• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Jumaat, 28 Julai 2017


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hai apa khabar semua? mai rapat-rapat... Cheq Sempoi ada cerita best ni. Cheq Sempoi sangat suka telefilem ni. Masih ingat kah anda pada sekitar tahun 2003, sebuah telefilem bercorak cemas dan seram, yang pernah mencetuskan fenomena serta menghantui penggemar cerita seram kira-kira 14 tahun yang lalu. Telefilem yang Cheq Sempoi maksudkan ialah BLOK 404 arahan Silver Chung yang ketika itu diedarkan dalam format video cakera padat (VCD) dan kini telah difilemkan. Pastinya versi filem ini antara karya yang ditunggu-tunggu sekali gus mengubat kerinduan anda yang sukakan genre sedemikian.
Majlis Pelancaran Filem BLOK 404
Majlis Pelancaran & Perasmian Filem BLOK 404 yang telah diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada 18 Julai 2017 yang lalu telah dirasmikan oleh Datuk Azmir Saifuddin Mutalib selaku Timbalan Ketua Pengarah Finas. Turut diadakan selingan nyayian oleh Dato' Nassier Wahab membawa lagu "Memori Cinta Luka".
Majlis Perasmian Filem BLOK 404
Datuk Azmir Saifuddin Mutalib
(Timbalan Ketua Pengarah Finas)
Masih mengekalkan deretan beberapa orang pelakon asal kesayangan Cheq Sempoi seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey dan Datuk Boy Iman, filem yang diarahkan Isma itu turut membariskan beberapa wajah baru seperti Fasha Sandha, Nur Risteena Munim, Amar Asyraf, Nadia Brian Aedy Ashraf dan Adrea Abdullah. Tidak ketinggalan Kamal Adli, Ozlynn Waty, Syamsul Yusof, Riz Amin dan Taufik Hanafi. 
Antara Barisan Pelakon Yang Hadir
Impak daripada cerita yang sangat bagus suatu ketika dulu, Penerbit eksekutif filem BLOK 404, DBI Entertainment dan Puan Kamisah Hj Abd Manap atau Kam, berusaha menyatukan kembali bintang asal BLOK 404 dengan sokongan pelakon lain akhirnya menjadi kenyataan. Namun pihak penerbit juga berusaha mendapatkan pelakon asal Nabila Huda, namun dia ketika ini terikat dengan kerja lain. Menurut Kam lagi, versi filem juga tidak mempunyai kaitan dengan telefilem yang lama. Ia sebuah cerita baharu dan bukan kesinambungan kepada kisah lama.
Sekitar suasana dan makanan yang disediakan
untuk para pelakon dan tetamu
Barisan orang-orang kuat yang menjayakan Filem BLOK 404 adalah ;

Pengarah : Isma 
Idea asal : Adza Emie & Allahyarham Martias Ali
Skrip : Adza Emie & Isma
Penerbit : Datuk Boy Iman
Penerbit Eksekutif : Kam
Penerbit Bersekutu : Atin Ida Anas
Terbitan : DBI Entertainment Sdn Bhd

Sejak berita mengenai telefilem BLOK 404 akan difilemkan, ia menjadi topik perbualan peminat terutamanya kepada mereka yang pernah menonton karya itu ketika yang dikeluarkan dalam bentuk VCD 14 tahun yang lalu. Cheq Sempoi yakin filem BLOK 404 terbaru ini akan mendapat sambutan sebab, telah menjadi satu jenama dan diingati sehingga hari ini. Barisan pelakon juga berpengaruh dan terkini memberi tambah nilai yang besar untuk menarik penonton. Penerbit, Datuk Boy Iman dan pihaknya mensasarkan bakal mendapat kutipan cemerlang di pawagam-pawagam seluruh Malaysia sebanyak, RM8 juta.
Cheq Sempoi bersama Datuk Boy Iman 
(Penerbit)
Barisan Pelakon Yang Terlibat
Ahmad Idham selaku Penasihat
Jom, Cheq Sempoi hadiahkan sedikit Sinopsis Filem BLOK 404 yang akan ditayangkan tidak lama lagi di seluruh Pawagam berhampiran anda ;

Tiga orang sahabat dalam pengembaraan terindah bagi melepaskan tekanan. Mereka adalah Zul, Intan dan Hairi, yang masing-masing mahu lari daripada masalah yang melanda.  
Intan dan Hairi juga pasangan terkenal di media sosial yang berdepan dengan masalah hubungan cinta yang kian rapuh. 
Lalu mengembara mereka ke sebuah lokasi pelancongan di selatan tanah air. Diharap dapat memperbaiki hubungan mereka termasuk di laman sosial. 

Dibawa juga bantuan rakan baik yang juga dianggap sebagai seorang 'pengaman' hubungan terbabit. Namun perjalanan mereka terhenti saat kereta yang dipandu tiba-tiba berhenti dan rosak di tengah jalan. Kini mereka tidak mempunyai pilihan lain daripada turun berjalan untuk dapatkan bantuan. Nasib baik Zul sempat ternampak sebuah rumah di bawah bukit yang dinamakan Guesthouse 404 dan berasakan mungkin boleh dapatkan bantuan di situ.

Misha pula seorang pekerja yang baru memulakan tugasnya di Guesthouse 404, dan setiap gerak langkahnya dibantu oleh pengurus guesthouse terbabit, yang senang dipanggil Wan. Walaupun agak lambat menyelesaikan tugasnya namun dia sentiasa cuba untuk lakukan yang terbaik. termasuk berdepan dengan pelanggan yang sangat menyakitkan hati seperti Gina.

Gina adalah seorang pelajar yang datang ke Guesthouse untuk dapatkan ketenangan, namun agak kecewa apabila tiada lelaki yang boleh 'menjamu' matanya di rumah tamu terbabit. Yang ada hanyalah Duan, seorang pemuda misteri yang pendiam dan banyak memerhatikan keadaan saja. Duan ke situ kerana mendapat jemputan untuk memberi 'review' mengenai lokasi terbabit, namun dirinya yang sangat mudah merasakan sesuatu yang tidak kena, menyebabkan sentiasa tidak senang duduk.

Wan sudah beberapa tahun menjaga Guesthouse 404, bersama pekerja terbaiknya iaitu Husin yang dianggap sebagai senior. Wan sudah boleh merasai kehadiran Misha tidak disukai oleh Husin namun dia perlukan pekerja wanita untuk membantu urusan kerjanya di situ.

Majlis BBQ istimewa mula menanti semua yang ada di rumah tamu itu. Masing-masing bergembira saat itu. Misha bertambah takut apabila Duan memberitahu rumah tamu ini ada sisi gelapnya. 

Bagi pasangan sensasi media sosial, Hairi dan Intan, malam itu mereka mahu mulakan sesuatu yang baru. Bagaimanapun dijadikan cerita Intan ternampak mesej Hairi curang dengan gadis lain dan dia rasakan itulah peluang terakhirnya untuk tidak lagi bersamanya.

Pelbagai cerita aneh mula terjadi ketika itu. Apakah yang terjadi sebenarnya??? Apakah singnifikan filem ini..... HIDUP SAMPAI MATI.... 

Watak & Pelakon Utama;

Raja Azrey sebagai Wan
Zamarul Hisham sebagai Husin
Datuk Boy Iman sebagai Zul
Amar Asyraf sebagai Hairi
Nur Risteena sebagai Misha
Fasha Sandha sebagai Sue
Andrea Abdullah sebagai Gina
Nadia Brian sebagai Intan
Aedy Ashraf sebagai Duan

WOWWWW!!!! macam mana best tak sinopsis filem BLOK 404 terbaru ni. Mesti la best, tak sabar lah Cheq Sempoi sekeluarga nak pergi tengok. Kami memang kaki wayang.... tambahan cerita seram dah tentu pilihan anak-anak Cheq Sempoi sekeluarga. Tungguuuuuuu....


PELANCARAN DORRO & POORA

Ok lah, selepas Cheq Sempoi join Pelancaran Filem BLOK 404 pihak DB GROUP Subsidiaries Of Companies melancarankan Produk kesihatan DORRO & POORA iaitu pencuci lelaki dan wanita terbaru di pasaran. Menampilkan Amar Asyraf dan Izreen Azminda Aznam sebagai Duta Produk.

Amar Asyraf & Izreen Azminda Aznam
(Duta Produk)
DORRO : Pencuci Lelaki

Diformulasikan secara tradisional untuk menjaga kesihatan alat sulit lelaki, memberi kesan antiseptic, menghilangkan bau, disamping membantu menguatkan otot dan perjalanan darah.

Bahan semulajadi yang terdiri daripada Aqua, Cocoa Sulfate, Cocoamidopropyl Betaine, Cocoamide DEA, Styrene Copolymer, Glycerin, Aloe Barbadensis Lead Juice (Alor Vera), Propelyenw Glycol, Unsopanifiable, Olive Oil, Syzgium Aromaticum (Clove Oil), Ziziphus Mauritiana, Butylene Glycol, Labisia Pumila, Polyquaternium 73, Paramia Polyneura, Tetra Sodium EDTA, Menthol Crystal, Fragrance dan Phenoxyethanol.

POORA : Pencuci Wanita

Diformulasikan secara tradisional untuk membantu mengurangkan keputihan, antiseptik, bau, pembiakan fungus di samping membantu menguatkan otot dan perjalanan darah.

Bahan semulajadi yang terdiri daripada Aqua, Cocoa Sulfate, Cocoamidopropyl Betaine, Cocoamide DEA, Styrene Copolymer, Glycerin, Aloe Barbadensis Lead Juice (Alor Vera), Propelyenw Glycol, Unsopanifiable, Olive Oil, Piper Betel Extract (Sirih), Quercus Infectoria (Manjakani), Ziziphus Mauritiana, Butylene Glycol, Labisia Pumila, Polyquaternium 73, Paramia Polyneura, Tetra Sodium EDTA, Menthol Crystal, Fragrance dan Phenoxyethanol.

Selesai pelancaran Produk terbaru DORRO & PORRA. Pada malamnya DBI Group meraikan Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri.


Majlis Rumah Terbuka DBI Group
Gambar sekitar Majlis Rumah Terbuka
Malam tu sangat happyning dengan nyayian lagu raya dan beramah mesra dengan artis-artis jemputan. Cheq Sempoi pun tidak ketinggalan berselfie dengan artis-artis yang ada. Seronok sangat bila sekali sekala kita bersama-sama dalam dunia penuh glamour. Sekian untuk kali ini. Terima kasih membaca blog Cheq Sempoi... harap jumpa lagi.

Facebook : DBI Entertainment SDN BHD

IG : @dbientertainmentsdnbhd/
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Isnin, 24 Julai 2017




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah sekian lama, Cheq Sempoi asyik sibuk beraya, makan sana sini. Pendek kata bab pasal makan je. Kali ni tulisan Cheq Sempoi lain sikit iaitu pasal masa depan anak-anak kita masa akan datang. Ok lah, walaupun Cheq Sempoi belajar tidak sampai ke menara gading macam korang semua, sekadar SPM saja, Cheq Sempoi teringin dan berangan-angan menghantar anak-anak Cheq Sempoi sampai ke menara gading, amin dan insyallah.


Apa yang Cheq Sempoi nak kongsikan di sini ialah sebuah Kolej yang terkenal untuk masa depan anak-anak kita. Kolej yang dimaksudkan adalah YES ACADEMY. Mesti ramai ibu bapa yang masih dalam dilema menentukan pusat pengajian yang bagus untuk anak-anak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan terjamin, sama ada belajar dalam negara atau luar negara. Hemmm... kalau Cheq Sempoi berada dalam situasi ibu bapa yang dilema ni, mesti banyak persoalan untuk melepaskan anak-anak belajar ke luar negara kerana bimbang akan keselamatan dan jangka masa yang panjang bagi satu-satu fakulti yang diambil. Tapi di YES Academy tempoh yang diambil untuk mendapatkan ijazah hanya dalam tempoh 3 tahun. Dalam Malaysia dua tahun dan Di UK (Luar Negara) satu tahun dengan kos yang rendah.





Mengikut kajian Malaysian Accountancy (ACCA) dan Certified Accounting Technician (CAT) YES Academy semasa pengambilan ACCA pertama YES 2016, YES telah mendaftarkan sejumlah 694 pelajar. Pelajar dalam semua peringkat Fundamental dan Profesional dalam program ACCA yang lebih terperinci, yang menunjukkan bahawa majoriti pelajar yang mengikuti ACCA di Yes telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang dianugerahkan oleh universiti tempatan atau luar negara. Pengambilan ke dua pada Julai 2016 mencatatkan pertumbuhan yang menggembirakan sebanyak 840 pelajar ACCA. Dan pada pengambilan ke tiga, Jan 2017 sekali lagi, melihat pertumbuhan lain dalam populasi pelajar ACCA pada jumlah keseluruhan 920 pelajar.





Oh lupa Cheq Sempoi nak cerita sedikit latar belakang YES Academy yang menjanjikan quality education dan value for money. YES Academy (YES) sebelum ini dikenali sebagai Baruvi Academy dan ditubuhkan pada tahun 1997, hampir lebih 20 tahun di Malaysia. Pada tahun 2007, Kolej ini telah dinamakan YES Academy. YES telah dimulakan berdasarkan falsafah mewujudkan graduan yang siap bekerja. Sebelum ini industri dan akademik mempunyai jurang perbezaan. Oleh itu YES memainkan peranan mereka, dengan memupuk interaksi yang lebih dekat antara kedua-dua profesional akademik dan industri.

YES adalah Kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KKM), Pusat Asas Keterampilan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM). Kolej yang diluluskan dengan Lesen Pengambilan Pelajar Antarabangsa di bawah Kementerian Dalam Negeri (MOHA). Barisan Pasukan Pengurusan YES Academy terdiri daripada :

Diketuai Oleh : Dr. Patrick Khor

Pengerusi : Mr. Wyatt Yap

Ketua Pengarah Akademik Eksekutif : Mr. Joe Fang

Ketua Pegawai Operasi : Pn. Rosniza Binti Abdul Rahim

Pengurusan Tertinggi YES Academy

Bloggers bergambar bersama Pihak Pengurusan YES Academy
YES Academy, berkomitmen untuk menyediakan program pendidikan yang inovatif yang bukan sahaja melengkapkan pelajar dengan pelbagai laluan pembelajaran sepanjang hayat malah, meningkatkan akses kepada peluang dan memastikan pengalaman pembelajaran dalam penyertaan penuh, bagi meningkatkan ekonomi negara dan kemakmuran sosial. Terdapat 6 sebab utama kenapa perlu memilih YES Academy untuk anak-anak kita ;
  • YES tidak hanya bercakap tentang pendidikan praktikal, mereka hidup dan bernafas setiap hari dengan pelajar.
  • Pelajar akan mengalami kursus yang disegarkan dan telah diteliti serta diubahsuai oleh panel industri bebas mereka. Anda boleh memastikan bahawa pelajar diajar pengetahuan industri terkini seperti yang disyorkan oleh majikan masa depan mereka.
  • Guru-guru industri yang telah mencapai kejayaan dalam perniagaan serta kelas guru-guru mereka adalah semua profesional yang bekerja dalam bidang yang mereka ajar. Pelajar mereka mempunyai akses kepada pengetahuan dan hubungan industri terkini supaya pelajar bersedia bekerja ketika pelajar lulus.
  • Laluan yang terbukti untuk mendapatkan pekerjaan sebelum tamat pengajian, YES Academy graduan secara konsisten mencari beberapa pekerjaan yang paling menarik yang terdapat di pasaran.
  • Saiz kelas yang kecil memberikan pengalaman pembelajaran lebih dekat seramai 20 orang sahaja. Ini memberikan pelajar mengambil pendidikan yang sangat berbeza dengan saiz kelas maksimum yang berwibawa. Ini bermakna setiap pelajar diberi banyak perhatian peribadi dan peluang maksimum untuk mencapai matlamat mereka.
  • Pendidikan keusahawanan kepada semua pelajar YES Academy berkolaborasi dengan iBosses Global Platform untuk membantu, memupuk, mempelopori dan mengembangkan semua pelajar mereka menjadi usahawan yang berjaya.

Program yang ditawarkan kursus yang diakreditasi oleh MQA-MOHE/MOE/MOHR adalah seperti berikut ;
  • Diploma Rekabentuk Grafik (2 Tahun)
  • Diploma Pengurusan Perniagaan (2 Tahun)
  • Diploma Teknologi Maklumat Program (3 Tahun)
  • Sijil Bahasa Inggeris Insentif (1 Tahun)
  • Makeup Bridal (4-6 Bulan)
  • Solek Media Antarabangsa (1 Tahun)
  • Fotografi Antarabangsa (1 Tahun)
  • Analitik Data; Keselamatan Maklumat
  • Mktg Digital; Alat Pengujian Perisian 





Slogan
"Connecting Minds, Creating Opportunities"
(Menghubungkan fikiran, mewujudkan peluang)

Dengan slogan mereka yang sangat produktiviti lagi berkesan akan merealisasikan lagi Visi dan Misi YES Academy di masa akan datang.

Visi
"Mewujudkan kesan sinergi terhadap pengetahuan dan keusahawanan; kunci kepada peluang yang tidak berkesudahan"

Misi
"YES Academy berusaha untuk menyediakan platform pembelajaran yang inspiratif dengan mengintegrasikan pengetahuan akademik dan pengetahuan keusahawanan dengan menerapkan komitmen mereka dalam pendidikan berkualiti tinggi dan pembelajaran sepanjang hayat untuk mengasah individu yang kompetensif dan yakin untuk terus unggul dalam kehidupan sebenar.






Anda tidak salah membuat pilihan dengan YES Academy kerana semua tersedia. "Tepuk dada, tanya ilmu dalam dada" dan buat pilihan. untuk maklumat lanjut boleh lah rujuk maklumat di bawah :

webside : YES ACADEMY

facebook : YES ACADEMY

IG : @yesacademy@yesacademy


Alamat :

YES ACADEMY SDN BHD
C-0-5, BLOCK C,
MEGAH AVENUE II,
JALAN YAP KWAN SENG,
50450 KUALA LUMPUR, MALAYSIA

+603-27100180
enquiry@yes.edu.my




Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Rabu, 12 Julai 2017

Salam sayang semua,

Rasa macam dah lama Cheq Sempoi tidak bersiaran. Maklumlah sibuk beraya sampai tak ingat dunia. Ok. lepas je habis beraya seminggu di kampung Cheq Sempoi Pulau Pinang Cheq Sempoi dapat jemputan ke NY Steak Shack ~ Steak, Burgers & Shakes di Sunway Velocity Mall Kuala Lumpur merasa keenakan makanan New York yang mengilhamkan American & Korean Diner yang menyajikan makanan yang lazat dengan harga yang berpatutan. Kalau mengikut dari info yang Cheq Sempoi dapat jenama ini diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada tahun 2014 buat pertama kalinya di Mid Valley, dan kini boleh didapati di 9 lokasi Cawangan NY Steak Shack berhampiran anda. Senarai cawangan yang boleh dikunjungi adalah, di Sunway Pyramid, IOI City Putrajaya, 1Utama, Subang Parade, AEON Mall Shah Alam, Sunway Velocity, Sogo dan Alamanda Putrajaya. Cheq Sempoi dimaklumkan Cawangan ke 10 akan dibuka di Melawati Mall akan datang. 

Kesemua kegemaran Cheq Sempoi antaranya steak panggang yang disajikan dengan pilihan sos, sama ada demi glace sauce, lada hitam, bawang karamel, cendawan butang dan terbaru sos kimchi (korean stail). Jom intai-intai menu yang Cheq Sempoi dan kekawan makan pada malam tersebut.

BIMBIMBAP BEEF
KIMCHI PASTA CHICKEN (TENGAH DI GAUL)
OMIJA MOCKTAILS
Coconut Aiscream (TERBAIK)
Malam tu Cheq Sempoi disajikan dengan makanan yang sangat sedap antaranya yang Cheq Sempoi terasa sampai ke hari ni kesedapannya adalah K-Runch Wings bersama lala kimchi yang didatangkan dengan 2 perasa yang disalut pada wings, satu perasa original dan satu lagi perasa kimchi yang diolah dari masakan Korea. Satu lagi yang terbaik dan sedap, set Sizzling Glugogi Lamb Leg, daging kambing yang dipanggang untuk kesempurnaan, disajikan bersama coleslaw perasa kimchi, fresh tomato, nasi dan sos lada hitam.
K-RUNCH WINGS
SIZZLING BLUGOGI LAMB LEG
Antara lain yang Cheq Sempoi rasa dan makan. Kimchi Pasta Chicken inipun sangat sedap sebab sedikit pedas, memang bagi siapa yang minat makan pedas... ni lah yang terbaik dan sempoi. Pasta yang mewah dengan isi ayam di atasnya menjanjikan kepuasan peminat ayam. Country Gogi Burger Lamb juga terbaik, daging kambing yang tebal bersalut ranggup disajikan bersama kentang goreng, sos bawang putih dan kimchi (lupa nak snap gambar).

KIMCHI PASTA CHICKEN
COUNTRY GOGI BURGER LAMB
Walaupun semua menu menyelerakan agak mustahil Cheq Sempoi nak mencuba kesemuanya. Lebih elok lah followers datang sendiri menikmati keenakan setiap makanan yang NY Steak Shack sediakan dan pasti tidak akan mengecewakan followers. Malah minuman seperti Banana Milkshake yang menyegarkan dan beberapa lagi jenis minuman antaranya Wildberry, Apple Crumble dan Balck Forest.


Pintu Masuk
OMIJA MOCKTAILS
(Diolah dengan campuran cili api)
Happy dengan menu yang banyak depan mata
Ruang dalam ala-ala kat New York
Fe feeling jadi watter
Bersama dengan Staf-staf Restoran
yang ramah dan sporting sangat
Cheq Sempoi dapat Lamb Burger, tebal betul dagingnya
Nampak!! kegahirahan Cheq Sempoi makan
Bersama Big Bos Restoran 
Bos yang sangat ramah (tak sempat tanya nama)
Sukanya Cheq Sempoi dapat pula K-Runch Wings
Menu yang diperkenalkan
Selesailah sudah sesi menjamu selera Cheq sempoi bersama kekawan Blogger yang lain dengan gambar-gambar happy kami semua di Restoran NY Steak Shack. Jemput lah beramai-ramai follower atau siapa-siapa sahaja, sambil membeli-belah di Sunway Velocity Kuala Lumpur boleh lah singgah di sini menikmati makanannya yang lazat dengan promosi terkini DAE-BAK Meals Korean Food atau boleh layari sosial media di bawah :


Website : NY Steak Shack

Facebook : nysteakshackmy/

Instagram : @nysteakshack

Share
Tweet
Pin
Share
29 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • Tanpa Redha Suami, Balasan Isteri Ke Neraka. Suami Bongkar Kecurangan Isteri
    Aku seorang suami kepada seorang isteri janda anak satu. Ketika aku menulis air mata ini bercucuran mengenangkan apa yang  telah terjadi.  ...
  • PWTC | SENARAI RUMAH ANAK-ANAK YATIM 2018
    Kredit gambar Google [ PWTC ] SENARAI RUMAH ANAK-ANAK YATIM 2018 PERINGKAT PERTAMA ( 10 MEI 2018 ) PERTUBUHAN NUR KAS...
  • LIMPAHAN CHOCOLATE | DI MUSEUM CHOCOLATE KOTA DAMANSARA | DESTINASI MENARIK TAHUN 2018
    Assalamualaikum dan salam sayang semua... bersama Tim Propa Rangers kali ini sangat menggembirakan Cheq Sempoi dan anak-anak....
  • RESORT WORLD KIJAL TERENGGANU | MENJANJIKAN KETENANGAN KEDAMAIAN DAN KEPUASAN PARA PENGUNJUNG | TEMPAT PENYU BERTELUR
    Assalamualaikum dan salam sayang buat semua... Cheq sempoi sini!!! sudah lama Cheq Sempoi tak bersiaran. Sejak kebelakangan ni kesi...
  • JUARA | POWER ANTABAX GRAFFITI DAN PERMAINAN WARISAN 'BANGKU SEKOLAH'
    JUARA Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Baru-baru ini Cheq Sempoi serta anak-anak mendapat jemputan dari Antabax Power Ma...
  • D AURA CAFE, RESTORAN 5 BINTANG BERKONSEPKAN "ROMANTIC" PILIHAN SETIAP PASANGAN
    Gambar Ihsan FB D Aura Cafe Cheq Sempoi Dihadapan D Aura Cafe  Assalamualaikum dan salam sayang buat semua, Bertarikh 5 O...
  • Safi | Jenama Unggul | Produk Penjagaan Diri | Pilihan Seisi Keluarga Sejak Dulu Hingga Kini
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada satu majlis perasmian produk SAFI Shower. Cheq Sempoi telah berpeluang merasai wang...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • [Tasneem Naturel Balm] Mujarab, Berkesan & Ajaib Bila Disapu
    Nice Packaging Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Lama sudah Cheq Sempoi mencari, akhirnya Cheq Sempoi bertemu dengan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI