• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



BISKUT CAMPURAN BIJIRAN BERI BIRU
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

NIKMATILAH HARI RAYA YANG SIHAT DAN GEMBIRA BERSAMA QUAKER OATS  

Padat dengan nutrisi, oat adalah makanan yang serba boleh dan mudah digunakan dalam pelbagai resipi manis dan berempah. Hidangan Hari Raya yang enak bersama Quaker Oats, Jenama Oat #1 Dunia*, menjadikannya lebih mudah untuk menikmati resipi baharu yang mengandungi lebih banyak  khasiat :
  • serat 
  • protein
  • vitamin 
  • mineral


Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum1, Quaker Oats menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dikekalkan. Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan:
  1. Bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B.
  2. Endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein. 
  3. lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia. 

“Di Quaker, kami percaya Hari Raya merupakan satu perayaan yang istimewa buat seisi keluarga, dan apabila kita berkumpul untuk menikmati makanan yang lazat, kita juga harus ingat bahawa nutrisi adalah penting. Hidangan tradisional juga boleh diggabungkan dengan oat kerana ia merupakan bahan yang serba boleh - dengan cara ini, kita boleh menikmati hidangan kesukaan kami dan yakin bahawa kita masih mendapat nutrisi-nutrisi penting," kata Alexia Horley, Pengurus Besar PepsiCo Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik. 

“Resipi baharu, termasuk resipi perayaan Hari Raya oleh chef selebriti Anis Nabilah, sesuai untuk keluarga serta tetamu dan juga mudah disediakan.” 

Chef Anis Nabilah
Hari Raya ini, cuba resipi Quaker Oats baharu seperti Kari Ayam Merah dengan Oats dan Soup Kambing Quaker Oats, ataupun biskut Raya yang lazat dengan resipi chef selebriti Anis Nabilah seperti Biskut Beri Biru Multigrain Cereal dan Biskut Onde-Onde Oatmeal.

Disini Cheq Sempoi belanja satu resepi dari chef Anis dan banyak lagi di www.quaker.com.my


BISKUT CAMPURAN BIJIRAN BERI BIRU

Bahan-Bahan

125g marjerin 
100g gula kastor 
1 biji telur 
150g tepung naik sendiri 
½ sudu teh soda penaik 
60g beri biru kering 
½ sudu teh garam laut   
120g Quaker Multigrain Cereal

Cara-cara

1. Prapanaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dulang pembakar dengan kertas silikon.

2. Pukul marjerin dan gula dalam mesin pengadun hingga putih dan berkrim. Tambahkan telur. Masukkan tepung, beri biru dan garam. Gaul hingga sebati.

3. Tuangkan Quaker Multigrain Cereal ke dalam mangkuk. Cedok sesudu teh penuh doh biskut. Golek doh dalam campuran bijiran supaya disaluti bijiran dan menjadi bentuk bebola.

4. Letakkan bebola atas dulang dengan jarak satu inci antara satu sama lain untuknya berkembang.

5. Bakar selama 15-18 minit atau sehingga warnanya keemasan. Alihkan ke redai kuih untuk sejukkan


#RayaBersamaQuaker

Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oats dan promosi Ramadan terkini, acara dan resipi, boleh la layari  :

www.facebook.com/QuakerMalaysia 
atau 
www.quaker.com.my.
Share
Tweet
Pin
Share
3 PEMBERI ULASAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


May 31, 2018  Ramadhan2018, bertempat di Selasih Garden Restaurant, Hotel Tenera Bangi, telah diadakan Majlis Amal Barakah Ramadan bersama Anak-Anak Yatim anjuran Hotel tersebut. Alhamdulillah Cheq Sempoi dijemput bersama-sama berbuka puasa bersama anak-anak Yatim dan Tahfiz Di Majlis Amal Barakah Ramadhan dari beberapa buah rumah kebajikan. 


Seramai 150 anak-anak dari rumah atau pusat anak-anak yatim, fakir miskin dan tahfiz sekitar Bangi dan Kajang telah diraikan pada petang itu. Bersempena acara itu juga, Hotel Tenera berbesar hati untuk membiayai segala perbelanjaan kos MBAR termasuk pemberian duit sumbangan kepada 5 rumah kebajikan yang terbabit iaitu :
  • Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah
  • Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz
  • Rumah Anak Yatim Darul Izzah
  • Rumah Bakti Al-Kausar 
  • Pusat Asnaf Quranik Al-Ummah
๐Ÿ“ท dboystudio | Anak-Anak Yatim

Tujuan utama MBAR adalah memperkukuhkan jenama Hotel Tenera dan mewujudkan persekitaran sosial yang baik serta mengeratkan silaturahim diantara pihak pengurusan dan masayarakat sekeliling. Barakah Ramadhan yang mana ia merupakan satu program tanggungjawab sosial serta fardhu kifayah terhadap masyarakat sekeliling, khususnya individu-individu yang memerlukan bantuan.




Bertemakan "Masakan Sajian Nostalgia" kebanyakkan menu yang dihidangkan kali ini adalah masakan-masakan tradisional dan barat istimewa. 'Hargai Kenangan Lama' bersama 'Sajian Hidangan Nostalgia' yang dikonsepkan sebagai Buffet Ramadhan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi. Hotel Tenera merupakan hotel yang diuruskan oleh KPF Hotel Management Sdn Bhd yang 100% dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad.

Memang sangat meriah apabila majlis berbuka puasa penuh dengan kanak-kanak bersama juadah berbuka puasa mereka. Pelbagai menu menarik dapat berkongsi bersama dengan mereka.

๐Ÿ“ท dboystudio | Nasi Buluh

Paling istimewa dan terujanya Cheq Sempoi adalah menu nasi buluh. Anda harus mencuba nasi buluh yang lembut dan sedap bersama lauk-pauk yang ada termasuk la rendang dan sambal udangnya.





Deko yang menarik seperti warung pasti memikat hati pengunjung. Koleksi biskut-biskut lama yang boleh ada dapatkan disini. Kuih- kuih tradisional dan kacang putih turut menarik perhatian sambil diiringan lagu-lagu menarik oleh penyanyi jemputan.











Bagi yang berminat untuk merasai kenikmatan buffet Ramadhan di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi boleh berkunjung ke hotel, atau menghubungi pihak pengurusan untuk membuat tempahan melalui no telefon 03-89299600. 


Harga Bufet Ramadhan.
Dewasa : RM 118

Bermula 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018
6.30 PM - 10.30 PM



Jika berminat untuk berbuka puasa bersama Hotel Tenera bolehlah hubungi info di bawah :

HOTEL TENERA
Persiaran Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
No Telefon : 03-89299600

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi laman web rasmi Hotel Tenera :

Email : hoteltenera.kpf@felda.net.my
Website : www.tenerahotel.com.my
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Super honor Day​ Menampilkan honor 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia


Woww!!! Rangkaian Shopee adalah satu rangkaian online terkini pilihan ramai. Bila tiba musim perayaan pelbagai tawaran diperkenalkan dengan harga kasih sayang raya. Seronokkan bila dapat berhari raya bersama keluarga dan insan tersayang. Lebih menyeronokkan jika saat-saat manis itu dapat dirakamkan sebagai kenangan dan berkongsi kegembiraan bersama orang lain. Begitu juga niat dan hasrat Honor dengan kerjasama Shopee untuk memberikan kegembiraan dengan tawaran Honor 7A dan Honor 10 Edisi Phantom Green. 




Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengenalan honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day. Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan sahaja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599, malahan dengan setiap pembelian, pembeli akan diberi hadiah percuma bernilai RM298, selagi stok masih ada.



Shopee adalah satu platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan berbesar hati mengumumkan usahasamanya dengan honor Malaysia untuk melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green secara eksklusif pada jualan murah Super honor Day di Malaysia pada 8 Jun 2018​. Sepanjang jualan murah tersebut, peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas dua model telefon ini dengan potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor.



“Shopee berbangga dapat meneruskan usahasama dengan honor Malaysia selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10. Kedua-kedua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh industry e-dagang Malaysia dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee​.

Dalam masa yang sama, Shopee juga komited 
untuk menawarkan insentif yang hebat;

  • Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia, Komisyen Sifar (0), Jaminan Produk Tulen 100%.
  • Penghantaran Semula Percuma dalam tempoh 15-hari.

 
“Sebagai e-jenama telefon bimbit terkemuka di dunia bagi penggemar digital, usahasama kami dengan Shopee, sejajar dengan rekod cemerlang mereka dalam menawarkan pengalaman membeli-belah secara dalam talian yang mudah untuk semua pengguna di Malaysia, merupakan suatu langkah yang pintar untuk kedua-dua pihak. Kami bekerja keras untuk memastikan produk kami berkualiti, mengikut aliran semasa, moden serta boleh didapati dengan mudah. Kerjasama kami dengan Shopee membolehkan peminat honor berpeluanguntuk balik kampung dengan telefon bimbit berprestasi tinggi pada harga yang berpatutan,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia​.


honor 7A yang baharu dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan :

  • FullView 5.7 inci yang selesa dipegang. Untuk memberi pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang.
  • honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP.
  • Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang mampu bertahan sepanjang hari walaupundigunakan secara berterusan. 
  • Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi. 
  • honor 7A juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna. 
  • Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRP: RM479) sepanjang Super honor day.

Mengenai Shopee

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah Syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.


Mengenai honor

honor merupakan e-jenama peranti mobil terkemuka yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Perniagaan Pengguna HUAWEI. 

Seiring dengan slogan ‘for the brave’, jenama ini ditubuhkan untuk memenuhi keperluan warga milenia menerusi produk yang dikuasakan oleh internet yang menawarkan pengalaman pengguna yang hebat, memberi inspirasi, mencetuskan kreativiti dan mengilhamkan golongan muda untuk mengejar impian mereka. Dengan ini, honor
telah meletakkan dirinya ke hadapan dengan pendekatan yang berani dan berbeza dan mengambil langkah perlu untuk menawarkan teknologi dan inovasi terbaharu kepada pelanggannya.


Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day, layari: 
https://www.hihonor.com.my 
Atau
https://shopee.com.my/honormy.officialstore

Untuk maklumat lanjut, layari: www.hihonor.com.my
Atau
 https://shopee.com.my/

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Watak kartun popular, The Smurfs akan mengadakan persembahan 'The Smurfs Live On Stage - The Smurfs Save Spring' di Resorts World Genting bermula 26 Mei hingga 24 Jun 2018. Persembahan selama 70 minit itu akan menampilkan dua pertunjukan muzikal extravaganza yang akan menampilkan nyanyian dan lakonan secara langsung dalam kostum Smurf. Dipersembahkan buat kali pertama di Malaysia, makhluk biru yang comel itu akan dipentaskan di Genting International Showroom.



"Kami amat berbesar hati mempersembah Smurf selama sebulan. Dalam cerita ini, Smurfs terpaksa menempuh pelbagai halangan bagi menyelamatkan musim bunga dalam persembahan pentas muzikal yang penuh dengan kegembiraan," kata Kevin Tann, Naib Presiden Promosi dan Hiburan Resorts World Genting. 

"Saya sendiripun tidak sabar untuk menonton kerana saya sendiri membesar dengan watak kartun itu. Persembahan seperti The Smurf Save Spring membantu Resorts World Genting sebagai sebahagian daripada komitmen dalam menyediakan pelbagai pilihan hiburan keluarga yang menekankan mesej positif serta memberikan ibu bapa dan anak-anak mereka peluang mengeratkan lagi hubungan dengan berkongsi nostalgia bersama-sama".




Diarahkan John Rowe dan koreografi oleh Katie Kermond daripada Millennium Entertainment International, ‘The Smurfs Live On Stage - The Smurfs Save Spring' mempersembahkan kisah mengenai kehidupan Smurf pada musim bunga.

Ketika penduduk kampung bersiap sedia untuk Perarakan Musim Bunga yang ditungu-tunggu, musuh ketat, si jahat Gargamel merancang untuk merosakkan perayaan itu dengan satu lagi ramcangan jahatnya. The Smurf perlu bekerjasama bagi menentang Gargamel dan menyelamatkan alam semulajadi. Watak-watak Smurf pula dijayakan oleh para pelakon yang berbakat disepanjang produksi ini. Lapan daripada watak terbaik dalam Smurf akan menjadi pelakon utama dalam  ‘The Smurfs Live On Stage - The Smurfs Save Spring', termasuk Papa Smurf, Clumsy Smurf, Brainy Smurf dan Smurfette.




"Tahun ini merupakan sambutan ulang tahun ke-60 Smurf yang dilahirkan pada tahun 1958," kata Nick Larkin, penerbit pertunjukan. Ia mengambil masa bertahun-tahun bermesyuarat, mendapat kelulusan, membuat perancangan dan mereka cipta bagi memastikan pertunjukan ini menjadi kenyataan dan ia merupakan pergorbanan yang berbaloi pada akhirnya. Kami berjaya menghiburkan penonton di seluruh dunia dengan pertunjukan ini dan saya amat teruja membawa The Smurf Save Spring ke Resorts World Genting. Pertunjukan ini membawa mesej positif mengenai persahabatan, kerja berpasukan dan memelihara alam semula jadi dan saya tidak sabar untuk melihat wajah-wajah gembira dan senyuman di dalam teater nanti".




Teater muzikal The Smurfs Live On Stage - The Smurfs Save Spring' telah mengelilingi dunia sejak tahun 2014. Ia telah dipersembahkan di lebih 15 buah negara dan menghiburkan lebih 15,0000 penonton. Ia merupakan sebuah produksi diadaptasi daripada komik ciptaan kartunis Belgium, Pierre Culliford atau lebih dikenali sebagai Peyo.





Tiket masuk The Smurfs Live On Stage - The Smurfs Save Spring' di Resorts World Genting berharga : 
  • RM176 (VIP)
  • RM136 (PS1) 
  • RM96 (PS2)
Tidak termasuk caj proses RM4. Kanak-kanak di bawah satu tahun masuk percuma. 

Diskaun sebanyak 10% diberikan kepada pemegang ahli Kad Ganjaran Genting. 

Terdapat juga pakej bilik khas disediakan bermula daripada RM263 bersih dengan penjimatan sebanyak RM399.







Pertunjukan akan berlangsung setiap hari di Genting International Showroom bermula dari 26 Mei hingga 24 Jun. Masa pertunjukan pada pukul 8.30 malam setiap hari Isnin hingga Sabtu dan 4 petang pada hari Ahad. Pertunjukan tambahan pada pukul 4 petang  turut dijadualkan berlangsung pada 15 dan 16 Jun.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
+603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com.
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • Tanpa Redha Suami, Balasan Isteri Ke Neraka. Suami Bongkar Kecurangan Isteri
    Aku seorang suami kepada seorang isteri janda anak satu. Ketika aku menulis air mata ini bercucuran mengenangkan apa yang  telah terjadi.  ...
  • PWTC | SENARAI RUMAH ANAK-ANAK YATIM 2018
    Kredit gambar Google [ PWTC ] SENARAI RUMAH ANAK-ANAK YATIM 2018 PERINGKAT PERTAMA ( 10 MEI 2018 ) PERTUBUHAN NUR KAS...
  • LIMPAHAN CHOCOLATE | DI MUSEUM CHOCOLATE KOTA DAMANSARA | DESTINASI MENARIK TAHUN 2018
    Assalamualaikum dan salam sayang semua... bersama Tim Propa Rangers kali ini sangat menggembirakan Cheq Sempoi dan anak-anak....
  • RESORT WORLD KIJAL TERENGGANU | MENJANJIKAN KETENANGAN KEDAMAIAN DAN KEPUASAN PARA PENGUNJUNG | TEMPAT PENYU BERTELUR
    Assalamualaikum dan salam sayang buat semua... Cheq sempoi sini!!! sudah lama Cheq Sempoi tak bersiaran. Sejak kebelakangan ni kesi...
  • JUARA | POWER ANTABAX GRAFFITI DAN PERMAINAN WARISAN 'BANGKU SEKOLAH'
    JUARA Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Baru-baru ini Cheq Sempoi serta anak-anak mendapat jemputan dari Antabax Power Ma...
  • D AURA CAFE, RESTORAN 5 BINTANG BERKONSEPKAN "ROMANTIC" PILIHAN SETIAP PASANGAN
    Gambar Ihsan FB D Aura Cafe Cheq Sempoi Dihadapan D Aura Cafe  Assalamualaikum dan salam sayang buat semua, Bertarikh 5 O...
  • Safi | Jenama Unggul | Produk Penjagaan Diri | Pilihan Seisi Keluarga Sejak Dulu Hingga Kini
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada satu majlis perasmian produk SAFI Shower. Cheq Sempoi telah berpeluang merasai wang...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • [Tasneem Naturel Balm] Mujarab, Berkesan & Ajaib Bila Disapu
    Nice Packaging Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Lama sudah Cheq Sempoi mencari, akhirnya Cheq Sempoi bertemu dengan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI