Telekung Qasha | Di Hati Penggemar Koleksi Telekung Terkini

by - Khamis, Disember 07, 2017

Asalamualaikum semua,

"Semoga kami termasuk orang-orang yang kembali, orang ahli taubat, 
orang-orang ahli ibadah, ahli sujud dan kepada Allah SWT kami semua memuji."


Telekung merupakan keperluan bagi wanita untuk menunaikan solat. Untuk solat, wanita perlu menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, telekung ibarat pelengkap aurat wanita. Tidak dinafikan lagi telekung memang perlu kalau pakaian kita ada kekotoran yang kita tidak yakin pakaian kita bersih untuk solat, bolehla pakai telekung.

LATAR BELAKANG TELEKUNG QASHA (TQ)

Sejarah nama Qasha adalah di ambil sempena nama bapa pengasas TQ iaitu nama Tuan Haji Akashah Hj Abdul Samad. Demi mengenangkan jasa arwah, TQ melorekkan nama Akashah ke Telekung Qasha. Puan Hajah Azilah Akashah yang berasal dari Perak, adalah pengasas TQ yang sangat baik budi dan friendly. Cheq Sempoi dan kawan-kawan disambut dengan baik dan dilayan dengan ramah sekali bersama Staf-staf beliau. Beliau juga adalah principal kepada Azilah Properties yang beralamat di Bandar Baru, Bangi dan juga mempunyai Cafe The Hob.

Cheq Sempoi bersama Pengasas TQ
( Puan Hajah Azilah Akashah )
Butik Qasha diperkenalkan pada Mac 2008 dan mula bertapak di Seksyen 8 Bandar Baru, Bangi. Terkenal dengan pakaian-pakaian muslimah lelaki, perempuan, anak-anak dan telekung. Semua pakaian dijahit oleh tukang jahit TQ sendiri dan setiap koleksi pakaian TQ adalah 'limited edition', tidak ada yang sama antara satu sama lain. Koleksinya di reka khas oleh pengasas TQ yang juga pandai menjahit pakaian lelaki dan wanita. Menerima tempahan jahitan pelbagai jenis antaranya, baju kurung, kebaya, baju melayu, dan jubah. Beliau sebelum ini memang mempelajari bidang jahitan selama 2 tahun. Kebanyakan koleksi pada masa itu adalah bahan kapas, kassa, linen, chiffon, sutra Thai dan Malaysia.

Boleh dijadikan hantaran, cenderahati atau hadiah buat insan-insan tersayang

Bukan senang untuk membina satu perniagaan tanpa berusaha dan punya hati yang tabah serta sabar  seperti beliau. Pada tahun 2012, TQ berpindah ke Seri Bangi Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Namun pada tahun 2013 dan 2014 banjir telah melanda butik dan segalanya musnah dan terpaksa menutup butik tersebut. Tetapi masih juga menerima tempahan dari kawan-kawan serta pelanggan-pelanggan tetap yang sudah mengenali TQ.
Cheq Sempoi yang teruja dengan sulaman
pada Telekung Qasha

Pada tahun 2017, dengan semangat yang gigih tanpa kenal sikap putus asa walaupun menghadapi pelbagai onak duri dalam perniagaan, Puan Hajah Azilah bangkit semula bersama TQ dan bertapak di Bangi Sentral, Pusat Bandar Baru Bangi Seksyen 9. Kini, TQ fokus pada jualan barang-barang unrah dan pakaian solat dan keluaran terunggulnya Telekung Qasha. Tag Line TQ "Biar Hati Berbicara" mempunyai makna yang begitu mendalam, dimana hatilah yang mendorong kepada semua niat dan perbuatan. 

Kini TQ berbangga kerana kemunculan semulanya dengan wajah baru, semangat baru dan dibantu oleh anak-anak pengasas yang memegang ijazah perniagaan dari universiti dalam dan luar negara. Mereka yang banyak mencorakkan semula TQ dan mahu melihat legasi TQ terus maju dan melestarikan impian mereka untuk berjaya di bidang perniagaan dan menjadi usahawan tersohor.

Cheq Sempoi kagum semangat Pengasas TQ

TQ memperkenalkan 3 jenis telekung yang membawa nama yang sangat indah. Nama dari anak-anak pengasas TQ. Ketiga-tiga telekung ini dibezakan dengan bentuk mukanya dan setiap telekung akan dikeluarkan mengikut kesesuaian pembeli atau pelanggan-pelanggan. TQ telah mengeluarkan 2 jenis keluaran iaitu standard dan premier. Nama-nama indah ketiga-tiga telekung adalah :

> Telekung Tasha
> Telekung Dalifa
> Telekung Zulaika

3 jenama Telekung Qasha

Semua keluaran akan dikeluarkan berbentuk midi dan sepasang telekung berwarna hitam, putih dan lain-lain warna mengikut kesesuaian masa dan permintaan. Awalnya TQ mengeluarkan warna putih sebagai tanda bersih dan suci bagi menjejak langkah dalam dunia pakaian solat muslimah. Bahagian utama telekung seperti render dan kain dipilih dari yang terbaik dan berkualiti tinggi.



RENDER

Render-render yang ditempah khas di jahit diatas kepala, dahi, badan dan kain telekung untuk melengkapkan serinya telekung. Render dijahit di badan telekung dapat menghalang telekung dari dibuai oleh angin pada tempat yang berangin atau di bawah kipas angin. Render-rendernya dipilih khas dan ditempah khusus untuk TQ bagi nampak menawan, elegan dan berseri pada mereka yang memakainya dan ia adalah ilham TQ sendiri. TQ mempunyai lukiran khas buat render kepala dan berbunga "Q" pada semua keluaran TQ. Render-rendernya dihasilkan dari jenis kain kapas yang berkualiti dan di import dari luar negara. Penjagaan telekung TQ ini terlalu mudah kerana bahan rendernya dari kain kapas yang bergred tinggi dan berkualiti.


KAIN

Bahan kain ditempah khas buat TQ. Ia dari sejenis kain Spun polyster yang berkualiti dan keputihannya sama padan dengan semua render-rendernya. Kain TQ amat selesa dipakai di cuaca yang berbeza-beza tidak kira sejuk atau panas. Ia mudah dibasuh menggunakan bahan pencuci dan air bersih. Ketebalan kainnya juga dipantau supaya kain-kainnya ringan dan tidak nampak jarang serta sesuai untuk bersolat. Kainnya juga dipilih atas dasar mudah untuk dibawa ke mana sahaja kerana kainnya ringan, senang dijaga dan tidak pudar di bawah matahari panas.


DESKRIPSI TELEKUNG-TELEKUNG TQ

KEPALA

Bahagian kepala mempunyai render 10 cm yang menampakkan render-render di atas bahagian kepala dan pemakai akan nampak lebih elegen dan juga nampak berseri ketika menyarungnya ke muka. Render berbunga "Q" akan terus sinonim dengan TQ. Semua keluaran TQ akan ada render berbunga "Q" ini.

MUKA

Muka telekung TQ adalah berukuran 34 cm di mana amat sesuai untuk semua pemakai. Oleh kerana didagunya dijahitkan kain likra yang kainnya memeri dapat membantu untuk mengolahkan keselesaan pada setiap wajah pemakai. Adanya kain likra dibahagian dagu, pemakai akan rasa selesa ketika solat, zikir dan bertutur. Kain likra ini juga dari yang berkualiti dan tidak mudah longgar walaupun beberapa kali cucian. Cuma cara cucian mesti rapi supaya penggunaannya akan sentiasa selesa dan bertahan lama.



DADA

Bahagian dadanya dijahit berbentuk tudung dan labuhnya menutup paras dada ketika memakainya. Bahkan dibelakangnya juga dapat menutup bahagian belakang supaya tidak dapat melihat bayangan pakaian dalam si pemakai. Lingkaran di dada setiap midi atau telekung TQ ukuran dalam anggaran 67.5 cm dari bahagian kepala ke dada. 

UKURAN PANJANG MIDI DAN TELEKUNG

Panjang midi untuk TQ adalah sekitar 100 cm ke 101 cm. Panjang telekung TQ sepasang bagi bahagian atasnya adalah sekitar 120 cm ke 121 cm, anggaran kainnya adalah sekitar 128 cm ke 130 cm. Telekung TQ samaada midi atau sepasang sesuai di pakai oleh semua peringkat umur orang dewasa. Namun sekiranya ada yang mahu labuh atau bersaiz besar, TQ sedia menerima tempahan. Tempahan akan siap sekitar 3 minggu dari tarikh tempahan.

KEJAYAAN YANG MEMBANGGAKAN



Dengan objektif memperkenalkan telekung, barang-barang umrah, pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak yang sesuai dipakai dan berpadan dengan harga mampu milik boleh dibeli oleh semua lapisan masyarakat. merealisasikan objektif TQ "berniaga sambil beribadah".

Serta visi TQ dikenali dengan produk yang berkualiti, harga yang berpatutan dan mudah memenuhi keselesaan semua pelanggan tidak kira peringkat usia dan masyarakat. Mengeluarkan keluaran produk mengikut peredaran masa dan zaman serta permintaan dari masa ke semasa. Itulah matlamat TQ. 

Untuk maklumat lanjut layari :





Alamat Butik TQ :

6 - 25 - 01 
Jalan Medan PB8A
Pusat Bandar Baru Bangi
Seksyen 9, Bangi

No Telefon
019 2687078

Waktu Operasi
Isnin - Khamis 10 pagi - 7 petang
Jumaat - Ahad 10 pagi - 8 malam

You May Also Like

3 PEMBERI ULASAN

  1. Indahnya seorang muslimah dengan menutup aurat. Cantiknya Telekung Qasha ni. LeYa pun dah tersuka dengan sengaja.. Hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik sulaman nya leya. Akak pun teringin utk memilikinya sepasang. Insyallah.

      Padam
  2. Kain x pandas, renda ringkas dan tapi ttp cantik. Jadi xlah nmpk over, bersederhana shj

    BalasPadam