YES ACADEMY, PENDIDIKAN YANG MEMBUAT ANDA & ANAK-ANAK ANDA TERSENYUM

by - Isnin, Julai 24, 2017

Isnin, 24 Julai 2017




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah sekian lama, Cheq Sempoi asyik sibuk beraya, makan sana sini. Pendek kata bab pasal makan je. Kali ni tulisan Cheq Sempoi lain sikit iaitu pasal masa depan anak-anak kita masa akan datang. Ok lah, walaupun Cheq Sempoi belajar tidak sampai ke menara gading macam korang semua, sekadar SPM saja, Cheq Sempoi teringin dan berangan-angan menghantar anak-anak Cheq Sempoi sampai ke menara gading, amin dan insyallah.


Apa yang Cheq Sempoi nak kongsikan di sini ialah sebuah Kolej yang terkenal untuk masa depan anak-anak kita. Kolej yang dimaksudkan adalah YES ACADEMY. Mesti ramai ibu bapa yang masih dalam dilema menentukan pusat pengajian yang bagus untuk anak-anak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan terjamin, sama ada belajar dalam negara atau luar negara. Hemmm... kalau Cheq Sempoi berada dalam situasi ibu bapa yang dilema ni, mesti banyak persoalan untuk melepaskan anak-anak belajar ke luar negara kerana bimbang akan keselamatan dan jangka masa yang panjang bagi satu-satu fakulti yang diambil. Tapi di YES Academy tempoh yang diambil untuk mendapatkan ijazah hanya dalam tempoh 3 tahun. Dalam Malaysia dua tahun dan Di UK (Luar Negara) satu tahun dengan kos yang rendah.





Mengikut kajian Malaysian Accountancy (ACCA) dan Certified Accounting Technician (CAT) YES Academy semasa pengambilan ACCA pertama YES 2016, YES telah mendaftarkan sejumlah 694 pelajar. Pelajar dalam semua peringkat Fundamental dan Profesional dalam program ACCA yang lebih terperinci, yang menunjukkan bahawa majoriti pelajar yang mengikuti ACCA di Yes telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang dianugerahkan oleh universiti tempatan atau luar negara. Pengambilan ke dua pada Julai 2016 mencatatkan pertumbuhan yang menggembirakan sebanyak 840 pelajar ACCA. Dan pada pengambilan ke tiga, Jan 2017 sekali lagi, melihat pertumbuhan lain dalam populasi pelajar ACCA pada jumlah keseluruhan 920 pelajar.





Oh lupa Cheq Sempoi nak cerita sedikit latar belakang YES Academy yang menjanjikan quality education dan value for money. YES Academy (YES) sebelum ini dikenali sebagai Baruvi Academy dan ditubuhkan pada tahun 1997, hampir lebih 20 tahun di Malaysia. Pada tahun 2007, Kolej ini telah dinamakan YES Academy. YES telah dimulakan berdasarkan falsafah mewujudkan graduan yang siap bekerja. Sebelum ini industri dan akademik mempunyai jurang perbezaan. Oleh itu YES memainkan peranan mereka, dengan memupuk interaksi yang lebih dekat antara kedua-dua profesional akademik dan industri.

YES adalah Kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KKM), Pusat Asas Keterampilan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM). Kolej yang diluluskan dengan Lesen Pengambilan Pelajar Antarabangsa di bawah Kementerian Dalam Negeri (MOHA). Barisan Pasukan Pengurusan YES Academy terdiri daripada :

Diketuai Oleh : Dr. Patrick Khor

Pengerusi : Mr. Wyatt Yap

Ketua Pengarah Akademik Eksekutif : Mr. Joe Fang

Ketua Pegawai Operasi : Pn. Rosniza Binti Abdul Rahim

Pengurusan Tertinggi YES Academy

Bloggers bergambar bersama Pihak Pengurusan YES Academy
YES Academy, berkomitmen untuk menyediakan program pendidikan yang inovatif yang bukan sahaja melengkapkan pelajar dengan pelbagai laluan pembelajaran sepanjang hayat malah, meningkatkan akses kepada peluang dan memastikan pengalaman pembelajaran dalam penyertaan penuh, bagi meningkatkan ekonomi negara dan kemakmuran sosial. Terdapat 6 sebab utama kenapa perlu memilih YES Academy untuk anak-anak kita ;
  • YES tidak hanya bercakap tentang pendidikan praktikal, mereka hidup dan bernafas setiap hari dengan pelajar.
  • Pelajar akan mengalami kursus yang disegarkan dan telah diteliti serta diubahsuai oleh panel industri bebas mereka. Anda boleh memastikan bahawa pelajar diajar pengetahuan industri terkini seperti yang disyorkan oleh majikan masa depan mereka.
  • Guru-guru industri yang telah mencapai kejayaan dalam perniagaan serta kelas guru-guru mereka adalah semua profesional yang bekerja dalam bidang yang mereka ajar. Pelajar mereka mempunyai akses kepada pengetahuan dan hubungan industri terkini supaya pelajar bersedia bekerja ketika pelajar lulus.
  • Laluan yang terbukti untuk mendapatkan pekerjaan sebelum tamat pengajian, YES Academy graduan secara konsisten mencari beberapa pekerjaan yang paling menarik yang terdapat di pasaran.
  • Saiz kelas yang kecil memberikan pengalaman pembelajaran lebih dekat seramai 20 orang sahaja. Ini memberikan pelajar mengambil pendidikan yang sangat berbeza dengan saiz kelas maksimum yang berwibawa. Ini bermakna setiap pelajar diberi banyak perhatian peribadi dan peluang maksimum untuk mencapai matlamat mereka.
  • Pendidikan keusahawanan kepada semua pelajar YES Academy berkolaborasi dengan iBosses Global Platform untuk membantu, memupuk, mempelopori dan mengembangkan semua pelajar mereka menjadi usahawan yang berjaya.

Program yang ditawarkan kursus yang diakreditasi oleh MQA-MOHE/MOE/MOHR adalah seperti berikut ;
  • Diploma Rekabentuk Grafik (2 Tahun)
  • Diploma Pengurusan Perniagaan (2 Tahun)
  • Diploma Teknologi Maklumat Program (3 Tahun)
  • Sijil Bahasa Inggeris Insentif (1 Tahun)
  • Makeup Bridal (4-6 Bulan)
  • Solek Media Antarabangsa (1 Tahun)
  • Fotografi Antarabangsa (1 Tahun)
  • Analitik Data; Keselamatan Maklumat
  • Mktg Digital; Alat Pengujian Perisian 





Slogan
"Connecting Minds, Creating Opportunities"
(Menghubungkan fikiran, mewujudkan peluang)

Dengan slogan mereka yang sangat produktiviti lagi berkesan akan merealisasikan lagi Visi dan Misi YES Academy di masa akan datang.

Visi
"Mewujudkan kesan sinergi terhadap pengetahuan dan keusahawanan; kunci kepada peluang yang tidak berkesudahan"

Misi
"YES Academy berusaha untuk menyediakan platform pembelajaran yang inspiratif dengan mengintegrasikan pengetahuan akademik dan pengetahuan keusahawanan dengan menerapkan komitmen mereka dalam pendidikan berkualiti tinggi dan pembelajaran sepanjang hayat untuk mengasah individu yang kompetensif dan yakin untuk terus unggul dalam kehidupan sebenar.






Anda tidak salah membuat pilihan dengan YES Academy kerana semua tersedia. "Tepuk dada, tanya ilmu dalam dada" dan buat pilihan. untuk maklumat lanjut boleh lah rujuk maklumat di bawah :

webside : YES ACADEMY

facebook : YES ACADEMY

IG : @yesacademy@yesacademy


Alamat :

YES ACADEMY SDN BHD
C-0-5, BLOCK C,
MEGAH AVENUE II,
JALAN YAP KWAN SENG,
50450 KUALA LUMPUR, MALAYSIA

+603-27100180
enquiry@yes.edu.my




You May Also Like

2 PEMBERI ULASAN