PAKEJ BUFFET BERBUKA PUASA | DI D'TAHTA @ I-CITY SHAH ALAM | BANDAR PENUH BERCAHAYA

by - Selasa, Mei 29, 2018

Assalamualaikum dan salam Ramadan...

Ramai pasti tahu, tentang pusat tumpuan utama Bandar Shah Alam yang bermandikan cahaya berwarna-warni yang menjadi daya tarikan utama percutian tempatan. I-City Shah Alam adalah satu destinasi wajib pelancong luar dan tempatan berkunjung menikmati keindahan "Bandar Bercahaya".






Sabtu - 19 May 2018 | yang lepas Cheq Sempoi berpeluang berbuka puasa bersama family di Shah Alam, Wowww!!! tempatnya yang cantik lagi memukau pandangan. Mesti ramai yang tidak tahu, di dalam kawasan I-City telah terbina Dewan Keraian & Perkahwinan yang sangat cantik dan ekslusif, bernama D'Tahta. D'TAHTA Wedding & Events terletak di tingkat 1, i-Soho Condominium di I-City Shah Alam. D' Tahta mempunyai dua dewan, White Hall & Garden Hall, di mana kedua-duanya terletak disebelah menyebelah, dipisahkan oleh pintu kalis bunyi yang boleh dibuka untuk mengabungkan dua dewan tersebut menjadi satu.





SEDIKIT MAKLUMAT SERTA LATAR BELAKANG D'TAHTA @I-CITY SHAH ALAM

D'Tahta yang telah mula beroperasi pada Februari 2018, di miliki oleh usahawan wanita terkenal Malaysia, Puan Mona Din, yang juga telah pernah membina beberapa nama besar di dalam bidang perniagaan seperti Leesa Formula, Serenity Spa, Hajaba, Umrahajj, KL International Hijab Fair [KLIHF], WOJ Muslimah Brands Outlet Plaza Masalam & The Curve, serta lain-lain lagi. Dua dewan D'Tahta yang dibina dengan kos hampir 1 juta, menampilkan dekorasi bercitarasa tinggi dengan 2 konsep berbeza iaitu :

WHITE HALL | Dengan sentuhan mewah, anggun & glamour bewarna putih gaya Inggeris. sememangnya untuk yang inginkan suatu majlis yang penuh mewah dan gah.

GARDEN HALL | Dengan suasana dalam taman yang penuh kehijauan, tenang dan damai. Semestinya buat yang mengemarkan suasana natural semulajadi dan romantik.





KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN UNTUK PARA PELANGGAN YANG DATANG

Dengan Suasana Dalam Taman Yang Penuh Kehijauan, Tenang dan Damai. Tidak hairan lah kawasan D'Tahta mendapat pujian ramai, D'Tahta mempunyai pelbagai keistimewaan dan kemudahan yang disediakan untuk pelanggan mereka. Pelanggan harus diutamakan dengan menyediakan :

Ruang Parkir Yang Banyak & Mudah | Kerana mempunyai lebih 3000 lot parkir berbumbung, di dalam bangunan yang sama.

Persekitaran i-City yang berlanskap | cantik di simbahi cahaya neon bergemerlapan boleh menjadi tempat terbaik untuk mempelai dan tetamu berfotografi, disamping mereka dapat bersiar-siar disekitar kawasan I-City selepas selesai menikmati majlis di D'Tahta.

Dewan Berhawa Dingin | Yang Telah Siap Di Dekorasi Sepenuhnya Seolah-olah Galeri Hiasan Dalaman, sangat sesuai untuk pelbagai majlis seperti majlis kenduri kahwin, nikah, tunang, hari lahir, aqiqah, ulangtahun perkahwinan, makan malam syarikat, seminar & forum serta lain-lain lagi.

Kemudahan Penginapan | Untuk Di Sewa Untuk Pengantin, Keluarga & Sahabat Handai, Kerana I-City mempunyai banyak Condo yang dijadikan homestay, seperti I-Soho, i-Suites, I-Residence dan lain-lain.



Kemudahan Surau | Yang luas, bersih dan kemas. Untuk menunaikan solat Magrib dan Isyak jangan bimbang kerana ada Surau Lelaki & perempuan yang sangat selesa disediakan bersebelahan Garden Hall ini. Dalam pemerhatian Cheq Sempoi anggaran kasar boleh memuatkan 10 hingga 50 orang dalam satu masa solat berjemaah.

Selain dari kemudahan di atas | satu lagi faktor ke kuatan D'Tahta ialah mempunyai beberapa Panel Caterer yang sangat berpengalaman di Bidang Catering & Restoran yang menjanjikan Sajian Terbaik , Enak Berkualiti Tinggi.





Suasana kawasan ibarat kita berada di dunia imaginasi bersama keindahan lampu bercahaya

[PAKEJ BUFET IFTAR RAMADHAN D'TAHTA] 

Sempena Ramadhan, D'Tahta turut mengambil kesempatan memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati juadah berbuka puasa yang lazat di tempat yang cantik, di kedua-dua dewan D'Tahta. Pakej Buffet ini berharga RM59 Dewasa & RM35 Kanak-kanak (4 hingga 11 Tahun)Pakej Buffet Ramadan D'Tahta mempunyai 2 tema & pilihan :

1. MASAKAN KAMPUNG & KAMBING BAKAR 
oleh MAK NGAH Catering di Garden Hall D'Tahta.

Menu:
NASI PUTIH

LAUK
AYAM MASAK MERAH
GULAI KAMBING CAMPUR KENTANG
ASAM PEDAS IKAN PARI BENDI
DAGING GORENG KACANG PANJANG

SAYUR
BUNCIS GORENG
BROKOLI GORENG CARROT
TERONG GORENG BELADA
POY CHOY GORENG SOS TIRAM

KERABU
KERABU MANGGA
KERABU KACANG BOTOL SOTONG
KERABU TAUGE KERANG
KERABU AYAM
ULAM-ULAMAN
5 JENIS ULAM

SAMBAL BELACAN
BUDU
SAMBAL CENCALUK











❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

STALL KHAS 
LAMB GRILL / KAMBING BAKAR 
MIX SALAD, BROWN SOS, KENTANG PUTAR

STALL KHAS 
NASI AYAM MADU
SALAD, SOS, SUP

STALL KHAS 
KUEH TEOW GORENG 
[ UDANG, TELOR DAN TAUGEH]

STALL KHAS
TAU FOO BAKAR
KANGKONG
SOS ROJAK
ROJAK BUAH

STALL KHAS 
MEE KARI / SOTO / LAKSA

STALL KHAS 
ROJAK MAMAK / PASEMBOR

STALL KHAS
CHICKEN BOXER
FISH FINGER
MIN SPRING ROLL
SOTONG BALL
FRIED WANTAN

STALL KHAS DESSERT
5 JENIS KUEH MUEH 
3 JENIS KEK
2 JENIS BUBUR / PENGAT 
KURMA 
BUAH2AN



STALL KHAS MINUMAN SEJUK
ABC / AIS KACANG 
AIR SEJUK
AIR MANGGO
AIR SIRAP BANDUNG
AIR HERBA
SIRAP SELASIH

STALL KHAS MINUMAN PANAS
TEA PANAS 
KOPI 0 PANAS
NESCAFE




2. MENU KAMPUNG Atau CHINESE CUISINE atau ARABIC FOOD 
Oleh EDEN Catering untuk tempahan GROUP/CORPORATE.

Pakej Buffet ini berharga dari RM 49-89, bergantung pilihan Menu & Jumlah Tetamu.

Untuk tujuan memberi lebih kebaikan kepada tetamu, DTahta menawarkan pelbagai PROMOSI ISTIMEWA tambahan kepada pengunjung aitu:

  • Buffet Ramadan 2 HARI PERTAMA ( 17-18 Mei) RM 35 /RM15 Kanak-Kanak
  • Early Birds : Tempahan Sebelum 15 Mei 2018 RM 50 Dewasa / RM 25 Kanak-Kanak
  • Beli 10 Percuma 1
  • Corporate : 50 paxs RM 52 /100 pax RM 49.90 /200 paxs ke atas RM 47
  • Sponsor Anak Yatim : RM 45 Dewasa / RM 25 Kanak-Kanak

Kenapa anda kena memilih Iftar di sini? Cheq Sempoi telah jatuh cinta dengan persekitaran D'Tahta yang sangat cantik "Indah bercahaya" bersebelahan dengan I-City Shah Alam.

Makanan selera kampungnya semua sedap dan lazat, Asam Pedas Ikan Pari, Daging masak pedas dan Sayur Kerabu, memang menepati selera Cheq Sempoi!!! Macam nak kena repeat je lagi...

"MCM MANA NAK BOOKING DI DTAHTA NI?"

Intagram : Dtahtaweddingvenue



Alamat :
D'TAHTA Wedding & Event
Level 1,di i-Soho, I-City 
Seksyen 7,Shah Alam
40000 Selangor

Waze : i-Soho i-city

Anda boleh terus WHATSAPP kami utk booking, tekan link di bawah : 

Syuhada - +6011-11467669
Azlan - +601116674021

Nota : reserve cepat2 & jangan last minute sebab selalunya full house & seat sangat limited. Harga pembukaan sehingga 23 MEI (RABU) sahaja. selepas itu harga akan naik!

You May Also Like

1 PEMBERI ULASAN

  1. Cantik hiasan dekat D'Tahta ni.sesuai dengan nama dia. Menu pun menarik. Banyak pilihan pula tu.

    BalasPadam