[AMC MALAYSIA] EAT BETTER LIVE BETTER, MEMASAK DENGAN LEBIH MUDAH DAN CEPAT

by - Ahad, Disember 24, 2017


Masak-Masak Bersama AMC & Chef Zamir (Juara Masterchef All Star 2013

'Eat Better Live Better'

Asalamualaikum dan salam sayang pada semua yang Cheq Sempoi kasihi. Terutama para wanita dan ibu-ibu. Bagi menghargai jasa dan pengorbanan kita sebagai seorang wanita, isteri dan ibu kepada anak-anak, suami dan keluarga.. Cheq Sempoi nak perkenalkan satu produk yang sangat awesome 'eat better live better'.

Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang ke satu event bersama Juara Masterchef All Star 2013 iaitu Chef Arshad Zamir pada 25 November 2017. Event masak-masak bersama AMC dan Chef Zamir bertempat di AMC Malaysia, Shah Alam, Selangor. Menu yang Chef sediakan untuk sesi masak-memasak adalah Nasi Kerabu, Rendang Ayam, Sayur Campur dan Kek Butter.



Aa..ahhh... bukan kita nak belajar masak tapi lebih kepada memperkenalkan satu produk baru dari AMC Malaysia yang sudah terkenal sejak zaman ibu-ibu kita lagi dengan produknya yang terbaik dan berkualiti. Dahulu periuk seumpama ini telah ada tapi menggunakan gas LPG dengan fungsi yang terhad. Namun dengan peredaran masa, inovasi koil pemanasan elektrik dicipta dengan sistem sensor serta kawalan automatik secara bluetooth yang dinamakan Auditherm yang disatukan. Tadaaaa.... jadilah periuk AMC Secuqick yang telah dimodenkan.



Sekarang pelbagai jenis periuk tekanan serbaguna atau lebih dikenali sebagai multifunction pressure cooker, diperkenalkan yang menjadi trending masa kini. Periuk keluaran AMC ni nampak macam biasa-biasa saja. Tapi jangan terkejut produk pengeluaran dari Sweet Zealand ini boleh menumis, menggoreng, stim, memanas, slow cook, defros, masak dalam tekanan tinggi atau rendah!. Ya.. semua itu mampu dilakukan oleh periuk AMC Secuqick.
Cheq Sempoi happy dan teruja menggunakan periuk keluaran AMC Malaysia

Persediaan bahan-bahan untuk memasak
Sangat sesuai untuk ibu-ibu masa kini yang majoritinya berkerjaya. Dengan ini ibu-ibu akan lebih seronok dan gembira memasak seharian. Sebabnya dengan adanya periuk sebegini, masakan jadi cepat siap, kurang kerja mengemas dapur, dapur bersih dan kurang bau yang tidak selesa. Masa dengan keluarga lebih berkualiti.


Jurucakap AMC
KEMUDAHAN DAN SEDIKIT KETERANGAN MENGENAI PRODUK AMC MALAYSIA YANG TERKINI


Jaminan 3-kali kejayaan

Penyerapan haba yang cepat, pengukuran suhu dan kawalan berterusan ke atas haba di dalam periuk memastikan bahawa setiap hidangan adalah satu kejayaan. Dengan Navigenio dan Audiotherm walaupun sepenuhnya automatik.


The AMC Akkutherm-Base

Ia membolehkan penyerapan dan pengedaran haba yang cepat. Ini menjimatkan banyak masa dan tenaga.


The Sensory Sensor AMC

Sensoteks mengukur haba di dalam periuk dengan cepat dan tepat, supaya dapat ditunjukkan oleh Visiotherm sepanjang masa. Kerana suhu yang tepat menentukan makanan yang baik.


The Visiotherm AMC

Ia menunjukkan bahawa suhu sensotometer mengukur di dalam periuk. Suhu dapat dipantau setiap saat. Dengan cara ini memasak atau menggoreng boleh dilakukan pada suhu yang optimum dan makanan ternyata sentiasa baik.


Navigenio

Memasak secara automatik, memasak & baking.

AMC Navigenio, plat panas mudah alih, adalah keajaiban teknologi dapur moden. The hotplate berteknologi tinggi eksklusif dengan modul radio bersepadu mengawal keseluruhan proses memasak di Audiotherm secara automatik!

AMC Navigenio menggunakan sinar inframerah untuk memanaskan dan dengan cepat, dalam satu minit, anda dapat merasakan peningkatan haba dari hotplate.

AMC Navigenio, juga ketuhar yang paling menjimatkan tenaga di dunia

Dengan bantuan Navigenio dan Audiotherm, anda boleh menetapkan masakan anda secara automatik, semasa anda duduk dan berehat. Memasak dengan "cara AMC", memasak menjadi keseronokan yang benar!


Audioterm AMC

Audiotherm bersama Visiotherm. Audiotherm, dalam hubungan radio dengan Navigenio membolehkan memasak sepenuhnya automatik. Lebih mudah daripada itu!



Memasak Mudah, Cepat & Secara Automatik

Periuk dan kuali AMC diperbuat daripada keluli tahan karat premium supaya anda dapat menikmati setiap saat memasak anda. Produk individu boleh digunakan untuk pelbagai fungsi, serta dalam kombinasi dengan satu sama lain. Adakah hidangan rumit? Dengan AMC ia boleh dengan mudah dan cepat. Bersama Audiotherm dan Navigenio, anda akan dapat berehat dan menikmati masa anda bersama keluarga dan rakan anda. Ini yang kita panggil kebebasan dan "kesenangan ringkas" - dalam apa jua hubungan!..


KEBAIKAN AMC COOKING SYSTEM

☆Sihat dan sedap
☆Mudah dan cepat
☆Jimat kos dan tahan lama
☆Cemerlang dan Inovatif
☆Elemen-elemen yang telah dipatern dan mempunyai tanda dagang (trade mark)

BEBERAPA PRODUK KELUARAN AMC TELAH MEMENANGI BEBERAPA ANUGERAH 

☆Best Produk 2013
☆Kitchen Innovation Of The Year 2011
☆Reddot Design Award 2014
☆Kitchen  Innovation Of The Year 2014


Untuk lebih keterangan lanjut boleh lah layari media sosial di bawah :




Alamat :

AMC Malaysia
No 22, Jalan Pendaftar U1/54
Temasya Industrial Park
Glenmarie
40150 Shah Alam 
SELANGOR

No. Tel : 03-55698994

No. Faks : 03-55696626

You May Also Like

4 PEMBERI ULASAN

  1. Balasan
    1. Jom berazam untuk memilik set periuk yang sangat tahan dan berkualiti.

      Padam
  2. Periuk idaman semua wanita.. Akan leya usahakan untuk dapatkannya juga.. Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye akak pun sama berazam untuk memilikinya suatu hari nanti. Nk menabung jap.

      Padam