[ THE HOB ] KEENAKAN MENU MEMENUHI CITARASA YANG TERSENDIRI
Asalamualaikum dan salam sayang semua..
Hemm.. hari ni pasal food preview satu tempat yang sangat owesome memang semua patut pergi menikmati menunya yang sangat sedap. Cheq Sempoi sangat suka mee kari dan burgernya yang sangat lembut daging dan ayamnya. Mana lagi kalau bukan di The Hob, Bangi salah satu tempat syurga makanan.
Mempunyai minat yang mendalam dalam dunia masakan mendorong Puan Hajah Azilah Akashah membina The Hob Cafe bersama suami tercinta. Selain daripada menguruskan Butik Telekung Qasha yang juga milik beliau. The Hob Cafe juga merupakan satu kepuasan bagi beliau secara peribadi. Malah Puan Hajah Azilah mendapat dorongan dan sokongan daripada suami serta anak-anak tercinta menjadikan beliau berani dan kuat dalam menguruskan perniagaannya.

Berkonsepkan hipster, nama The Hob
itu sendiri adalah bermaksud dapur. Menu-menu yang disediakan mempunyai banyak
pilihan iaitu homemade pattie burger, pasta, salad, sandwich, meetballs dan
banyak lagi. Minuman segar dan menu ala cart juga ada.
Istimewanya menu2 disini adalah
dihasilkan oleh kreativiti pemiliknya dan bahan2 yang dicipta sendiri. Jadi rasa
dan cara hidangan disediakan adalah ilham dari beliau dan tidak sama dengan
cafe2-cafe yang lain.
Kunjungan pertama Cheq Sempoi ke The Hob Cafe ni sangat
menggembirakan. Cheq Sempoi sukakan konsep hiasan di dalam cafe yang dihiasi dengan
letter art atau lukisan menggunakan kapur tulis. Pemilik memberitahu lukisan-lukisan tersebut dihasilkan oleh staff nya sendiri. Rasa sangat selesa bersantai-santai dengan kawan-kawan yang lain.
Terlalu banyak menu yang ada... Cheq Sempoi dan
kawan-kawan decide untuk pilih menu burger, crispy cheeze panini dan mee kari. Kami
oder setiap jenis dari menu kemudian makan secara berkongsi-kongsi...perghh memang sempoi, sampai tidak terkata kesedapan mee karinya...hemmm semua terasa tidak ada yang kurang.
Semasa menantikan hidangan sampai,
Cheq Sempoi sempat intai-intai ke bahagian dapur cafe ni. Jelas boleh nampak Puan Hajah
Azilah, chef dan staff-stafnya sama-sama menyediakan menu hidangan yang dipesan oleh
pelanggan.
Bila makanan terhidang apa lagi kami
pun memulakan operasi .. makan time. Mee kari memang win. Sedap sangat, kuahnya
tidak terlalu pekat tapi mampu memberikan rasa yang sempurna bila dimakan.
Manakala bila diceduk ke dalam mangkuk, isi ayam dan daging tidak terlalu sarat
tetapi cukup menepati rasa. Mesti cuba mee kari bila ke sini.
Sangat tidak sabar untuk merasai menu
burger sebab semasa dihidangkan, mayonis dan sos tu nmpk meleleh ke dasar
pinggan..aduh bisa buat jadi tidak keruan. Kawan Cheq Sempoi, Chantek potong burger-burger itu...hmmm
lembut sangat mudah sangat untuk dipotong. Bila masuk ke dalam mulut, roti
lembut, daging burger pun lembut dan basah meleleh. Memang sedap, best dan
lazat burger di cafe ini dan lain dari yang lain.
Seterusnya adalah menu Crispy Cheeze
Panini, menu yang mendapat permintaan yang tinggi di cafe ini. Roti diluar
garing tetapi lembut di dalam. Keju dan chicken/beef slice di dalam hidangan
ini sangat mewah. Sukar untuk diceritakan, pendek kata puas hati, sedap dan
berbaloi.
So tunggu apa lagi bawak family dan
kawan-kawan lepak kat The Hob Cafe, borak-borak, sembang-sembang, santai-santai sambil makan-makan kat
sini. Confirm happy. Pada yang suka makan secara outdoor
boleh datang ke Food Truck The Hob di lot parking PKNS, Bangi.
Untuk maklumat lanjut, layari :
FB : The Hob Cafe
IG : thehobmsia
2 PEMBERI ULASAN
Mee Kari mmg win..ssh jgk Nak move on
BalasPadamSempoi betul menunya..
BalasPadam