan mereka yang merupakan sebahagian daripada bangsa yang kaya dengan seni serta warisan budaya.


Permainan Datum Tap merupakan permainan mudah alih yang unik dan ia boleh dimuat turun dengan iOS dan platform Android. Ia membenarkan pemain mengumpul planks dengan bermain telefon pintar bagi membina rumah maya untuk komuniti Orang Asli. 

Para peserta yang berminat untuk menyertai permainan tersebut memilih 'Like' Datum Jelatek Facebook Page, log masuk di dalam aplikasi mudah alih dengan authentik akaun Facebook yang mana ia boleh menang dalam permainan dengan memenangi ganjaran maya untuk merebut hadiah utama dan hadiah mingguan.

Pada akhir kempen tersebut iaitu pada bulan Januari 2019 DatumCorp akan berubah menjadi rumah maya kepada rumah sebenar bagi sebahagian daripada keluarga Orang Asli dengan bantuan daripada EPIC Homes. 


Hadiah mingguan bagi pemain ialah Huawei P20 Pro (13 unit untuk dimenangi) dan hadiah utama yang akan diumumkan pada Januari 2019, berupa pakej melancong ke Osaka, Jepun selama 6 hari 5 malam. Hadiah mingguan pula akan diumumkan setiap hari Ahad manakala pemenang utama akan diumumkan pada 12 Januari 2019 seiring dengan majlis peringkat akhir syarikat tersebut.


Datum Jelatek terdiri daripada DatumCorp International yang memiliki nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.2 Juta itu merupakan projek pembangunan bersepadu transit yang melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.2 Juta".

Untuk maklumat lanjut, Datum Jelatek sila hubungi link :
www.datumjelatek.com.my

Atau

FB :
DatumJelatek

Klik Datum Tap untuk Google Play

Share
Tweet
Pin
Share
31 PEMBERI ULASAN
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • PROMOSI NIKMATI CITARASA KEENAKAN RAYA MEXICANA PANCAKE DI SELURUH CAWANGAN PANCAKE HOUSE
    SET RAYA MEXICANA PANCAKE & MINTY LIMAU RAYA   Jumaat, 23 Jun 2017 Assalamualaikum dan salam sayang semua, Buat pertama k...
  • RESTORAN NY STEAK SHACK ~ STEAK, BURGERS & SHAKES, SUNWAY VELOCITY MALL KL
    Rabu, 12 Julai 2017 Salam sayang semua, Rasa macam dah lama Cheq Sempoi tidak bersiaran. Maklumlah sibuk beraya sampai tak ing...
  • BURGER 'NEGARAKU" SIMBOLIK SEMANGAT KEMERDEKAAN GENERASI XY, KELAINAN DAN KEUNIKAN MEMBERI 1000 MAKNA KEPADA PELANGGAN
    BurGer NeGaraKu Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua, Cheq Sempoi masih dalam semangat kemerdekaan yang baru saja berl...
  • INNERSHINE MARINE COLLAGEN WITH KYOHO GRAPE JELLY YANG MENABJUBKAN
    Innershine Marine Collagen Essence Strip Cheq Sempoi Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan Cheq Sempoi. Semu...
  • MURFEST 2017 | KEMAHIRAN FESTIVAL RETREAT BESAR URBAN ASIA TERBAIK
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua, Baru-baru ini Cheq Sempoi dijemput ke Majlis Jelajah dan Pengalaman Sambutan Kesejahteraan, M...
  • Filem 'MALAY REGIMENT' Tersimpan Semangat PATRIOTIK KEMERDEKAAN Yang Kekal Abadi
    Salam Kemerdekaan buat semua...Follower Cheq Sempoi, Maaflah buat semua sebab agak terlewat Cheq Sempoi keluar bersiaran tentang File...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • [ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
    Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua,  Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun ti...
  • LAUNCH OF MISS SHOPHIA @ BBKLCC FIESTA & PELANCONGAN MALAYSIA "DEKAT JE CARNIVAL"
    Ass alamualaikum dan salam sejahtera semua yang Cheq Sempoi rindui.. KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2017 - Perasmian Fiesta & Pelancongan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI