Idea Tudung Raya | Hijab Bertatah Permata Swarovksi Buatan Malaysia Kilauan Gah Seperti Berlian
Assalamualalikum dan salam sejahtera...
Hai..hai..hai.. Sudah masuk minggu ke dua kita berpuasa kan?? sekejap je masa berlalu. Mesti ada yang sibuk mencari keperluan hari raya, terutama pakaian untuk pagi raya. Hemmm... Cheq Sempoi pun tengah pening mencari warna sedondon satu family Cheq Sempoi. Rasanya tahun ni Blue Black kot, sebab suami Cheq Sempoi dah sebut. Lepas ni sibuk pulak bab biskut raya. Cheq Sempoi macam biasa lah kalau beraya kat KL ni memang tiada apa sangat lah persiapan yang akan dibuat.
Tapi Cheq Sempoi nak jugak cantik berhari raya terutama tudung. Ye, la... Cheq Sempoi tak secantik mana. Jadi pemilihan tudung kenalah peka sikit, supaya nampak cantik bila bertudung. Idea Tudung Raya?!!! Ok satu jenama yang mengeluarkan tudung ekslusif bertahtakan batu permata swarovski ini antara lima hijab bertatah permata swarovksi buatan Malaysia yang terkenal serata negeri. The Twiq Label, yang terletak di Bangi, Selangor.
Seperti yang kita tahu, Swarovski adalah permata kristal yang sebenarnya telah diolah untuk mempunyai kilauan gah sama seperti berlian asli. Menurut sejarah latar belakang jenama Swarovski sendiri, pengasasnya iaitu Daniel Swarovski pada asalnya bukan sahaja mahu menghasilkan potongan facet kristal yang sempurna, tetapi berhasrat untuk membuka peluang kepada golongan serdehana memiliki dan menggayakan aksesori cantik yang kilauannya mirip berlian tampil dengan kristal Swarovski.
~ BACA DI SINI ~
Swarovski kini bukan sahaja dimanfaatkan sebagai barang kemas dan perhiasan kristal di dalam rumah semata, ia juga sinonim dengan fesyen yang banyak diguna-pakai sebagai perincian berkilau pada fabrik. Baru-baru ini bersempena dengan kedatangan perayaan serta berakhirnya musim bunga, baru-baru ini telah diadakan pertunjukkan fesyen “GAYA KOLEKSI RAYA 2018” yang bertemakan “A Tale Of Spring” yang telah diadakan pada 13 April di Red Zone Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.
Gaya Koleksi Raya 2018 Tracync Scarves | Dengan Koleksi Tudung Bertakhta Batu Swarovski. Hari Raya tahun ini akan jatuh pada pertengahan bulan june, bulan yang menandakan akhir musim bunga. Pertunjukkan fesyen Gaya Koleksi Raya 2018, Tracync® Scarves turut mempamerkan tudung dari koleksi mereka yang bertemakan musim bunga serta menampilkan 24 koleksi tudung bawal yang dihias dengan batu swarovski dan dibuat dengan pelbagai bentuk dan warna yang menarik.
Puan Tracync (Pemilik Butik) |
Setiap Scarf Tracync disesuaikan dan direka bentuk dan dibuat dengan penuh kasih sayang oleh Tracy, menggunakan bahan-bahan terbaik untuk mencipta reka bentuk yang menarik dan mempesonakan. Mereka dibawakan oleh jahitan tanda tangan yang rapi dan terperinci, dan glimmer yang ikonik dari unsur buatan tangan Swarovski yang menghiasi mereka.
Ia diilhamkan dari pelbagai pemandangan yang anda dapat lihat ketika musim bunga di seluruh dunia, dengan penggunaan saree India yang ikonik, Lily-of-the-Nile (bunga Agapanthus) dan motif senibina bangunan timur tengah. Tudung-tudung ini bukan sahaja menonjolkan banyak warna dan reka bentuk yang terdapat pada musim bunga, tetapi menunjukkan bahawa tudung juga boleh mewakili begitu banyak kecantikan yang ada di dunia.
Turut bekerjasama pada majlis tersebut adalah jenama Duck. Siapa yang tidak kenal dengan jenama tudung yang ini. Merupakan pemilik kepada usahawan hebat Vivy Yusof yang juga baru-baru ini memperkenalkan rekaan shawl eksklusif bertatah permata swarovski.
Tracync Scarves boleh dibeli dari The Twiq Label Boutique di Bangi Sentral atau membuat pesanan secara dalam talian melalui :
0 PEMBERI ULASAN