Persembahan 'The Smurfs Live On Stage - The Smurfs Save Spring' di Resorts World Genting

by - Isnin, Jun 04, 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Watak kartun popular, The Smurfs akan mengadakan persembahan 'The Smurfs Live On Stage - The Smurfs Save Spring' di Resorts World Genting bermula 26 Mei hingga 24 Jun 2018. Persembahan selama 70 minit itu akan menampilkan dua pertunjukan muzikal extravaganza yang akan menampilkan nyanyian dan lakonan secara langsung dalam kostum Smurf. Dipersembahkan buat kali pertama di Malaysia, makhluk biru yang comel itu akan dipentaskan di Genting International Showroom.



"Kami amat berbesar hati mempersembah Smurf selama sebulan. Dalam cerita ini, Smurfs terpaksa menempuh pelbagai halangan bagi menyelamatkan musim bunga dalam persembahan pentas muzikal yang penuh dengan kegembiraan," kata Kevin Tann, Naib Presiden Promosi dan Hiburan Resorts World Genting. 

"Saya sendiripun tidak sabar untuk menonton kerana saya sendiri membesar dengan watak kartun itu. Persembahan seperti The Smurf Save Spring membantu Resorts World Genting sebagai sebahagian daripada komitmen dalam menyediakan pelbagai pilihan hiburan keluarga yang menekankan mesej positif serta memberikan ibu bapa dan anak-anak mereka peluang mengeratkan lagi hubungan dengan berkongsi nostalgia bersama-sama".




Diarahkan John Rowe dan koreografi oleh Katie Kermond daripada Millennium Entertainment International, ‘The Smurfs Live On Stage - The Smurfs Save Spring' mempersembahkan kisah mengenai kehidupan Smurf pada musim bunga.

Ketika penduduk kampung bersiap sedia untuk Perarakan Musim Bunga yang ditungu-tunggu, musuh ketat, si jahat Gargamel merancang untuk merosakkan perayaan itu dengan satu lagi ramcangan jahatnya. The Smurf perlu bekerjasama bagi menentang Gargamel dan menyelamatkan alam semulajadi. Watak-watak Smurf pula dijayakan oleh para pelakon yang berbakat disepanjang produksi ini. Lapan daripada watak terbaik dalam Smurf akan menjadi pelakon utama dalam  ‘The Smurfs Live On Stage - The Smurfs Save Spring', termasuk Papa Smurf, Clumsy Smurf, Brainy Smurf dan Smurfette.




"Tahun ini merupakan sambutan ulang tahun ke-60 Smurf yang dilahirkan pada tahun 1958," kata Nick Larkin, penerbit pertunjukan. Ia mengambil masa bertahun-tahun bermesyuarat, mendapat kelulusan, membuat perancangan dan mereka cipta bagi memastikan pertunjukan ini menjadi kenyataan dan ia merupakan pergorbanan yang berbaloi pada akhirnya. Kami berjaya menghiburkan penonton di seluruh dunia dengan pertunjukan ini dan saya amat teruja membawa The Smurf Save Spring ke Resorts World Genting. Pertunjukan ini membawa mesej positif mengenai persahabatan, kerja berpasukan dan memelihara alam semula jadi dan saya tidak sabar untuk melihat wajah-wajah gembira dan senyuman di dalam teater nanti".




Teater muzikal The Smurfs Live On Stage - The Smurfs Save Spring' telah mengelilingi dunia sejak tahun 2014. Ia telah dipersembahkan di lebih 15 buah negara dan menghiburkan lebih 15,0000 penonton. Ia merupakan sebuah produksi diadaptasi daripada komik ciptaan kartunis Belgium, Pierre Culliford atau lebih dikenali sebagai Peyo.





Tiket masuk The Smurfs Live On Stage - The Smurfs Save Spring' di Resorts World Genting berharga : 
  • RM176 (VIP)
  • RM136 (PS1) 
  • RM96 (PS2)
Tidak termasuk caj proses RM4. Kanak-kanak di bawah satu tahun masuk percuma. 

Diskaun sebanyak 10% diberikan kepada pemegang ahli Kad Ganjaran Genting. 

Terdapat juga pakej bilik khas disediakan bermula daripada RM263 bersih dengan penjimatan sebanyak RM399.







Pertunjukan akan berlangsung setiap hari di Genting International Showroom bermula dari 26 Mei hingga 24 Jun. Masa pertunjukan pada pukul 8.30 malam setiap hari Isnin hingga Sabtu dan 4 petang pada hari Ahad. Pertunjukan tambahan pada pukul 4 petang  turut dijadualkan berlangsung pada 15 dan 16 Jun.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
+603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com.

You May Also Like

1 PEMBERI ULASAN

  1. bestnya.. antara kartun yang cheq suka. paling suka haruslah Smurfette hehe..

    BalasPadam