• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Assalamualaikum Dan Salam sejahtera. 
Hai, Cheq Sempoi here.. ๐Ÿ˜

Mari!!!, Kali ni Cheq Sempoi nak kongsi satu Restoran yang sangat awesome, ๐Ÿ˜˜ Restoran Sisik Ikan Bakar. Ha... Mesti hampa dengar je ikan bakar dah tentu hidangan yang sering menjadi pilihan ramai dan mesti hampa dah dapat bayangkan pula ikan bakar dimakan bersama air asam yang  cukup ramuannya yang tersendiri, sudah pasti hampa, kecur air liur dibuatnya kan?? ๐Ÿ˜‹



Pada awalnya restoran ini dikenali sebagai Restoran Resepi Warisan Tok. Namun, telah dijenamakan semula dengan nama Restoran Sisik Ikan Bakar yang lebih komersil Dan senang untuk pelanggan buat carian di sosial media. Restoran yang telah beroperasi sejak tahun 2014, menghidangkan pelbagai pilihan makanan Kampung dan antara menu yang sering mendapat permintaan ramai adalah menu Ikan Bakar serta Asam Pedas Melaka.

Resepi yang digunakan sebagai perapan ikan bakar merupakan ramuan asli dari Melaka dan ternyata ikan bakar yang terdapat di sini sangat berbeza dengan ikan bakar di restoran lain serta mempunyai keunikan yang tersendiri. Memandangkan ikan bakar menjadi menu utama di restoran ini, hanya Ikan Segar dan terbaik sahaja dijadikan ikan bakar di sini.

Para pelanggan boleh memilih pelbagai jenis ikan yang dibakar dengan rempah khas serta disirami dengan air asam dan dihidangkan semasa masih panas. Pemilik restoran telah mengolah sendiri resepi ikan bakar untuk dihidangkan kepada para pelanggan demi menjaga mutu serta menjaga kepuasan pelanggan yang datang.

Makan malam Cheq Sempoi dihidangkan dengan pelbagai jenis menu masakan dari pemilik restoran antaranya menu yang menjadi pilihan kegemaran Pelanggan bila berkunjung  datang adalah :



[Gulai Tempoyak] Adunan rempah ratus yang diilhamkan sendiri oleh pemilik restoran sememangnya menjadi kegilaan para Pelanggan. Kuah tempoyaknya yang pekat Dan likat sangat memikat selera. Superb!!! Sangattt ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ


Asam Pedas Telur Sotong
Asam Pedas Ikan Kembung

[Asam pedas Melaka] Ramuan asli dari Melaka dengan olahan tambahan dari pemilik. Kuah yang dihasilkan sangat terpelihara rasa keaslian dengan kuahnya yang pekat, likat serta cukup rasanya sering mendapat pujian pelanggan yang datang menjamu selera di sini. Asam pedas Melaka ini dihidangkan bersama pelbagai pilihan ikan, udang galah, sotong, telur sotong, ayam dan lain-lain serta dihidangkan panas-panas buat para Pelanggan. Sudah pasti, ia membuka selera para pelanggan yang sedang kelaparan. ๐Ÿ˜‚






[Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu] Menu yang wajib Dan mesti anda cuba jika berkunjung ke restoran ini, sudah tentulah Nasi Lemak Sisik Buluh Perindu yang begitu berbeza. Beras yang di bungkus dengan daun pisang dan daun pandan kemudian di masukkan ke dalam buluh serta di kukus hingga masak. Bau haruman daun pisang, daun pandan dan buluh sangat memukau dan membuat kan anda tidak sabar untuk menjamu selera. ๐Ÿคค Nasi lemak ini boleh dimakan bersama lauk pauk pilihan yang disediakan seperti sambal udang galah petai, sambal sotong, rendang ayam dan juga paru berlada.










[Ikan Bakar Dan Sotong Bakar] Pelbagai jenis ikan segar yang ada. Bawal, patin, pari, dan lain-lain serta pelbagai jenis Makanan laut seperti sotong, telur sotong, udang galah, lala, kerang Dan macam-macam lagi. Menurut owner bahan-bahan mentah datang dari  pangkalan laut Kuala Selangor. Selain seafood yang boleh dihidangkan dari menu asam pedas, seafood juga boleh di minta bakar antara menu utama pilihan Pelanggan. Macam Cheq Sempoi memang suka sangat la dengan sotong bakar. Apa yang dapat di rasa memang puas hati dari ramuan rempah nya sangat sedap serta dicurahkan dengan Sambal atau air asam yang rasa pedas manis-manis sangat awesome!! Sampai menjilat jari la. 








[Steamboot] Kekadang anda mesti rasa jemu nak makan nasi? Jangan risau restoran Sisik juga ada menyediakan menu Steamboot. Antara yang ada pelbagai jenis bebola ikan dan seafood. Ada Cendawan, sayur-sayuran, tauhu kering, Ayam dan seafood seperti udang, ketam, sotong dan lain-lain lagi. Kuah yang disediakan tom yam dan sup sayur.


Udang Goreng Rangup + SOS Kicap
Tom Yam Seafood
Ikan Siakap Stim
Kepah Goreng Bercili
Pepahat Goreng Berlado
Lala 3 Rasa
Ikan Bawal Masak Masam Manis
Kangkong Goreng Belacan
Pelbagai Ulam-ulaman Segar
Ulam Cheq Sempoi Suka
[Pelbagai Menu Pilihan Lain] Selain itu juga, jika anda tidak mahu menikmati nasi lemak atau steamboat sebagai hidangan, anda boleh juga memilih pelbagai menu lain yang terdapat di sini. Jangan risau kerana restoran ini menyediakan sehingga 100 lebih jenis pilihan makanan serta minuman buat para Pelanggan. Sudah tentu ada menu yang pasti menjadi pilihan anda.





[Suasana Restoran] Sebaik Cheq Sempoi  dan suami melangkah masuk, sekeliling restoran dihiasi dengan langsir putih bersih berjurai beralun lembut ditiup angin malam suasana sangat romantik pulak. Di tambah dengan lampu berwarna warni lagi menyerikan seluruh restoran. Terdapat sebuah buaian kayu yang cantik terukir boleh la utk anak-anak bermain sementara ibu bapa menjamu selera. Boleh Cheq Sempoi rumuskan konsep yang cuba owner restoran sampai kan adalah konsep bertemakan suasana kampung. ๐Ÿ˜


MASA OPERASI DAN TEMPAT LOKASI RESTORAN SISIK IKAN BAKAR

Restoran ini bukan sahaja menyediakan menu makan tengahari, namun anda boleh juga menjamu selera di sini pada sebelah petang hingga ke malam. Menu bagi steamboat Dan bakar-bakar bermula pada jam 4.00 petang sehingga jam 10.00 malam.

Kedudukan lokasi restoran sangat menarik yang terletak di hadapan Blok A GM KLang membuatkan ia sering menjadi tumpuan para pelanggan yang datang ke GM Klang. Sudah pasti setelah anda penat membeli belah di GM Klang, perut juga pasti terasa lapar.


Cheq Sempoi Bersama Owner Restoran yang sangat peramah dan mesra pelanggan
Jangan lupa singgah dahulu ke Restoran Sisik  Ikan Bakar untuk menjamu selera sebelum pulang ke rumah supaya perjalanan pulang anda nanti berjalan lancar tanpa perlu tercari-cari tempat makan yang lain. 

Alamat : 
Restoran Sisik Ikan Bakar, 
No 32, Jalan Kasuarina 1/KS, 
Bandar Botanic Klang
( Depan GM Klang )
Untuk tempahan dan pertanyaan :
019-2263004 / 016-2240474

Atau :
Boleh layari sosial media Restoran Sisik
www.facebook.com/restoransisik
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum Dan Salam sejahtera, 
Hai, Cheq Sempoi here.. ๐Ÿ˜

Semua orang suka melancong! termasuk lah Cheq Sempoi memang gemar melancong walaupun baget duit tidak banyak ๐Ÿคญ tapi dengan ada nya Agency Pelancongan yang memberikan perkhidmatan dengan slogan "Travel With Peace Of Mind" adalah sesuatu yang tidak mustahil bagi golongan sederhana dapat melancong ke seluruh dunia. Agency yang Cheq Sempoi maksud kan adalah sebuah Syarikat Pelancongan yang telah mempunyai namanya yang tersendiri dengan pakej-pakej hebat Dan sangat berpatutan. Agency tersebut ialah Mood Travel Dan Juara Travel adalah gabungan yang sangat mantap dalam memberikan perkhidmatan yang selesa. Ha.. hampa nak yang macam mana lagi?? ๐Ÿคญ


Pakej Kembara Halal Eropah Diperkenalkan Oleh Mood Travel Dan Juara Travel



6 (ENAM) PAKEJ PERCUTIAN INDAH DARI MOOD TRAVEL DAN JUARA TRAVEL PAKEJ KEMBARA HALAL MUSLIM EROPAH

Perkhidmatan mereka merangkumi penyediaan Makanan halal, kemudahan solat berserta Malaysian Tour Guide yang beragama Islam Dan berpengalaman selama 10 tahun di Eropah. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan berserta lawatan mengikut Citarasa pelancongan Malaysia dengan tema (All Malaysian Can Travel). 6 Pakej Kembara Halal Eropah yang ditawarkan adalah sangat menarik :

๐ŸŒท Western Europe | Perjalanan percutian yang membawa anda ke bahagian Eropah Barat yang merangkumi (England, France, Belgium, Jerman, Netherland dan Switzerland) yang pasti menjanjikan pelbagai pengalaman menarik Dan seronok. 

๐ŸŒทNorthern Europe | Nikmati percutian unik ke negara-negara Scandinavia seperti (Sweden,  Norway, Denmark dan Finland) Mood Travel juga membawa anda menelusuri keindahan negara Iceland. 

๐ŸŒทSouthern Europe | Perjalanan percutian yang membawa anda ke keunikan kota-kota Eropah Selatan merangkumi negara (Sepanyol,  Itali, Bosnia Herzogovina dan Greece). 

๐ŸŒทCentral Europe | Nikmati keindahan Dan keunikan bahagian Eropah Tengah yang melibatkan negara (Jerman, Republik Czech, Hungary, Slovakia dan Austria). Menikmati keindahan di Central Europe adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang perjalanan kita di Central Europe. 

๐ŸŒนEastern Europe | Rasai iklim Dan percutian berbeza dari yang lain dibenua Eropah Timur termasuk negara ( Russia, Belarus, Romania dan Moldova). 

๐ŸŒนLain-lain destinasi | Bagi dalam negara, antaranya Sabah, Pulau Tioman, Pulau Pinang, Pulau Perhentian, dan pelbagai lagi. Bagi luar negara adalah New Zealand, Australia, Turkey, Iran, South Africa, Vietnam, China, Uzbekistan, Thailand Dan pelbagai lagi tempat menarik. 

En. Arif Atiq Suzaili ( CEO Mood Travel ) 
                                Datuk Musa Yusuf                                   (Ketua Pengarah Tourism Malaysia) 
Penyampaian Cenderahati
BERANI MEMBUAT CABARAN DALAM MEMPERKENALKAN PAKEJ KEMBARA HALAL EROPAH! ๐Ÿ˜

Baru-baru ini, Cheq Sempoi telah menghadiri Majlis Hi-Tea Kembara Halal Eropah yang dianjurkan oleh Mood Expert Travel & Tours Sdn Bhd dan Juara Travel di Restoran D'Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur. Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusuf adalah untuk memperkenalkan dan melancarkan program Kembara Halal Eropah (KHE 2019) kepada agensi-agensi perlancongan yang berdaftar dengan BUMITRA MALAYSIA.

Program adalah sebahagian inisiatif dari Mood Travel untuk memberi peluang kepada agensi-agensi perlancongan yang berdaftar dengan BUMITRA MALAYSIA dengan mengambil peluang kecemasan bagi meluaskan perkhidmatan pelancongan sedia ada dan meningkatkan jualan syarikat. Komisen yang ditawarkan sangat lumayan..๐Ÿ‘Œboleh mencecah sehingga RM6,000 dan yang paling penting agensi pelancongan yang menyertainya akan diberikan sokongan dari segi teknikal dan lain-lain lagi.. Superb!!! Kan?? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚



KEISTIMEWAAN DAN PERKHIDMATAN TERBAIK DARI PROGRAM KEMBARA HALAL EROPAH OLEH MOOD TRAVEL

Mesti ramai yang tertanya-tanya, Apa keistimewaaan dan perkhidmatan dari Program Kembara Halal Eropah oleh Mood Travel ini?

Mood Travel bukan sahaja memperkenalkan pakej SIC (Seat-in-Coach 2pax to go) tetapi telah menyediakan perkhidmatan perlancongan selesa dengan slogan "Travel With Peace Of Mind" sesuai untuk pelancong Malaysia yang risau untuk bercuti ke negara-negara Eropah. Selain itu, harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan dan juga mengikut citarasa pelancong Malaysia. Antara perkhidmatan lain adalah :

1. B2B (Business To Business) 
2. PRIVATE
3. MICE (Meeting, Incentives, Conferences & Events) 
4. Mood Travel adalah ahli MATTA (Malaysian Association Of Tour & Travel Agents) yang berdaftar





Enam perkara utama yang paling dititik beratkan oleh Mood Travel dalam program KHE2109 ini ialah:

1. ๐ŸšŒ Pengangkutan | Bas pengangkutan yang digunakan adalah selesa, bersih, ruang yang luas dan dilengkapi dengan tandas. Menggunakan pemandu Eropah yang berlesen dan mesra pelanggan.

2. ๐ŸฌTempat Penginapan | Hotel yang disediakan adalah yang selesa, luas, startegik, mempunyai WiFi, Hotel bertaraf 3 bintang ke atas dan beberapa kemudahan yang lain.

3. ๐Ÿœ Makanan Halal | Perkara WAJIB dalam menentu kan Makanan HALAL. Anda tidak perlu risau kerana pelancong akan dibawa ke restoran atau kedai yang menghidangkan Makanan mengikut citarasa Melayu seperti Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan pelbagai makanan yang dijamin halal.

4. ๐Ÿ•Œ Solat | Bertanggungjawab memastikan setiap pelancong Muslim dapat menunaikan solat di awal waktu dan tempat solat yang selesa serta akan diadakan tazkirah untuk mengisi masa lapang. 

5. ๐Ÿ‘จ‍๐Ÿ’ผPemandu Pelancong (Tour Guide) | Pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia yang telah menetap di United Kingdom lebih dari 10 tahun, berpengalaman mengendalikan lebih 40 perjalanan ke Eropah, mesra dan ramah. Tiada masalah dalam berkomunikasi dan berinteraksi dalam Bahasa Malaysia. ๐Ÿ‘ Terbaikkk!!! 

6. ๐ŸŽ Membeli Belah | Ini jugak adalah perkara WAJIB bagi setiap pelancongan. Memang rugi la kalau aktiviti membeli belah cenderahati untuk di bawa pulang ke tanah air buat keluarga dan sahabat handai kan? Pelancong akan diberi masa untuk membeli belah sehingga berpuas hati. Ole-ole akan menjadi kenang-Kenangan buat semua. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ



APA lagi? Puas hati kan?? Jadi tak perlu pening kepala atau risau ketika bercuti ke Eropah dengan pakej terbaik KHE2019 dalam memastikan anda pelancong Malaysia mendapat kemudahan atau perkhidmatan yang serba serbi tip top!!! Dari Mood Travel. ❤️❤️❤️




JANGAN TUNGGU LAGI REBUT PELUANG MELANCONG DENGAN HARGA MAMPU BAYAR DARI MOOD TRAVEL YANG AWESOME KHAS BUAT PELANGGANNYA SEKARANG!!! DAPATKAN TAWARAN ISTIMEWA KHE2019 DENGAN Melayari:

kembarahalaleropah.com

Website :
www.moodtravel.co.uk

Facebook :
www.facebook.com/mooderopah

Instagram : 
www.instagram.com/moodtravel.my

Hubungi : 
03 - 89229376 | 018 -3807828



Rakan kerjasama KHE2019 :

Juara Travel
BUMITRA MALAYSIA
Etihad Airways
Oman Air

Antara penaja - penaja untuk KHE2019 :

Penaja Hadiah : Etihad Airways 
Penaja Perak : Kembara Meals 
Penaja Umum : Klinik TTDI Medical & Surgery
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    1 PEMBERI ULASAN
    Assalamualaikum...
    Hai Cheq Sempoi sini ๐Ÿ˜


    RESEPI COCKTAIL SF DAN SANDWICH SARDINE SF | BERBUKA DAN SAHUR | BAHAN TERBAIK DARI LADANG

    Selamat berpuasa semua, sedar tak sedar dah seminggu kita berpuasa ๐Ÿ˜ฒ di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keindahan yang tersendiri. Biasalah bila tiba bulan Ramadhan, semua para ibu lah yang paling sibuk. Macam-macam benda dia nak urusan terutama bab menu berbuka Dan bersahur. Hari-hari sibuk fikir apa yang nak dimasak untuk suami Dan anak-anak.

    Kami sekeluarga amat bersyukur setiap bulan akan membeli barang-barang dapur Dan keperluan di Pasaraya Segi Fresh dimana-mana cawangan asalkan Segi Fresh. Pendek kata "SEGAR DARI LADANG" ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿคญ. Tambahan bulan. Puasa ni makan kena lah yang sihat Dan Segar kerana kalau dapat yang tidak segar kemungkinan boleh sakit perut sebab seharian perut kita kosong. Jadi kena lah makan makanan dari yang terbaik.


    Antara Anugerah Yang Diterima

    Memang sangat berbaloi, murah, berkualiti dan segar semua produk yang ada di Pasaraya Segi Fresh. Puas hati Cheq Sempoi dapat membeli barang keperluan untuk sebulan Ramadhan dengan harga sangat berbaloi. Ok lah jom tengok apa yang Cheq Sempoi shopping untuk stok bulan puasa. ๐Ÿ˜˜

    Haaa.. Banyak kan??? Semua ada ๐Ÿ‘Œ semua ni tidak melebihi RM100!!! 

    Bila semua barang-barang keperluan dapur penuh macam ni, baru lah semangat nak. Masak tu bertimpa-timpa bagai kan seorang Chef hebat di dapur. Jom kita ke Dapur Cheq.. dan apa menu masakan yang paling mudah dan senang untuk berbuka puasa dan sahur. ๐Ÿ˜‹




    MINUMAN BERBUKA YANG MENYEGARKAN TEKAK ๐Ÿ˜‹

    Jenama dari Trader's Choice

    ๐Ÿ’– RESEPI COCKTAIL SF ๐Ÿ’–

    Bahan-Bahannya :
    • 1 Tin Susu cair (jenama dari Trader's Choice)
    • 1 Tin air longan (jenama dari Trader's Choice)
    • 2 Tin air laici (jenama dari Trader's Choice)
    • Cocodinata, sumi, dll (bahan tambahan)
    • Sedikit kiub ais batu

    Cara-caranya :

    ๐Ÿ“ŒCampurkan ke semua bahan-bahan... air longan, air Laici, cocodinata, sumi dan susu cair ke dalam bekas air. Kacau sebati dan masukkan kiub Ais batu.


    Siap!!! Selamat mencuba dan Selamat menyegarkan tekak ๐Ÿ˜‹



    MENU SAHUR YANG MUDAH DAN MENYELERAKAN ๐Ÿ˜‹

    Sandwich SARDINE SF
    Jem pelbagai pilihan jenama dari Crown's Choice boleh jugak Diambil bersama roti

    ๐Ÿ’– RESEPI SANDWICH SARDINE SF ๐Ÿ’–

    Bahan-Bahannya :
    • 1 Tin Sardine (jenama dari Trader's Choice, sedap)
    • 10 keping Roti Potong (siap potong dulu kulit keras nya)
    • Sebiji Bawang Besar (dipotong kecil)
    • 5 biji Cili padi (jika suka pedas tambah jer dipotong halus)
    • Sedikit garam
    • Sedikit Minyak masak
    • Daun salad (hiasan)

    Cara-caranya :

    ๐Ÿ“ŒSardine adalah bahan utama, perlu dihancurkan terlebih dahulu.
    ๐Ÿ“ŒKemudian panaskan minyak masak ke dalam kuali. Tumiskan bawang besar yang di potong kecil.
    ๐Ÿ“Œ Masukkan cili api yang dipotong halus. Gaul sekata dengan bawang.
    ๐Ÿ“Œ Tambahkan garam garam secukup rasa.
    ๐Ÿ“Œ Akhir sekali ambil roti yang sudah dibuang tepinya, dan letak kan salad segar Segi Fresh atas roti serta letak kan pula inti Sardine yang dimasak tadi atas salad. Buat sampai habis.


    Siap!!! Selamat mencuba dan Selamat menjamu selera ๐Ÿ˜‹

    Jenama Berkat
    Jenama Segi Fresh & Trader's Choice

    Ha.. Nak tahu kenapa resepi Cheq ada "SF"?? sudah semestinya Bahan-bahan segar di beli dari "Segi Fresh" ๐Ÿคญ

    Bahan-bahan basah dan kering di SEGIFRESH, terutama barangan dapur memang sangat murah, sangat menjimatkan. Patutlah orang sentiasa ramai dan penuh sepanjang masa terutama kalangan peniaga-peniaga serta suri rumah suka berbelanja di SEGIFRESH.


    Untuk maklumat lanjut tentang SegiFresh Sila click link tertera di bawah :

    INSTAGRAM
    https://www.instagram.com/segifreshmarket/

    FACEBOOK
    https://www.facebook.com/Segifresh/
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    1 PEMBERI ULASAN
    Newer Posts
    Older Posts

    Senarai Blog Saya

    • Rina Zul
      Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

    Senarai Blog Saya

    • rinazul.com

    MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

    kak Ani

    Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


    Search Here

    Total Pageviews

    ads

    followers

    Popular Posts

    • PROMOSI NIKMATI CITARASA KEENAKAN RAYA MEXICANA PANCAKE DI SELURUH CAWANGAN PANCAKE HOUSE
      SET RAYA MEXICANA PANCAKE & MINTY LIMAU RAYA   Jumaat, 23 Jun 2017 Assalamualaikum dan salam sayang semua, Buat pertama k...
    • RESTORAN NY STEAK SHACK ~ STEAK, BURGERS & SHAKES, SUNWAY VELOCITY MALL KL
      Rabu, 12 Julai 2017 Salam sayang semua, Rasa macam dah lama Cheq Sempoi tidak bersiaran. Maklumlah sibuk beraya sampai tak ing...
    • BURGER 'NEGARAKU" SIMBOLIK SEMANGAT KEMERDEKAAN GENERASI XY, KELAINAN DAN KEUNIKAN MEMBERI 1000 MAKNA KEPADA PELANGGAN
      BurGer NeGaraKu Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua, Cheq Sempoi masih dalam semangat kemerdekaan yang baru saja berl...
    • INNERSHINE MARINE COLLAGEN WITH KYOHO GRAPE JELLY YANG MENABJUBKAN
      Innershine Marine Collagen Essence Strip Cheq Sempoi Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan Cheq Sempoi. Semu...
    • MURFEST 2017 | KEMAHIRAN FESTIVAL RETREAT BESAR URBAN ASIA TERBAIK
      Asalamualaikum dan salam sejahtera semua, Baru-baru ini Cheq Sempoi dijemput ke Majlis Jelajah dan Pengalaman Sambutan Kesejahteraan, M...
    • Filem 'MALAY REGIMENT' Tersimpan Semangat PATRIOTIK KEMERDEKAAN Yang Kekal Abadi
      Salam Kemerdekaan buat semua...Follower Cheq Sempoi, Maaflah buat semua sebab agak terlewat Cheq Sempoi keluar bersiaran tentang File...
    • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
      Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
    • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
      Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
    • [ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
      Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua,  Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun ti...
    • LAUNCH OF MISS SHOPHIA @ BBKLCC FIESTA & PELANCONGAN MALAYSIA "DEKAT JE CARNIVAL"
      Ass alamualaikum dan salam sejahtera semua yang Cheq Sempoi rindui.. KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2017 - Perasmian Fiesta & Pelancongan ...

    Blog Archieve

    • Januari (1)
    • September (1)
    • Ogos (2)
    • Mei (5)
    • Disember (4)
    • November (2)
    • Oktober (2)
    • September (1)
    • Ogos (4)
    • Julai (2)
    • Jun (5)
    • Mei (28)
    • April (7)
    • Mac (6)
    • Februari (8)
    • Januari (12)
    • Disember (11)
    • November (4)
    • Oktober (4)
    • September (6)
    • Ogos (7)
    • Julai (3)
    • Jun (9)
    • Mei (2)

    blog list

    Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI