• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi




Assalamualalikum dan salam sejahtera...

Hai..hai..hai.. Sudah masuk minggu ke dua kita berpuasa kan?? sekejap je masa berlalu. Mesti ada yang sibuk mencari keperluan hari raya, terutama pakaian untuk pagi raya. Hemmm... Cheq Sempoi pun tengah pening mencari warna sedondon satu family Cheq Sempoi. Rasanya tahun ni Blue Black kot, sebab suami Cheq Sempoi dah sebut. Lepas ni sibuk pulak bab biskut raya. Cheq Sempoi macam biasa lah kalau beraya kat KL ni memang tiada apa sangat lah persiapan yang akan dibuat. 



Tapi Cheq Sempoi nak jugak cantik berhari raya terutama tudung. Ye, la... Cheq Sempoi tak secantik mana. Jadi pemilihan tudung kenalah peka sikit, supaya nampak cantik bila bertudung. Idea Tudung Raya?!!! Ok satu jenama yang mengeluarkan tudung ekslusif bertahtakan batu permata swarovski ini antara lima hijab bertatah permata swarovksi buatan Malaysia yang terkenal serata negeri. The Twiq Label, yang terletak di Bangi, Selangor.

Seperti yang kita tahu, Swarovski adalah permata kristal yang sebenarnya telah diolah untuk mempunyai kilauan gah sama seperti berlian asli. Menurut sejarah latar belakang jenama Swarovski sendiri, pengasasnya iaitu Daniel Swarovski pada asalnya bukan sahaja mahu menghasilkan potongan facet kristal yang sempurna, tetapi berhasrat untuk membuka peluang kepada golongan serdehana memiliki dan menggayakan aksesori cantik yang kilauannya mirip berlian tampil dengan kristal Swarovski.



~ BACA DI SINI ~ 
Tudung The Twiq Label | Dihiasi Kristal Mewah Swarovski | Yang Cukup Aggun Dan Menawan




Swarovski kini bukan sahaja dimanfaatkan sebagai barang kemas dan perhiasan kristal di dalam rumah semata, ia juga sinonim dengan fesyen yang banyak diguna-pakai sebagai perincian berkilau pada fabrik. Baru-baru ini bersempena dengan kedatangan perayaan serta berakhirnya musim bunga, baru-baru ini telah diadakan pertunjukkan fesyen “GAYA KOLEKSI RAYA 2018” yang bertemakan “A Tale Of Spring” yang telah diadakan pada 13 April di Red Zone Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Gaya Koleksi Raya 2018 Tracync Scarves | Dengan Koleksi Tudung Bertakhta Batu Swarovski. Hari Raya tahun ini akan jatuh pada pertengahan bulan june, bulan yang menandakan akhir musim bunga. Pertunjukkan fesyen Gaya Koleksi Raya 2018, Tracync® Scarves turut mempamerkan tudung dari koleksi mereka yang bertemakan musim bunga serta menampilkan 24 koleksi tudung bawal yang dihias dengan batu swarovski dan dibuat dengan pelbagai bentuk dan warna yang menarik. 



Puan Tracync (Pemilik Butik) 
Tracync Scarves Dengan Koleksi Tudung Bertakhta Batu Swarovski di Pertunjukkan Gaya Koleksi Raya 2018 

Setiap Scarf Tracync disesuaikan dan direka bentuk dan dibuat dengan penuh kasih sayang oleh Tracy, menggunakan bahan-bahan terbaik untuk mencipta reka bentuk yang menarik dan mempesonakan. Mereka dibawakan oleh jahitan tanda tangan yang rapi dan terperinci, dan glimmer yang ikonik dari unsur buatan tangan Swarovski yang menghiasi mereka. 

Ia diilhamkan dari pelbagai pemandangan yang anda dapat lihat ketika musim bunga di seluruh dunia, dengan penggunaan saree India yang ikonik, Lily-of-the-Nile (bunga Agapanthus) dan motif senibina bangunan timur tengah. Tudung-tudung ini bukan sahaja menonjolkan banyak warna dan reka bentuk yang terdapat pada musim bunga, tetapi menunjukkan bahawa tudung juga boleh mewakili begitu banyak kecantikan yang ada di dunia. 










Tracync Scarves ditubuhkan pada tahun 2014 oleh Tracy Yong, beliau membuat dan menjual Hijab buatan tangan yang unik yang menampilkan elemen swarovski. Melalui pertemuan beliau dengan global haute couture dan effervescent fashion dari Timur Tengah, beliau membina jenamanya sendiri di atas potongan hijab yang mencerminkan gaya hidup wanita moden Muslim. Banyak menawarkan warna-warna lembut yang berasaskan rona pastel, The Twiq Label juga bijak mengetengahkan motif tampalan kristal kreatif, seperti bentuk bunga ros yang disusun cermat ini.



Turut bekerjasama pada majlis tersebut adalah jenama Duck. Siapa yang tidak kenal dengan jenama tudung yang ini. Merupakan pemilik kepada usahawan hebat Vivy Yusof yang juga baru-baru ini memperkenalkan rekaan shawl eksklusif bertatah permata swarovski.


Tracync Scarves boleh dibeli dari The Twiq Label Boutique di Bangi Sentral atau membuat pesanan secara dalam talian melalui :

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM 
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • Sue Melati Beauty | Make up Artis Malaysia | Dengan Kecantikan Natural Kelembutan Semulajadi
    Kredit gambar : FB Sue Melati Beauty Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri dan bel...
  • BUTIK HAQQI | Berniaga Sambil Beribadah | Menyediakan Kelengkapan Haji Dan Umrah
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua... Robbanaa laa tuzighquluubanaa ba'da idz hadaitanaa wahablanaa min ladunka rohmah, inna...
  • BUFFET RAMADHAN PILIHAN SEISI KELUARGA (SANTAI & OPEN AIR)
    ISNIN, 12 JUN 2017 Assalamualaikum dan salam sayang pada semua follower Cheq Sempoi. Dalam tidak sedar puasa kita dah masuk hari yang...
  • Safi | Jenama Unggul | Produk Penjagaan Diri | Pilihan Seisi Keluarga Sejak Dulu Hingga Kini
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada satu majlis perasmian produk SAFI Shower. Cheq Sempoi telah berpeluang merasai wang...
  • [Sebab-Sebab Utama] Wajib Ada Insurans/ Takaful Sebagai Langkah Bijak Dalam Pengurusan Kewangan Dan Perlindungan Serta Satu-Satunya Harta Peninggalan Untuk Anak-Anak Kita
    15 sebab utama wajib mempunyai Insurans/ Takaful sebagai perlindungan. Orang yang bijak dalam pengurusan kewangan mesti mengambil s...
  • Bentodon | Makanan Halal Jepun | Secara Online Di Alam Maya Pilihan Masa Kini
    Pelbagai Menu Istimewa Bentodon Pilihan Cheq Sempoi Dan Rakan-Rakan Assalamualaikum dan salam sejahtera... Hai!! Cheq Sempo...
  • [VIRAL] Pok Ya Cong Codei Dilantik Sebagai Duta Umrah Congcodei Oleh Syarikat Richworld Travel & Tours
    Doakan Cheq Sempoi & Keluarga Dapat Jadi Tetamu Allah S.W.T Secepat Mungkin!! Aamin... Assalamualaikum dan salam sejahtera... B...
  • Bersama Media Menerokai MAEPS Agrotourism Park Serdang | Road To Agro Tourism Siri 3
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bersama Media Menerokai MAEPS - 01.02.2018 (Hari Kedua).  Aktiviti untuk program RTA3 bermula...
  • [Duta-Duta Jakel Buat Kecoh] 1000 Pasang Baju Melayu Percuma Buat Pelanggan Terawal & Lelongan Sehingga 85% Diskaun
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Seminggu sudah kita berpuasa, orang yang paling sibuk..  sudah tentulah kaum ibu-ibu  dari...
  • DREAMWORLD INDOOR PLAYLAND STARLING YANG MENGGEMBIRAKAN KANAK-KANAK
    2 Jun 2017, Jumaat Bergembira di Dreamworld Indoor Playland , The Starling Mall adalah satu pengalaman manis bagi anak-anak cheq sem...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI