• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Assalamualaikum & salam sayang semua ๐Ÿ˜™
Cheq Sempoi sini..


PROGRAM TUNJUK AJARKU SIFU BERSAMA PENGAMAL MEDIA SOSIAL BERJAYA MENCAPAI MATLAMATNYA

Untuk mencapai sebuah negara maju 2020 bukanlah suatu perkara mudah. Sekali lagi Cheq Sempoi terlibat dengan Program Tunjuk Ajarku Sifu bersama Pengamal Media Sosial pada 10 November 2018, bertempat di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jalan Duta baru-baru ini. LHDNM terus menzahirkan komitmen dan menyokong setiap perancangan kerajaan melalui perlaksanaan peranannya sebagai ejen kutipan hasil dan penguatkuasaan undang-undang percukaian bagi, memastikan reputasi LHDNM amnya dan kerajaan khususnya sentiasa dipandang tinggi oleh rakyat.



LHDNM juga merupakan agensi kerajaan yang sentiasa berpegang dengan nilai-nilai moral dan integriti yang tinggi dalam menjalankan fungsinya dan kesepaduan yang terjalin telah memacu prestasi kutipan cukai langsung negara yang kekal menjadi penyumbang utama hasil negara sehingga kini sekaligus berupaya membantu negara mencapai status negara maju berpendapatan tinggi seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020. 

Kesedaran mengenai cukai perlu dipupuk kepada rakyat negara ini bermula pada usia muda sebagai landasan terbaik kepada mereka dalam menyemai semangat patriotik dan cinta terhadap tanah air. Kalau semua nak tahu, seusia Lara Alana dan Aisyah Dhiarana (Anak selebriti tanahair) pun membayar cukai. Rupanya membayar cukai ni tiada ada had umur. 



KEPENTINGAN DAN MATLAMAT PROGRAM

Program ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam melakukan reformasi percukaian bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela mengisytiharkan pendapatan bagi meningkatkan kutipan cukai untuk pembangunan negara. Pengakuan sukarela ini boleh dibuat di mana-mana pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di seluruh negara bermula pada 3 November 2018 sehingga 30 Jun 2019.


Sebagai usaha untuk meringankan beban rakyat, kerajaan telah mengumumkan Program Khas Pengakuan Sukarela (Pengakuan Sukarela) dalam pembentangan Bajet 2019. Program ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam melakukan reformasi percukaian bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela mengisytiharkan pendapatan dan seterusnya berupaya meningkatkan kutipan hasil untuk pembangunan negara.



Pengakuan sukarela ini boleh dibuat di mana-mana pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di seluruh negara bermula pada 3 November 2018 dan akan berakhir pada 30 Jun 2019. Ia ditawarkan kepada semua kategori pembayar cukai di mana kadar penalti akan dikurangkan mengikut tempoh pengakuan sukarela dan bayaran cukai dibuat. Melalui tawaran ini pembayar cukai akan dikenakan penalti yang lebih rendah iaitu antara 10% hingga 15% daripada amaun cukai yang kena dibayar berbanding kadar penalti yang lebih tinggi antara 80% hingga 300% selepas tempoh pengakuan sukarela tamat.




Program ini diharapkan akan dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas berkaitan cadangan pindaan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 serta akta-akta berkaitan yang dibentangkan melalui Bajet 2019 tersebut serta mewujudkan masyarakat yang celik cukai. 

Cara dan Peraturan Bayaran serta soalan lazim berkaitan akan dimuat naik pada portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my sebagai rujukan pembayar cukai.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pengakuan sukarela ini boleh diajukan kepada:

Hasil Careline (LHDN) di talian : 
1-800-88-5436 
atau 
603-7713 6666 (Luar Negara) 
atau 
e-mel : pengakuansukarela@hasil.gov.my
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • Sue Melati Beauty | Make up Artis Malaysia | Dengan Kecantikan Natural Kelembutan Semulajadi
    Kredit gambar : FB Sue Melati Beauty Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri dan bel...
  • VISIBER RECOGNITION 2017, GENO HOTEL, SHAH ALAM
    Jumaat, 16 Jun 2017 CELEBRATION VISIBER  ANNUAL RECOGNATION 2017 Assalamualaikum... dan salam sayang buat semua.  Hari ni C...
  • Terbaru ~ Kecantikan Seorang Wanita Bermula Dengan Safi Dermasafe Jenama Halal No. 1 Malaysia
    Assalamualaikum pembuka bicara,  kali ini kita berpantun pula, khas untuk semua wanita di luar sana,  istimewa kepada semua wa...
  • [Sebab-Sebab Utama] Wajib Ada Insurans/ Takaful Sebagai Langkah Bijak Dalam Pengurusan Kewangan Dan Perlindungan Serta Satu-Satunya Harta Peninggalan Untuk Anak-Anak Kita
    15 sebab utama wajib mempunyai Insurans/ Takaful sebagai perlindungan. Orang yang bijak dalam pengurusan kewangan mesti mengambil s...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • Ucapkan Dengan Bunga | Meluahkan Sebuah Kasih Sayang Teragung | Yang Membahagiakan
    Assalamualaikum dan salam sejahtera.. MANUSIA merupakan makhluk yang sempurna, dibekalkan dengan akal, nafsu, dan segala perasaan di ha...
  • MEMAHAMI SERTA MEMILIKI SKIM PERLINDUNGAN INSURANS DAN TAKAFUL
    Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarika...
  • DOMINO'S PIZZA | BELI 1 PERCUMA 1 | PROMOSI TAHUN 2018
    Promosi!!! Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang ke salah satu cawangan rangkaian Domino...
  • BUFFET RAMADHAN PILIHAN SEISI KELUARGA (SANTAI & OPEN AIR)
    ISNIN, 12 JUN 2017 Assalamualaikum dan salam sayang pada semua follower Cheq Sempoi. Dalam tidak sedar puasa kita dah masuk hari yang...
  • [ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
    Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua,  Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun ti...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI