[Sebab-Sebab Utama] Wajib Ada Insurans/ Takaful Sebagai Langkah Bijak Dalam Pengurusan Kewangan Dan Perlindungan Serta Satu-Satunya Harta Peninggalan Untuk Anak-Anak Kita

by - Jumaat, Januari 19, 2018


15 sebab utama wajib mempunyai Insurans/ Takaful sebagai perlindungan. Orang yang bijak dalam pengurusan kewangan mesti mengambil skim perlindungan samaada Insurans atau Takaful. Antara 15 sebab ialah :
1. Perlindungan terhadap kehilangan pendapatan awal.
2. Satu bentuk simpanan terpaksa.
3. Peruntukan untuk pendidikan anak anda.
4. Untuk faedah perubatan dan kemasukan ke hospital.
5. Peruntukan untuk kecacatan.
6. Pelaburan yang berbaloi.
7. Tanggungjawab, penjagaan dan jaminan untuk keluarga.
8. Mengurangkan beban kewangan.
9. Untuk perbelanjaan menguruskan andai kata ada kematian (khairat kematian).
10. Kesinambungan perniagaan.
11. Menjaminkan legasi atau harta untuk generasi akan datang.
12. Menyebarkan risiko atau berkongsi risiko.
13. Kerana orang lain perlu hidup.
14. Untuk melindungi daripada aset dan liabiliti.
15. Untuk menggantikan kos sara hidup.


Bagi kita yang beragama Islam, sudah semestinya wajib mengambil Takaful berbanding Insurans. Walaupun skim perlindungan Takaful sangat penting, namun tahap kesedaran orang ramai terhadap kepentingannya masih rendah.

Alasan yang sering diberi orang ramai untuk tidak mengambil skim perlindungan Takaful adalah kerana tidak mampu memberi komitmen kewangan, mahal dan berasa rugi kerana tidak nampak faedah-faedah yang disediakan. Dan lebih mengarut lagi... yang beranggapan membeli Insurans/ Takaful adalah "tempah tiket untuk mati". SEMUA MENGARUT!!!

Adakah anda berfikir dan bersedia untuk sesuatu yang tidak dijangkakan???
๐Ÿ“Kematian
๐Ÿ“Kemalangan
๐Ÿ“Penyakit Kritikal
๐Ÿ“Tua/ Uzur papa...
๐Ÿ“Hilang upaya akibat kemalangan

Cuba fikir dan renungkan sejenak.. Apa akan berlaku pada keluarga anda atau anak-anak anda yang masih kecil, masih perlukan kita???
Apa yang boleh kita tinggalkan untuk mereka setelah hilang tempat bergantung???


TAHUKAH ANDA???

Semua orang berhadapan dengan risiko. Hakikatnya kita semua, berhadapan dengan risiko kematian, kelumpuhan dan pelbagai jenis penyakit merbahaya. Cuma, bila dan bagaimana sahaja yang kita tidak ketahui. Tetapi harus diingat kebarangkalian untuk ketiga-tiga ini menjengah diri kita akan meningkat dari hari ke hari. Setiap hari berlaku, kita semakin dekat dengan kematian yang telah ditentukan-Nya bila tiba masa.

Setiap hari kita bergerak,  setiap hari kita di atas jalan raya untuk ketempat kerja mencari rezeki dan semakin tinggi keberangkalian untuk berdepan dengan risiko kemalangan yang bukan sahaja boleh menyebabkan kematian, tetapi juga hilang upaya akibat kemalangan (minta dijauhkan - Nya).


BUKANKAH PERIT JIKA MEMIKIRKANNYA ???

Sebaik-baiknya, sebelum anak-anak dan keluarga kita bersedih atas pemergian kita, ditambah pula runsing dengan beban yang ditinggalkan. Kita hendaklah bertindak dari sekarang. Sebaik-baiknya, tinggalkanlah legasi atau harta untuk sekurang-kurangnya menampung keperluan mereka. Lebih-lebih lagi jika kita adalah punca pendapatan utama atau tunggal semasa hayat masih ada.

BERTINDAKLAH SEGERA !!! Kerana malang tidak berbau.

Biasa kita dengar dengan pepatah "ingat 5 perkara sebelum 5 perkara". Konsep ini juga terpakai dalam insurans mahupun Takaful. Syarat utama untuk mendapatkan keistimewaan-keistimewaan skim perlindungan Takaful adalah mesti dilindungi :
๐Ÿ“ŒSihat sebelum sakit
๐Ÿ“ŒMuda sebelum tua
๐Ÿ“ŒHidup sebelum mati


Takaful VS Insurans
KENAPA ASYIK CERITA PASAL TAKAFUL???

Sebab semakin lama dalam industri, makin kerap dengar pengalaman para agen. Pasal sakit yang macam-macam sekarang ini. Kos rawatan yang mahal, keluarga datang ke Syarikat Takaful untuk semak ada tak suami, isteri, ibu dan ayah mereka ada mengambil Takaful. Orang sakit beria mohon Takaful sampai agen kena marah sebab tak nak tolong orang yang tengah sakit.

Sebagai contoh, risiko penyakit seandainya kita telah diserang sesuatu penyakit, contohnya sakit jantung dan baru mula mengambil Takaful, maka penyakit ini tidak boleh dilindungi lagi. Maksudnya segala bil dan bayaran berkaitan penyakit ini tidak boleh dituntut kerana tidak dilindungi. Sebab itulah dinasihatkan untuk mengambil skim perlindungan Takaful semasa sihat, sebelum sakit.

Begitu juga dengan kematian dan kelumpuhan/ kurang upaya akibat kemalangan. Lagipun, malang memang tidak berbau. Kita tidak tahu tarikh kematian kita. Kita tidak tahu bila kemalangan boleh menimpa ke atas kita. Kita tidak tahu bila penyakit akan datang menjengah oleh kerana kita tidak tahu bila malang akan menimpa, maka perlulah sediakan perlindungan secukupnya terlebih dahulu.

Oleh itu wariskan harta, bukan hutang hutang ibarat kata pepatah "harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan...?". Apabila kita sudah tiada nanti, sebaik-baiknya janganlah ditinggalkan beban atau hutang yang banyak kepada pasangan, anak-anak atau waris-waris yang ada.


Dengan memahami serta memiliki Insurans dan Skim Perlindungan Takaful secukupnya, masalah ini boleh diatasi. Ambillah perlindungan secukupnya, pastikan jumlah pampasan yang akan ditinggalkan kepada waris nanti cukup untuk menampung keperluan mereka dalam jangkaan masa yang panjang.

Jika anda masih belum mempunyai apa-apa perlindungan, bertindaklah segera untuk mendapatkannya. Untuk keterangan lanjut atau quation.. hubungi Agen Takaful berdaftar anda di bawah :

Atau

You May Also Like

2 PEMBERI ULASAN