• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi




Masak-Masak Bersama AMC & Chef Zamir (Juara Masterchef All Star 2013

'Eat Better Live Better'

Asalamualaikum dan salam sayang pada semua yang Cheq Sempoi kasihi. Terutama para wanita dan ibu-ibu. Bagi menghargai jasa dan pengorbanan kita sebagai seorang wanita, isteri dan ibu kepada anak-anak, suami dan keluarga.. Cheq Sempoi nak perkenalkan satu produk yang sangat awesome 'eat better live better'.

Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang ke satu event bersama Juara Masterchef All Star 2013 iaitu Chef Arshad Zamir pada 25 November 2017. Event masak-masak bersama AMC dan Chef Zamir bertempat di AMC Malaysia, Shah Alam, Selangor. Menu yang Chef sediakan untuk sesi masak-memasak adalah Nasi Kerabu, Rendang Ayam, Sayur Campur dan Kek Butter.



Aa..ahhh... bukan kita nak belajar masak tapi lebih kepada memperkenalkan satu produk baru dari AMC Malaysia yang sudah terkenal sejak zaman ibu-ibu kita lagi dengan produknya yang terbaik dan berkualiti. Dahulu periuk seumpama ini telah ada tapi menggunakan gas LPG dengan fungsi yang terhad. Namun dengan peredaran masa, inovasi koil pemanasan elektrik dicipta dengan sistem sensor serta kawalan automatik secara bluetooth yang dinamakan Auditherm yang disatukan. Tadaaaa.... jadilah periuk AMC Secuqick yang telah dimodenkan.



Sekarang pelbagai jenis periuk tekanan serbaguna atau lebih dikenali sebagai multifunction pressure cooker, diperkenalkan yang menjadi trending masa kini. Periuk keluaran AMC ni nampak macam biasa-biasa saja. Tapi jangan terkejut produk pengeluaran dari Sweet Zealand ini boleh menumis, menggoreng, stim, memanas, slow cook, defros, masak dalam tekanan tinggi atau rendah!. Ya.. semua itu mampu dilakukan oleh periuk AMC Secuqick.
Cheq Sempoi happy dan teruja menggunakan periuk keluaran AMC Malaysia

Persediaan bahan-bahan untuk memasak
Sangat sesuai untuk ibu-ibu masa kini yang majoritinya berkerjaya. Dengan ini ibu-ibu akan lebih seronok dan gembira memasak seharian. Sebabnya dengan adanya periuk sebegini, masakan jadi cepat siap, kurang kerja mengemas dapur, dapur bersih dan kurang bau yang tidak selesa. Masa dengan keluarga lebih berkualiti.


Jurucakap AMC
KEMUDAHAN DAN SEDIKIT KETERANGAN MENGENAI PRODUK AMC MALAYSIA YANG TERKINI


Jaminan 3-kali kejayaan

Penyerapan haba yang cepat, pengukuran suhu dan kawalan berterusan ke atas haba di dalam periuk memastikan bahawa setiap hidangan adalah satu kejayaan. Dengan Navigenio dan Audiotherm walaupun sepenuhnya automatik.


The AMC Akkutherm-Base

Ia membolehkan penyerapan dan pengedaran haba yang cepat. Ini menjimatkan banyak masa dan tenaga.


The Sensory Sensor AMC

Sensoteks mengukur haba di dalam periuk dengan cepat dan tepat, supaya dapat ditunjukkan oleh Visiotherm sepanjang masa. Kerana suhu yang tepat menentukan makanan yang baik.


The Visiotherm AMC

Ia menunjukkan bahawa suhu sensotometer mengukur di dalam periuk. Suhu dapat dipantau setiap saat. Dengan cara ini memasak atau menggoreng boleh dilakukan pada suhu yang optimum dan makanan ternyata sentiasa baik.


Navigenio

Memasak secara automatik, memasak & baking.

AMC Navigenio, plat panas mudah alih, adalah keajaiban teknologi dapur moden. The hotplate berteknologi tinggi eksklusif dengan modul radio bersepadu mengawal keseluruhan proses memasak di Audiotherm secara automatik!

AMC Navigenio menggunakan sinar inframerah untuk memanaskan dan dengan cepat, dalam satu minit, anda dapat merasakan peningkatan haba dari hotplate.

AMC Navigenio, juga ketuhar yang paling menjimatkan tenaga di dunia

Dengan bantuan Navigenio dan Audiotherm, anda boleh menetapkan masakan anda secara automatik, semasa anda duduk dan berehat. Memasak dengan "cara AMC", memasak menjadi keseronokan yang benar!


Audioterm AMC

Audiotherm bersama Visiotherm. Audiotherm, dalam hubungan radio dengan Navigenio membolehkan memasak sepenuhnya automatik. Lebih mudah daripada itu!



Memasak Mudah, Cepat & Secara Automatik

Periuk dan kuali AMC diperbuat daripada keluli tahan karat premium supaya anda dapat menikmati setiap saat memasak anda. Produk individu boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, serta dalam kombinasi dengan satu sama lain. Adakah hidangan rumit? Dengan AMC ia boleh dengan mudah dan cepat. Bersama Audiotherm dan Navigenio, anda akan dapat berehat dan menikmati masa anda bersama keluarga dan rakan anda. Ini yang kita panggil kebebasan dan "kesenangan ringkas" - dalam apa jua hubungan!..


KEBAIKAN AMC COOKING SYSTEM

☆Sihat dan sedap
☆Mudah dan cepat
☆Jimat kos dan tahan lama
☆Cemerlang dan Inovatif
☆Elemen-elemen yang telah dipatern dan mempunyai tanda dagang (trade mark)

BEBERAPA PRODUK KELUARAN AMC TELAH MEMENANGI BEBERAPA ANUGERAH 

☆Best Produk 2013
☆Kitchen Innovation Of The Year 2011
☆Reddot Design Award 2014
☆Kitchen  Innovation Of The Year 2014


Untuk lebih keterangan lanjut boleh lah layari media sosial di bawah :

Webside : amc24.amcmsia.com

Fb : www.facebook.com/amcmalaysia

Ig : www.instagram.com/amcmalaysia

Alamat :

AMC Malaysia
No 22, Jalan Pendaftar U1/54
Temasya Industrial Park
Glenmarie
40150 Shah Alam 
SELANGOR

No. Tel : 03-55698994

No. Faks : 03-55696626

Share
Tweet
Pin
Share
4 PEMBERI ULASAN
Nice Packaging
Asalamualaikum dan salam sayang pada semua...

Lama sudah Cheq Sempoi mencari, akhirnya Cheq Sempoi bertemu dengan sejenis balm yang dikiranya 'ajaib' lah. Balm yang dapat melegakan sakit dibahagian belakang, leher, kepala dan bahu. Maklumlah hari-hari duk mengadap komputer lama-lama setiap hari 'office hour'. Semua mesti pernah rasakan, ketidakselesaan menghadap komputer. Bila dah mula rasa sakit-sakit atau sengal di leher atau bahu bila lama sangatkan?... Lagi-lagi blogger macam kita nie... atau yang bekerja hanya di depan komputer sahaja. Penyelesaiannya, boleh dicuba Tasneem Naturel Balm ni. Bukan sahaja mujarab untuk baby tapi juga untuk orang dewasa.

Senang untuk dibawa dan digunakan dimana-mana sahaja...

Cheq Sempoi dan anak-anak sudah mencubanya... dan yang pastinya, memang sangat berkesan dan ajaib. Cepat menghilangkan kesakitan, sangat melegakan. Nak lagi best bila suruh si suami yang sapukan, lagi bertambah-tambah kemesraan kasih sayang kita...:)

Nice design... comelkan?

Produk terkini yang baru diperkenalkan oleh seorang usahawan tempatan. Namun ideanya sudah lama diketengahkan di Eropah. Produk ini menggunakan bahan-bahan semulajadi dan bahan yang kita sendiri tahu kelebihan dan kekuatannya. Jadi Cheq Sempoi tidak teragak-agak mencuba produk ini oleh sebab ia fokus kepada masalah yang kita selalu hadapi. Balm ini membantu secara semulajadi batuk dan selesema. 100% dari Essential Oils. Tanpa paraben, sls dan bahan kimia. Mendapat kelulusan KKM. Menariknya Tasneem Naturel Balm mempunyai 4 jenis. Setiap jenis mempunyai keistimewaan masing-masing :


CALM TIME BALM
Bahan :
๐Ÿ€ Marjoram
๐Ÿ€ Bergamot
๐Ÿ€ Orange
๐Ÿ€ Tangerine
๐Ÿ€ Geranium
๐Ÿ€ Roman Chamomile

Tasneem Naturel Calm Time Balm berfungsi sebagai :
๐Ÿ€ Memberikan keselesaan.
๐Ÿ€ Mengurangkan tekanan.
๐Ÿ€ Mengurangkan keletihan.
๐Ÿ€ Membantu anak lebih tenang.

Cara penggunaan :
Sapu ditulang belakang, tapak kaki, dinadi belakang telinga serta pergelangan tangan. Balm ini membantu menenangkan anak anda jika dalam keadaan tantrum/ mengamuk/ menangis tanpa henti.


COUGHFLU TIME BALM

Bahan :
๐ŸŒท Orange
๐ŸŒท Lavender
๐ŸŒท Cypress
๐ŸŒท Tea Tree
๐ŸŒท Lemon
๐ŸŒท Eucalyptus

Tasneem Naturel Coughflu Time Balm berfungsi sebagai :
๐ŸŒท Mengurangkan batuk dan athma.
๐ŸŒท Membantu cairkan kahak.
๐ŸŒท Membantu menurunkan suhu ketika demam.
๐ŸŒท Sesuai digunakan untuk orang dewasa juga.

Cara penggunaan :
Sapu dihidung, tekak, tulang belakanh, tapak kaki dan dada. Boleh juga bagi anak hidu balm ini untuk membantu secara semulajadi masalah batuk dan selesema.


TUMMY TIME BALM

Bahan :
๐ŸŒป Ginger
๐ŸŒป Anise
๐ŸŒป Lavender
๐ŸŒป Tangerine
๐ŸŒป Lemongrass
๐ŸŒป Fennel

Tasneem Naturel Tummy Time Balm berfungsi sebagai :
๐ŸŒป Bertindak seperti minyak telon.
๐ŸŒป Membantu membuang toksin dalam badan.
๐ŸŒป Melegakan kembung perut.
๐ŸŒป Melegakan perut sebu.

Cara penggunaan :
Sapu pada perut dan tapak kaki. Balm ini membantu anak yang mengalami masalah perut seperti kembung, sembelit dan cirit birit.


SLEEP TIME BALM

Bahan :
๐ŸŒธ Ylang Ylang
๐ŸŒธ Cedarwood
๐ŸŒธ Marjoram
๐ŸŒธ Lavender
๐ŸŒธ Orange
๐ŸŒธ Bergamot

Tasneem Naturel Sleep Time Balm berfungsi sebagai :
๐ŸŒธ Meningkatkan focus dan daya tumpuan.
๐ŸŒธ Membantu mendapatkan tidur yang berkualiti.
๐ŸŒธ Mengurangkan ketegangan otot dan memberi rasa relaks.
๐ŸŒธ Membantu mengawal tekanan darah, mengawal corak pernafasan dan mengurangkan adreanalin iaitu rasa bimbang, marah dan takut.

Cara Penggunaan :
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan. Balm ini membantu anak yang susah tidur. Ia mengandungi essential oil yang dapat seimbangka hormon tidur dan hormon sedar. Malah memberikan tidur nyenyak dan berkualiti. Boleh juga disapu ubun-ubun baby.

Keempat-empat jenis Tasneem Naturel Balm bukan saja dapat menghilangkan kesakitan dan sengal-sengal dileher serta bahu, malah boleh menstabilkan emosi kita dengan aura kewangiannya. Bau dari campuran pati minyak dan lavender yang dimasukkan ke dalam balm tersebut.


Seperti semua sedia maklum bahawa lavender adalah pewangi yang boleh menenangkan jiwa kita. Sangat tepat pilihan wangiannya... sambil dapat melegakan kesakitan otot leher dan bahu, dapat juga sedikit ketenangan dengan wangian balm.


Belum cuba belum tahukan?... Cheq Sempoi dah mencubanya. Dan sememangnya sangat puas hati. "Tak Kenal Maka Tak Cinta". Cheq Sempoi dan keluarga dah jumpa penawar... sangat disyorkan mencuba. Sememangnya Tasneem Naturel Balm sangat berkesan dan membantu.

Tip :

Combination 2 jenis balm ini, mesti ada setiap malam sebelum baby tidur. Sapu Calm Time dulu, then sapukan Sleep Time. Ia menstabilkan hormon, insyallah mudah tidur dan lebih nyenyak.

Cadangan :

Kadang-kadang kita bingung tak tahu nak bagi hadiah apakan... time melawat anak sahabat karib atau anak buah... kalau baju dah selalu sangat, hamperpun dah biasa. So apa kata kali ni Cheq Sempoi cadangkan bagi yang betul-betul diperlukan dan bermanfaat iaitu Set Tasneem Naturel Balm.


Kredit gambar : Tasneem Naturel Balm

Harga : 

> 1 bekas adalah RM49.00
> 2 bekas RM88.00 (JIMAT RM10)
> 1 Set RM157.00 (JIMAT RM39)

Testimoni Pengguna 
Kredit gambar : Tasneem Naturel Balm






Alamat :
TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, Jalan Putra Kajang,
Taman Putra, Kajang
43000 Kajang, Selangor

Hotline :
011-20964665 (Oder)
010-8453469 (Daftar Agent & stokis)

Untuk maklumat lanjut sila layari media social di bawah :

Web : Tasneem Naturel
FB : Tasneem Naturel Balm
IG : tasneemnaturel

Share
Tweet
Pin
Share
10 PEMBERI ULASAN

Asalamualaikum dan salam sejahtera...


Dengan tidak disangka2... baru-baru ini, Cheq Sempoi sungguh bertuah dijemput  ke majlis perlantikan Siti Sarah Raisuddin sebagai duta rasmi produk Sugardoll dan high tea bersama Sarah. Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita penyanyi popular Siti Sarah Raisuddin 33 tahun, yang tetiba hampir pitam akibat keletihan dan tekanan darah rendah yang melampau dan terpaksa dikejarkan dengan ambulan ke hospital. 


Cheq Sempoi berkesempatan menemui Siti Sarah, pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll by NN, di Flora Terrace, Kuala Lumpur. Siti Sarah dilantik sebagai duta rasmi kepada produk penjagaan rambut Sugardoll yang merangkumi : 

> Sugardoll Hair & Skin Vitamin
> Sugardoll Intensive Hair Tonic
> Sugardoll Luxxe Hair Shampoo
> Sugardoll Luxxe Hair Conditioner


Perasmian Duta Rasmi Sugardoll

Sugardoll merupakan jenama tempatan yang bermula operasi penjualannya pada Oktober 2016. Menurut Pengasas produk Puan Nabilah Nazib "idea dari nama "sugardoll" ada lah dari beliau sendiri, yang mana dia lebih suka vitamin yang dibuat berbentuk gula-gula 'sugar' dan 'doll' adalah bayangan dari Siti Sarah. Puan Nabilah atau lebih dikenali sebagai Bella sudah lama bercita-cita untuk membuat produk penjagaan rambut dan membayangkan Siti Sarah sebagai duta rasmi produknya." 

Kemunculan kembali Siti Sarah sebagai duta rasmi produk Sugardoll

Sesi Q & A

Pertemuan dengan ikon terkenal negara itu, yang secara umumnya kita semua tahu bahawa beliau sangat menitikberatkan penjagaan kecantikan dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Mengambil masa selama hampir 5 bulan, dari pertemuan pertama pengasas bersama Siti Sarah, akhirnya persetujuan dimeterai dan beliau kini merupakan duta rasmi kepada rangkaian produk sugardoll.

Sugardoll Luxxe Hair Shampoo &
Sugardoll Luxxe Hair Conditioner

Warna Hitam Syampu Yang Menawan Dan Harum Semerbak Mewangi

Rangkaian produk mempunyai kelulusan KKM. Rawatan khusus untuk menyelesaikan masalah yang rata-rata dialami oleh 90% wanita yang telah bersalin, wanita-wanita yang meningkat usia dan tidak lupa juga ia merupakan masalah yang turut di alami oleh kaum lelaki. Produk dihasilkan oleh kilang yang bertaraf gmp, halal dan dimiliki oleh bumiputera 100%.


Cheq Sempoi & Siti Sarah

Sugardoll juga telah mempunyai stokis besar di Singapura, Brunei, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak. Diikuti dengan agen-agen rasmi kami yang berada dihampir seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut sila layari :
FB : Sugardollbynn HQ
IG : Sugardollbynn

Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN

Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang Cheq Sempoi kasihi...




Pengalaman membawa anak-anak makan yang Menyenangkan di Resorts World Genting, Coffee Terrace, amat memenuhi citarasa kami yang sukar dilupakan. masakan yang lazat di 6,118 kaki di atas paras laut? Sangat mengujakan kami. Sebaik melangkah masuk ke restoran buffet Resorts World Genting di Coffee Terrace. Kami terpegun dengan reka bentuk dalaman kontemporari yang diterjemahkan melalui unsur-unsur air, sayur-sayuran hijau dan warna coppery untuk mewujudkan suasana yang santai dan selesa. Masuk ke ruang makan utama yang luas, anda akan segera ditertarik ke enam dapur terbuka yang menakjubkan yang menempatkan barangan khasnya sendiri, mencipta masakan asli dan lazat. Di suatu sudut terdapat tempat yang menghidangkan enam makanan Asia dan Barat yang berbeza dari masakan tempatan Malaysia, Cina, Barat, Jepun dan Barat Asia. 



Pilihan dari makanan yang sihat dari negara Barat seperti salad sangat digemari dan jika anda ingin makanan Jepun, pelbagai hidangan Jepun seperti salmon mentah yang enak dan tempura lazat bersama-sama dengan mi udon, sup miso dan banyak lagi untuk menggembirakan dan memenuhi selera anda, yang hanya tersedia untuk makan malam.



Seterusnya, Cheq Sempoi ke dapur Asia Barat di mana anda boleh menonton tukang masak menyiapkan naans dan roti khusus dalam ketuhar Tandoori. Jangan lupa mencuba kari mentega panas pedas, mi pedas dan masakan India yang sedap, yang hanya untuk makan malam. 




Selesaikan lawatan dunia kuliner anda dengan hidangan pencuci mulut Nyonya Baba wangi yang disiram di atasnya dengan sirap gula aren, santan, kacang ginjal, dan sedikit daun hijau yang dimasak dengan kacang hijau kacang yang dinamakan cendol, pelbagai jenis kuih dan buah-buahan. Bilik-bilik juga disediakan untuk makan secara peribadi, yang boleh menampung sehingga 100 orang tetamu. Untuk pengalaman luar yang menyegarkan, teres luaran berfungsi sebagai tempat yang lebih santai dengan cahaya matahari yang cerah dan semulajadi, ia adalah tempat yang sesuai untuk minum petang dan santai-santai bersama kawan-kawan atau keluarga.

Coffee Terrace terletak di Lobby Lantai Genting Grand Hotel dan boleh menampung sehingga 668 pengunjung. 

Ops Hours : 

Sarapan Pagi Buffet 
7.00 pagi - 10.30 pagi

Makan Tengahari Buffet 
12.00 pagi - 2.30 petang 

Makan Malam Buffet 
5.00 petang - 9.30 malam 

Harga jualan Buffet :

Sarapan Pagi Buffet dari :
RM 41.00 nett (dewasa) ; 
RM 20.00 nett (kanak-kanak) 

Makan Tengahari Buffet : 
Mon to Fri : 
RM 42.00 nett (dewasa) ; 
RM 21.00 nett (kanak-kanak) 

Sat, Sun, Sch Hol dan PH : 
RM48.00 nett (dewasa) ; 
RM 24.00 nett (kanak-kanak) 

Makan Malam Buffet :
Sun to Thurs : 
RM 79.00 nett (dewasa) ; 
RM 39.00 nett (kanak-kanak) 

Fri, Sat & PH: 
RM 82.00 nett (dewasa) ; 
RM 41.00 nett (kanak-kanak)



TAHUN 2017, 
TAHUN MELAWAT PAHANG

Pesta makanan untuk meraikan Tahun Melawat Pahang di Resort World Genting (RWG) telah bersedia menyediakan makanan malam, hidangan perasmian di Coffee Terrace menyajikan hidangan asli yang menyerlahkan warisan negeri Pahang pada 29 November 2017 yang lalu. 


Negeri Pahang yang mempesonakan termasuk hidangan makanannya dan warisan artifaknya yang kaya di negeri pesisir timur ini amat bermakna dan mencuba hidangan asli yang unik. Tetapi anda tidak perlu pergi ke Pahang untuk menikmati hidangan tradisional seperti Ikan Patin Tempoyak, atau Nasi Kebuli (beras yang dimasak dengan minyak kelapa yang dicampur dengan ayam atau kambing, kismis, zaitun, cengkih dan sereh). Hidangan ini termasuk dalam hidangan buffet mewah di Coffee Terrace Genting Grand, Resorts World Genting sebagai sebahagian daripada promosi makanan Pahang bermula dari 8 hingga 17 Disember 2017. 

Bertemakan "rasa Darul Makmur, Hogoh Pahang!" promosi makanan diadakan bersama dengan Lawatan Pahang Tahun 2017 & 2018. Satu acara pentingnya dalam kalendar Negeri meraikan kejayaannya sebagai destinasi percutian popular yang telah menarik lebih dari dua juta pelancong dari seluruh dunia tahun ini sahaja. Seperti Resorts World Genting yang terletak di Pahang.

Dengan promosi buffet yang diadakan di Coffee Terrace akan mempamerkan hidangan Pahang asli yang lazat oleh Chef Tan Hang, Chef Eksekutif Genting Grand, dan chef Sous, Chef Wino Wong. Untuk majlis khas ini, para chef bercita-cita untuk tetap berpegang teguh pada intisari makanan tradisional Pahang untuk menyampaikan hidangan yang asli "Rasa Darul Makmur, Hogoh Pahang!". Untuk mencipta semula suasana Pahang yang unik, artifak dari Muzium Persekutuan Pekan menikmati kebanggaan tempat di Coffee Terrace dari Yang Berhormat Dato 'Ahmad Farid bin Abdul Jalal, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pahang. Empat belas artifak asli dari muzium akan dipamerkan, termasuk cetakan tradisional yang digunakan untuk membuat kuih (snek berukuran gigitan) dan pelbagai peralatan dapur.

Makanan, adalah tumpuan utama, dan menurut chef, terdapat beberapa hidangan yang hanya perlu dicuba oleh pengunjung yang di antaranya adalah Ikan Patin Tempoyak dan Nasi Kebuli yang terkenal, Sambal Hitam (hidangan panas yang dibuat dengan sayur-sayuran dan rempah-rempah) dan Daging opor (hidangan daging dimasak dan direbus dalam santan) untuk hidangan yang memuaskan. Chef mencadangkan pencuci mulut seperti Puding DiRaja atau Royal Pudding, pencuci mulut yang dikatakan pernah dikhaskan hanya untuk royalti. Puding DiRaja yang resepinya diperbuat dari pisang, ceri, prun dan kacang methew adalah hidangan utama negeri Pahang. Ia kemudian dijala mas, warna emas yang diperbuat daripada kuning telur itik dan gula. Hidangan ini, bagaimanapun, adalah hanya beberapa daripada banyak hidangan tradisional yang ditampilkan pada hidangan buffet yang menjanjikan pelbagai dan nilai untuk wang. 

Makanan pembuka seperti Keropok Lekor, Keropok Ikan, Keropok Udang, dan salad seperti Kerabu Daging, Kerabu Pucuk Paku, dan Kerabu & Taugeh juga disediakan untuk memberi idea tentang apa yang dialami oleh orang-orang di Pahang. Terdapat dua pilihan sup Tulang Rusuk dan Sup Kambing Berempah, manakala di Caring Station, dinner anda dapat menikmati Ayam Golek Bermadu dan hidangan utama Kambing Bakar.


Masakan panas utama yang merangkumi Daging Singgang, Gulai Lemak Siput, Gulai Asam Rong, Udang Sambal Petai, Udang Lemak Cendawan Tiram, dan Hati Ayam Kacang Panjang Sambal. Selain Pudding DiRaja, pilihan termasuk Kueh Lompat Tikam, Sira Labu dan Pengat Nangka. Coffee Terrace yang terkenal dengan kepelbagaian buffetnya, mempunyai konsep dapur terbuka dan lazimnya menyajikan lima masakan, iaitu Flavors of Malaysia, Chinese, Western Japanese, dan Western Asian.  

Terdapat juga kawasan al fresco untuk mereka yang ingin menikmati pemandangan gunung yang indah semasa makan malam. Makan tengah hari buffet di restoran disediakan dari pukul 12 malam hingga 2.30 petang, sementara makan malam bufet disajikan dari jam 5 petang hingga 9.30 malam. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut :

Sila hubungi +603 2718 18

 atau 

lawati alamat sesawang dibawah
www.rwgenting.com
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • PROMOSI NIKMATI CITARASA KEENAKAN RAYA MEXICANA PANCAKE DI SELURUH CAWANGAN PANCAKE HOUSE
    SET RAYA MEXICANA PANCAKE & MINTY LIMAU RAYA   Jumaat, 23 Jun 2017 Assalamualaikum dan salam sayang semua, Buat pertama k...
  • RESTORAN NY STEAK SHACK ~ STEAK, BURGERS & SHAKES, SUNWAY VELOCITY MALL KL
    Rabu, 12 Julai 2017 Salam sayang semua, Rasa macam dah lama Cheq Sempoi tidak bersiaran. Maklumlah sibuk beraya sampai tak ing...
  • BURGER 'NEGARAKU" SIMBOLIK SEMANGAT KEMERDEKAAN GENERASI XY, KELAINAN DAN KEUNIKAN MEMBERI 1000 MAKNA KEPADA PELANGGAN
    BurGer NeGaraKu Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua, Cheq Sempoi masih dalam semangat kemerdekaan yang baru saja berl...
  • INNERSHINE MARINE COLLAGEN WITH KYOHO GRAPE JELLY YANG MENABJUBKAN
    Innershine Marine Collagen Essence Strip Cheq Sempoi Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan Cheq Sempoi. Semu...
  • MURFEST 2017 | KEMAHIRAN FESTIVAL RETREAT BESAR URBAN ASIA TERBAIK
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua, Baru-baru ini Cheq Sempoi dijemput ke Majlis Jelajah dan Pengalaman Sambutan Kesejahteraan, M...
  • Filem 'MALAY REGIMENT' Tersimpan Semangat PATRIOTIK KEMERDEKAAN Yang Kekal Abadi
    Salam Kemerdekaan buat semua...Follower Cheq Sempoi, Maaflah buat semua sebab agak terlewat Cheq Sempoi keluar bersiaran tentang File...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • [ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
    Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua,  Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun ti...
  • LAUNCH OF MISS SHOPHIA @ BBKLCC FIESTA & PELANCONGAN MALAYSIA "DEKAT JE CARNIVAL"
    Ass alamualaikum dan salam sejahtera semua yang Cheq Sempoi rindui.. KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2017 - Perasmian Fiesta & Pelancongan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI