[VIDEO] MAKAN-MAKAN | DI NEXT FOOD JUNCTION KLANG PARADE

by - Selasa, Mei 22, 2018

SIZZLING NOODLE
Assalamualaikum dan salam sejahtera...


MAKAN-MAKAN DI NEXT FOOD JUNCTION KLANG PARADE FOOD COURT 

Minggu lepas hari Jumaat, Cheq Sempoi bersama Ms Chantek bbf opis, Cheq Sempoi yang kecik molek tu??. Kami berdua bila tiba hari jumaat saja mula pening nak makan kat mana? Hari Jumaat adalah masa rehat yang panjang untuk lunch, kebetulan Cheq Sempoi teringat kami ada food review di Klang Parade. Kalau pasal food review kami memang jarang menolak, tak kiralah jauh atau dekat. Tapi disebabkan hari Jumaat panjang masa rehat kami follow je walaupun agak sedikit jauh (Sg Buloh - Klang Parade).

Video Food Review 
(kredit by Klang Parade)

Kami tahu tempat yang kami tuju adalah pusat membeli belah yang menjadi daya tarikan yang cukup terkenal dikalangan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan yang Malaysia sendiri antara negara yang mempunyai pusat membeli belah terbanyak di dunia. Ada di antara pusat membeli belah di Lembah Klang yang berada dalam kedudukan TOP 10 THE Biggest Mall in the world. Ini menunjukkan bahawa rakyat kita suka berkunjung ke pusat membeli belah. Ini disebabkan kebanyakan pusat membeli belah kini ibarat one stop centre kepada kehidupan harian masyarakat. Ada kedai pakaian, pejabat pos, pawagam, pusat bowling, pusat telekomunikasi, pelbagai jenis restoran dan banyak lagi. Jadi ia memudahkan orang ramai untuk melakukan pelbagai urusan di bawah satu bumbung,

HALAL SECTION 
KLANG PARADE antara pusat membeli belah yang belum pernah kami sampai. Memang teruja lah untuk ke sana. Setahu Cheq Sempoi ia adalah antara pusat membeli belah yang boleh dikatakan legend kerana masih mampu bertahan hingga ke hari ini. Setelah ia mengalami transformasi, kini KLANG PARADE berwajah baru sesuai dengan era masa kini. Kami diminta untuk review di Tingkat 5, satu food court yang bernama NEXT FOOD JUNCTION. Terdapat dua section, HALAL SECTION dan NON HALAL SECTION yang terletak bersebelahan sahaja.

Section Minuman
ABC Special
Sirap Lemon
Kedondong Asam Boi
Coconut Shack & ABC Special
HALAL SECTION YANG SANGAT LUAS, SELESA DAN SANGAT SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA

Ok!!! dah tentulah Cheq Sempoi dan Ms Chantek review makanan HALAL Section. Terdapat banyak gerai kat situ yang terletak disekeliling food court dan tengah-tengah meja dan kerusi untuk pengunjung menjamu selera. Mai Cheq Sempoi senarai sikit nama gerai-gerai yang ada :

  • Chicken Rice
  • Claypot Chicken Rice
  • Western Food
  • Selera Thai Food
  • Claypot
  • Portuguese Kitchen
  • Gerai Makan Star Resipe
  • Mini Wok
  • Restoran Penang Noodles
  • Ayam Penyet
  • Sup Power Nasi Kukus Ayam Berempah
Semasa kami di situ, terdapat ramai juga pengunjung boleh tahan ramainya dan kami dihidangkan dengan semua makanan yang popular di situ yang menjadi kegemaran warga Klang khususnya pekerja-pekerja sekitar kawasan Klang Parade menu-menu yang dihidangkan adalah :


AYAM PENYET






MEE KARI



Wow!!! memang penuh satu meja makanan dan minuman pilihan popular di sini. Kami merasa semua makanan yang ada dengan puas sebab satu-satu posion hidangan banyak dan sesuai dengan harga. Pendek kata berbaloi lah menjamu selera bersama seisi keluarga dihujung minggu bersama anak-anak. Pelbagai lagi pilihan makanan untuk dicuba selain yang Cheq Sempoi makan ni. Kalau anda masuk ke dalam NEXT FOOD JUNCTION ini anda pasti rambang mata hendak makan apa. Antara yang menjadi kegemaran kami adalah gerai yang menjual western food. Ini kerana harga yang ditawarkan cukup murah jika dibandingkan dengan kuantiti. Senang kata puas hati! Sedap pun sedap.









Jadi jika anda berkunjung ke KLANG PARADE, jangan lupa untuk singgah ke NEXT FOOD JUNCTION yang terletak di Tingkat 5. Berbaloi untuk poket dan perut anda!!!



Untuk makluman semua !!!

Pada 3rd June, jom kita beramai-ramai ke Klang Parade ni... sebab Adibah Noor ada disana buat  persembahan dengan artis lain. Cheq Sempoi amat meminati Adibah Noor yang terkenal dengan lagu "Terlalu Teristimewa".

Sedikit maklumat mengenai Adibah Noor selebriti kesayangan Cheq Sempoi!!!

Nama penuh, Adibah Noor binti Mohamed Omar. Tarikh lahir 3 September 1970 merupakan seorang pelakon dan penyanyi Malaysia. Dia pernah menjadi guru Bahasa Inggeris selama dua tahun di sebuah sekolah di pedalaman. Adibah Noor juga merupakan duta pusat beli belah Pasaraya The Store. Adibah berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Menjadi Penyanyi, pengacara dan pelakon sepenuh masa. Kekadang dipanggil untuk mengajar vokal. Mula aktif dalam bidang hiburan sejak 1990 hingga sekarang dengan aktif dan berjaya.



Adibah Noor

LIHAT VIDEO 》 "TERLALU ISTIMEWA"

Ok Jangan Lupa Berbuka Puasa di Next Food Junction  Lepas Tu ya???

Sila layari !!!

FB : 
IG : 

Alamat : 
NEXT Food Junction
No 2112, KM2, Klang Parade
Jalan Meru, 41050 Klang 
Selangor, Malaysia

Tel No :
Tel : 603-3343 7889

You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN