HIJABSTA BALLET MEMBAWA KITA MERENUNG DUNIA KITA, DUA DUNIA BERTEMBUNG, DIANTARA KEPERCAYAAN DAN CITA-CITA.

by - Isnin, Ogos 07, 2017


Di Bintangi Oleh Para Barisan Pelakon Baru 

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Dimulakan dengan sesi bacaan doa selamat di Majlis Pelancaran Filem "HIJABSTA BALLET" yang diadakan di eCurve Mutiara Damansara baru-baru ini.







FILEM "HIJABSTA BALLET"

Kisah seorang penari ballet yang tersepit antara dunia hijab dan dunia ballet kerana mahu menyatukan dua dunia yang tidak boleh bersatu. 

Namanya bukan melayu, sebutannya pelat, bahasanya campur, pakaian aktiviti kesukaannya bertentangan dengan budaya Melayu tetapi hatinya ingin dekat kepada bangsa dan agamanya.

Adele (disebut Edel), remaja perempuan yang memegang teguh impian ibunya dan sangat berbakat hingga mendapat biasiswa ke sekolah ballet ternama di Rusia tetapi, kemudian tiba-tiba membuat keputusan untuk berhijab. Ibunya tidak boleh melarang, tapi hati ibunya remuk, patah, harapannya hancur bagai kaca yang berderai.

Adele cuba menyatukan dunia hijab dan ballet. Dia hilang kawan, hilang kawan karib, rumahnya menjadi sepi seperti kubur. Dunia ballet menolaknya jauh, agamawan mendesaknya, eksrimis mengancam mencederakannya.

Barisan Pelakon Utama

BARISAN PELAKON DAN CREW YANG TERLIBAT

Puteh Maimun Zahrah sebagai Adele
Betty Banafe sebagai Diana (Ibu)
Aman Graseka sebagai Shakiri
Aida Rahim sebagai Maimun (Nenek)
Danny Syaz sebagai Deni (Rakan lelaki Adele)
Aliff Azeman sebagai Zubir (Vigilante)
Rachel Tabithanya sebagai Farah (Guru Ballet)
Keena Mentor sebagai Hana
Kapt (B) Mohd Noor Bon sebagai Ustaz Hafsham

Syarikat Penerbitan :

Explosive Magic SDN BHD (EMAGIC)

Penerbit :

Syed Zulkifli bin Syed Masir (Syed Zul Tojo)

Pengarah :

Syed Zul Tojo

Pengarah Fotografi :

Mohd Filus Ghazali

Penulis :

Mohd Khalil Saleh
Haji Thorpe Ali
Zylan Mohd Noor
Rebecca Innes 
Syed Zul Tojo

Penggambaran :

Kuala Lumpur
Tanjung Karang
Perth, Australia



SINOPSIS "HIJABSTA BALLET"

Adele bukanlah kanak-kanak biasa. Di kala anak-anak lain bermain, hidup Adele penuh dengan jadual, persembahan, ujian dan pertandingan. Di belakangnya, wujud ibu yang sangat mementingkan disiplin dan usaha. Adele juga rapat dengan neneknya yang mencuba menyisipkan kehidupan agama dan spiritual. Nenek tinggal seorang diri di kampung.

Apabila Adele berumur 17 tahun, dia dan Batrisya mendapat biasiswa di sekolah ballet terkemuka di Rusia. Mereka bersiap menjadi ballerina terkenal dunia tetapi takdir mempunyai rencana lain untuk mereka. Berlaku sebuah peristiwa tragik yang menyentap jiwa Adele. Dia membuat keputusan berhijab, sesuatu yang telah lama bermain dibenaknya.

Keputusan Adele itu mengubah kehidupan. Keluarga kecilnya berontakan. Masa depan ballet yang cerah tiba-tiba menjadi kelam. Deni yang diharap mempertahankan membiarkan dia terkial-kial. Farah yang dahulunya meletakkan harapan kepada Adele, membuatkan kehidupannya menjadi lagi sukar.

Adele juga ditentang golongan agama, terutamanya ekstrimis. Orang-orang yang diharapkan membantunya sebaliknya berlepas tangan, malah menentang beliau. Apakah cabaran dan dugaan yang Adele hadapi?? Berjayakah Adele gabungkan dua dunia yang berbeza itu????



LIRIK LAGU OST FILEM "HIJABKU BERDARAH" 

Terjerat dalam dilema
Antara gelap dan cahaya

Berpaut tali kasihmu
Namun bergelora di kalbuku

Aku pencinta dirimu
Namun kualpa mencari diriku

Pesona kuntum impian
Mekar mewangi di jambangan

Derita bunga larangan
Dibaluti luka berpanjangan

Aku pencinta dirimu
Namun kualpa mencari diriku

Korus:
Aku menyusun langkah menyongsang hari
Berlari di dataran penuh berduri
Hijabku berdarah
Bagaimana harusku terus bertahan
Jiwa semakin rapuh dan keretakan
Di saat cinta hilang dari pandangan
Siapa yang datang

Setelah ku memahami
Tak pernah kulupa bersujud
KepadaMu


"Ada orang Islam berbahas mengenai perintah Allah dalam Al-Quran. Sesetengah percaya, belum tiba masa untuk mereka memakainya. Ramai rasa sangat berdosa tidak memakainya. Apapun tindakan mereka, setiap orang berhak bertaubat sebelum ajal tiba. Jika Allah memberi keampunan, mereka tidak akan diseksa di Akhirat.

Apabila Adele menyaksikan kematian Batrisya, dia takut kawannya tidak sempat bertaubat dan Allah tidak memaafkan. Ini membuatkan Adele bersungguh-sungguh memakai hijab. Walaubagaimanapun, menari itu mempamerkan gerakan tubuh serta bentuk badan. Ini tentunya berlawanan dengan hijab. Adele menerima kritikan apabila dia ingin menyatukan dunia hijab..."

Bukti Cheq Sempoi dah tengok memang sedih dan best
Seluruh Pawagam berhampiran anda

Untuk maklumat lanjut layari sosial media di bawah :


You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN