• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
Hai Cheq Sempoi here...

Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang bersama dua orang doktor pakar dalam bidang terapi bahasa akademik terlatih AOGPE pertama dari Malaysia. Untuk makluman semua Cheq Sempoi juga mempunyai seorang anak OKU (orang kurang upaya) fizikal. Jadi memang Cheq Sempoi sudah biasa bersama anak-anak OKU fizikal. Tetapi untuk kali ini Cheq Sempoi berpeluang bersama dan mempelajari tentang kanak-kanak OKU berkaitan otak. Lebih jelas lagi kanak-kanak yang mengalami dyslexia. 




Apa itu dyslexia?

Dyslexia adalah sejenis kecacatan otak kurang upaya pembelajaran. Pengesanan awal memberi peluang kepada kanak-kanak dyslexia untuk berkembang ke potensi yang lebih baik. Kegagalan mengatasi masalah tersebut boleh menjadi lebih teruk. Dan paling menyedihkan anak-anak dyslexia ditolak oleh pihak sekolah, yang takut mereka akan menjejaskan gred dan prestasi keseluruhan sekolah. Sudah menjadi tanggungjawab penting ibu bapa untuk mencari langkah-langkah penyelesaian bagi memastikan anak-anak dyslexia mereka dapat belajar membaca dengan mahir untuk memastikan kualiti hidup mereka di masa akan datang.


Dr. Choy Su Ling - Pengasas Altuz Academy



ORTON-GILLINGHAM ADALAH SUATU PENDEKATAN RUJUKAN GLOBAL UNTUK PENINGKATAN KESENIAN DYSLEXIA DI MALAYSIA

Dengan rasa tanggungjawab bagi permasalahan anak-anak dyslexia. Pendekatan Orton-Gillingham, berasaskan keterangan yang distrukturkan untuk mengajar membaca dan diiktiraf oleh Persatuan Disleksia Antarabangsa (IDA), kini boleh didapati di Malaysia dengan pembukaan Altuz Academy, sebuah pusat pendidikan utama untuk intervensi dyslexia. Semua Ahli Bahasa Akademik di akademi menerima latihan yang praktikum yang diawasi oleh Akademi Orton-Gillingham Practitioners and Educators (AOGPE) dan IDA. 


"Ini adalah pendekatan yang penting dengan pengawasan dan akauntabiliti. Pakar-pakar pemulihan, pendidik dan guru yang bekerja dengan pelajar-pelajar dyslexia diselidik, terlatih dalam latihan Literasi berasaskan pendidikan komprehensif, diakui oleh organisasi antarabangsa dan tempoh praktik yang diawasi. Harus ada perkembangan profesional yang berterusan demi anak-anak untuk mereka bekerjasama," kata pengasas Altuz Academy, Dr Choy Su-Ling. 

Dr Choy, bersama pengurus pusat Yap Jo Ling, mencipta sejarah dalam masyarakat dyslexia antarabangsa dengan menjadi dua ahli terapi bahasa akademik terlatih AOGPE pertama dari Malaysia. Mereka akan terus diperhatikan dan diaudit oleh AOGPE untuk memenuhi dan mengekalkan standard pengajaran yang tinggi.





Pendekatan Orton-Gillingham dibangunkan pada tahun 1920 oleh Dr Samu seorang doktor yang pertama kali mengenal pasti dyslexia, bersama dengan Anna Gillingham, seorang guru dan ahli psikologi. Pendekatan ini disokong lebih 100,000 kajian saintifik selama lebih dari 70 tahun yang membuktikan bahawa kaedah membaca mesti merangkumi lima prinsip utama yang penting iaitu : 
  • Kesedaran phonemik
  • Fonik sistem matik 
  • Kelancaran 
  • Perbendaharaan bahasa
  • Pemahaman


Otak anak-anak dyslexia bekerja berbeza dari kanak-kanak biasa. Dan oleh itu, mereka memerlukan teknik mengajar yang berbeza. Mereka memerlukan lebih banyak rangsangan. Adalah penting bahawa kanak-kanak dyslexia didiagnosis dengan betul dan terdedah kepada kaedah pengajaran yang sesuai, terutamanya semasa peringkat awal persekolahan. Campur tangan awal adalah penting untuk seorang kanak-kanak belajar menangani kecacatan pembelajarannya. Dyslexia mungkin menjejaskan keupayaan pembelajaran kanak-kanak untuk membaca atau mengira (gangguan dyscalculia atau matematik) misalnya, tetapi itu tidak bermakna dia tidak mempunyai kecerdasan. Mereka juga boleh menjadi mampu dan cerdas seperti anak-anak lain.



Membetulkan masalah bacaan kanak-kanak dyslexia merupakan tanggungjawab penting bagi ibu bapa agar memastikan mereka tidak tertinggal dalam persekolahan serta anak-anak mereka dapat membaca dengan mahir serta kualiti hidup mereka terjamin. Semoga perkongsian Cheq Sempoi dapat dikongsi dan dimanfaatkan pada kita semua.


Untuk maklumat lanjut :


Altuz Academy
Unit 9, Level 3, Block A
Jalan Solaris, Solaris Mt Kiara
50480 Kuala Lumpur

Tel No : 03-2389 2265

Open : Hour 9.00 am - 18.00 pm


FACEBOOK

Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua? Hai apa habaq semua? 

Cheq Sempoi sini... adoiii!!! Baru-baru ni dengan tak disangka Cheq Sempoi dapat jemputan dari seorang rakan ajak makan Dim Sum. Ha?? Dim Sum๐Ÿ˜ต. Cheq Sempoi selalu dengar tapi jarang sekali nak makan. Tapi tak pe kita mesti mencuba dan kenal pelbagai jenis Dim Sum. 



Suasana Ibarat Istana China
Bertempat di Restoran Mandarin Palace Hotel Federal Kuala Lumpur. Sebaik sahaja Cheq Sempoi melangkah masuk terasa masuk didalam suasana maya yang sangat etnik yang indah dari hiasan ukiran kayu Cina yang menarik dengan kesenian yang tersendiri terdapat di dinding-dinding restoran burung phoenix, burung, haiwan, bunga teratai, Dewi, anak-anak dan Watak-watak Cina yang lain, semua yang menggambarkan dongeng klasik dan legenda yang kaya, di atas batu, panel, siling dan dinding serta perabot antik asli China. Ia adalah satu-satunya Restoran Cina di Kuala Lumpur dengan suasana yang kaya, perabotan dan kepentingan bersejarah. 


Bersahaja seolah-olah masuk ingin bertemu dengan Puteri Hang Li Po





Meja Utama Pengantin Dalam Majlis Perkahwinan Bangsa Tiong Hua
"Pelanggan boleh memilih makanan laut dari paparan menu yang ada dan beritahu kami menu apa yang menjadi kegemaran dan ingin dimasak. Kebanyakan barangan berharga mengikut bermusim" kata Chef Yip Poon, ketua Chef berbangsa Cina berusia 44 tahun yang merupakan pakar masakan hidangan makanan istimewa di sini. 

Istimewa Dim Sum di Restoran Mandarin Palace | Dim Sum ni adalah makanan atau hidangan kaum Cina yang dihidangkan sewaktu sarapan pagi atau minum petang. Mengikut tradisi Dim Sum ini dihidangkan bersama Teh Cina. Teh Cina ni Cheq Sempoi kurang suka sebab dia tawarkan? Tapi kat sini boleh diambil panas atau sejuk. Cheq Sempoi ambik sejuk lah. Haahhh!! Segar je tekak. Sebab itu orang Cina yang mengembara atau pekerja peladang yang keletihan akan menikmati hidangan ini bersama Teh Cina yang penuh khasiat tersendiri. 


Pelbagai Jenis Dim Sum Yang Sihat Dan Sedap
Menu Pilihan Cheq Sempoi yamm..yamm!!
Menu Lunch
Desert-Desert

Bagi hidangan Dim Sum di Restoran Mandarin Palace ini, terdapat bermacam-macam jenis Dim Sum yang boleh dipilih sendiri secara buffet. Menu-menu sampingan lain juga banyak pilihan serta desert-desert yang disediakan memang semuanya sedap dan dijamin HALAL. Yang pastinya akan memenuhi selera anda yang datang berkunjung. Jadi bagi anda yang gemarkan Dim Sum atau ingin mencuba rasa Dim Sum terbaik, elok lah datang ke Restoran Mandarin Palace di Federal Hotel, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Rakan-rakan Cheq Sempoi Yang Happy Kekeyangan Puas Menikmati Menu-menu Yang Ada

Senarai Harga Berbaloi | Yang paling best harga sangatlah berbaloi hanya RM48 nett untuk dewasa, RM36 nett bagi warga emas dan RM18 nett untuk kanak-kanak. Bufet Brunch ini hanya untuk hari minggu sahaja iaitu Sabtu dan Ahad bermula jam 10.30 pagi hingga 2.30 petang.

Chef-chef Pakar Dalam Masakan

Antara Kejayaan Dan Anugerah Pencapaian Hebat | Mandarin Palace telah dirasmikan pada 28 Ogos 1957 sempena sambutan kemerdekaan Malaysia. Ia adalah satu-satunya Restoran Cina di Kuala Lumpur dengan suasana yang kaya, mempunyai kepentingan sejarah tersendiri. Mandarin Palace meraih beberapa kejayaan hebat yang tersendiri, antaranya :
  • Disenaraikan sebagai salah satu Restoran Paling Cantik Malaysia di Majalah Flavors Mei-Jun 2007, Edisi Malaysia. 
  • Penerima Anugerah Tatler Malaysia untuk Restoran Terbaik Malaysia pada tahun 2005, 2004, 2003, 2002 & 1997. 
  • Penerima C.E.M. Anugerah Asia untuk Anugerah Restoran Terbaik Malaysia pada tahun 1977.  
  • Mandarin Palace juga adalah lokasi untuk penggambaran filem blockbuster The Seventh Dawn yang diarahkan oleh Lewis Gilbert yang dibintangi oleh William Holden, Capucine, Susannah York, Michael Goodtiffe dan Tetsura Tamba, yang dipertontonkan pada tahun 1964. 
  • Mandarin Palace menawarkan menu menarik dari Kantonis ke masakan Hunan dan Szechuan. 
Mandarin Palace adalah kemegahan istana empayar dan layanan mesra Malaysia. Terletak di tingkat 2, Hotel Federal Kuala Lumpur, Mandarin Palace juga merupakan tempat yang popular untuk mengadakan majlis perkahwinan, atau majlis peribadi, pelancaran produk atau acara korporat, dan sebagainya .




Untuk tempahan/ pertanyaan meja hubungi  :
Tel No : 03-21489166 ext 2202
Email : fnb@federal.com.my
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pengalaman Menarik Membeli-Belah Di Jualan Runcit O2O Potboy Bersama Fave Kredit

Baru-baru ini, Cheq Sempoi bersama keluarga menghadiri jualan runcit O2O Potboy Groceries yang diadakan di Jaya One Kuala Lumpur. Yang paling tak boleh move on pandai-pandai masuk Challege Nasi Pedas Gilerrr!!!. Menangis Cheq Sempoi dibuatnya. Anak lelaki Cheq Sempoi, Afiq pun masuk jugak pantang dicabar abahnya.


Ha?? Apa jualan runcit O2O Potboy Groceries tu??
Ok sebelum ni Cheq Sempoi pun tak tahu tapi pernah la dengar 'Potboy'. Kalau anda semua nak tahu mai Cheq Sempoi nak bagi tau.

Potboy | Cheq Sempoi mula dapat tahu mengenai platform ini melalui Facebook. Selepas Cheq Sempoi selidik... terkejut dengan harga yang ditawarkan, iaitu lebih murah daripada kedai runcit biasa. Dengan cara kaedah pembayaran tanpa tunai melalui 'FavePay', merupakan elemen yang menarik.

FavePay | merupakan aplikasi e-dompet pertama yang Cheq Sempoi muat turun dan daftar. Kebiasaannya Cheq Sempoi membeli-belah secara 'online' membayar menggunakan kad kredit atau debit kad je. Jadi, apa salahnya mencuba sesuatu yang baru. Memandangkan zaman era moden yang semua orang memiliki telefon pintar lagi bijaksana dengan penggunaan yang lebih mudah dan sepantas kilat. Menarik kan???.
Pelbagai Jenis Produk Barangan
Jualan runcit secara dalam sehingga luar talian (O2O) Potboy Groceries, yang pertama seumpamanya di Malaysia

Jualan selama tiga hari, mulai 6 hingga 8 Julai diadakan di P2, pusat beli-belah Jaya One di Petaling Jaya dari 10 pagi hingga 10 malam, dianjurkan oleh peruncit dalam talian dan mesra pengguna, Potboy Groceries dengan kerjasama platform pembayaran mudah alih, FavePay.



Pada hari berkenaan Potboy telah menawarkan diskaun sehingga 75 peratus dan pembayaran tanpa tunai. Kaedah pembayaran merupakan elemen yang sangat menarik perhatian Cheq Sempoi dan suami. Ternyata, FavePay merupakan aplikasi e-dompet pertama yang Cheq Sempoi muat turun dan daftar. Memandangkan pengalaman kali pertama menggunakannya dengan harganya murah, sudah tentu tidak melepaskan peluang untuk membeli banyak barangan keperluan harian dapur. Pihak Potboy juga menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma ke pintu rumah pelanggan.

Membeli-belah secara dalam talian adalah sesuatu yang amat mudah. Hanya dengan satu klik, malah aplikasi perbandingan harga bagi barangan keperluan harian dalam talian yang diperkenalkan Potboy, iaitu 'Hargapedia', membantu membandingkan dan menyelidiki harga serta produk. Pada hari berkenaan jugak sebanyak 40 jenama terkenal ada.... antaranya Coca-cola, Nestle, F&N, Hershey's, Homesoy, Brand's, Jasmine, MamyPoko, dan banyak lagi!!!.
Top 5 Yang Ke Last Challange Born Chili
Bersama Juara Challange Born Chili
Aktiviti yang paling win yang pertama kali Cheq Sempoi masuk dan rasanya macam sesumpah tak nak lagi join. Dengan berani Cheq Sempoi menyertai Food Challange Born Chili.... air mata, air hidung semua keluar kepedasan. Semangkuk nasi yang digaulkan dengan 3 sudu besar born chili lavel 10. Baru dua suap sudu nasi pedas, Cheq Sempoi dah menangis kepedasan dan stop. Produk dari negara jiran Indonesia ini semestinya dari yang HALAL.

Nampak kat situ ada gaya macam Champion!!! ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Jadi apa tunggu lagi cepat-cepat download aplikasi Potboy dan fave kemudian shopping dengan harga murah dan berbakul-bakul!!!.

Untuk maklumat lanjut dan ingin mengetahui promosi atau kempen terkini dari potboy?? Sila layari laman web potboy sekarang & Jom like & follow potboy di social media.

Sila layari :

LAMAN WEB | FACEBOOK | INSTAGRAM


Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jaminan Harga Terendah dengan potongan harga sehingga 90% ke atas lebih 1,000 produk elektronik

Baru-baru ini 16 Julai 2018, satu rangkaian online terkenal Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah melancarkan Kempen Ekspo Elektronik Shopee dengan Jaminan Harga Terendah (LPG), satu siri promosi hangat dari 23 hingga 26 Julai 2018. Lebih daripada 20 jenama elektronik turut serta termasuklah : 

  • Armaggeddon
  • Alcatroz
  • honor
  • Mono Digital
  • Philips
  • Russell Taylors
  • Tefal
  • Vivo
  • Xiaomi 

Terdapat banyak lagi produk... lebih daripada 1,000 produk termasuklah : 

  • Telefon pintar
  • Gajet
  • Kelengkapan rumah
  • Komputer
  • Pelbagai aksesori 


Dengan potongan harga sehingga 90%. Menerusi usahasama teguh dengan jenama ini, pengguna boleh menikmati harga terendah ke atas semua produk yang dilabel ‘Lowest Price Guaranteed’ (Jaminan Harga Terendah) dan sekiranya mereka terjumpa produk yang sama dijual di platform lain pada harga lebih rendah, Shopee komited untuk menebus semula 120% daripada perbezaan harga tersebut dalam bentuk syiling Shopee. Ha... baguskan pihak shopee. Memang tak hairanlah shopee satu rangkaian yang mudah dan mesra pelanggan terus menjadikan satu platform utama masa kini.


“Shopee telah bertumbuh pesat sepanjang tahun 2018 dan kami telah menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka untuk mengembangkan lagi kategori produk berkaitan elektronik seperti Mobil & Gajet, Komputer & Komputer Riba dan Kelengkapan Rumah untuk menawarkan produk berkualiti kepada lebih 10 juta pengguna. Contohnya, jualan murah eksklusif honor 9 Lite yang berjaya menjual 1,000 unit dalam tempoh lima minit, membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia yang memilih produk elektronik bertaraf premium. Dengan Ekspo Elektronik ini, Shopee mengambil selangkah lagi untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah dalam talian yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Pada 23 Julai, Shopee menawarkan Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24-jam yang membariskan potongan harga ke atas pelbagai produk elektronik berjenama. Pada hari ini, pengguna boleh merebut jualan murah produk elektronik untuk keperluan profesional dan peribadi. Mereka boleh mendapatkan aksesori komputer seperti papan kekunci dan tetikus wayarles daripada jenama Logitech. 

Sementara itu, penggemar music boleh mendapatkan alat bantuan audio (headphones) daripada jenama Marshall dengan harga istimewa. Pelbagai lagi produk berkualiti dijual pada harga menarik termasuk cakera keras storan (external drive) daripada jenama Seagate dan rangkaian jam pintar untuk mereka yang aktif. 


Selain daripada jualan kilat Shocking Sale, pengguna boleh mendapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone sepanjang 4 hari Ekspo Elektronik ini berlangsung. Setiap hari, Shopee akan menampilkan dua jenama elektronik terkemuka dengan barisan produk pada harga menarik. Dalam masa yang sama, pengguna boleh membeli-belah dari rangkaian jualan murah mengikut tema kempen bagi memenuhi keperluan elektronik mereka. Di “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk ; 

  • Telefon pintar bertaraf premium
  • Kamera
  • Komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS 
Pelbagai lagi jenama besar turut menyertai kempen jaminan harga terendah. Pengguna yang mencari kelengkapan rumah yang moden boleh meninjau kempen jualan murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ini untuk menikmati promosi hebat ke atas produk daripada jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan banyak lagi. Untuk penjimatan berganda, tebus baucar bernilai sehingga RM100,000 sepanjang kempen untuk pembelian mereka. 


Akhir sekali, bagi memberi ganjaran kepada peminat Facebook kami, Shopee akan melancarkan pertandingan “Tag a Bro, Win Like a Pro” dari 23 hingga 26 Julai. Peminat media sosial hanya perlu mencari satu produk elektronik dengan label LPG di Shopee, ambil gambar produk tersebut dalam troli membeli-belah, kemudian tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangi produk tersebut. Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran mereka bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan baik mereka. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari 
https://shopee.com.my/m/electronics-expo 
bermula 16 Julai 2018. 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play.
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • PROMOSI NIKMATI CITARASA KEENAKAN RAYA MEXICANA PANCAKE DI SELURUH CAWANGAN PANCAKE HOUSE
    SET RAYA MEXICANA PANCAKE & MINTY LIMAU RAYA   Jumaat, 23 Jun 2017 Assalamualaikum dan salam sayang semua, Buat pertama k...
  • RESTORAN NY STEAK SHACK ~ STEAK, BURGERS & SHAKES, SUNWAY VELOCITY MALL KL
    Rabu, 12 Julai 2017 Salam sayang semua, Rasa macam dah lama Cheq Sempoi tidak bersiaran. Maklumlah sibuk beraya sampai tak ing...
  • BURGER 'NEGARAKU" SIMBOLIK SEMANGAT KEMERDEKAAN GENERASI XY, KELAINAN DAN KEUNIKAN MEMBERI 1000 MAKNA KEPADA PELANGGAN
    BurGer NeGaraKu Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua, Cheq Sempoi masih dalam semangat kemerdekaan yang baru saja berl...
  • INNERSHINE MARINE COLLAGEN WITH KYOHO GRAPE JELLY YANG MENABJUBKAN
    Innershine Marine Collagen Essence Strip Cheq Sempoi Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan Cheq Sempoi. Semu...
  • MURFEST 2017 | KEMAHIRAN FESTIVAL RETREAT BESAR URBAN ASIA TERBAIK
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua, Baru-baru ini Cheq Sempoi dijemput ke Majlis Jelajah dan Pengalaman Sambutan Kesejahteraan, M...
  • Filem 'MALAY REGIMENT' Tersimpan Semangat PATRIOTIK KEMERDEKAAN Yang Kekal Abadi
    Salam Kemerdekaan buat semua...Follower Cheq Sempoi, Maaflah buat semua sebab agak terlewat Cheq Sempoi keluar bersiaran tentang File...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • [ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
    Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua,  Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun ti...
  • LAUNCH OF MISS SHOPHIA @ BBKLCC FIESTA & PELANCONGAN MALAYSIA "DEKAT JE CARNIVAL"
    Ass alamualaikum dan salam sejahtera semua yang Cheq Sempoi rindui.. KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2017 - Perasmian Fiesta & Pelancongan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI