[Duta-Duta Jakel Buat Kecoh] 1000 Pasang Baju Melayu Percuma Buat Pelanggan Terawal & Lelongan Sehingga 85% Diskaun

by - Khamis, Mei 24, 2018



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Seminggu sudah kita berpuasa, orang yang paling sibuk.. sudah tentulah kaum ibu-ibu dari 2 bulan sebelum puasa hinggalah habis puasa nanti sibuk yang berpanjangan. Semua persiapan dia plan dan susun agar sesuatu menjadi indah dan menggembirakan keluarga terutama anak-anak. Sama macam Cheq Sempoi lah sekarang ni rasa macam nak keluarkan tangan, jadi macam sotong kurita. Otak pulak mula berhubung dan bercabang-cabang. Tapi apapun JAKEL telah membuatkan hati Cheq Sempoi berbunga-bunga tidak terkata. Kata orang tua-tua, "INGAT JAKEL, INGAT RAYA"

Sotong Kurita

Duta-Duta Kecoh Membuat Lelongan
DUTA-DUTA JAKEL BUAT 'KECOH' DENGAN CARA TERSENDIRI MEMBUAT LELONGAN KOLEKSI JENAMA MEREKA

Sememangnya setiap tahun Jakel mengadakan Kempen 'Jakel Barulah Raya' tahun ini adalah salah satu aktiviti wajib dalam kalendar mereka untuk mempromosikan serta memasarkan pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan. Bertempat di Wisma Jakel Shah Alam, satu majlis yang sangat meriah dengan orang ramai yang selama ini setia menunggu Jakel pada setiap tahun, bulan Ramadan dan Syawal untuk Lelongan harga "Happy Hour" semua sedia maklum masa ini lah yang paling sesuai untuk membeli pakaian dan koleksi-koleksi dari duta kalangan selebriti popular masa kini dengan harga runtuh. Dan yang paling menarik, bila mereka akan membuat sendiri dengan 'kecohnya' lelongan koleksi jenama mereka. 



Dee (Pengacara Majlis)

JAKEL BARULAH RAYA DI JAKEL SHAH ALAM, 1000 PASANG BAJU MELAYU PERCUMA UNTUK PELANGGAN TERAWAL DAN ADA LELONGAN BERSAMA DUTA-DUTA JAKEL SEHINGGA 85 % DISKAUN.
  
Baru-baru ini Jakel mengadakan Sesi Sembang Santai bersama Duta Raya Jakel di Jakel Shah Alam. Duta Raya Jakel yang terdiri daripada selebriti seperti Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan Lara Alana (Schawalara), Hanis Zalikha , Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar, Harith Iskander dan si kembar popular, Upin & Ipin sangat memeriahkan suasana majlis yang berlangsung.

Barisan Duta Yang Hadir
Upin & Ipin


Tuan Haji Mohamed Izani b. Mohamed Jakel        (Pengarah Urusan Jakel, Shah Alam)
Menurut Tuan Haji Mohamed Izani b. Mohamed Jakel (Pengarah Urusan Jakel, Shah Alam) Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah satu aktiviti wajib dalam kalender promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan. Industri fesyen tanah air semakin berkembang maju dan mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan. Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap penggayaan terutama ketika musim perayaan. Disamping menitik beratkan soal kualiti, tawaran harga yang dipasarkan juga memainkan peranan penting. Melihatkan keadaan ekonomi yang kurang rancak, ramai pelanggan di luar sana lebih bijak dan selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan elemen eksklusif.

Sedar mengenai hal ini, pusat gedung tekstil tanah air Jakel mengambil inisiatif dengan berperanan sebagai 'one stop centre' untuk memudahkan pelanggan untuk mendapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti di bawah satu bumbung. Ini merupakan salah satu konsep berbelanja di Jakel yang ingin para pelanggan merasai sense of belonging ketika berbelanja bersama Jakel.




Kesemua koleksi produk yang dikeluarkan oleh Jakel mementingkan elemen-elemen utama antaranya pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Gabungan kombinasi ini untuk menyerlahkan lagi personaliti agar kelihatan bergaya dan fashionable sesuai dengan trend terkini 'up-to-date'. Ini bersesuaian dengan golongan sasaran Jakel untuk semua peringkat golongan umur sama ada muda atau tua. Bagi mereka yang memiliki koleksi pakaian daripada Jakel, pastinya ia dapat menimbulkan aura keanggunan untuk wanita dan ciri-ciri maskulin bagi lelaki.

"JAKEL BARULAH RAYA"

Selain bertemu pelanggan Jakel, Majlis ini dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan "happy Hour" untuk koleksi pakaian raya dimana setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. Jakel turut menghangatkan lagi dengan memberikan 100 baju melayu percuma kepada pelanggan terawal. Bagi pelanggan yang membeli baju melayu akan menerima kain ela bercorak dengan percuma!!!...syoknya raya dengan Jakel kan???

KAIN SAMPING BENANG

Jakel sentiasa menampilkan sesuatu yang unik dan kelainan setiap tahun. Kain Samping sinonim bersama baju Melayu kerana ia melengkapkan penggayaan. Memandangkan baju Melayu berkain samping songket adalah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, maka Jakel mengambil inisiatif dengan menampilkan kain samping benang bagi mewarnai musim perayaan yang sentiasa berkait dengan moden klasik dan tradisional.




KOLEKSI BAJU MELAYU JAKEL MENAWARKAN 4 KOLEKSI BAJU MELAYU, KOLEKSI KURTA, KOLEKSI BAJU KURUNG, KOLEKSI KANAK-KANAK DAN KOLEKSI BERKONSEPKAN KEKELUARGAAN

Baju Melayu Aron Aziz | Direka khas dan khusus dengan memberikan kekemasan pada leher, poket dan keselesaan, keistimewaan koleksi Aaron Aziz adalah koleksi yang sememangnya berbeza dari penggunaan fabrik dan warna. Rekaan terbaharu khas 2018 direka daripada pelbagai jenis Fabrik serta warna pelbagai. Warna yang bakal popular tahun ini adalah warna hijau burung merak ataupun dikenali dengan warna teal green.

Baju Melayu Nabil AhmadBerkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket termasuk potongan slim-fit yang digemari ramai. Koleksi Nabil Ahmad ini sebagai koleksi bernilai dengan menawarkan variasi pilihan warna yang boleh dipilih. Warna yang bakal popular bagi koleksi Nabil Ahmad ialah warna maroon atau dikenali sebagai warna merah hati.


Awal Ashaari (Selebriti)
Baju Melayu Awal Ashaari Berpotongan moden kotemporari dan mempunyai label AA pada bahagian poket hadapan baju memberikan sisi segak pada penampilan. Pada tahun ii, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada warna dan kualiti. Warna yang bakal popular adalah warna navy blue.

Baju melayu Harith Iskander | Direka khas berkonsepkan moden kontemporari, potongan plus size untuk mereka yang bersaiz comel serta cute dibawah label Baju Melayu Harith Iskander. Warna yang bakal popular adalah warna yellow buttercup.

KOLEKSI KURTA | Demi memenuhi citarasa pelanggan di samping mengikut Trend mengeluarkan Koleksi Kurta Awal Ashaari dan Hairul Azreen menggunakan fabric cotton yang berkualiti dan mesra wuduk.
Ayda Jebat (Selebriti)
Scha Al Yahya (Selebriti)

Hanis Zalikha (Selebriti)
KOLEKSI BAJU KURUNGBagi Koleksi Baju Kurung rekaan eksklusif disediakan. Koleksi Baju Kurung Scha Al Yahya, Hanis Zalikha, Ayda Jebat. Koleksi Baju Kurung Ayda Jebat bersifat moden, pilihan warna yang menarik dan motif corak printed

KOLEKSI KANAK-KANAKJakel juga ada Koleksi Kanak-kanak iaitu Koleksi Baju Melayu Upin Ipin, Kurta Yusuf Iskandar untuk kanak-kanak lelaki dan Koleksi Baju Kurung Lara Alana untuk Kanak-kanak perempuan. Jakel turut mementingkan penampilan si kecil bergaya di Aidilfitri.





KOLEKSI BERKONSEPKAN KEKELUARGAAN | Dengan memperkenalkan kalangan selebriti yang berkeluarga menjadi contoh serta memudahkan setiap keluarga mendapatkan pakaian raya yang sedondon antara suami/ isteri, anak-anak dan keluarga. Antara artis yang memperkenalkan koleksi kekeluargaan adalah Koleksi Awal Ashaari, Scha Al-Yahya dan Lara Alana. Koleksi Hairul Azreen, Hanis Zulaikha dan Yusuf Iskandar.


Harga Koleksi Baju Melayu amat berpatutan serendah RM89. Setiap pembelian Koleksi Baju Melayu akan di beri secara percuma butang baju melayu dan sampin. Istimewanya tahun ini Jakel memberi Sampin kain benang yang unik dan cantik Senang dipakai dan memberi keselesaan sepanjang masa. Dengan pelbagai pilihan warna dan ianya hanya esklusif boleh didapati di Jakel.



Sepanjang Majlis Borak santai bersama Duta Raya Jakel 2018. Penyampaian Sumbangan kepada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR)Jakel Barulah Raya akan membuat jualan sehingga malam raya menawarkan harga yang amat berpatutan untuk koleksi Baju Melayu serendah RM89.00 dan baju Kanak-kanak Bermula dari RM39.00 serta acara lelongan dari Duta-duta Jakel dan jualan Happy Hour.

APPLIKASI  BOOST❤  MEMUDAHKAN ORANG RAMAI MEMBELI BELAH DI JAKEL

Jakel dengan kerjasama BOOST❤ iaitu aplikasi dalam telefon pintar membantu pelanggan membuat bayaran secara dalam talian dengan mudah, selain boleh memperoleh mata ganjaran. Cuma Top up dan scan bar code.

DENGAN SLOGAN
"Ingat Kain, Ingat Jakel"

Untuk maklumat lanjut sila layari media sosial dibawah.

Website : www.jakel.my

You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN