Warung Makcik Kiah | Masakan Tempatan Dan Thailand | Makanan Segar Dari Sandakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat berpuasa buat semua. Macam mana semua, agak-agak dapat tak puasa penuh? Hemm.. Cheq Sempoi tiap-tiap tahun tak berpeluang puasa penuh, mesti 7 atau 8 hari terpaksa ponteng. Tahu sebab apa? Biarlah rahsia. He..he...he.. biasalah pompuan kan?.
Ok, bukan topik pasal pompuan yang Cheq Sempoi nak cerita tapi pasal Makcik Kiah. Jom kita membawang sat pasal warung dia. Adoiii sampai hari ni Cheq Sempoi anak beranak teringat lah banyak menu dia yang sedap. Dok cerita ni pun teliuq ja rasa ni.
Rakan Media & Bloggers Bersama YBhg Dato' Paduka Syed Isa Syed Alwi, Pengarah Urusan Premia International Sdn Bhd. |
Cheq Sempoi dijemput oleh kawan baik Cheq Sempoi... ala blog dia Along Murni atau AM. Memanglah hati dia murni selalu ajak Cheq Sempoi ke event makan-makan. Memang Cheq Sempoi tak lepas lah peluang, sebab makan. Kali ni pada 18 Mei 2018 (Jumaat), 2 Ramadhan 1439. Bertempat di Warung Makcik Kiah (MCK), Sri Petaling, diadakan Majlis Berbuka Puasa Blogger dan media bersama pengusaha Warung MCK, YBhg Dato' Paduka Syed Isa Syed Alwi, Pengarah Urusan Premia International Sdn Bhd. Majlis diadakan bagi memperomosikan Buffet serta Set Berbuka Puasa di Warung MCK.
Mengenai Latar Belakang Warung MCK Di Sri Petaling, Kuala Lumpur
Warung MCK telah beroperasi sejak lima (5) bulan lalu di Sri Petaling yang diilhamkan oleh YBhg Dato' Paduka Syed Isa Syed Alwi yang diinspirasikan oleh arwah ibu nya sendiri, Cik Kiah, yang terkenal dengan masakannya di Kuantan selama lebih dari empat (4) dekad yang lalu. Warung MCK menyajikan pelbagai masakan tempatan dan Thailand. Selain makan di restoran, pelanggan juga boleh menempah melalui Food Panda. MCK menerima bayaran tunai dan pembayaran secara online seperti Fave.
Sesi Q & A |
Disepanjang Bulan Ramadan ini, Warung MCK menyediakan beberapa set menu hidangan berbuka puasa khas untuk pelanggan. Masakan makanan laut segar dari Sandakan, Sabah. Di Sabah makanan laut segarnya memang sudah terkenal dengan kawasan lautnya yang bersih dan akan diterbangkan khas setiap hari ke Warung MCK untuk dimasak segar dengan harga yang berpatutan. Diantara makanan laut yang akan disajikan antaranya :
MENU RAMADAN
- Ikan Kerapu
- Ikan Jenahak
- Ikan Merah
- Ikan Tenggiri
- Ikan Siakap Liar
- Ikan Pari
- Udang Laut
- Ketam Bunga
Siakap 3 Rasa |
MENU RAMADAN
Set Menu A
Hidangan : 2-3 orang
Harga Pakej : RM 29.90
Kurma
***
Nasi Putih
Daging Paprik
Sayur Campur
Tom Yam Ayam
***
Sirap
***
Buah-buahan Potong
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Set Menu B
Hidangan : 4-5 orang
Harga : RM 59.90
Kurma
Kuih Muih
***
Nasi Putih
Ayam Paprik
Sayur Campur
Tom Yam Campur
Telur Dadar
***
Sirap
***
Buah-buahan Potong
Jangan berlengah-lengah lagi... jom kita beramai-ramai ke Warung Makcik Kiah untuk berbuka puasa hari ini juga.
Untuk maklumat lanjut :
Alamat
Warung Makcik Kiah
(Wholly Owned by Premia International Sdn Bhd)
No. 15, Jalan Radin Bagus 9, Sri Petaling
57000 Kuala Lumpur
Tempahan/ Pertanyaan
018-2198868/ 03-90545728 (En. Rizal)
Waktu Operasi
11 pagi - 10 malam
Media Sosial
Email
like & follow FB
0 PEMBERI ULASAN