D AURA CAFE, RESTORAN 5 BINTANG BERKONSEPKAN "ROMANTIC" PILIHAN SETIAP PASANGAN

by - Rabu, Ogos 09, 2017


Gambar Ihsan FB D Aura Cafe
Cheq Sempoi Dihadapan D Aura Cafe 


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua,

Bertarikh 5 Ogos 2017 hari Sabtu yang lalu Cheq Sempoi menghadiri Majlis Launching 
D Aura Cafe yang mula beroperasi 1 Ogos 2017 baru-baru ini. Cafe yang bertaraf 5 bintang tetapi menawarkan harga yang murah dan berpatutan. Sangat mementingkan kualiti masakan kerana mengambil Chef yang berpengalaman dari Hotel. Patutlah kenapa masakan yang dihidangkan kepada Cheq Sempoi dan bloggers lain sangat sedap dan lazat. Restoran yang diusahakan oleh suami isteri yang sangat berjiwa romantik. Kagum dan bahagia bila Cheq Sempoi bersama mereka yang tidak lokek dengan senyuman dan budi pekerti bersama 4 cahaya mata mereka yang sangat cute. 3 Perempuan dan seorang lelaki.
Majlis Perasmian D Aura Cafe


Pasangan tersebut ialah En Salihin Jaffar dan Pn Dina Abu Bakar. Biar Cheq Sempoi cerita sikit latar belakang pasangan romantik ni. En Salihin adalah seorang kontraktor di Salika Enterprise berkemahiran Electrical & Aircond, Renovation. Manakala Pn Dina pula pemilik kepada 5 cawangan Spa. Spa Supplier Malaysia & D Aura Spa Seri Kembangan di Seri Kembangan, Selangor, D Aura Spa Putrajaya di Presint 15, Putrajaya, D Aura Spa Enstek Sepang, di Negeri Sembilan dan D Aura Spa Johor Bahru, Skudai, Johor Bahru. Kesinambungan dari D Aura Spa yang sudah beroperasi selama 10 tahun maka terlahirlah cafe pertama 'D Aura Cafe' yang di ilhamkan oleh En Salihin. Jom kita tengok sikit suasana dalam cafe yang berkonsep romantik. Decoration dari idea pasangan ini sangat menakjubkan kerana menampilkan koleksi frame gambar-gambar dari pelbagai lokasi romantik di dunia yang diletakkan di sudut-sudut cafe. 

Sejuk mata memandang

Suasana dalam D Aura Cafe Yang berkonsepkan romantik

HIDANGAN MENU SPECIAL YANG TERDAPAT DI 'D AURA CAFE'

Terdapat pelbagai jenis masakan yang disediakan antaranya ialah asam pedas, masak lemak cili padi, rendang daging, kari hijau ayam, kari ayam, ayam masak merah, sate ayam dan lain-lain lagi masakan kampung. Terdapat juga masakan barat antara nya grilled chicken chop, oriental chicken chop, fish & chip, sirloin steak, lamb shank dan banyak lagi pilihan. tidak lupa juga menu untuk kanak-kanak seperti chicken porridge, cheese sausage, french fries, cheesy wedges dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan hidangan snacks dan dessert yang pelbagai rasa boleh dinikmati.

Gambar Ihsan FB D Aura Cafe
Gambar Ihsan FB D Aura Cafe
D Aura Cafe juga menyediakan tempat dan ruang untuk beberapa event antaranya Wedding Annivesary, Candle Light Dinner, Reunion Day dan Majlis Perpisahan, Tamat Perkhidmatan dan Bersara. Pakej bagi Birthday Party RM25 perpax (30 pax minimum) jika kurang dari 30 pax, harga di kira lain mengikut kehendak pelanggan dan dipersetujui oleh pengurus cafe. Terdapat dalam 10 jenis menu disediakan. Bagi yang berhajat ingin membuat reunion day, cafe boleh muat dalam 40 hingga 50 orang. Disediakan juga live band/ busking band mengikut kehendak pelanggan.

Busking by Rosswell Band
PERKHIDMATAN LAIN YANG DISEDIAKAN OLEH D AURA CAFE

Di atas permintaan ramai, D Aura Cafe ada membuat 'food delivery' ke rumah-rumah atau pejabat sekitar Bandar Putra Permai, Equine Park, Taman Universiti, Taman Lestari Putra, Taman Lestari Permai, Taman Pinggiran Putra dan Atmosrere serta kawasan yang berhampiran cafe. Masakan kampung hanya RM10 set nasi putih, Jenis lauk pilihan dan air. Bagi menu western food bermula RM18 sahaja. Tempah mesti lah 5 set ke atas. Jika kurang penghantaran akan dikenakan sebanyak RM5. Penghantaran bermula dari 10 pagi hingga 10 malam. Jenis menu akan ditambah dari masa ke semasa.




GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS LAUNCHING DIADAKAN SANGAT MERIAH 


Makanan Yang Dihidangkan sangat sedap

Anak-anak Cheq Sempoi pun teruja dan seronok

Majlis juga diserikan dengan Majlis sambutan hari lahir En Salihin dan Hari Ulang Tahun Perkahwinan mereka. Kami yang hadir juga dapat rasakan keserasian En salihin dan Pn Dina sekeluarga. Lihat lah gambar-gambar yang sempat Cheq Sempoi snap.


Acara Potong Kek Hari Lahir En Salihin

Acara potong kek sempena
Hari Ulang Tahun Perkahwinan pasangan bahagia

Seronok dan bahagianya Cheq Sempoi di Majlis En salihin dan Pn Dina yang sangat owesome sama-sama kita doakan semoga jodoh dan perniagaan mereka sentiasa success hingga ke akhir hayat di samping cahaya mata mereka yang soleh. amin...

Sekian dari Cheq Sempoi kali ini....


Untuk maklumat lanjut hubungi alamat di bawah :

D Aura Cafe
C-6-G, Putra Walk, Jalan PP25, 
Taman Pinggiran Putra Sek2, 
Seri Kembangan,
Selangor

Waktu Operasi :11 am - 11 pm (Daily)

Pengurus/Order : 

Pn Dina :  019 2700210
En Salihin :  0126421095



IG : @dauracafe



You May Also Like

3 PEMBERI ULASAN

  1. Memang sedap.... Puashati dapat makan di sana dengan suasana yang memang sungguh romantik dan cantik

    BalasPadam
  2. Betul leya... bos kak ani dia tgk masa kak ani nk buat blog terus ambik no contact pn dina nk plan candle light dinner sempena birthday suami dia dlm bln ogos ni. Insyallah doakan plan dia jd dan rezeki d aura care.

    BalasPadam
  3. Betul leya... bos kak ani dia tgk masa kak ani nk buat blog terus ambik no contact pn dina nk plan candle light dinner sempena birthday suami dia dlm bln ogos ni. Insyallah doakan plan dia jd dan rezeki d aura care.

    BalasPadam