[ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR

by - Jumaat, Oktober 20, 2017


Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua, 
Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun tidak lama lagi. Cheq Sempoi mendoakan semoga adik-adik dipermudahkan menjawap soalan periksa dengan mudah dan lapang hati serta memperolehi keputusan yang cemerlang sebagai hadiah untuk diri sendiri yang kuat berusaha serta hadiah untuk kedua ibu bapa. Aamin...

Dengan hadiah keputusan yang cemerlang atau sebaliknya boleh la, Ibu dan Bapa membawa anak-anak menghiburkan hati mereka setelah kuat berusaha belajar tanpa jemu dengan satu pameran berbentuk pendidikan yang menyeronokkan sambil menerokai satu zaman purba kala di mana wujudnya Dinosaurs Alive di tengah-tengah Bandar Raya Kuala Lumpur.



Dinosaurs Alive Wujud Ditengah-Tengah Kota Raya Kuala Lumpur
Dinosaurs Alive yang dianjurkan oleh Creative Alliance dengan kerjasama Tourism Malaysia & Matic di bawah Kementerian Kebudayaan Dan Pelancongan Malaysia, telah mengadakan pameran berbentuk pendidikan yang menyeronokkan untuk kanak-kanak menjadi sebahagian dunia Jurassic Park. Membawa kanak-kanak mengenali dunia Dinosaur Animatronic yang julung kali diadakan di Lanai Matic beralamat 109, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pemandangan T-Rex dengan bunyi gemuruh diletakkan di atas khemah, dengan bangunan KLCC berkembar Kuala Lumpur sebagai latar belakang membuat kan perasaan membuak-buak untuk masuk ke dalam pameran.
Pada 14 Oktober 2017, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dengan Pengarah Dinosaurs Alive Sdn Bhd telah membuat perasmian pembukaan pameran "Dinosaurs Alive In Kuala Lumpur" yang bertemakan Jurassic Park. Dibuka selama enam bulan setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 10 malam. Kanak-kanak akan dapat merasai pengalaman luar biasa dan hebat, lain dari lain bila berada di pameran tersebut.

Adakah anda masih ingat filem Jurrasic Park pada tahun 1993 yang diarahkan oleh Steven Spielberg? Cheq Sempoi sangat teruja membayangkan jika Cheq Sempoi di zaman itu, mesti sentiasa dalam ketakutan kerana haiwan yang wujud masa tu terlalu besar dan ganas. Tapi filem itu adalah filem terbaik yang pernah Cheq Sempoi tengok dan ingat hingga kini.

Peluang Keemasan Buat Seluruh Warga Malaysia dan Cheq Sempoi Sekeluarga
Pada 15 Oktober 2017 yang lalu Cheq Sempoi mendapat peluang keemasan membawa anak-anak ke Pameran Dinosaurs Alive. Tu la "tuah ayam, nampak dikaki, tuah manusia, tak siapa yang tahu" Tanpa teragak-agak Cheq Sempoi sangat teruja mengalahkan anak-anak Cheq Sempoi ke sana.
 Harga tiket :

Dewasa : RM75
Dewasa (MyKad) : RM50

Kanak-Kanak (3-12 Tahun) : RM45
Kanak-Kanak MyKid (3-12 Tahun) : RM30
Kanak-Kanak Di Bawah 3 Tahun : FREE

Warga Emas (Melebihi 60 Tahun) : RM50
Warga Emas MyKad (Melebihi 60 Tahun) : RM40

Keperluan : RM25
Keperluan Khas : RM25

Berkumpulan (10 Atau Lebih) : 10% Diskaun
Berkumpulan Sekolah (20 Atau Lebih) : RM25

Menerokai Zaman Purba Kala Yang Sangat Menarik, Teruja Dan Menyeronokkan 
Setiap Pengunjung Yang Hadir 
Semasa kami memasuki Dewan Pameran, kami disambut oleh T-Rex dan Sauropod yang besar dengan bunyi yang sangat menderu. Dewan itu kelihatan seperti dunia Avatar. Dengan lampu neon, hutan seperti persekitaran dengan bunyi-bunyian burung berkicau. Di dalam dewan besar berhawa dingin, terdapat lebih daripada 40 jenis hidupan Dinosaurs, dengan kulit reptilia seperti hidup, mereka bernafas, mengaum dan bertiup.




Sekiranya anda bermula dari sebelah kanan, terdapat taman permainan belon untuk kanak-kanak bersenang-senang. Terdapat 3 taman permainan belon di sini. Terdapat beberapa permainan dengan hadiah. Tetapi setiap permainan berharga RM10. Pilih permainan Dinosaur bertuah anda pada RM10. Setiap Dinosaur akan mempunyai nombor di bawah kakinya. Nombor akan menunjukkan hadiah tersebut. Walaupun ada bayaran sebanyak RM10 untuk setiap permainan dan aktiviti. Ada aktiviti seperti seni pasir adalah percuma. Oleh itu, tidak hairan lah anda akan melihat orang ramai di sini. Terdapat hanya 3 reka bentuk untuk dipilih. Semua reka bentuk adalah Dinosaur yang berkaitan dengan pameran ini. Kraf kayu tulang Dinosaur juga percuma.

Permainan Taman Belon







Permainan Seni Pasir

Permainan Kraf Kayu Tulang Dinosaur
Selain itu, anda juga boleh menonton dokumentari video. Disediakan juga gerai jualan makanan dan minuman bagi yang ingin menikmati makanan selepas penat berjalan disediakan kerusi tempat duduk dan meja untuk santapan sambil berejat-rehat. Dengan menyaksikan lebih daripada 40 Dinosaur Animatronik berskala besar, zon penggalian telur dan fosil dinosaur untuk kanak-kanak, kawasan kraf pasir dinosaur, aktiviti memasang rangka tulang dan kawasan sejarah dinosaur, 'jumping castle', pelbagai permainan, zon makanan minuman dan mainan serta barangan replika dinosaur.
Fosil Dinosaur
Seronok bukan? macam-macam aktiviti dijalankan khas untuk anda rebutlah peluang mungkin sekali seumur hidup untuk mengambil gambar 'selfie' dengan kemuncak terbesar pameran ini, iaitu T-Rex atau Tyrannosaurus Rex, dinosaur yang terbesar sekali di antara 40 jenis spesis dinosaur. Selain Dua jenis spesis terbesar terdapat spesis bernama Sauropod yang mempunyai badan yang berbentuk tong besar, leher panjang, kepala kecil dan ekor panjang yang kuat. Ia berdiri di atas empat batang pokok seperti kaki. Ceratopsians (Horned, Frilled Dinosaur), Velociraptor (Pemakan Daging) dan Iguanodon (Pemakan Loji). Stegosauria pula adalah sekumpulan dinosaur berperisai yang mempunyai barisan plat yang berlari sepanjang punggung mereka. Manakala Hadrosaurids juga dikenali sebagai dinosaur 'duck-billed' berdasarkan bahagian mulut mereka yang luas. Banyak Hadrosaurids dapat berjalan di atas dua dan empat kaki, menggunakan empat kaki ketika merumput, tetapi menggunakan dua kaki untuk berlari. Dan banyak lagi jenis dinosaur yang ada.



Jom beramai-ramai kita datang dan menyaksikan sendiri keunikan Dinosaur Alive di Lanai Matic, Kuala Lumpur sebelum berakhir!!! dengan pelbagai hiburan keluarga yang penuh keseronokan telah disediakan untuk para pelawat yang berkunjung.
Rebut peluang sempena musim cuti sekolah akan datang dengan tiket offer yang disediakan oleh pihak penganjur yang sangat-sangat boleh dibeli dan didapati untuk seisi keluarga.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :


Alamat :
The Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC)
Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Masa : 
10 pagi hingga 10 malam 
(dibuka setiap hari)

Tiket Hotline : 03-21706333

You May Also Like

7 PEMBERI ULASAN

  1. Memang sangat menarik untuk bawa anak-anak ke sini...

    BalasPadam
  2. rasa berbaloi ke tak ek masuk ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. En bahrain pergi time harga offe cuti sekolah lagi berbaloi. Anak2 saya sgt teruja dan happy.

      Padam
  3. Wow! This sounds fun huh.. I am sure children will love this!

    BalasPadam
  4. memang best gila bawa anak anak ke sana kan....

    BalasPadam
  5. Wow! this is so fun and cool! They still have it and probably i will go coz its great to take photos there too.

    BalasPadam