• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Kredit gambar : FB Sue Melati Beauty
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri dan belajar teknik make up dari seorang yang sangat istimewa. Dengan kerjasama Encik Anwar dari Kaio Studio telah menemukan Cheq Sempoi dengan, Jurumekap profesional. Beliau yang dimaksudkan ialah Sue Melati  atau lebih senang dengan panggilan Kak Su make up artis Malaysia. Memang pakar dalam solekkan, membantu wanita supaya kelihatan lebih cantik, elegan dan bertaraf world class. Beliau bukan saja dikenali dikalangan artis-artis malah seluruh warga semenanjung, Sabah, Sarawak dan Negara Brunei. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah :
> Profesional make up
> Basic To Advance
> Personal/ Group Coaching

Kredit video : Kaio Studio

Cheq Sempoi mencuba makeup 
dari tip yang diberikan sangat mudah

Cheq Sempoi Bersama
Pengasas Sue Melati Beauty
PERKHIDMATAN DAN KELAS SOLEKKAN YANG DISEDIAKAN

Walaupun bagi sesetengah orang nampak kelas Kak Su biasa-biasa, tapi tips dan ilmu sangat padat Kak Su berikan. Hanya siapa yang sudah join kelas Kak Su saja yang tahu macam mana Kak Su mengajar. Untuk makluman semua Kak Su telah menjadi Jurumekap kepada beberapa siaran TV popular Malaysia antaranya :
> NONA
> Wanita Hari Ini
> Mentor TV3
> Drop The Beats
> Clever Girl
> Anugerah Juara Lagu
> Muzik-Muzik
> Hero Oven
Full house dengan Para Pelajar
Kelas make up Sue Melati Beauty ada caranya yang tersendiri. Sebanyak 7  teknik transformasi make up artist yang selalu ditekankan dalam kelas Kak Su ialah :

๐ŸŒธTeknik faundation kalis sentuh (waterproof) tanpa loose powder bawah mata, make up akan nampak matte.
๐ŸŒธ Teknik bland eyeshadow
๐ŸŒธ Teknik letak eyeshadow gliter
๐ŸŒธ Kegunaan brush dengan betul
๐ŸŒธ Melukis kening tanpa cukur
๐ŸŒธ Contour muka nampak cengkung
๐ŸŒธ Teknik bibir nampak munggil

Cheq Sempoi teruja dengan
produk Sue Melati Beauty
Antara teknik-teknik dan tip-tip lain yang ditawarkan oleh Kak Su untuk para pelajar-pelajarnya adalah :

๐ŸŒธ Dari daily make up sehingga ke make up nikah 
๐ŸŒธ Teknik eyeshadow terbaru
๐ŸŒธ Teknik blande eyeshadow dengan turutan yang betul
๐ŸŒธ Kenali make up brush secara details satu persatu
๐ŸŒธ ukir kening nampak natural dan kemas tanpa teknik gam
๐ŸŒธ Contour muka menjadi bujur sirih
๐ŸŒธ Cara-cara memakai foundation mengikut tone kulit dengan betul
๐ŸŒธ Bibir menjadi mungil dan seksi
๐ŸŒธ Skill dan trick solekan
๐ŸŒธ sesuai untuk zero to advance kelas

Muka Cheq Sempoi yang berseri-seri bila di sapukan campuran Oil Seri Wajah dengan Faundation Sue Melati Beauty yang awesome

KELEBIHAN-KELEBIHAN MENGIKUTI KELAS ANJURAN SUE MELATI BEAUTY 

Kelebihan bagi sesiapa yang mengikuiti kelas make up Sue Melati mereka akan menikmati 7 kelebihan dan keseronokan selain dari tip-tip yang diajar. Kelebihan tersebut adalah :

๐ŸŒธ Demo dan praktikal
๐ŸŒธ Sijil Penyertaan
๐ŸŒธ Makanan tengahari disediakan
๐ŸŒธ Barang make up di sediakan
๐ŸŒธ Goodies setiap pelajar
๐ŸŒธ Make up paling kemas dan cantik akan diberikan gift 'special' dari Kak Su
๐ŸŒธ Akan diberi 'gift' siapa yang dapat jawab soalan dalam kelas
Kredit gambar : FB Sue Melati Beauty


Yang bestnya semua pelajar akan diajar bagaimana cara untuk membuat marketing dan buat duit dengan kerjaya ini... bestkan??? Jika ilmu solekkan sudah menjadi sebati dengan jiwa Kak Su. Kini beliau memperkenalkan produk sendiri untuk membantu para wanita diluar sana dalam bidang kecantikkan ini. Dengan mengeluarkan produk jenama sendiri, Sue Melati Beauty memperkenal kan 2 produk yang berkualiti tinggi iaitu Foundation dan Oil Penaik Seri Wajah.

Wajah Cheq Sempoi Berseri-seri dengan campuran faundation dan oil seri wajah Sue Melati Beauty
Apa yang bagus tentang produk Sue Melati Beauty ini???

1. Sudah tentulah produk Sue Melati 100% dijamin berkualiti tinggi, selamat dan suci dengan bahan-bahan alami dan bebas alahan.
2. Produk ini mendapat kelulusan dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia yang terbukti bebas daripada bahan berbahaya. Seperti merkuri, hidrokinon dan paraben yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada pengguna.
3. Mempunyai ribuan testimoni yang berpuas hati dengan produk Sue Melati Beauty.


FAUNDATION SUE MELATI BEAUTY

Kebaikan yang ada didalam faundation yang superb dan wajib ada dalam bag make up anda kerana :
☆ Memudarkan parut jerawat
☆ Dapat mengecutkan jerawat
☆ Memutihkan kulit wajah
☆ Anti-aging
☆ Mengecutkan pori-pori
☆ Sesuai untuk kulit yang berminyak dan kulit normal
☆ Serta sesuai semua jenis tone kulit ASIA


OIL PENAIK SERI WAJAH SUE MELATI BEAUTY

Kandungan dalam penghasilan oil penaik seri wajah ialah aigan oil, rosehip oil, blackseed oil dan tatamu oil. Bahan-bahan tersebut berfungsi mengubati dan memperbaiki kulit yang rosak serta melembutkan dan menghaluskan kulit. Sangat bagus untuk kulit. Terutama kulit yang kering macam Cheq Sempoi. Antara kebaikan yang terkandung adalah :

☆ Antibakteria
☆ Antibiotik
☆ Antioksidan
☆ Antineuralgic
☆ Anti Inflamasi

Cantik untuk suami...
Suami pun sayang...
Semua orang 'wajib' menggunakan produk Sue Melati Beauty. Kenapa 'wajib' menggunakan produk mereka???

Tinggi kualiti, matte & waterproof, HALAL Jakim, full coverage, ada vitamin C & E, UV protection, Sakura dan Alovera.

Untuk maklumat lanjut :

No. Tel : 018-2090617

FB Page : Sue Melati
Website : www.makeupartismalaysia.com
Email : suemelati2u@gmail.com

Share
Tweet
Pin
Share
17 PEMBERI ULASAN
Pelbagai Menu Istimewa

Bentodon Pilihan
Cheq Sempoi Dan Rakan-Rakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai!! Cheq Sempoi sini... penulisan kali ni agak unik sikit sebab Cheq Sempoi sendiri rasa macam pelik makanan Jepun ada servis penghantaran. Apa-apapun sekarang ni jangan pelik lah, semua kemudahan dihujung jari kita.


Cheq Sempoi nak tanya la. Siapa kat sini suka order servis penghantaran makanan? Kalau dipikirkan kadang-kadang kita kat office terlalu sibukkan?. Tetiba teringin nak makan, makanan Jepun.. dah nak kena keluar. Drive kereta, bayar parking dan susah nak cari parking. Jadi cara terbaik order je online delivery ni sangat mudah.



Berita baik buat semua yang suka dengan makanan Jepun dan suka order servis penghantaran makanan (delivery), kini semua boleh tempah makanan Jepun kegemaran anda secara dalam talian sahaja di website Bentodon.




Menu istimewa yang ada di Bentodon telah dicipta istimewa resepinya oleh Chef Shohaimi yang berpengalaman lebih 18 tahun dalam masakan Jepun. Bukan senang nak jumpa chef Muslim yang pakar dalam masakan Jepun. Kita tidak perlu meragui lagi masakan yang disediakan serta tidak perlu risau bab HALAL sebab sudah semestinya Halal dimakan.



KAWASAN DELIVERY DAN ORDER BENTODON

> Kawasan penghantaran sekitar kawasan Petaling Jaya antara 1 km hingga 10 km, penghantaran adalah percuma.


> Manakala penghantaran 10 km atau lebih. Terutama sekitar Kuala Lumpur. Cas penghantaran di kenakan sebanyak RM5 mengikut per order.


> Minimum 6 order hidangan/ menu utama, penghantaran adalah percuma.


> Order mana-mana menu makanan Bentodon paling minima 2 set, penghantaran adalah percuma, kalau tidak akan dikena bayaran sebanyak RM5. 

> Bentodon juga ada membuat perkhidmatan katering untuk mesyuarat atau apa-apa jamuan, dengan syarat tempahan awal dilakukan beberapa hari sebelum majlis diadakan.



Suasana Dalam Restoran
MENU MAKANAN JEPUN HALAL YANG ADA DI BENTODON

Bentodon menyediakan pelbagai jenis menu antaranya, 9 jenis Bento, 9 jenis Don dan 3 jenis menu bagi orang yang mengamalkan vegetarian. Sesuai untuk semua orang kerana Bentodon adalah menu yang seimbang dan berkhasiat. Tapi untuk kali ni Cheq Sempoi kenalkan 9 jenis Don sahaja. Sebab kalau nak kenalkan semua.. takut nanti rambang mata dibuatnya.
Tori Teriyaki Don
Smoked Duck Tamago Don
Gyu Don
Ha... macam mana semua?. Hemmm.. nampak sedapkan? Memang sedap. Ketiga2 menu diatas sangat menjadi pujaan hati Cheq Sempoi. Memang lazat sangat ranggup dan segar sangat. Bekas yang digunakan pun berkualiti tinggi dan makanan sentiasa baru dan segar. Lepas habis makan bekas tu boleh guna pakai semula. Antara tiga-tiga ni ada itik dan ikan salmon yang kita sedia maklum sangat mahal. Tapi di Bentodon kuantitinya boleh dimakan untuk 2 orang dan berbaloi. Jom kita jamu mata lagi menu yang ada.

Tori Katsu Curry Don

Unagi Kabayaki Don (Belut)

Sake Butter Yaki Don
Inilah hidangan Bentodon yang paling ramai suka dan berkhasiat bagi pengemar belut kerana belut mempuyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan terutama kaum lelaki. Cheq Sempoi tak pernah makan belut sebab tengok fizikal dia pun dah geli inikan nak masuk mulut. Masa hidangan belut ni sampai di depan Cheq Sempoi. Pelayan tidak bagi tahu itu belut... apa lagi Cheq Sempoi pulun la, sedap sesangat. Lepas je telan kawan sebelah cakap tu belut. Cheq Sempoi ingat nak rasa loya atau muntah keluar, tapi tidak... itu yang membuktikan masakan yang disediakan berkualiti. Tiada hanyir mahupun bau yang tidak menyenangkan. Dan kalau ada peluang memang nak order je lagi. Jom tengok lagi 3 menu istimewa terakhir untuk kali ini.


Golden Tendon

Seafood Yaki Udon

Yasai Yaki Udon
Jenis yang tak suka nasi tu, boleh order je udon. Udon mee ni special sebab ada seafood semua. Paling syok, sos dia sedap dan ada topping dengan Bonito Flakes ala-ala Takoyaki tu. Sedap jugak. Memang semua menu kena dengan citarasa Cheq Sempoi. Macam mana dengan semua, suka yang mana? Jangan tunggu lagi cepat dail telefon. 

Waktu operasi: 
Isnin-Sabtu 
(Ahad dan cuti umum: Tutup)

Waktu penghantaran:
Makan tengah hari  
(11:30am – 12:30pm / 12:30pm – 1:30pm)
Makan malam
(6:30pm – 7:30pm / 7:30pm – 8:30pm)

Syarat tempahan:
2 Main Dish 
(Penghantaran percuma)
1 Main Dish 
(Cas penghantaran: RM5 per order)

Tempahan makanan halal Jepun secara online di Bentodon bermula Januari 2018 di laman web rasmi Bentodon di www.bentodon.my.
Share
Tweet
Pin
Share
4 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Majlis Pembukaan Sihaf Arabic Restoran 2017
Menu Nasi Arab Terbaik Di Shah Alam
Makanan arab, bukan merupakan menu asing dikalangan masyarakat Malaysia. Makanan ini biasanya dihidangkan dengan kuantiti yang sangat banyak seperti mana orang arab biasa makan. Cheq Sempoi telah menghadiri Majlis Pembukaan Sihaf Arabic Restaurant di Shah Alam. Majlis pembukaan berlangsung dengan begitu meriah, kehadiran tetamu dari kalangan rakan media, blogger, bikers dan orang ramai. Dianggarkan lebih dari 200 orang tetamu datang pada hari tersebut. 


Majlis pembukaan restoran dimulakan dengan bacaan doa oleh staff Sihaf dan seterusnya owner restoran berucap. Kemudian majlis diteruskan dengan perasmian Sihaf Signature menu oleh owner Sihaf memperkenalkan menu Nasi Briyani Buloh. Majlis tersebut juga telah menjemput Richie Rachman, seorang DJ radio tempatan popular yang berinteraksi secara spontan membuatkan majlis lagi gamat dibuatnya. Pada majlis tersebut para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid jemputan.





Cheq Sempoi bersama Richie Rachman (DJ Radio Popular)

Kumpulan Nasyid Jemputan

Majlis Pembukaan | Sihaf Arabic Restoran

Cheq Sempoi sekeluarga

Para Tetamu Yang Hadir 
Di Sebalik Makna Nama Dan Logo Sihaf Arabic Restoran  
Di majlis pembukaan tersebut buat pertama kalinya restoran yang terletak di Shop Lot Vista Alam, Shah Alam. Dinamakan bersempena dengan konsep yang disebutkan dalam Al-Quran, yang bermaksud pinggan emas :

ูŠُุทَุงูُ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุจِุตِุญَุงูٍ ู…ِู†ْ ุฐَู‡َุจٍ ูˆَุฃَูƒْูˆَุงุจٍ ۖ ูˆَูِูŠู‡َุง ู…َุง ุชَุดْุชَู‡ِูŠู‡ِ ุงู„ْุฃَู†ْูُุณُ ูˆَุชَู„َุฐُّ 
ุงู„ْุฃَุนْูŠُู†ُ ۖ ูˆَุฃَู†ْุชُู…ْ ูِูŠู‡َุง ุฎَุงู„ِุฏُูˆู†َ

"Kepada mereka diedarkan piring-piring dan gelas-gelas dari emas, dan di dalam syurga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan segala yang sedap (dipandang) mata. Dan kamu kekal di dalamnya".

-Surah Az-Zukhruf, Ayat 71- 




Logo
Logo restoran ini merujuk kepada namanya. Selain itu, ia mengandungi tiga segitiga melengkung, kerana tiga adalah antara nombor ganjil yang selalu disebut dalam Sunnah dan juga jumlah hidangan dalam sehari seperti yang biasa masyarakat amalkan. Juga corak tradisional yang menghiasi segitiga melengkung ini melambangkan budaya Islam dan warna yang digunakan mencerminkan negara-negara Islam. Dengan nama dan logo yang dipilih, ianya seperti satu penghormatan kepada konsep-konsep Islam dan mengundang rahmat kepada pelanggan-pelangan restoran mereka.





Hiasan Dalaman Sihaf  Arabic Restoran
Sempat Cheq Sempoi meninjau ke dalam Sihaf Restoran Cuisine, keselesaan makan di restoran ini boleh dianggap terbaik. Anda boleh pilih sama ada mahu makan di luar restoran sambil hirup udara segar atau di dalam restoran yang memiliki penghawa dingin. Layanan di sini cukup baik dan cepat. Pelayan di sini total orang arab. Jika anda berbahasa arab, satu kelebihan. Jika anda mahu bertutur dalam bahasa melayu tiada masalah sebenarnya tetapi takut mereka kurang faham apa yang anda mahukan. Jadi, gunalah Bahasa Inggeris bagi memudahkan perantaraan dengan mereka. 

Apa yang Cheq Sempoi dimaklumkan harga di sini boleh dikatakan murah dan berpatutan. Jika ada yang kata mahal pada restoran ini, ia masih berbaloi kerana nasi arab di sini sangat terbaik. Jadi, kepada peminat nasi arab atau mahu merasa masakan dari negara Yemen, anda boleh mencubanya di restoran ini. Jangan terkejut datang ke sini kerana ramai orang arab berkeliaran di kawasan ini seperti berada di negara mereka.








Antara Menu Sihaf Arabic Restoran Pada Majlis Pembukaan
Dipelancaran Restoran Sihaf Arabic Cuisine yang diacarakan oleh MC Richie Rachman pelbagai persembahan dihiburkan dengan nyanyian dan music Arab. Paling ditunggu-tunggu adalah acara pemotongan Shawerma (Kebab) yang terpanjang di Malaysia. Best betul bila dapat turut serta menggulong dan memotong Shawerma tersebut. Cheq Cempoi sempat ambil beberapa keping gambar untuk buat kenang-kenangan Shawerma (Kebab) terpanjang di Malaysia book of record. Seronok  dan sangat teruja di meja panjang tu. Lepas habis digulung kebab tu dipotong-potong untuk para tetamu yang hadir siap dapat bekal bawak balik kerumah lagi, sangat pemurah hati owner restoran.

Shawerma (kebab)
Untuk Maklumat Lanjut :

Sihaf Arabic Restaurant

FACEBOOK /  INSTAGRAM / WEBSITE

Alamat :

B-LG-1 Shop Lot Vista Alam
Jalan Ikhtisas Seksyen 14
40000 Shah Alam 
Selangor

TEL:  011-11110500

Share
Tweet
Pin
Share
3 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • PROMOSI NIKMATI CITARASA KEENAKAN RAYA MEXICANA PANCAKE DI SELURUH CAWANGAN PANCAKE HOUSE
    SET RAYA MEXICANA PANCAKE & MINTY LIMAU RAYA   Jumaat, 23 Jun 2017 Assalamualaikum dan salam sayang semua, Buat pertama k...
  • RESTORAN NY STEAK SHACK ~ STEAK, BURGERS & SHAKES, SUNWAY VELOCITY MALL KL
    Rabu, 12 Julai 2017 Salam sayang semua, Rasa macam dah lama Cheq Sempoi tidak bersiaran. Maklumlah sibuk beraya sampai tak ing...
  • BURGER 'NEGARAKU" SIMBOLIK SEMANGAT KEMERDEKAAN GENERASI XY, KELAINAN DAN KEUNIKAN MEMBERI 1000 MAKNA KEPADA PELANGGAN
    BurGer NeGaraKu Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua, Cheq Sempoi masih dalam semangat kemerdekaan yang baru saja berl...
  • INNERSHINE MARINE COLLAGEN WITH KYOHO GRAPE JELLY YANG MENABJUBKAN
    Innershine Marine Collagen Essence Strip Cheq Sempoi Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan Cheq Sempoi. Semu...
  • MURFEST 2017 | KEMAHIRAN FESTIVAL RETREAT BESAR URBAN ASIA TERBAIK
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua, Baru-baru ini Cheq Sempoi dijemput ke Majlis Jelajah dan Pengalaman Sambutan Kesejahteraan, M...
  • Filem 'MALAY REGIMENT' Tersimpan Semangat PATRIOTIK KEMERDEKAAN Yang Kekal Abadi
    Salam Kemerdekaan buat semua...Follower Cheq Sempoi, Maaflah buat semua sebab agak terlewat Cheq Sempoi keluar bersiaran tentang File...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • [ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
    Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua,  Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun ti...
  • LAUNCH OF MISS SHOPHIA @ BBKLCC FIESTA & PELANCONGAN MALAYSIA "DEKAT JE CARNIVAL"
    Ass alamualaikum dan salam sejahtera semua yang Cheq Sempoi rindui.. KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2017 - Perasmian Fiesta & Pelancongan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI