• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Cheq Sempoi sini...๐Ÿ˜˜

Baru-baru ini Cheq Sempoi antara yang bertuah menjadi insan terpilih menyertai program hebat yang pastinya mempunyai aura positif luar biasa. Bertarikh 30 Ogos hingga 1 September 2019 telah berlangsung Program Nak Ubah Hidup anjuran RichWorks International Sdn Bhd di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam, Selangor. 





12 RIBU PESERTA PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 TELAH BERJAYA MEMBUAT PILIHAN BIJAK

Program 3 hari ini telah dihadiri oleh seramai lebih dari 12,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup ini ialah untuk membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahap kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. 

Dalam tempoh 11 tahun menganjurkan program dengan tujuan yang sama, apa yang Cheq Sempoi dapat simpulkan semakin ramai orang faham bahawa hanya dengan perniagaan dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan sekali gus dapat mengubah taraf kehidupan keluarga. 
Antara hadis berkaitan perniagaan : 
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sembilan per sepuluh rezeki datangnya dari perniagaan.” (Hadis riwayat Bukhari). 
"BERNIAGALAH SEKALIPUN KAMU TELAH KAYA" 
Tapi.. ๐Ÿ˜”malangnya ramai yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul. Akibatnya, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan yang tak berjalan lancar seperti yang diinginkan. Cara yang demikian sangat merugikan anda. Sebenarnya setiap apa yang dilakukan kita perlu ada mentor dari cara yang betul. Siapa mentor yang anda Perlukan???๐Ÿค”


Dr. Azizan Osman (Mentor Hebat) 

Oleh atas sebab itu, tampilnya seorang insan dengan rasa bertanggungjawab memberi aura energy positif kepada ramai orang. RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang perlu dibantu. Memandangkan Dr Azizan Osman sendiri pernah lalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan, dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta sering gagal dalam perniagaan beliau melihat ini sebagai peluang untuk beliau membantu lebih ramai orang lain. 



PENGALAMAN JATUH BANGUN DALAM PERNIAGAAN BERJAYA MEWUJUDKAN ILMU DAN FORMULA TERBAIK DALAM PERNIAGAAN

Apa yang menariknya, kegagalan Dr Azizan dalam bisnes sehingga beliau pernah berhutang beratus ribu dan terpaksa menggadaikan rumah ibunya bagi melunaskan hutang, dan pada saat itu beliau berjanji, bila beliau berjaya dalam bisnesnya nanti beliau akan membantu seramainya anak bangsa untuk menjadi usahawan berjaya dengan ilmu dan formula hasil dari pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan dan ilmu yang beliau dapat dari mentornya di luar negara. Ironinya, di saat beliau kesusahan tiada siapa yang mahu menghulurkan tangan dan kerana itulah Dr Azizan Osman nekad untuk berkongsi ilmu kejayaannya dengan orang lain yang mahu berjaya dalam bisnes kerana mereka tidak mahu lebih ramai usahawan terpaksa menanggung kegagalan dan beban hutang seperti yang beliau pernah alami satu masa dulu. 

Jika sebelum ini, jumlah penyertaan terbesar di satu-satu program anjuran RichWorks hanya sekitar 10,000 orang kehadiran peserta, tapi kali ini jumlah kehadirannya mencecah lebih dari 12,000 peserta hasil usaha kempen pemasaran dari Team RichWorks semenjak ianya dilancarkan 4 bulan yang lalu. Ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi yang diberikan kepada RichWorks dan Dr Azizan Osman sendiri sebagai satu sumber utama dalam membantu usahawan tempatan membina bisnes yang berjaya. Ini juga terbukti dengan semakin hari semakin ramai peserta Program RichWorks yang berjaya membina bisnes sehingga mampu membuat jualan mencecah jutaan ringgit setahun dan ada antaranya telah mampu membina jenama terkenal seperti Nurraysa, Bantal Hotel DAG, Eskayvie, Hasnuri, Sabella, Rempah Mak Siti, Noor Arfa Batik, Jamumall, Najib Asaddok, dan banyak lagi. 



Program Nak Ubah Hidup yang disempurnakan penganjurannya dengan sambutan Hari Kemerdekaan di mana kesemua peserta telah bersama-sama mengira detik ambang kemerdekaan diiringi nyanyian lagu Negaraku, Tanggal 31, Setia dan Warisan di mana tidak dapat digambarkan keadaannya yang penuh bersemangat dengan laungan kemerdekaan yang menggegarkan dewan SCCC, Setia Alam. 

Keesokannya, seisi dewan telah sama-sama mengaminkan doa awal tahun diiringi sesi bacaan Ratib sebagai satu tanda kesyukuran dan pengharapan bagi sambutan Awal Muharram iaitu Tahun Baru Hijrah. Apa yang lebih menariknya, merdeka dan hijrah adalah sangat bertepatan dengan objektif penganjuran Program Nak Ubah Hidup di mana ramai peserta yang datang ini hadir dengan matlamat untuk memerdekakan diri dari belenggu hutang dan masalah ekonomi dan mahu berhijrah dari keadaan hidup yang ala kadar menjadi 10 kali lebih hebat dan luar biasa dari segi tahap kehidupan dan tahap kewangan. 




Tidak ketinggalan, Program Nak Ubah Hidup ini juga dihadiri oleh selebriti tanahair seperti Chef Zam, Hanez Suraya, Mawar Rashid, Raf Yaakob, Noraniza Idris, Rafidah Ibrahim, Fadzli Zainal, Hafiz Muiz, Fadzlun Abas dan ramai lagi. 

Alhamdulillah, program yang disifatkan oleh peserta sebagai – program konsert tapi padat dengan ilmu telah memberikan impak dan kesan yang besar kepada semua peserta yang hadir.
APA? Anda telah terlepas? ๐Ÿ˜ญ

Jangan rasa "down" kerana Anda boleh jadi sebahagian dari peserta Program Nak Ubah Hidup 2020!!! Jadilah antara yang pertama dapatkan info tentang Program Nak Ubah Hidup 2020

MULAKAN SEKARANG!!! MASA TIDAK MENUNGGU SESIAPA



Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • LIMPAHAN CHOCOLATE | DI MUSEUM CHOCOLATE KOTA DAMANSARA | DESTINASI MENARIK TAHUN 2018
    Assalamualaikum dan salam sayang semua... bersama Tim Propa Rangers kali ini sangat menggembirakan Cheq Sempoi dan anak-anak....
  • RESORT WORLD KIJAL TERENGGANU | MENJANJIKAN KETENANGAN KEDAMAIAN DAN KEPUASAN PARA PENGUNJUNG | TEMPAT PENYU BERTELUR
    Assalamualaikum dan salam sayang buat semua... Cheq sempoi sini!!! sudah lama Cheq Sempoi tak bersiaran. Sejak kebelakangan ni kesi...
  • [Duta-Duta Jakel Buat Kecoh] 1000 Pasang Baju Melayu Percuma Buat Pelanggan Terawal & Lelongan Sehingga 85% Diskaun
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Seminggu sudah kita berpuasa, orang yang paling sibuk..  sudah tentulah kaum ibu-ibu  dari...
  • Majlis Perasmian | Miss World Prestige Internasional Pageant 2017
    Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.... Baru-baru ini Cheq Sempoi telah berpeluang menghadiri satu majlis yang sangat pr...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • Kelebihan Terkini Yang Disediakan Menerusi Portal Zakat2u Memudahkan Anda Berzakat
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Cheq Sempoi sini... Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff (kanan) bersama En. Abdul Hakim melakukan ...
  • Tudung The Twiq Label | Dihiasi Kristal Mewah Swarovski | Yang Cukup Aggun Dan Menawan
    Tudung Jenama Tracync Assalamualaikum dan salam sejahtera... Setiap wanita yang dilahirkan secara semulajadi telah mempunyai naluri...
  • IBKEEO PREMIUM MOUTHWASH ~ Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada Bakteria, Kebersihan Mulut Seperti Tidak Pernah Sebelum Ini
    Tahukah anda bahawa unsur protein melindungi gigi dan gusi kami? Biasanya selepas makan, bakteria dan makanan akan melekat pada gusi dan ce...
  • Sihaf Arabic Restoran | Masakan Arab | Pilihan Rakyat Malaysia Menjamu Selera
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Majlis Pembukaan Sihaf Arabic Restoran 2017 Menu Nasi Arab Terbaik  Di Shah Alam Ma...
  • BUTIK HAQQI | Berniaga Sambil Beribadah | Menyediakan Kelengkapan Haji Dan Umrah
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua... Robbanaa laa tuzighquluubanaa ba'da idz hadaitanaa wahablanaa min ladunka rohmah, inna...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI