Tanpa Redha Suami, Balasan Isteri Ke Neraka. Suami Bongkar Kecurangan Isteri

by - Ahad, Ogos 13, 2017

Aku seorang suami kepada seorang isteri janda anak satu. Ketika aku menulis air mata ini bercucuran mengenangkan apa yang  telah terjadi. Aku seorang suami yang hanya pada nama dan pada kertas. Enam  tahun perkahwinan. Hanya dua tahun pertama aku bahagia…. Bahagiapun aku je yang tahu. Pada dia penipuan semata-mata. 

Kisah nya begini,
Aku berumur 32 tahun dan isteri 39 tahun. Aku terima dia seadanya walaupun dia janda anak satu. Pada mulanya hanyalah penipuan semata-mata dipihak dia, dia berkahwin hanya memandang harta aku dan kebetulan aku bekerja offshore (luar pesisir) dan income agak selesa. Dia hanya mengahwini aku hanya untuk membalas dendam terhadap kekasihnya yang telah mengandungkan dia. Dia gugurkan kandungan kerana semata-mata untuk menjaga nama baik kekasihnya dan menjaga air muka ibu bapa keluarga lelaki tersebut, berikutan mak dan ayahnya seorang ahli agama tetapi anak jantannya membuntingkan anak orang. “Bangsat punya jantan dan bangsat punya betina”.
Gambar Hiasan
Aku yang pada itu mengikut je telunjuk betina itu dan biarkan isteriku mengugurkan anak yang tidak berdosa itu dan jantan itu sanggup bagi duit untuk gugurkan anak itu. Allahuakbar.. berdosanya aku... katanya  isteriku dia sanggup berubah dan insaf selepas aku mengahwininya. Kata dia, aku seorang yang baik, sanggup menerima dia yang kotor ini. Pada aku, masa itu aku terima dia sebab mata aku ‘buta’ oleh cintanya yang berpura-pura sebagai pencinta tegar dan mungkin masa itu aku masih muda dan tidak berfikiran panjang kerana tersentuh melihat kesedihan dia mengugurkan anak.

Dan atas tiket kasihan itu aku mengahwini dia juga walaupun ahli keluarga ku membantah perkahwinan tersebut. Aku sanggup ketepikan perasaan ibu bapaku. Pada keluarga aku, dia jadikan musuh tanpa ada hormat pada orang tua ku.Tapi pada mak bapak dia, dia suruh aku tunduk hormat. Bodohkan aku? Aku lah lelaki paling malang di dunia ini. Ku sangkakan dia tidak lagi berhubung dengan bekas kekasihnya, rupa-rupanya hingga kini dia masih berhubung di belakang ku. Tertipunya aku dengan lakonan perempuan bangsat itu. Dia hanya jadikan aku suami untuk menutupi kecurangannya. Dirumah aku layan dia macam raja, basuh berak anak (aku ada 2 anak lelaki dengan dia), makan, pakai, masak, kemas rumah, semua aku sempurnakan untuk dia. Dia hanya bangun pun sudah tengahari, cuci muka tengok bunga-bunga. Anak-anak terbiar semua aku uruskan…hingga kekadang tidak masak. Boleh dia tanya kenapa aku tidak masak lagi? Memang bangsat sikapnya menjadikan aku betul-betul hambanya.

Tapi sebab aku sayangkan anak-anak dan aku tidak sanggup berpisah dengan anak, aku telan semua yang berlaku. Jangan katakan tidak nasihat, tidak mendidik, tidak menegur, tidak berdoa untuk dia berubah. Tetapi dia rasa diri tu hebat, sombong dan lebih tua dari aku. Kata-kata dan nasihat aku dibuang begitu sahaja. Dayus kah aku??? Ya dayus aku sebagai lelaki dan suami. Tapi aku masih bagi peluang untuk dia supaya dia mengaku dia tidak sanggup hidup dengan aku dan dia masih perlukan kekasih dia. Cuma jujur dan berterus terang pada aku dan aku akan lepaskan dia dengan lapang hati. Tetapi anak-anak dia tinggalkan dengan aku. Dia boleh berambus bersama jantan bangsat yang masih menunggu dia hingga kini. Ya, dia bangga kerana kekasihnya itu tidak kawin lagi dan menyalahkan perempuan lain jika merampas suami orang.


Memang rezeki dia baik, dia dapat yang bujang. Bangsat betul dia… dia seorang perokok dan minum arak. Cuma selepas kawin arak ditinggalkan dan merokok rasanya masih lagi sehingga kini, dimana umur perkahwinan kami sudah mencecah 6 tahun. Pada aku, aku tidak kisah dia seorang perokok sebab aku juga perokok. Masalahnya isteri aku seorang yang sombong dan bongkak dengan kononnya dia pandai, Ye dia belajar sampai degree dan aku hanyalah diploma dan dia lebih tua dari aku dan ketika itu dia seorang guru dan aku kerja offshore sahaja.

Perkahwinan yang aku harapkan indah seperti syurga hanya derita sepanjang musim. Orang sekeliling mengenali dia seperti malaikat dengan nasihat-nasihat dia yang persis seorang ustazah terkenal dunia. Tapi hanya aku yang tahu segala yang tersurat dan tersirat. Aku boleh dikatakan dayus kerana masih lagi menyimpan isteri seperti dia.

Disaat aku bergaji berbelas ribu aku disanjung dia dan keluarga dia. Seminggu seribu perbelanjaan dia yang sangat boros. Tidak seperti isteri-isteri diluar sana yang pandai berjimat. Disaat aku tidak lagi bekerja disebabkan company banyak buang perkerja bermulalah kehidupan aku jatuh merundum dan dipandang hina oleh dia yang menganggap dirinya lebih tua dan aku kena patuh dan hormat mendengar setiap kata-katanya kerana aku lebih muda. Pada aku, Allah nak menduga dan menguji kesabaran dan ketaatan aku padaNya. Aku redha atas apa yang berlaku. Aku cuba bangkit semula dengan berniaga, tetapi ditipu orang dan diduga lagi. Tetapi dia tidak boleh terima kekurangan aku. Aku dihina, aku diburuk-burukkan pada kawan-kawan. Habis luar dan dalam diceritakan kepada orang. Dia persalahkan aku kerana tidak bagi dia kemewahan macam dulu. 




Bukan isteri sahaja diberi kelebihan 6 rasa naluri tetapi lelaki juga Allah anugerahkan perasaan itu. Pada suatu hari saat itu anak aku bermain henfon dia, kebiasaannya dia lock dengan password, tapi tidak kali ini entah kenapa anak aku suruh tunjukkan game, anak hulur pada aku. Aku tengok tiada lock dan password, aku terus buka whatsap dan lain-lain, satu persatu whatsap aku baca dan dengan siapa dia selalu berwhatsap. Allahuakbar….meleleh air mata aku tanpa henti. Aku screenshot satu persatu dan aku hantar semuanya ke henset aku sebagai bukti.

Dan saat itu dia mengandungkan anak aku yang ke 2. Entah anak siapa pun aku tidak tahu sebab aku ke laut selama 3 bulan. Balik-balik lepas sebulan dia kata dia mengandung. Perang besar sebab aku dah terbaca whatsap semua. Tapi mengenangkan dia mengandung, aku masih bertahan sebab anak-anak yang tidak berdosa. Aku terima anak itu juga. Tapi dalam hati aku berderai air mata darah menahan segala kepedihan, kecurangan dan kebiadaban. Hari-hari Allah bentangkan kepada aku segalanya yang selama ini aku pikirkan tidak mungkin dia buat semua itu pada aku.

Kenapa aku tidak serang dia disaat aku terbaca semuanya?. Kalau ikutkan rasa nak saja aku bunuh dia. Tapi aku bukan jenis kaki pukul perempuan. Tapi sebab aku pikir, Allah lebih tahu, apa yang aku tidak tahu. Akal aku masih waras dan aku persalahkan juga diri aku kerana tidak berjaya mendidik dia menjadi isteri yang solehah. Tiada satu rahsiapun yang aku tidak tahu, bila aku Tanya dia tidak mengaku dan mencari salah aku kerana tinggalkan dia bersendirian jaga anak. Allahuakbar, aku keluar mencari rezeki. Kad kredit, kad bank, duit sesen pun aku tidak bawak ke offshore. Dia semewah-mewahnya membelanjakan habis duit aku. Bila aku dibuang kerja dia salahkan semuanya pada aku. Kenapa tidak buat simpanan?. Allahuakbar… aku sabar sekuat hati, tapi pada dia aku hilang semua perasaan yang ada selama ini. Ye hingga kini aku tidak dilayan zahir dan batin. Tapi aku tidak penting semua itu, aku hanya nak move on dan berbekal kan segala bukti. Aku hanya menunggu masa untuk selesaikan semuanya. Buat masa ini Allah beri aku kekuatan untuk teruskan hidup, iye.. aku telah berpisah rumah dengan dia. Demi meneruskan kehidupan. Bangkit semula mencari kekuatan dan rezeki untuk membesarkan anak-anak. Aku serahkan semula semua tanggungjawab dia menjaga anak-anak yang selama ini aku tatang bagai minyak yang penuh. 
Masih lagi bersungut mengatakan aku tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Tapi layakkah engkau untuk dilayan sebagai isteri hingga kini..tidak perlu la sangat menasihati orang lain macam ustazah terhebat dunia. Tidak perlu lah nak kata suami kau curang atau ada perempuan lain dan kau persalahkan atas perubahan aku, jika kau hanya jadikan suami kau hamba selama ini. Kalau kau rasa kau hebat dapat melahirkan anak 3 orang. Seorang perempuan (dia dah serahkan pada bekas suaminya) dua anak lelaki aku bersama dia… iaitu anak yang aku akan pertahankan jika kita berpisah nanti. Kau jangan harap anak-anak itu akan dapat pada kau. Dengan segala bukti yang ada pada aku dan kau belum cukup layak untuk bergelar seorang isteri. Kata orang, dah tua-tuapun bodoh, walaupun aku muda dari kau, tapi ketuaan kau menjadikan kau lebih bodoh dari aku yang masih muda.

Di saat aku menulis, aku sudah move on dan aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Hanya menanti masa yang sesuai untuk aku leraikan segalanya. Jika kau masih perasan kau seorang isteri dan mahu berambus awal-awal, pergi saja mahkamah dan failkan perceraian. Dan senang hati aku lepaskan kau.



Jangan kata hanya perempuan sahaja yang terima nasib malang dapat suami yang bermasalah, suami-suami diluar sana juga menerima nasib yang sama. Doakan perniagaan aku berjaya semula dan aku dapat isteri yang solehah yang mampu membahagiakan aku di dunia dan akhirat… amin.


Kredit dari : Kisah Rumah Tangga (KRT)  


You May Also Like

2 PEMBERI ULASAN