• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Assalamualaikum...
Hai Cheq Sempoi sini ๐Ÿ˜


RESEPI COCKTAIL SF DAN SANDWICH SARDINE SF | BERBUKA DAN SAHUR | BAHAN TERBAIK DARI LADANG

Selamat berpuasa semua, sedar tak sedar dah seminggu kita berpuasa ๐Ÿ˜ฒ di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keindahan yang tersendiri. Biasalah bila tiba bulan Ramadhan, semua para ibu lah yang paling sibuk. Macam-macam benda dia nak urusan terutama bab menu berbuka Dan bersahur. Hari-hari sibuk fikir apa yang nak dimasak untuk suami Dan anak-anak.

Kami sekeluarga amat bersyukur setiap bulan akan membeli barang-barang dapur Dan keperluan di Pasaraya Segi Fresh dimana-mana cawangan asalkan Segi Fresh. Pendek kata "SEGAR DARI LADANG" ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿคญ. Tambahan bulan. Puasa ni makan kena lah yang sihat Dan Segar kerana kalau dapat yang tidak segar kemungkinan boleh sakit perut sebab seharian perut kita kosong. Jadi kena lah makan makanan dari yang terbaik.


Antara Anugerah Yang Diterima

Memang sangat berbaloi, murah, berkualiti dan segar semua produk yang ada di Pasaraya Segi Fresh. Puas hati Cheq Sempoi dapat membeli barang keperluan untuk sebulan Ramadhan dengan harga sangat berbaloi. Ok lah jom tengok apa yang Cheq Sempoi shopping untuk stok bulan puasa. ๐Ÿ˜˜

Haaa.. Banyak kan??? Semua ada ๐Ÿ‘Œ semua ni tidak melebihi RM100!!! 

Bila semua barang-barang keperluan dapur penuh macam ni, baru lah semangat nak. Masak tu bertimpa-timpa bagai kan seorang Chef hebat di dapur. Jom kita ke Dapur Cheq.. dan apa menu masakan yang paling mudah dan senang untuk berbuka puasa dan sahur. ๐Ÿ˜‹




MINUMAN BERBUKA YANG MENYEGARKAN TEKAK ๐Ÿ˜‹

Jenama dari Trader's Choice

๐Ÿ’– RESEPI COCKTAIL SF ๐Ÿ’–

Bahan-Bahannya :
  • 1 Tin Susu cair (jenama dari Trader's Choice)
  • 1 Tin air longan (jenama dari Trader's Choice)
  • 2 Tin air laici (jenama dari Trader's Choice)
  • Cocodinata, sumi, dll (bahan tambahan)
  • Sedikit kiub ais batu

Cara-caranya :

๐Ÿ“ŒCampurkan ke semua bahan-bahan... air longan, air Laici, cocodinata, sumi dan susu cair ke dalam bekas air. Kacau sebati dan masukkan kiub Ais batu.


Siap!!! Selamat mencuba dan Selamat menyegarkan tekak ๐Ÿ˜‹



MENU SAHUR YANG MUDAH DAN MENYELERAKAN ๐Ÿ˜‹

Sandwich SARDINE SF
Jem pelbagai pilihan jenama dari Crown's Choice boleh jugak Diambil bersama roti

๐Ÿ’– RESEPI SANDWICH SARDINE SF ๐Ÿ’–

Bahan-Bahannya :
  • 1 Tin Sardine (jenama dari Trader's Choice, sedap)
  • 10 keping Roti Potong (siap potong dulu kulit keras nya)
  • Sebiji Bawang Besar (dipotong kecil)
  • 5 biji Cili padi (jika suka pedas tambah jer dipotong halus)
  • Sedikit garam
  • Sedikit Minyak masak
  • Daun salad (hiasan)

Cara-caranya :

๐Ÿ“ŒSardine adalah bahan utama, perlu dihancurkan terlebih dahulu.
๐Ÿ“ŒKemudian panaskan minyak masak ke dalam kuali. Tumiskan bawang besar yang di potong kecil.
๐Ÿ“Œ Masukkan cili api yang dipotong halus. Gaul sekata dengan bawang.
๐Ÿ“Œ Tambahkan garam garam secukup rasa.
๐Ÿ“Œ Akhir sekali ambil roti yang sudah dibuang tepinya, dan letak kan salad segar Segi Fresh atas roti serta letak kan pula inti Sardine yang dimasak tadi atas salad. Buat sampai habis.


Siap!!! Selamat mencuba dan Selamat menjamu selera ๐Ÿ˜‹

Jenama Berkat
Jenama Segi Fresh & Trader's Choice

Ha.. Nak tahu kenapa resepi Cheq ada "SF"?? sudah semestinya Bahan-bahan segar di beli dari "Segi Fresh" ๐Ÿคญ

Bahan-bahan basah dan kering di SEGIFRESH, terutama barangan dapur memang sangat murah, sangat menjimatkan. Patutlah orang sentiasa ramai dan penuh sepanjang masa terutama kalangan peniaga-peniaga serta suri rumah suka berbelanja di SEGIFRESH.


Untuk maklumat lanjut tentang SegiFresh Sila click link tertera di bawah :

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/segifreshmarket/

FACEBOOK
https://www.facebook.com/Segifresh/
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum... 
Hai, Cheq Sempoi sini ๐Ÿ˜˜



LAPORAN PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) TENTANG PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD) 

Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tentang penyakit tidak berjangkit (NCD) merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian. Laporan tersebut memberikan gambaran tentang kesan penyakit ini terhadap mortaliti manusia di seluruh dunia. NCD merupakan punca utama kematian di seluruh dunia, Dan penyebab kepada 41 juta atau lebih 71% daripada kematian dunia yang berjumlah 57 juta pada 2016.

Empat NCD utama telah dikenal pasti sebagai penyebab kepada 54% daripada semua kematian global, atau 79% daripada semua kematian NCD. NCD tersebut ialah :

๐Ÿ“Œ Penyakit kardiovaskular - 17.9 juta
๐Ÿ“Œ Kanser - 9 juta
๐Ÿ“Œ Penyakit Pernafasan Kronik - 3.8 juta
๐Ÿ“Œ Diabetes - 1.6 juta

"NCD dikenali sebagai penyakit zaman moden Dan sebahagian besarnya disebabkan oleh perubahan dalam gaya hidup dan tabiat kita. Ini terbukti dalam laporan WHO yang menunjukkan bahawa penggunaan alkohol, tembakau, tabiat pemakanan Dan ketidakaktifan fizikal sebagai risiko tingkah laku utama yang berkaitan dengan NCD.


“keadaan di Malaysia adalah lebih teruk dengan laporan yang mendakwa bahawa kematian akibat penyakit kardiovaskular menyumbang kepada 35% daripada jumlah kematian di negara ini – lebih tinggi daripada purata global sebanya 13%”
Kata, Mr. Ho Swee Lin, (Pengurus Besar Cambert (M) Sdn Bhd. 




PRODUK CURCUMIN | TEKNOLOGI PARTIKEL NANO JEPUN | PENAWAR PENYAKIT ZAMAN MODEN


Oleh yang demikian Cambert (M) Sdn. Bhd. mengambil inisiatif serta bertanggungjawab dalam memperkenalkan makanan suplemen tambahan kesihatan Theracurmin® yang mempunyai rumusan curcumin yang terbukti secara inovatif dan klinikal menggunakan ekstrak Curcuma longa atau lebih dikenali sebagai kunyit. 

Produk Kordel's Malaysia ini telah dikaji Dan menunjukkan bahawa khasiat curcumin yang boleh mematikan aktiviti keradangan utama dalam badan dengan menghalang kompleks protein yang dikenali sebagai NF-kB atau faktor nuklear kappa-light-chain-enhancer sel B turut memainkan peranan utama dalam pelbagai penyakit kronik seperti artritis, penyakit kardiovaskular, kanser, sindrom metabolik, alzheimer, serta keadaan degeneratif yang lain.

Theracurmin® berkesan kerana ia dihasilkan melalui proses yang dipatenkan menggunakan teknologi Nano-zarah Jepun yang memanfaatkan sistem granulasi dan ultra halus untuk menukar serbuk kunyit kepada zarah sub-mikron yang digelar curcumin Nano-zarah yang mudah diserap selama 24 Jam. 



Boleh di campur ke dalam jus

KHASIAT DAN KELEBIHAN KORDEL’S BIO-CURMIN UNTUK SEMUA GOLONGAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NDC) 

Semua golongan yang berpotensi mendapat penyakit tidak berjangkit ( NDC ) disarankan mengamalkan Kordel's Bio-Curmin seperti :

  1. Kanser, tekanan darah tinggi, kolesterol, penyakit jantung dan diabetes. 
  2. Mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi kanser, diabetes, sakit jantung dan stroke
  3. Mereka yang tidak mampu mengawal nafsu makan yang menggalami masalah berat badan (obesiti) dan tidak mengamalkan budaya aktif bersukan. 
  4. Mereka yang mempunyai berat badan yang berpotensi menghidapi diabetes (suka makan makanan manis) tidak mengamalkan Makanan yang sihat. 
  5. Mereka yang sentiasa mengalami tekanan emosi, merokok dan ketagihan alkohol. 

Kelebihan daripada Penyelidikan klinikal terhadap Theracurmin® menunjukkan bahawa ia juga meningkatkan fungsi dinding saluran darah yang membolehkan tubuh manusia mengawal tekanan darah dengan lebih baik dan menghalang pembekuan yang menyebabkan penurunana 65% risiko penyakit jantung dan ia membuktikan keberkesanan dalam menyekat perkembangan, pertumbuhan dan penularan kanser diperingkat molekul.




Suplemen kesihatan Theracurmin® boleh didapati di semua peruncit dan farmasi terkemuka di seluruh negara. Didatangkan dalam bentuk kapsul sangat mudah di ambil. Sebarang Maklumat lanjut? Sila tekan link di bawah. 

LAMAN WEB : 
http://kordels.co

FACEBOOK : https://www.facebook.com/Kordels

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/mykordels
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan salam sayang semua,
Cheq Sempoi sini...๐Ÿ˜




SAFI FAIR BEAUTY MINUMAN BERI KOLAGEN MENYERLAHKAN KEJELITAAN DARI LUARAN DAN DALAMAN WANITA



Mari semua wahai wanita teragung, Cheq Sempoi nak bagi tahu jenama SAFI telah mengeluarkan produk terbaru. Jenama penjagaan kulit Halal No.1 Malaysia melancarkan SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen dirumus khusus dengan nutrisi kecantikan yang diperlukan untuk badan. Minuman kecantikan berasaskan kombinasi bahan terpilih seperti Kolagen Marin terhidrolisis, Peptida Sutera, Vitamin C dan Beri Acai ini diperakui Halal oleh JAKIM diformulasi khusus kerana manfaat anti-penuaan dan anti-oksidanya yang tinggi.

Woww!!!๐Ÿ˜‰Inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SERI - SAFI Excellence in Research and Innovation Centre makmal produk Halal terbesar di dunia, yang berpusat di Subang Jaya.



“Sebagai peneraju jenama produk kecantikan halal, kami berbangga dengan pasukan penyelidik dan pakar saintis yang berdedikasi dalam menghasilkan inovasi kecantikan halal yang berkualiti tinggi dalam memenuhi impian para wanita memiliki raut wajah menawan dan kulit muka yang sihat melalui rutin penjagaan kulit muka menyeluruh bermula dari dalaman” ujar Encik Sriram Krishnamurthy, (Ketua Eksekutif Wipro Unza (M) Sdn.Bhd.)

Kolagen merupakan protein yang paling banyak di dalam tubuh badan dan membentuk kira-kira 70% sel kulit kita. Ia membantu pertumbuhan kulit, kuku dan rambut yang sihat. Dalam lapisan dermis kulit kita, kolagen adalah infrastruktur penting yang diperlukan untuk mengekalkan keanjalan kulit, melembut, melembap dan juga membantu pembaharuan sel-sel kulit.


Pada majlis tersebut, Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI turut berkongsi dengan lebih lanjut tentang manfaat “BFF kecantikan” terbaru dari SAFI yang dipasarkan sebagai rangkaian produk kecantikan tambahan kepada rutin penjagaan kulit muka SAFI anda untuk kesan yang lebih efektif. Para pengguna tidak perlu ragu-ragu untuk mengambil minuman Kolagen SAFI kerana ia adalah hasil dari keutuhan jenama SAFI sebagai pakar di dalam penjagaan kulit yang berpengalaman.

“Faktor persekitaran seperti pendedahan kepada sinaran UV, tekanan, masalah kurang tidur dan gaya hidup seseorang individu itu boleh menyebabkan kulit tidak bermaya serta kusam. Oleh itu, pengambilan minuman kolagen SAFI dapat merangsang kadar penghasilan kolagen,serta menjadikan kulit lebih mulus, cerah dan berseri”.
Tambah beliau lagi, “SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen menggunakan Kolagen Ikan terhidrolisis (HFC/Hydrolyzed Fish Collagen) dari sumber kolagen ikan berasal dari Ikan lautan. HFC mempunyai kandungan protein yang tinggi, larut air dan tidak berbau, lebih mudah dicerna dan diserap oleh badan. Kombinasi manfaat nutrisi kecantikan Beri Acai di dalam minuman kecantikan ini bukan sahaja membantu penghasilan kolagen, ia juga menjadikan tona kulit lebih cerah, sekata dan lebih halus”.


Minuman SAFI kolagen ini sesuai diambil oleh mereka yang berusia 25 tahun keatas. 1 bekas SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen (450g) mengandungi 90,000mg kolagen. Para pengguna disarankan mengambil 1 sudu (15g) serbuk SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen yang mengandungi 3,000mg kolagen pada sebelah malam 1 – 2 jam sebelum waktu tidur, ini kerana proses perawatan dan pembentukan sel kulit muka berlaku ketika tidur. Lebih berkesan lagi, anda boleh menggunakan sebarang produk penjagaan kulit muka SAFI umpamanya krim malam agar kulit mendapat perawatan dari luar dan dalam semasa tidur.




Nutrisi kecantikan bahan utama di dalam SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen:

๐ŸŒธ Marine Collagen (Kolagen Marin) 
  • Berat molekul rendah untuk penyerapan mudah.
  • Tiada rasa, tiada bau – oleh itu anda tidak perlu risau tentang bau atau rasa hanyir.
๐ŸŒธ Silk Peptide (Peptida Sutera)
  • Kaya dengan Asid Amino, protein penting untuk struktur kulit.
๐ŸŒธ Acai Berry & Vitamin C
  • Kaya dengan manfaat anti-oksida yang tinggi untuk kulit.




Anda boleh menikmati minuman SAFI kolagen ini bersama minuman sejuk dan panas atau sup kegemaran anda kerana kolagen di dalamnya mampu menahan suhu panas sehingga 300° Celcius. SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen diformulasikan oleh SERI - SAFI Excellence in Research and Innovation Centre dan dikilangkan oleh pengeluar terkemuka dengan Amalan Pengilangan Baik (GMP), disahkan dengan MesTI, berstatus BioNexus dan semestinya diperakui Halal oleh JAKIM. 

SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen dipasarkan dalam dua jenis pilihan bekalan – 1 Bekas x 450g (Pek 30 hari) RM 98.10 dan 1 kotak (7 paket) x 15g RM 29.60 yang boleh didapati di pasaraya, rangkaian farmasi dan toko jamu terpilih di Malaysia. Minuman SAFI kini juga boleh dibeli secara atas talian melalui portal e-dagang LAZADA untuk 3 bulan pertama.





SAFI JENAMA YANG SANGAT DIYAKINI OLEH WANITA KINI HALAL NO. 1 TANPA WAS-WAS


Sejak tahun 1985, SAFI memberi keyakinan kepada pengguna Islam dengan rangkaian produk penjagaan badan dan kecantikan kulit yang bukan sahaja “Selamat dan Suci” tetapi juga berasaskan sains yang menepati keperluan dan kehendak pengguna. Inovasi yang menjadi teras di dalam setiap produk keluaran SAFI di dalam setiap kategori yang ditawarkan dari segi pemilihan bahan aktif yang berkesan, kombinasi keseluruhan termasuk wangian , sentuhan , penampilan dan reka bentuk luaran. 

SAFI bangga sebagai jenama Malaysia yang mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit HALAL yang termaju dan terbesar di dunia iaitu SERI - SAFI Excellence in Research and Innovation Centre. Produk SAFI merangkumi rangkaian produk penjagaan kulit muka, mandian, deodoran, talkum, ubat gigi, syampu, produk penata gayaan rambut dan produk penjagaan kebersihan peribadi wanita yang kini dipasarkan di Asia Tengah, Indonesia, Brunpei dan Singapura.


Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI atau Produk ini boleh didapati secara online di Shopee dan Lazada atau di alamat :

No. 10, Jalan Subang 2, 
Taman Perindustrian Subang, 
47610 Subang Jaya
    
Atau sila layari :

LAMAN WEB | FACEBOOK | INSTAGRAM

Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum & salam sayang semua ๐Ÿ˜™
Cheq Sempoi sini..


PROGRAM TUNJUK AJARKU SIFU BERSAMA PENGAMAL MEDIA SOSIAL BERJAYA MENCAPAI MATLAMATNYA

Untuk mencapai sebuah negara maju 2020 bukanlah suatu perkara mudah. Sekali lagi Cheq Sempoi terlibat dengan Program Tunjuk Ajarku Sifu bersama Pengamal Media Sosial pada 10 November 2018, bertempat di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jalan Duta baru-baru ini. LHDNM terus menzahirkan komitmen dan menyokong setiap perancangan kerajaan melalui perlaksanaan peranannya sebagai ejen kutipan hasil dan penguatkuasaan undang-undang percukaian bagi, memastikan reputasi LHDNM amnya dan kerajaan khususnya sentiasa dipandang tinggi oleh rakyat.



LHDNM juga merupakan agensi kerajaan yang sentiasa berpegang dengan nilai-nilai moral dan integriti yang tinggi dalam menjalankan fungsinya dan kesepaduan yang terjalin telah memacu prestasi kutipan cukai langsung negara yang kekal menjadi penyumbang utama hasil negara sehingga kini sekaligus berupaya membantu negara mencapai status negara maju berpendapatan tinggi seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020. 

Kesedaran mengenai cukai perlu dipupuk kepada rakyat negara ini bermula pada usia muda sebagai landasan terbaik kepada mereka dalam menyemai semangat patriotik dan cinta terhadap tanah air. Kalau semua nak tahu, seusia Lara Alana dan Aisyah Dhiarana (Anak selebriti tanahair) pun membayar cukai. Rupanya membayar cukai ni tiada ada had umur. 



KEPENTINGAN DAN MATLAMAT PROGRAM

Program ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam melakukan reformasi percukaian bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela mengisytiharkan pendapatan bagi meningkatkan kutipan cukai untuk pembangunan negara. Pengakuan sukarela ini boleh dibuat di mana-mana pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di seluruh negara bermula pada 3 November 2018 sehingga 30 Jun 2019.


Sebagai usaha untuk meringankan beban rakyat, kerajaan telah mengumumkan Program Khas Pengakuan Sukarela (Pengakuan Sukarela) dalam pembentangan Bajet 2019. Program ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam melakukan reformasi percukaian bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela mengisytiharkan pendapatan dan seterusnya berupaya meningkatkan kutipan hasil untuk pembangunan negara.



Pengakuan sukarela ini boleh dibuat di mana-mana pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di seluruh negara bermula pada 3 November 2018 dan akan berakhir pada 30 Jun 2019. Ia ditawarkan kepada semua kategori pembayar cukai di mana kadar penalti akan dikurangkan mengikut tempoh pengakuan sukarela dan bayaran cukai dibuat. Melalui tawaran ini pembayar cukai akan dikenakan penalti yang lebih rendah iaitu antara 10% hingga 15% daripada amaun cukai yang kena dibayar berbanding kadar penalti yang lebih tinggi antara 80% hingga 300% selepas tempoh pengakuan sukarela tamat.




Program ini diharapkan akan dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas berkaitan cadangan pindaan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 serta akta-akta berkaitan yang dibentangkan melalui Bajet 2019 tersebut serta mewujudkan masyarakat yang celik cukai. 

Cara dan Peraturan Bayaran serta soalan lazim berkaitan akan dimuat naik pada portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my sebagai rujukan pembayar cukai.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pengakuan sukarela ini boleh diajukan kepada:

Hasil Careline (LHDN) di talian : 
1-800-88-5436 
atau 
603-7713 6666 (Luar Negara) 
atau 
e-mel : pengakuansukarela@hasil.gov.my
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum, 
Hai Cheq Sempoi sini ๐Ÿ˜




PROGRAM | NAK UBAH HIDUP 2019 | KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES 

Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu seminar yang semua sedia maklum mempunyai aura yang sangat kuat Dan positif. Siapa lagi kalau bukan seorang mentor yang telah dikenali seluruh Malaysia. Memperkenalkan Master Coach Richworks, Dr Azizan Osman yang telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutaan Dan banyak menyumbang kepada perkembangan Dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak Bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program BISNES Dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan. 



Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

RICHWORKS | MAHU BANTU 10,000 ORANG UNTUK UBAH HIDUP | SEMPENA MERDEKA 2019

Berita baik buat semua, Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks. 




Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.

Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.


Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

RichWorks melihat program ini sebagai peluang untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.



"Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga. 
“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.” 



Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.

“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.” 
“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan lagi.



APA TUNGGU LAGI!!! ๐Ÿ˜ฒ๐Ÿ˜ฒ๐Ÿ˜ฒ

Pendaftaran program NAK UBAH HIDUP masih dibuka. Cepat mendaftar masa tak tunggu kita, siapa lambat akan ke Tinggalan, siapa cepat dia dapat dengan kejayaan!!! ๐Ÿ’–๐Ÿ’–


Untuk maklumat lanjut, layari:

Facebook : Azizan Osman Official Page
Instagram : Azizan Osman Official
Twitter : Azizan Official
Youtube : Azizan Osman
Linked : Azizan Osman Official

Website : www.nakubahhidup.com / www.richworks.com

Email: inquiries@richworks.com.my
Hotline : 1-300-88-2424
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • Tanpa Redha Suami, Balasan Isteri Ke Neraka. Suami Bongkar Kecurangan Isteri
    Aku seorang suami kepada seorang isteri janda anak satu. Ketika aku menulis air mata ini bercucuran mengenangkan apa yang  telah terjadi.  ...
  • PWTC | SENARAI RUMAH ANAK-ANAK YATIM 2018
    Kredit gambar Google [ PWTC ] SENARAI RUMAH ANAK-ANAK YATIM 2018 PERINGKAT PERTAMA ( 10 MEI 2018 ) PERTUBUHAN NUR KAS...
  • LIMPAHAN CHOCOLATE | DI MUSEUM CHOCOLATE KOTA DAMANSARA | DESTINASI MENARIK TAHUN 2018
    Assalamualaikum dan salam sayang semua... bersama Tim Propa Rangers kali ini sangat menggembirakan Cheq Sempoi dan anak-anak....
  • RESORT WORLD KIJAL TERENGGANU | MENJANJIKAN KETENANGAN KEDAMAIAN DAN KEPUASAN PARA PENGUNJUNG | TEMPAT PENYU BERTELUR
    Assalamualaikum dan salam sayang buat semua... Cheq sempoi sini!!! sudah lama Cheq Sempoi tak bersiaran. Sejak kebelakangan ni kesi...
  • JUARA | POWER ANTABAX GRAFFITI DAN PERMAINAN WARISAN 'BANGKU SEKOLAH'
    JUARA Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Baru-baru ini Cheq Sempoi serta anak-anak mendapat jemputan dari Antabax Power Ma...
  • D AURA CAFE, RESTORAN 5 BINTANG BERKONSEPKAN "ROMANTIC" PILIHAN SETIAP PASANGAN
    Gambar Ihsan FB D Aura Cafe Cheq Sempoi Dihadapan D Aura Cafe  Assalamualaikum dan salam sayang buat semua, Bertarikh 5 O...
  • Safi | Jenama Unggul | Produk Penjagaan Diri | Pilihan Seisi Keluarga Sejak Dulu Hingga Kini
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Pada satu majlis perasmian produk SAFI Shower. Cheq Sempoi telah berpeluang merasai wang...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • [Tasneem Naturel Balm] Mujarab, Berkesan & Ajaib Bila Disapu
    Nice Packaging Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Lama sudah Cheq Sempoi mencari, akhirnya Cheq Sempoi bertemu dengan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI