• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi




Staf yang membantu Cheq Sempoi
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ini, Cheq Sempoi dijemput ke CoolBlog, Melawati Mall, KL. Semasa hendak masuk ke dalam kedai Cheq Sempoi sangat terkejut kerana sebelum datang Cheq Sempoi bayangkan CoolBlog adalah satu kiosk yang biasa kita jumpa. Tetapi kali ini CoolBlog membuat kejutan khas! untuk peminat-peminat Ais Blended.




Sempena tarikh 27 Januari 2018, Menandakan tahun ke-10 mereka dalam industri, CoolBlog membuka kedai pertamanya yang terbesar di Melawati Mall, KL. Sebagai jenama minuman berasaskan kiosk, Cool Blog kini telah melompat ke penjenamaannya dengan mendedahkan rupa baru, segar dan mempunyai konsepnya yang tersendiri. Bermula sebagai jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk telah menarik perhatian hati rakyat Malaysia dengan mencipta perisa tempatan dan global.






Penilaian Markah sedang dinilai oleh CEO Coolblog Melawati Mall
Lebih daripada 25 perasa minuman dan pencuci mulut dengan lebih daripada 300 variants produk. Kedai dan konsep baru yang bersaiz 973 kaki persegi ini boleh memberi keselesaan untuk menerima lebih ramai pelanggan. Ia mempunyai kelengkapan kayu dan bingkai sebagai asas kaunter utamanya. Warna merah jambu yang biasa telah berkembang dan kini merupakan kombinasi warna hitam dan merah jambu yang boleh dilihat di seluruh kedai. Skim warna baru yang dipasangkan dengan perabot yang rapi akan pasti memberikan anda rasa moden.

Orang ramai yang datang

"Kami melihat Melawati Mall sebagai lokasi terbaik untuk memulakan kedai perdana kami kerana lokasinya berada dalam kawasan bandar yang sibuk, dan selari dengan kepadatan pelanggan-pelanggan baru. Pusat membeli-belah ini sentiasa dikunjungi oleh pelajar, dan seisi keluarga di sekitar Lembah Klang dan ini adalah tempat yang sesuai untuk dimulakan. Kami juga terletak betul-betul di sebelah panggung wayang yang merupakan lokasi yang sempurna berdasarkan lalu lintas harian", kata Mr. Keith Loh, Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog Apps Sdn Bhd "Pembukaan kedai ini sebagai platfom untuk lebih maju mengembangkan pertumbuhan cawangan-cawangan lain dimasa akan datang. Kami juga memperluaskan perniagaan ke Malaysia Timur. Kami juga membuka peluang francais khusus untuk usahawan wanita, dan pelbagai perkara lain "tambahnya. 


Manager yang sangat friendly dengan staf

Cheq Sempoi tengah membuat aktiviti yang diadakan mencipta perasa air baru
CoolBlog juga menawarkan "minuman edisi terhad" bersempena dengan pembukaan kedai minuman ini yang boleh didapati dari sekarang dan hanya akan ditawarkan di Cawangan Melawati Mall KL sehingga 28 Februari 2018. Pada hari tersebut pihak CoolBlog telah membuat satu aktiviti bersama blogger jemputan iaitu "CoolBlog’s Exclusive Blogger Party". Sangat happy dan menjadi kenangan buat Cheq Sempoi kerana memenangi tempat kedua dalam aktiviti tersebut. Aktiviti mencipta perasa baru Ais Blended untuk CoolBlog. Ais Blended yang diberi nama "Durian ABC". Kalau nak rasa jemputlah ke CoolBlog Melawati Mall KL. 




Untuk makluman semua Cheq Sempoi berjaya mendapat tempat ke 2 pertandingan mencipta perasa air. Cheq Sempoi sendiripun sampai sekarang tidak percaya apa yang berlaku. Tapi menjadi kenangan indah bersama CoolBlog.



PENGENALAN MENGENAI COOLBLOG

Mengenai CoolBlog Jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk antarabangsa, CoolBlog berinovasi untuk mencari yang terbaik perisa tempatan dan global menggunakan ciptaan ais dicampur dan di blended. Kami mula-mula bermula di Malaysia dan Singapura dengan memperkenalkan lebih daripada 25 perisa minuman dan pencuci mulut dengan lebih daripada 30 produk variants. CoolBlog telah menggariskan pelan pertumbuhan tiga tahun untuk meningkatkan bilangan cawangan di pasaran tempatan dan antarabangsa hingga 500 kedai. Misi CoolBlog adalah untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dari semua lapisan masyarakat.


Untuk maklumat lanjut sila layari laman social media :

FB : http://www.facebook.com/coolblog.my/
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambilalih interaksi ibubapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alam gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.



Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling menyeronokkan kanak-kanak dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, Carrie Junior telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai 'sukan ria' bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. Carrie Junior bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan cara yang kreatif dan imaginatif.

6 Koleksi Mainan Comel Carrie Junior
Sebanyak 6 figura mainan comel antaranya : 
  • Carrie Junior, Si Gajah yang gemar bermain bola sepak
  • Speedy Tommy, Si Kura-kura yang terpantas di atas trek larian
  • Tuffy Teddy, Si Beruang yang paling kuat
  • Dribbly Minky, Si Racoon yang mahir dalam sukan hoki
  • Smashy Macky, Si Monyet yang tangkas bermain ping pong 
  • Trofi kejohanan sukan yang akan dibungkus setiap satu di dalam produk Carrie Junior bersaiz 700ml.

Sama seperti pembungkusan Carrie Junior sebelum ini, koleksi mainan baru ini akan disembunyikan di dalam 'ruangan rahsia' yang akan menempatkan figura mainan 'misteri' dan menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka, meransang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokkan. 
Seronok bermain sampai tak mahu tidur
TENTANG CARRIE JUNIOR

Carrie Junior merupakan rangkaian premium penjagaan diri bayi dan kanak-kanak. Rangkaian Carrie Junior diformulasikan dengan Fruito-E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut Si Manja anda. Rangkaian Carrie Junior memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan Si Manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian. 
Anak-anak sangat suka haruman semerbak
Carrie Junior
Diiktiraf HALAL, rangkaian Carrie Junior termasuklah baby bath, baby shampoo, hair & body wash, baby powder, baby lotion and baby oil.  
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada sidang akhbar di Maeps Serdang, 25.01.2018. Cheq Sempoi berpeluang bersama rakan bloggers dan rakan media yang lain telah diberi peluang oleh Malaysia Tourism Council (MTC) dan MAEPs dalam menghadiri satu sesi media untuk Metal Legends Live In Concert di antara Kumpulan Cromok dan XPDC. Pertemuan berlangsung di Restoran Goat2Go Farm.



Untuk makluman semua peminat. Pada 03.02.2018 satu konsert heavy metal bakal menggegarkan MAEPS, Serdang. Metal Legends Live In Concert yang menggabungkan band heavy metal popular Malaysia iaitu Official XPDC dan Cromok pastinya dinanti-nantikan peminat tegar kedua-dua band ini. Buat kali pertama, dua kumpulan rock lagenda tempatan, XPDC dan Cromok akan berkongsi pentas menerusi konsert Metal Legends Live In Concert yang akan diadakan di Door 2, Maeps, Serdang pada 3 Februari 2018 bermula pukul 8.30 malam.


KUMPULAN CROMOK

Cromok adalah kumpulan yang dianggap sebagai perintis muzik thrash metal tempatan dan kini sudah 31 tahun berada dalam industri muzik. Dianggotai oleh Sam selaku pemain bes dan vokal, Karl (gitar) dan Miji (dram) Cromok cukup dikenali dengan lagu mereka seperti Another You, I Do Not Belong Here, Misty dan Memories. Menurut Karl, mereka menganggap konsert ini dapat mengubati kerinduan peminat terhadap muzik Cromok.

“Dah lama kami tidak beraksi di konsert. Jadi, menerusi konsert ini, bukan kami sahaja yang dapat mengubati kerinduan untuk beraksi tetapi peminat juga dapat sama-sama mengenang kembali memori lama mereka bersama Cromok,” katanya.


Kelainan yang ditonjolkan kali ini, Mr. Danny Kaleda iaitu pengurus asal Cromok akan diterbangkan khas dari Australia untuk turut sama menyaksikan konsert ini. Beliau merupakan individu penting dan tulang belakang dalam penubuhan awal Cromok bermula di Australia sehingga "Hot Metal Magazine" Australia telah menobatkan gelaran "The Best Heavy Metal Band" di Sydney pada tahun 1990. Beliau juga adalah pengasas rekod label Vampire Records dan memiliki Stesen radio sendiri yang bertapak di Australia.



KUMPULAN XPDC

Sementara itu, kumpulan XPDC yang sudah beraksi selama 28 tahun dalam industri seni tempatan sempat menyatakan keterujaan mereka untuk beraksi bersama dengan Cromok.

“Pastinya XPDC akan memberi persembahan terbaik untuk konsert ini. Kami sendiri tidak sabar untuk beraksi bersama-sama dengan Cromok,” kata Zuar yang juga merupakan pemain bes kumpulan XPDC.

Selain Zuar, XPDC yang juga dikenali dengan gelaran King of Stage ini turut dianggotai oleh Mael selaku vokalis, Jeff (gitar) dan Amy (dram). Bukan sahaja XPDC dan Cromok sahaja yang akan menjadi tumpulan pada malam itu, sebaliknya konsert malam itu turut menampilkan sistem bunyi yang cukup mantap dengan penggunaan sejumlah 64 Subbass.
Konsert ini juga menelan kos sebanyak lebih RM500,000. Konsep untuk konsert pada malam itu direka oleh Karl Cromok yang pastinya akan membuat penonton terbang dalam arena muzik metal kedua-dua kumpulan.



GANJARAN DAN AKTIVITI BUAT PEMINAT YANG HADIR

Peminat yang bertuah juga berpeluang memenangi Gitar Ibanez GRX70QA tajaan Joe Savana Gamma Rock House menerusi sesi cabutan bertuah yang akan diadakan di akhir konsert ini. Jualan cenderahati XPDC dan Cromok juga menanti peminat seperti t-shirt, CD/VCD, pick gitar dan juga poster yang boleh dijadikan sebagai tanda ingatan.

Peminat juga akan disajikan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti persembahan busking di pintu masuk sementara menunggu konsert bermula dari jam 12.00 tengahari hingga 7.00 malam. Penganjur berharap peminat-peminat tegar Cromok dan XPDC menjaga etika juga disiplin dan mematuhi segala syarat-syarat yang telah ditetapkan sepanjang konsert berlangsung bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar dan jayanya. 



PEMBELIAN TIKET MASUK

Tiket sudah mula dijual di www.ilassoticket.com dengan harga bermula RM68 (trash zone), RM120 (hardcore zone) dan RM250 (vip & backstage zone). Tiket-tiket juga dijual di XPDC Kita Peng Yu Shop (Uptown Kota Damansara) dan XPDC Bundle & Alteration Jeans (Kajang).

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Bro Yazid XPDC – 011 35030241

Dreamstage – 017 2630437

Atau lawat laman web di :
http://www.dgrandstage.com
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Malam yang penuh elegant dan mewah
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua....

Buat pertama kalinya, sebuah syarikat kosmetik tempatan, Karisma Cosmetic telah mengadakan Majlis Makan Malam Annual Award Dinner yang membawa tema Elegant Gold & Black meraikan kejayaan serta penghargaan buat stokis-stokis seluruh negara. Di samping itu, stokis-stokis juga akan menerima anugerah kerana telah menunjukkan komitmen yang kuat serta bertanggungjawab dan membuktikan penglibatan mereka yang kuat berusaha menaikkan nama KarismaCosmetic tanpa jemu.


Pemenang Anugerah akan membawa pulang Award Karisma Cosmetic, barang kemas serta tiket mengerjakan umrah bersama pasangan. Wow!! sangat menarik hadiah yang diberikan. Begitulah betapa pihak Karisma Cosmetic menghargai stokis-stokis di bawah naungannya. Pengasas Karisma Cosmetic, Puan Kartini dan suami yang sangat friendly dan Low Profile sangat bijak dalam perniagaan kosmetik selain dari perniagaan hartanah. Kata Puan Kartini atau lebih senang dikenali sebagai Kak Bie, tercetusnya nama 'Karisma' adalah dari ilham mimpi beliau yang mana sebelum itu telah merancang untuk memiliki perniagaan kosmetik. Maka, lahirlah Karisma Cosmetik yang baru berusia 3 tahun. Mempunyai 16 Agent dan 1000 stokis yang sangat aktif, antaranya di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Johor Bharu, Selangor, Brunei, Indonesia, Thailand dan Singapura.  


Cheq Sempoi bersama Puan Kartini Pengasas Karisma Cosmetic
Karisma Cosmetic yang beribu pejabat di Kelantan serta kilang dan makmal di  Shah Alam, Selangor telah melahirkan stokis-stokis yang berwibawa. Kata Kak Bie, insyallah beliau bercita-cita akan mengadakan Majlis seperti ini pada setiap tahun dan memilih tempat bagi meraikan stokis. Mengikut dimana stokis yang membuat income terbanyak. Menurut Kak Bie lagi, buat masa sekarang beliau belum lagi ada perancangan untuk melantik duta rasmi bagi produk beliau.

Produk Terbaru
Ramlah Ram

Hael Husairi

Lan Solo
Ifa Raziah & Cheq Sempoi
Selain mengadakan Majlis Makan Malam Annuar Award Dinner. Karisma Cosmetik membuat pelancaran produk terbaru mereka iaitu Green Coffee dan MPB Tongkat Ali Plus (Man Power Booster). Majlis yang sangat elegant dan mewah menjemput artis-artis popular seperti Ramlah Ram, Lan Solo (bekas Kumpulan Kristal) dan Hael Husaini. Masing-masing menyampaikan 3 lagu popular mereka. Majlis yang dihoskan oleh penyanyi dan juga pelakon terkenal, Ifa Raziah yang sangat happening!!! mengamatkan suasana dinner. Cheq Sempoi tidak sedar majlis yang bermula seawal 6.30 petang telah selesai 12 malam.   

Memang sangat meriah, stokis-stokis yang hadir masing-masing dengan busana nan indah, baju merelip-relip menepati tema dinner kali ini iaitu Elegant Black & Gold, seperti menghadiri Majlis Di Raja penuh dengan puteri-puteri cantik seperti kisah dongeng Cinderella. Bukan sahaja stokis dari Malaysia, malah juga stokis yang datang dari jauh pun sangat spoting mengenakan pakaian mengikut tema sempena majlis tersebut. 



Puan Kartini & Suami
Sesi Temuramah


Dengan tagline Karisma Cosmetic #PastiCantikSangat dan #KeranaDirikuBegituBerharga. Produk ini memang sudah dikenali ramai terutamanya di Kelantan. Formula terbaik untuk mengatasi merawat masalah jerawat serta jeragat dan pakar pencerahan kulit.


Majlis juga mengadakan pertandingan 'Best Dress'. Untuk finale, 3 calon wanita dan 3 calon lelaki dihadirkan ke atas pentas untuk dipilih sebagai pemenang. Calon-calon dikehendaki membuat 'fashion walk' mengikut irama muzik dan pemenang telah dipilih bedasarkan sorakan dan tepukan dari tetamu yang hadir. Memang kesemua calon sporting habis dengan gaya catwalk masing-masing.
Acara Best Dress
Sebagai Penutup majlis Ifa Raziah membawakan lagu duet dengan Hael Husaini, Ifa turut mendendangkan seleksi lagu-lagu dangdut popular masakini seperti Sakitnya Tuh Disini, Tak Tun Tuang, Perawan Atau Janda dan lain-lain lagi. Bergelek sakanlah semua para tetamu termasuk Cheq Sempoi goyang-goyang kaki bawah meja. Betapa meriahnya pentas malam tersebut.





Majlis malam tersebut berlangsung lancar dan sangat meriah. Seronok dapat hadir memeriahkan majlis tersebut. Makanan pun sedap dan mewah, dilayan macam VIP. Sebelum balik, sempat kami merakam gambar bersama dengan pengasas Karisma Cosmetic, Puan Kartini bersama suaminya. Tahniah di atas kejayaaan majlis annual award dinner dan semoga Karisma Comestic terus maju jaya! dan dimurahkan rezeki dan menjemput lagi bloggers media membuat liputan.





Bergambar sebelum balik
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Karisma Cosmetic, bolehlah layari : 
Laman FB mereka di Karisma Cosmetic HQ.
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • Tanpa Redha Suami, Balasan Isteri Ke Neraka. Suami Bongkar Kecurangan Isteri
    Aku seorang suami kepada seorang isteri janda anak satu. Ketika aku menulis air mata ini bercucuran mengenangkan apa yang  telah terjadi.  ...
  • PWTC | SENARAI RUMAH ANAK-ANAK YATIM 2018
    Kredit gambar Google [ PWTC ] SENARAI RUMAH ANAK-ANAK YATIM 2018 PERINGKAT PERTAMA ( 10 MEI 2018 ) PERTUBUHAN NUR KAS...
  • LIMPAHAN CHOCOLATE | DI MUSEUM CHOCOLATE KOTA DAMANSARA | DESTINASI MENARIK TAHUN 2018
    Assalamualaikum dan salam sayang semua... bersama Tim Propa Rangers kali ini sangat menggembirakan Cheq Sempoi dan anak-anak....
  • RESORT WORLD KIJAL TERENGGANU | MENJANJIKAN KETENANGAN KEDAMAIAN DAN KEPUASAN PARA PENGUNJUNG | TEMPAT PENYU BERTELUR
    Assalamualaikum dan salam sayang buat semua... Cheq sempoi sini!!! sudah lama Cheq Sempoi tak bersiaran. Sejak kebelakangan ni kesi...
  • JUARA | POWER ANTABAX GRAFFITI DAN PERMAINAN WARISAN 'BANGKU SEKOLAH'
    JUARA Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Baru-baru ini Cheq Sempoi serta anak-anak mendapat jemputan dari Antabax Power Ma...
  • D AURA CAFE, RESTORAN 5 BINTANG BERKONSEPKAN "ROMANTIC" PILIHAN SETIAP PASANGAN
    Gambar Ihsan FB D Aura Cafe Cheq Sempoi Dihadapan D Aura Cafe  Assalamualaikum dan salam sayang buat semua, Bertarikh 5 O...
  • Safi | Jenama Unggul | Produk Penjagaan Diri | Pilihan Seisi Keluarga Sejak Dulu Hingga Kini
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada satu majlis perasmian produk SAFI Shower. Cheq Sempoi telah berpeluang merasai wang...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • [Tasneem Naturel Balm] Mujarab, Berkesan & Ajaib Bila Disapu
    Nice Packaging Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Lama sudah Cheq Sempoi mencari, akhirnya Cheq Sempoi bertemu dengan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI