Tudung The Twiq Label | Dihiasi Kristal Mewah Swarovski | Yang Cukup Aggun Dan Menawan

by - Isnin, Disember 25, 2017


Tudung Jenama Tracync
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Setiap wanita yang dilahirkan secara semulajadi telah mempunyai naluri sejak azali yang sukakan kecantikkan dan keindahan. Terutama wanita masa kini yang menitik beratkan penampilan terkini dan moden.


Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri jemputan eksklusif dari sebuah butik. The Twiq Label Bangi, yang terletak di Bandar Baru Bangi bagi perasmian butiknya. Memperkenalkan koleksi tudung bertatahkan kristal swarovski eksklusif dari The Twiq Label. Dan juga memperkenalkan keluaran terbaru matte silk satin shawl. Shawl berkualiti tinggi mempunyai material kain yang sangat lembut.

KOLEKSI TERBARU MATTE SATIN SILK SHAWL





THE TWIQ LABEL, BANGI SELANGOR

Puan Tracync (Pemilik Butik) & Cheq Sempoi

Butik yang mengeluarkan tudung berjenama terkemuka Tracync, adalah dari nama pengasasnya, Puan Tracync yang masih baharu dalam industri fesyen. Tudung Bawal Eksklusif yang mengetengahkan elemen kristal swarovski. Tudung yang menekankan elemen batu kristal swarovski tulen buatan tangan yang membuatkan jenama ini mempunyai keindahan tersendiri sekaligus memukau hati hijabista...

ANTARA KOLEKSI TWIQ LABEL




ANTARA KOLEKSI TALE JEWELLERY
(Subang, anting-anting, rantai, gelang & brooch)




The Twiq Label telah mempunyai agen dari seluruh Malaysia. Pelbagai koleksi yang diilhamkan sendiri oleh pengasasnya, yang mana sangat mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Harga yang bermula dari RM59 (basic shawl) sehingga ke ribuan ringgit mengikut perincian dan kualiti tudung yang dihasilkan.

Syarikat fesyen yang berasal dari Sarawak ini sangat mementingkan gaya dan permintaan pelanggan masa kini. Dengan kepercayaan dari para pelanggan terhadap jenama dan mutu kualiti membuatkan jenama Tracync semakin mendapat sambutan dan permintaan yang semakin kukuh di pasaran. Dengan trend masa kini ramai golongan muda berhijab, dengan diperluaskan lagi aksesori lain yang juga dihasilkan dari buatan tangan, dari jenama Tale Jewellery.



Dengan kotak eksklusif dan ikatan reben yang menarik, boleh dijadikan sebagai koleksi peribadi mahupun hadiah untuk yang tersayang serta sesuai juga dijadikan hantaran perkahwinan. Pasti bakal-bakal pengantin tersenyum gembira.

Warna pilihan hati Cheq Sempoi

Dari mula melangkah masuk ke dalam butik, rambang mata Cheq Sempoi meneliti satu persatu design yang ada dengan pancaran batu-batu kristal swarovski menyerikan mata... membuatkan Cheq Sempoi jatuh hati... kiri dan kanan sudut butik terdapat bermacam pilihan warna. Maka purple lembut menjadi pilihan hati Cheq Sempoi dengan jenis jahitan eyelash mudah terbentuk dan cantik je! terletak diwajah Cheq Sempoi. Suamipun puas hati dan asyik memuji saja.

Cheq Sempoi sangat selesa menggayakan Matte Satin Silk Shawl dengan gembiranya

Antara aktiviti lain ialah sesi toturial pemakaian shawl oleh Puan Didiyana Ehsan, pereka hijab selebriti dengan menunjukkan pelbagai style digayakan dan diajar oleh beliau serta tip-tip berhijab yang sesuai pada bentuk wajah kita. Tapi yang paling best sebelum majlis berakhir para pengunjung dan para media yang hadir diberikan token untuk permainan mesin hadiah, berupa sehelai shawl untuk dimenangi sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.



Untuk keterangan lanjut sila layari :



Atau shopping terus ke Butik :


Alamat :

D-12-G Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat Bandar 5,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, 
Selangor.

Waktu Operasi :

Isnin - Ahad
0800 am - 1000 pm

You May Also Like

4 PEMBERI ULASAN

  1. Balasan
    1. Ye betul... kalau pergi sana rambang mata sis. Owner cina tp jual tudung. Semua agent dia memang kalangan pemilik butik termasuk owner butik kat kelantan ambik kat sini stok tudung.

      Padam
  2. Rasanya kita ada jumpa kat event ni. Hee hee. Ber bling bling tudungnya kan?

    BalasPadam
  3. Jauh gak nak g tgk sampai ke Bangi nun ... tapi cantik nampak tudung... kita mmg suka tudung bertatahkan swrovski mcm ni...

    BalasPadam