• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Isnin, 20 Jun 2017

Assalamualaikum dan salam Ramadhan semua. Selagi tak habis bulan Ramadhan selagi tu lah Cheq Sempoi nak bercerita pasal makan Buffet Ramadhan kat tempat-tempat yang sedap dan menarik. Apa yang penting berbaloi dan sempoi. Kali ni Cheq Sempoi makan masakan melayu asli ala Thai yang sangat sedap, sampai hari ni masih terasa kesedapannya.
Ok kali ni jom, Cheq Sempoi masih teruja, berbuka puasa di Quill City Mall Kuala Lumpur, yang selesa. Ala.... Mall yang bertemakan Kasih & Cinta, Dekorasi yang persis Istana Di Raja tuuuu!!!. Hari tu Restoran Aragan Yokocho (Japan Menu). Kali ni bertempat di Level 4 berhampiran eskalator Golden Screen Cinema (GSC). Restoran yang dimaksudkan The Kitchen. Owner Restoran, Puan Azwin bt Zulkifli yang sangat peramah dan baik hati melayan Cheq Sempoi dan kekawan yang dijemput berbuka puasa oleh Ms. Sylvia Annette Raj, Senior Marketing Communications Executive, Quill City Mall KL. 

Quill City Mall KL bertemakan Kasih & Cinta,
Dekorasi Persis Istana Di Raja 
Set menu makanan ada banyak pilihan dari Set A hingga Set F. Kami diberi menu pilihan Set D (3-4 pax). Walaupun dalam menu boleh dimakan untuk 3 hingga 4 orang makan tapi forsyen makanan banyak hingga 7 orang pun boleh makan. Menu yang kami makan :


Seafood curry Ox-Tail - Rasanya Ala-ala Tom Yam + Curry.
Mixed Vegetarian - Sayur Campur Fresh, bila gigit crup-crup sayur tu.
Sweet & Sour Kerabu Mango - Kerabu Mangga yang rasa manis + masam (terbaik)
Deep Fried Whole Fish - Ikan Siakap 3 Rasa (terbaik) manisnya ikan tu fresh sangat.
Mango Chicken - Macam ayam celup tepung + mangga (terbaik) sedap sangat.
Cucur Udang - ranggup diluar, lembut di dalam (terbaik) tak jemu dicicah dengan sos istimewa.
dan pelbagai jenis air jus & paling menarik Jus Kedondong Asam Boi

Set A - F (Ramadhan)
Menu Alacatte
Lain-lain desert
Seafood curry Ox-Tail


Mixed Vegetarian
Sweet & Sour Kerabu Mango
Deep Fried Whole Fish
Mango Chicken


Cucur Udang 
Menu Set D (3-4 pax)


Dari Kanan, Teh Ais, Jus Tembikai, Fresh Oren, Capacino Ais dan Jus Kedondong Asam Boi (belakang)
Wah nampak menarik dan sedapkan?? sebab tu la Cheq Sempoi sangat rekemen datang ke sini sangat sedap dan lazat masakan dia.


Jom kita tengok sikit kawasan dalam restoran. Suasana yang cantik, tenang, santai-santai, malam lagi cantik dengan cahaya bangunan tinggi bersebelahan masuk, cahaya Bandar Kota Raya Kuala Lumpur.















Selepas kami semua sudah kenyang aktiviti diteruskan sebelum beredar kami diberi Raya Kasih & Cinta "Love Lock" untuk diabadikan ditempat khas di depan Pentas Istana Raya & Cinta Hero Seorang Cinderella. Hemmm... sudah ada 2 "Love Lock" Cheq Sempoi kat situ. Anda bila lagi??. Cheq Sempoi senyum tak sudah dapat interprem kat Mahligai "Love Lock". Happy sangat.



Cheq Sempoi bersyukur sangat dapat berpeluang membeli-belah dan berbuka puasa di Quill City Mall Kuala Lumpur yang sangat selesa buat seisi keluarga, yang boleh dikatakan Mall yang glamour dan teristimewa. Datanglah beramai-ramai.


Untuk keterangan lanjut bolehlah layari :


Facebook : The Kitchen

Facebook : Quill City Mall KL


Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Sabtu, 17 Jun 2017

Bulan Ramadhan bulan mulia,
Syawal tiba dengan gembira,
Penuh Ikhlas Kasih & Cinta,
Tangan ku hulurkan maaf dipinta.

Kasih & Cinta Quill City Mall KL "Love Locks"
Pemberian Duit Raya untuk Anak-anak Yatim
Rumah Shifa Setapak dan Rumah Bakti NurShaheera
"LOVE & GIVING"
 
Menandatangani Autograf Novel "Hero Seorang Cinderella"
Di Quill City Mall Kuala Lumpur membeli-belah,
Membeli novel Hero Seorang Cinderella,
Aidilfitri ini sangat lah meriah,
Tidak bersudah ditemani idola.

Assalamualaikum.... hai..hai...hai... chewah, berpantun pulak Cheq Sempoi ye? mana taknya Cheq Sempoi happy sangat, ni kali kedua Cheq Sempoi diundang bersama idola popular Malaysia 2017. Kali ni bukan saja Fattah Amin hadir tapi Heroin Hero Seorang Cinderella juga datang.. Siapa lagi Nur Fazura. Semakin hari semakin penuh sesak Komplek Quill City Mall Kuala Lumpur dengan pengunjung yang datang seronok tengok sebab kalangan pengunjung dan pelanggan mengambil peluang untuk berjumpa pasangan artis popular ni dengan lebih dekat. Selain itu walaupun hari yang tiada pasangan idola ini, mereka boleh mengabadikan "KASIH & CINTA LOVE LOCKS", Putera & Puteri Walkabout, Sampul Hari Raya dan Limited Edition Pillow sepanjang Ramadhan ini serta pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk seisi keluarga di sini. Aktiviti dan Majlis berbuka puasa juga diraikan bersama anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Anak-anak Yatim Rumah Shifa dan Rumah Bakti NurShaheera. Bak kata pantun Dato' Ar. Michael Ong, Executive Director Quill City Mall KL. Tanggungjawab sosial tidak dilupakan Love and Giving.
Putera & Puteri Walkabout
Kasih & Cinta Love Locks
Kasih & Cinta Love Locks
Redemtion Hari Raya Packet & Limited Edition Pillow
Event Schedule
Hari ni sudah masuk 22 Ramadhan. Siapa lagi yang belum beli persiapan raya? Hemmm.. memang sesuai lah kalau Cheq Sempoi cadangkan shopping kat Quill City Mall KL sebab selesa sangat lagipun boleh dapatkan baju raya di ruang Artist Appearance jenama Fattah Amin dan lain-lain artis yang terlibat (ramai kalau nak sebut). Pada hari tersebut Cheq Sempoi berpeluang berbuka puasa dengan Fattah dan Fazura di Restoran Jepun. Restoran Aragan Yokocho yang menghidangkan masakan Jepun. Mula-mula tengok Cheq Sempoi rasa macam tekak tak boleh terima je.. ye la tak pernah makan makanan Jepun. Cheq Sempoi dan anak-anak disajikan set makan... tak tahu la nak sebut. Cuba lah tengok gambar yang Cheq Sempoi ada. Rupanya sedap terutama salmon dan Cool Mee. Jom jamu mata.
Anak-anak Cheq Sempoi bersama Owner Restoran Aragan Yokocho serta Fattah Amin
dan Nur Fazura sama-sama berbuka puasa
Makanan yang dihidang mengikut set yang disediakan






Muka-muka ceria menikmati hidangan berbuka puasa
Alhamdulillah kenyang Cheq Sempoi anak beranak makan dengan selera. Bagi siapa yang nak cuba makanan Negara lain boleh lah cuba Restoran ni suasana macam di Negara Jepun je rasa. Satu hari bersama dengan idola rasa sekejap je masa berlalu. Jom tengok lagi gambar sekitar aktiviti hari tu. Sebelum tu Cheq Sempoi nak masukkan 2 pantun dari Dato' Ar. Michael Ong yang sangat menarik susun atur ayatnya.

Monorel berhenti di Medan Tuanku,
Singgah di Quill City Mall KL membeli kelengkapan,
Sambil menunggu tandatangan buku,
Adik-adik bersama kita meraikan.

Hero Seorang Cinderella dinantikan,
Fattah & Fazura kini bergandingan,
Kasih & Cinta bersama dicurahkan,
Tanggungjawab sosial tidak dilupakan.






Diwawancara Media Tempatan
Macam mana sporting tak Dato'? oleh itu jom kita beramai-ramai shopping sambil menyertai aktiviti yang ada sambil santai-santai di Quill City Mall KL sepanjang Ramadhan hingga 9 Julai 2017. Untuk pengetahuan semua pengunjung letak kereta percuma disediakan selepas jam 5 petang dan seterusnya pada hari bekerja manakala kadar rata RM3 pada hujung minggu. 

Untuk keterangan lanjut :

website : www.quillcitymall.com.my

Facebook : quillcitymallkl

Instagram : @QuilCityMallKualaLumpur



Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Jumaat, 16 Jun 2017


CELEBRATION VISIBER 
ANNUAL RECOGNATION 2017
Assalamualaikum... dan salam sayang buat semua. Hari ni Cheq Sempoi dapat jemputan yang sangat prestij dr pihak Visiber dan PRIOFINGOL untuk hadir ke Majlis Penyampaian Tahunan kepada 50 orang agent mereka yang telah mencapai target pada tahun 2016.

Penyampaian Awards & Recognitions Visiber 2017



Majlis yang diadakan secara besar-besaran dan penuh gemilang dengan pelbagai aktiviti yang menarik, antaranya Grand Lucky Draw yang bernilai RM100,000.00 dan produk-produk barangan kemas dari Visiber.















Persembahan Pentas oleh Kumpulan penari 
dan penyanyi 


Miss Vina Khoo
Di samping itu Majlis Visiber juga merasmikan pelancaran applikasi terbaru mereka kepada para pengguna telefon pintar dengan cara mendownload app.visiber57.com dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina oleh Dato' David Hew untuk memudahkan agent-agent dan pelanggan mereka mengenal lebih dekat produk-produk Visiber.

Pelancaran App. Visiber57.com




Goody Bag

Food Art Grocery & Cafe
VISIBER

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa itu Visiber? bagi masyarakat berbangsa Cina kebanyakannya sudah tahu pasal produk-produk Visiber ni sejak dulu lagi. Bagi Cheq Sempoi dan kebanyakan kaum melayu Islam mesti ramai yang belum tahu. Ini lah kali pertama Cheq Sempoi dengar dan mendapat sedikit info yang boleh dikongsi bersama. 

Visiber yang bermaksud - "Visi dan Nombor". Sebelum ini dikenali sebagai "Pyramick". Satu kejayaan dalam metafizik, adalah gabungan 4 idealogies dan teori. Bagi kepercayaan Bangsa Cina nombor adalah suatu perjalanan yang menggambarkan perjalanan mereka, makanan dan kehidupan mereka.

OBJEKTIF VISIBER

Objektif Visiber adalah untuk memainkan peranan 'pivotal' bagi mengimbangi kehidupan seseorang supaya dia mampu mencapai aktualisasi diri dalam perniagaan, kesihatan, kerjaya, hubungan dan kekayaan.

Bagi Masyarakat Cina, mereka percaya dengan nombor mereka mampu mengubah hidup mereka.. untuk membolehkan mereka kembali dari kebahagian baru perkahwinan, kekayaan, kesihatan, iman, berwarna-warni dan elegan dalam kehidupan. Daripada nombor-nombor yang dipilih akan dijadikan barang kemas seperti cincin koktel, dalam telur berbentuk cabochon disemat swarovski element crystal, mempesonakan memakai kod crystal ring nombor bersinar keindahan cerah. Kehidupan digital mampu mengubah nasib mereka dengan memakai cincin tersebut.  




Nombor boleh diukir dengan 2 pilihan samada berbentuk Digit atau Jawi

Cincin yang bertakhta batu berlian
Menakjubkan dari info yang Cheq Sempoi dapat nombor-nombor yang boleh dilakukan untuk seseorang itu boleh diterjemahkan melalui dari tarikh lahir kita, yang membolehkan kita mengenali ciri-ciri sebenar seseorang mengenai alam pekerjaan, masa lalu dan masa kini. Anda akan terkejut 90% tepat. Dengan menggunakan nombor tertentu melalui tarikh lahir akan menambah apa kekurangan seseorang. Ini akan membantu anda dalam kepimpinan, komunikasi, perancangan, kekayaan, rangkaian dan lain-lain. Mereka yang memakai nombor mengikut dari Visiber Personal Report telah mampu mengubah nasib masing-masing dengan sukses selepas memakai. 

Anda bagaimana? terpulang kepada anda untuk menilai, adakah hanya nasib kosong atau kuasa Visiber?  

Untuk keterangan lanjut sila layari :


PRIOFINGOL
Lifestyle, Consultation, Articles, Jewelry & Accessories, Home & Living, Food & Travel, Education & Training

website : PRIOFINGOL

Facebook : priofingol

Instagram : @priofingol


VISIBER
Number Methodology - A Human Behavioural Study Developed - Analysis On Career, Relationship, Family & Health

webside : visiber

Facebook : visiber


Instagram : @visiberofficial

Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • PROMOSI NIKMATI CITARASA KEENAKAN RAYA MEXICANA PANCAKE DI SELURUH CAWANGAN PANCAKE HOUSE
    SET RAYA MEXICANA PANCAKE & MINTY LIMAU RAYA   Jumaat, 23 Jun 2017 Assalamualaikum dan salam sayang semua, Buat pertama k...
  • RESTORAN NY STEAK SHACK ~ STEAK, BURGERS & SHAKES, SUNWAY VELOCITY MALL KL
    Rabu, 12 Julai 2017 Salam sayang semua, Rasa macam dah lama Cheq Sempoi tidak bersiaran. Maklumlah sibuk beraya sampai tak ing...
  • BURGER 'NEGARAKU" SIMBOLIK SEMANGAT KEMERDEKAAN GENERASI XY, KELAINAN DAN KEUNIKAN MEMBERI 1000 MAKNA KEPADA PELANGGAN
    BurGer NeGaraKu Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua, Cheq Sempoi masih dalam semangat kemerdekaan yang baru saja berl...
  • INNERSHINE MARINE COLLAGEN WITH KYOHO GRAPE JELLY YANG MENABJUBKAN
    Innershine Marine Collagen Essence Strip Cheq Sempoi Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan Cheq Sempoi. Semu...
  • MURFEST 2017 | KEMAHIRAN FESTIVAL RETREAT BESAR URBAN ASIA TERBAIK
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua, Baru-baru ini Cheq Sempoi dijemput ke Majlis Jelajah dan Pengalaman Sambutan Kesejahteraan, M...
  • Filem 'MALAY REGIMENT' Tersimpan Semangat PATRIOTIK KEMERDEKAAN Yang Kekal Abadi
    Salam Kemerdekaan buat semua...Follower Cheq Sempoi, Maaflah buat semua sebab agak terlewat Cheq Sempoi keluar bersiaran tentang File...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • [ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
    Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua,  Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun ti...
  • LAUNCH OF MISS SHOPHIA @ BBKLCC FIESTA & PELANCONGAN MALAYSIA "DEKAT JE CARNIVAL"
    Ass alamualaikum dan salam sejahtera semua yang Cheq Sempoi rindui.. KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2017 - Perasmian Fiesta & Pelancongan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI