[Sugardoll] Pakar Menyelesaikan Masalah Rambut Wanita Dan Lelaki Terbaik
Asalamualaikum dan salam sejahtera...
Dengan tidak disangka2... baru-baru ini, Cheq Sempoi sungguh bertuah dijemput ke majlis perlantikan Siti Sarah Raisuddin sebagai duta rasmi produk Sugardoll dan high tea bersama Sarah. Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita penyanyi popular Siti Sarah Raisuddin 33 tahun, yang tetiba hampir pitam akibat keletihan dan tekanan darah rendah yang melampau dan terpaksa dikejarkan dengan ambulan ke hospital.
Cheq Sempoi berkesempatan menemui Siti Sarah, pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll by NN, di Flora Terrace, Kuala Lumpur. Siti Sarah dilantik sebagai duta rasmi kepada produk penjagaan rambut Sugardoll yang merangkumi :
> Sugardoll Hair & Skin Vitamin
> Sugardoll Intensive Hair Tonic
> Sugardoll Luxxe Hair Shampoo
> Sugardoll Luxxe Hair Conditioner
Perasmian Duta Rasmi Sugardoll |
Sugardoll merupakan jenama tempatan yang bermula operasi penjualannya pada Oktober 2016. Menurut Pengasas produk Puan Nabilah Nazib "idea dari nama "sugardoll" ada lah dari beliau sendiri, yang mana dia lebih suka vitamin yang dibuat berbentuk gula-gula 'sugar' dan 'doll' adalah bayangan dari Siti Sarah. Puan Nabilah atau lebih dikenali sebagai Bella sudah lama bercita-cita untuk membuat produk penjagaan rambut dan membayangkan Siti Sarah sebagai duta rasmi produknya."
Kemunculan kembali Siti Sarah sebagai duta rasmi produk Sugardoll |
Sesi Q & A |
Pertemuan dengan ikon terkenal negara itu, yang secara umumnya kita semua tahu bahawa beliau sangat menitikberatkan penjagaan kecantikan dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Mengambil masa selama hampir 5 bulan, dari pertemuan pertama pengasas bersama Siti Sarah, akhirnya persetujuan dimeterai dan beliau kini merupakan duta rasmi kepada rangkaian produk sugardoll.
Sugardoll Luxxe Hair Shampoo &
Sugardoll Luxxe Hair Conditioner
|
Warna Hitam Syampu Yang Menawan Dan Harum Semerbak Mewangi |
Rangkaian produk mempunyai kelulusan KKM. Rawatan khusus untuk menyelesaikan masalah yang rata-rata dialami oleh 90% wanita yang telah bersalin, wanita-wanita yang meningkat usia dan tidak lupa juga ia merupakan masalah yang turut di alami oleh kaum lelaki. Produk dihasilkan oleh kilang yang bertaraf gmp, halal dan dimiliki oleh bumiputera 100%.
Cheq Sempoi & Siti Sarah |
Sugardoll juga telah mempunyai stokis besar di Singapura, Brunei, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak. Diikuti dengan agen-agen rasmi kami yang berada dihampir seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut sila layari :
FB : Sugardollbynn HQ
IG : Sugardollbynn
2 PEMBERI ULASAN
Cantiknya siti sarah.. Macam barbie doll.. Menarik produk ini..
BalasPadamSebab tu pengasas bg nama ada doll tu. Dia dah bayangkan siti sarah duta rasmi produk dia. Betul sis cantik siti sarah.
BalasPadam