Pertandingan | JOM KREATIF | "Mencari Rezeki Yang Berkat"

by - Selasa, November 14, 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sumber rezeki bagi setiap orang bukan terbatas dalam bentuk wang ringgit, material atau harta benda semata-mata, tetapi rezeki juga meliputi kelapangan waktu untuk membuat kebaikan dan amal ibadah kepada Allah SWT, kesihatan yang baik, hati yang tenang dan lapang, idea bernas dan bermanfaat, hatta kehidupan yang bahagia sekalipun.
Rezeki yang paling baik adalah rezeki yang dipenuhi dengan berkat iaitu rezeki yang walaupun sedikit tetapi mencukupi, manakala rezeki yang tidak baik adalah rezeki yang diperoleh dengan banyak, tetapi tidak mendatangkan manfaat, tidak pernah cukup dan tidak berkat.
Pemenang Tempat Pertama
( Encik Muhammad Hanif bin Ngarisan)
Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu Majlis yang membuatkan Cheq Sempoi insaf seketika dikalangan insan-insan budiman, iaitu Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video "Jom Kreatif 2017" pada 10 November yang lepas. Bertempat di Wisma PPZ, Dataran Shamelin, Cheras, Kuala Lumpur. Pertandingan Anjuran Pusat Pungutan Zakat Wilayah (PPZ - MAIWP) dengan tajaan dari COUDRE Kuala Lumpur
 
Penaja Utama Pertandingan
Cik Puan Emi Hanani Binti Mohd Ariffin
Pemilik Boutique Coudre KL.  
Sambutan yang julung-julung kali diadakan amat memberansangkan dan menarik minat golongan muda untuk mencuba nasib dalam pertandingan tersebut, yang bertemakan "Mencari Rezeki Yang Berkat". Sebanyak 50 penyertaan dipertandingkan sejak 15 Ogos sehingga 30 September yang lalu. Sebanyak 13 video telah disenarai pendek oleh panel juri ke peringkat akhir. 

Antara terma dan syarat pertandingan : 

1.  Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. 
2. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan. 
3. Video yang didurasikan selama 3 minit perlu dirakam dengan menggunakan 
     telefon pintar serta bebas menggunakan sebarang perisian untuk suntingan. 
4. Montaj video pula hendaklah memaparkan logo PPZ-MAIWP dan Coudre Kuala Lumpur. 

Pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
-     
       1. Video Terbaik (tempat pertama, kedua, ketiga dan 9 saguhati).
-     2. Anugerah Video Pilihan Ramai.

Barisan pemenang yang berjaya membawa pulang wang tunai RM500 hingga RM2,000 serta trofi kemenangan yang agak lumayan. Senarai pemenang yang diraikan di MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN VIDEO KREATIF  tersebut adalah seperti berikut :   
 Tempat Pertama

ENCIK MUHAMMAD HANIF BIN NGARISAN
(Membawa pulang wang tunai RM2,000) 

(Wakil)
Tempat Kedua

PUAN SYAHIDAH BINTI BAHARUDIN
(Membawa pulang wang tunai RM1,500)



Tempat Ketiga

PUAN NURHIDAYAH BINTI ATMIN
(Membawa pulang wang tunai RM1,000)



Anugerah Pilihan Ramai

MUHAMAD HANIF BIN NGARISAN
(Membawa pulang wang tunai RM1,000)

Hadiah Saguhati seramai 9 orang yang membawa pulang wang tunai RM500 serta trofi kemenangan adalah:

1. PUAN NURMANISYA BINTI SHAHRUDIN

2. ENCIK MUHAMMAD ADAM BIN IBRAHIM

3. ENCIK MUHAMMAD FAIRULLAH BIN HAMRAN

4. ENCIK MOHD AMIRUL ASHRAF BIN ABDUL AZIZ

5. PUAN NIK PUTERI NUR ANIS BINTI NOOR AZMI

6. ENCIK NABEEL FAKRUR RAZY BIN JUFRI

7. PUAN ANIS ASYIKIN BINTI ALIAS

8. ENCIK MUHAMMAD ZUHAILY BIN RAZALI

9. ENCIK MUHAMMAD NORAZI NAZREEL BIN MOHD YAZID



Sesungguhnya dalam kehidupan kita seharian, setiap rezeki yang Allah kurniakan kepada kita dimuka bumi Allah ini ada terselit rezeki insan lain, insan yang lebih memerlukan. Oleh itu ingat 5 perkara....sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati. Renung-renungkan lah dan pesanan adalah percuma dari Cheq Sempoi!!! Maaf jangan terasa ok. Jom Cheq Sempoi hadiahkan video pemenang tempat pertama... #akuhanif 


Ya Allah

Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah

You May Also Like

7 PEMBERI ULASAN

  1. tahniah ppz dan semua pemenang. Kalau ada contest lagi nak masuk lah. hadiah lumayan sangat

    BalasPadam
  2. Syarat penyertaan yang amat senang...umur bukan 1 masalah..dari 18 tahun ke atas. Ada peluang ni untuk turut serta pada tahun depan

    BalasPadam
  3. Tahniah kepada semua pemenang. Harap-harap PPZ-MAIWP akan mengadakan pertandingan lagi di masa akan datang supaya dapat memberi kesedaran yang berterusan kepada masyarakat.

    BalasPadam
  4. betul itu, neeza setuju dengan pendapat CS bahawasanya setiap rezeki yang Allah kurniakan kepada kita dimuka bumi Allah ini ada terselit rezeki insan lain, insan yang lebih memerlukan.dan tahniah buat ppz sebab anjurkan pertandingan sebegini. harap ppz dapat anjurkan lagi tahun depan. apapun tahniah juga buat para pemenang dan coudre kl yang telah menaja pertandingan video ni. hehe

    BalasPadam
  5. Berbaloi sangat kan joint pertandingan ajuran PPZ-MAIWP dan hadiah tajaan Coudre Kuala Lumpur ni. Tahniah kepada semua pemenang. Memang terbaiklah video sang juara. Banyak mesej berguna yang cuba disampaikan untuk kita semua.

    BalasPadam
  6. Tahniah... kepada pemenang.. moga PPZ menganjurkan lagi contest macam ni dimasa akan datang.

    BalasPadam