• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu preview bufet Ramadhan di PWTC. Adoiii... selama ni Cheq Sempoi ingatkan kat PWTC ni hanya satu tempat yang menawarkan untuk mengadakan event-event Kerajaan atau Korporat sahaja, contohnya pameran buku, pameran seni lukis yang mana Cheq Sempoi pernah hadiri. Rupanya di dalam tu macam-macam ada. Tempat warga KL shoping dan makan-makan. Cheq Sempoi dapat event review bufet Ramadhan daripada Restoran Riverside, PWTC. Wow... makanannya banyak sangat macam kat hotel-hotel yang biasa Cheq Sempoi review?. Tapi kali ni lain sikit. PWTC dengan kerjasama Restoran Riverside hari ini memperkenalkan bufet 'Selera Ramadhan di PWTC' yang menawarkan lebih 300 juadah makanan termasuk 24 buah gerai makanan berkonsepkan pasar malam berempena dengan majlis ulasan media di Restoran Riverside, PWTC.


HARGA BUFET 'SELERA RAMADHAN' DAN PEMBELIAN BAUCAR DISKAUN SEBELUM 16 MEI 2018

Bufet Ramadhan tersebut boleh ditempah mulai 17 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018 di Legar Putra, PWTC. Harga bufet 'Selera Ramadhan' ini ialah RM88 bagi dewasa, RM75 bagi warga emas yang berusia 60 ke atas dan RM45 bagi kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 ,tahun. Selain itu, PWTC juga menawarkan pembelian baucar 'early-bird' dengan harga RM75 bagi pelanggan yang membeli sebelum 16 Mei 2018.


BUFET RAMADHAN BERKONSEPKAN 'PASAR MALAM' DI PWTC

Apa?? berkonsepkan pasar malam? Hiss macam mana pulak tu?? Tu la kan tarikan untuk kita beribadah tu sangat lah Allah jaga. Allah hantarkan keajaiban yang boleh kita kongsi bersama sesama kita sempena bulan Ramadhan bulan mulia. Menyedari tentang selera Muslimin dan Muslimat yang lebih gemarkan makanan-makanan ringkas dan kepelbagaian yang ditawarkan di bazaar atau pasar malam setiap kali tibanya bulan puasa, PWTC mengambil pendekatan dengan menawarkan menu-menu khas pasar malam dengan keselesaan di dalam ruangan berhawa dingin. Dengan itu, para pengunjung tidak lagi perlu bersesak dan berpanas hanya untuk mendapatkan mnu-menu tertentu pasar malam.

Malah, PWTC juga turut menyelitkan elemen-elemen pasar malam ke dalam hiasan gerai, pakaian pelayan dan chef selain cara makanan dihidangkan. Pengunjung juga dihiburkan dengan alunan muzik dan nyanyian oleh Kumpulan  Picha-Picha Featuring Linda Eva sepanjang bulan Ramadhan ini.



24 GERAI MAKANAN MENAWARKAN KEMUDAHAN DAN MENU-MENU SELERA RAMADHAN YANG SANGAT SEDAP SERTA MENJADI PILIHAN RAMAI

Antara menu-menu pasar malam yang ditawarkan di 24 gerai makanan Selera Ramadhan di PWTC termasuklah apam balik, char kuetiau, putu piring, nasi kerabu, nasi dagang, burger, roti john, aneka jenis kuih melayu, roti canai dan murtabak, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur udang, cucur pisang, sate, yong tauhu, cakoi, tauhu bakar, rajak dan rojak buah serta air tebu dan air mata kucing. Selain menu pasar malam, pasukan Chef yang diketuai oleh Chef Eksekutif, En. Suzaini Mohamed Salih, juga menghidangkan pelbagai menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar setiap hari. (Rujuk Menu Yang Dilampirkan)

Para pengunjung juga boleh menikmati bufet dengan tenang kerana mereka boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman, Aras 3 di PWTC. Segala kelengkapan seperti telekung untuk kaum Muslimah dan sejadah turut disediakan.




LAIN-LAIN PAKEJ BERBUKA PUASA TURUT MENJADI PILIHAN PERSENDIRIAN ATAU KORPORAT DI PWTC

PWTC turut menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat di Dewan Bankuasi dengan harga RM98 seorang untuk tempahan 100 orang ke atas. Manakala harga bagi tempahan minima 50 orang pula ialah RM115 seorang. Pakej termasuk hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, ruang khas solat serta kadar bayaran parkir tetap RM5 sekali masuk (bermula 6.00 petang).

Selain daripada itu, PWTC juga turut berbesar hati untuk kembali menganjurkan program "Mari Beramal Di Bulan Ramadhan" dengan membuat lawatan serta menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan wang tunai ke beberapa rumah penjagaan orang-orang tua dan rumah anak yatim yang terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. (Rujuk Senarai Anak-Anak Yatim Dilampirkan)







UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN ATAU PEMBELIAN BAUCER BUFET SELERA RAMADHAN @PWTC, PARA PELANGGAN BOLEH TERUS KE KAUNTER TEMPAHAN DI ARAS2, PWTC YANG DIBUKA DARI PUKUL 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG ATAU BOLEH MENGHUBUNGI 
RESTORAN RIVERSIDE DI TALIAN 03-2614 6701/ 6702 ATAU 03-2614 6262
Portal Rasmi : www.pwtc.com.my

Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
MEDIA BUFET SELERA RAMADHAN DIPWTC
RIVERSIDE RESTAURANT (16 APRIL 2018)



ULAM-ULAM DAN SALAD
DAUN CEYLON, ULAM RAJA, KACANG BOTOL, PETAI, TOMATO, TIMUN, DAUN PEGAGA, JERING, TERUNG PIPIT, BENDI, JANTUNG PISANG, PUCUK UBI, TENGGEK BURUNG, DAUN GAJUS (8 JENIS) 

KEROPOK 
KEROPOK UDANG, KEROPOK IKAN, PAPADOM, KEROPOK SAYUR, KEROPOK MALINJA, REMPEYEK

IKAN MASIN 
IKAN KURAU, IKAN TENGGIRI, BULU AYAM, GELAMA, KEMBUNG, TALANG, 
TELUR MASIN

JERUK-JERUK 
BETIK, MANGGA, SENGKUANG, KEDONGDONG, CERMAI, SALAK, KELUBl, JAMBU BATU 

SAMBAL AND DRESSING
SAMBAL BELACAN, CILI KICAP, BUDU, CENCALUK AIR ASAM, SAMBAL TEMPOYAK, SAMBAL MANGGA, SAMBAL NENAS, SAMBAL BACANG, PICKLED LEMON, PICKLED MIXED VEGE, 1000 ISLAND, FRENCH AND ITALIAN DRESSING 

SAMPINGAN 
ACAR RAMPAI, ACAR BUAH, PAJERI NENAS, TAUHU SUMBAT, SAMBAL TEMPE & KACANG PULUT KUNING, LEMANG, KETUPAT UBl & KELEDEK REBUS, SERUNDING AYAM & DAGING, RENDANG AYAM, RENDANG DAGING, IKAN MASIN, SAMBALTUMIS IKAN BILIS 

KERABU 
KERABU SOTONG, KERABU MANGGA, KERARU AYAM, KERABU DAGING, KERABU TAUGE, KERABU UDANG, KERABU BETIK MUDA, KERABU JANTUNG PISANG, KERABU PARU, KERABU NENAS, KERABU HATI, KACANG BOTOL, KERABU PERUT (10 JENIS)

HIDANGAN PANAS 
NASI PUTIH
AYAM KAMPUNG GORENG KUNYIT 
DAGING GULAI KAWAH 
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK 
DAGING RENDANG TOK 
KAMBING GORENG BEREMPAH 
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI PADI 
SOTONG MASAK KARI NENAS 
UDANG SAMBAL PETAI 
SAYUR PUCUK UBI LEMAK TEMPOYAK 
SAYUR PUCUK PAKU GORENG BELACAN 



GERAI 1 
BUBUR LAMBUK
SUP CENDAWAN
3 JENIS ROTI / MENTEGA
SUP TULANG LEMBU DALAM PERIUK BESAR
SUP TULANG KAMBING DALAM PERIUK BESAR
KICAP PEDAS, DAUN SUP, DAUN BAWANG

GERAI 2 (MASAKAN TEMPATAN)
KUETIAU, MIHUN, MIKUNING, 
MI LAKSA (2 JENIS)
KUAH TOM YAM, KUAH LAKSA, KUAH MI KARI, 
KUAH MI BANDUNG, KUAH MI REBUS 
DAGING, UDANG, AYAM, SOTONG, FISH BALL, FISH CAKE, SAWI, KANGKUNG, TAUGE, BAWANG GORENG, CILI POTONG, CILI PADI, CILI JERUK

GERAI 3 (MASAKAN CINA)
NASI AYAM DENGAN KONDIMEN, CILI SOS, SUP, HALIA KISAR, KICAP PEKAT

GERAI 4
ROTI CANAI DAN MURTABAK DENGAN KARI, DAL DAN SAMBAL

GERAI 5 (MASAKAN TEMPATAN)
PISANG GORENG, CUCUR UDANG, CUCUR PISANG, KELADI, CEMPEDAK, KELEDEK, KEROPOK LEKOR, POPIA, KARIPAP, SAMOSA, CUCUR KURMA, UBI, CUCUR IKAN BILIS, SOS CILI, KICAP CILI, SOS CILI THAI 

GERAI 6 (MASAKAN MELAYU)
IKAN GORENG BERTEPUNG KEMBUNG, BAWAL CERMIN, SELAR, KUNING, KERISI, BOLOS, BELANAK, SARDIN (PILIH 3 IKAN ), SAMBAL ASAM PEDAS, SAMBAL KICAP PEDAS, CILI SOS, TOMATO SOS

GERAI 7 (MASAKAN TEMPATAN)
MI GORENG, KUETIAU GORENG, MIHUN GORENG, NASI GORENG, CILI JERUK,
CILI PADI, KICAP

GERAI 8 (MASAKAN MELAYU)
SATE AYAM, SATE LEMBU, SATE KAMBING  DAN SATE PERUT 
KUAH KACANG, TIMUN, NASI HIMPIT, BAWANG

GERAI 9 (MASAKAN MELAYU)
NASI KANDAR - KARI KEPALA & ISI IKAN TENGGIRI, SAMBAL SOTONG, TELUR DADAR, ACAR MENTAH, BENDI CELUR, CILI HIJAU, PAPADUM

GERAI 10 (MASAKAN MELAYU)
NASI KERABU DENGAN KONDIMEN - TELUR MASIN, IKAN MASIN, BUDU, IKAN GORENG CELUP TEPUNG, HIRISAN ULAMAN, SAMBAL CILI, SERUNDING IKAN, LADA SOLOK, KEROPOK IKAN

GERAI 11 STESEN 'CARVING' (MASAKAN BARAT)
ROASTED WHOLE LAMB WITH BLACK PEPPER SAUCE AND MUSHROOM SAUCE

GERAI 13 (SEJUK)
BUAH-BUAHAN
(POTONG A LA MINUTE)

GERAI 14
MANISAN & PENCUCI MULUT (MELAYU)
8 JENIS KUIH MUIH MELAYU, 3 JENIS BUBUR MANIS, TAPAI UBI, TAPAI PULUT, 
4 JENIS KURMA, ANEKA BISKUT MELAYU, DODOL, WAJIK, BAULU

GERAI 15
MANISAN & PENCUCI MULUT STALL (BARAT)
5 JENIS KEK, 4 JENIS PAI, ANEKA JELI, MOUSSE & PUDDING, ANEKA BISKUT, PUDING ROTI

GERAI 16 (MINUMAN PANAS)
TEA TARIK/ NESCAFE TARIK/ KOPI/ TEH

GERAI 17 (MINUMAN SEJUK)
AIR TEBU, AIR MATA KUCING, AIR SIRAP, AIR BARLI


UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN ATAU PEMBELIAN BAUCER BUFET SELERA RAMADHAN @PWTC, PARA PELANGGAN BOLEH TERUS KE KAUNTER TEMPAHAN DI ARAS2, PWTC YANG DIBUKA DARI PUKUL 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG ATAU BOLEH MENGHUBUNGI 
RESTORAN RIVERSIDE DI TALIAN 03-2614 6701/ 6702 ATAU 03-2614 6262

Portal Rasmi : www.pwtc.com.my

Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Menjelang Ramadhan, setiap insan pastinya akan menggunakan kesempatan ini dengan menyampaikan ucapan memohon maaf mahupun ucapan selamat menjalankan ibadah puasa. Tak kurang juga mesti ramai dok mencari kat mana tempat berbuka yan pastinya selesa kan?? Tapi sebelum Cheq Sempoi bagi tahu tempat best ni? Cheq Sempoi nak bagi ayat pembuka sikit!!!.

MarhabanYa Ramadhan,
Pucuk selasih bertunas menjulang,
Dahannya patah tolong betulkan,
Puasa Ramadhan kembali menjelang,
Salah dan Khilaf mohon dimaafkan,
Selamat menunaikan ibadah puasa,
Bagi tahun 2018 (1439 Hijrah)


Buffet Ramadhan, Rasal Itar ke 20 @ Cybervlew Resort & Spa Berbuka Puasa Dalam Latar Belakang Taman Tropika Yang Tenang Dan Damai Berkonsepkan Hidangan Pelbagai Budaya 

Buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa yang menyediakan 26 gerai berkonsepkan hidangan pelbagai budaya. Membawa pelbagai makanan laut yang segar seperti udang harimau dan ketam yang dimasak di situ dengan menu yang anda ingin ni. Diletakkan dalam akuarium makanan laut, Chef Imran dan teamnya akan terus memenuhi permintaan pencinta makanan laut. 

Antaranya makanan laut yang istimewa, tiram Australia yang masih hidup dan segar juga dihidangkan. Memilih tiram adalah pengalaman yang anda sendiri dapat menelan tiram hidup untuk merasai keaslian rasa tiram semulajadi. Dengan 26 gerai, sambutan Ramadhan dan hari raya menawarkan hidangan Melayu, Cina, Jepun, Korea, Itali, Sepanyol, Mexico dan tempatan. Dihidangkan pula BBQ yang dipanggang dengan menggunakan arang, antaranya BBQ charcoal grilled prawns, mussels, squid, jumbo sausage, chicken drummet, beef fllet and lamb cutlet. Menu tradisional desa juga tidak dikecualikan daripada juadah pilihan. Lebih daripada 300 menu yang disediakan. Antara menu wajib ada termasuk warung masak lemak dan gulai kawah dengan daging, ayam, itik dan ikan salai bersama dengan siput sedut. Sebagai alternatif, pilihan patin segar, talapia dan salmon dimasak asam pedas atau masak tempoyak dimasak panas-panas terus untuk anda nikmati. 








Tidak dilupa juga buat anak-anak kita, disediakan satu tempat yang dinamakan Kidz Zone menawarkan pancutan limpahan coklat, ais krim lembut, kaunter gula-gula, popcorn, kek cawan dan cookies, yang juga dicadangkan dan disediakan oleh team Chef's Imran. Bagi keselesaan ibu bapa untuk menikmati makanan mereka dengan hiburan Ghazal, bilik permainan kanak-kanak disediakan dengan filem dan mainan kartun untuk menghiburkan anak-anak. (Rujuk ke video dan menu yang dilampirkan)





Harga Dan Tempahan Baucer Awal Untuk Tempoh Masa Terhad Berbuka Puasa Di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya 

Harga buffet Iftar :

RM149 nett bagi setiap orang dewasa.
RM75 nett bagi setiap kanak-kanak. 
RM100 nett bagi warga emas. 

Baucar yang ditempah awal untuk tempoh masa terhad : 

RM120 nett bagi setiap orang dewasa 
RM45 nett bagi setiap kanak-kanak. 
manakala diskaun 20% diberikan kepada semua kad kredit bank. 

Bersempena sambutan ulang tahun ke - 20 resort pada 20 Mei tahun ini, diskaun 40% ditawarkan pada hari itu. Di samping itu, sebagai tanda penghargaan kepada tetamu Cyberview yang terus menyokong sepanjang tahun ini, belon udara panas percuma untuk perjalanan matahari terbit untuk 2 pax diberikan untuk setiap tempahan kumpulan sebanyak 150 pax ke atas untuk Iftar buka puasa buffet Untuk tetamu korporat yang ingin mempunyai acara perseorangan mereka, pemilihan ruang pelbagai resort yang ideal untuk menjadi tempat pilihan tuan rumah. Perkhidmatan katering di luar untuk fungsi korporat Buka Puasa dan Raya Open House juga disediakan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Cyberview Resort & Spa :

Hubungi : 03-8312 7000

Laman web : www.cyberviewresort.com

Facebook : https://www.facebook.com/cyberviewresort/

Instagram : https://www.instagram.com/cyberviewresort/
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Melangsungkan perkahwinan di bandar besar terutama Kuala Lumpur dan Selangor memerlukan banyak duit. Bermula daripada sewa dewan, bayaran catering, pelamin, busana, solekan sehingga kepada hantaran dan cenderahati semua perlu diambil kira. Jika ditolak tambah, paling sedikit RM40,000. Perbelanjaan boleh mencecah sehingga RM80,000 ke atas untuk majlis di hotel.


Zaman yang serba mencabar ini semuanya mengambil pendekatan untuk mengambil kira semua perbelanjaan supaya tidak berlaku bebanan atau pembaziran. Lagi-lagi bagi semua yang bekerja sememangnya tidak mempunyai masa. Bagi pasangan yang ingin atau bakal mendirikan rumah tangga, tidak ada masa nak buat survey sana-sini tentang pakej perkahwinan. Cheq Sempoi nak kongsikan dengan anda semua tentang pakej yang disediakan oleh Djarilicious Catering yang menawarkan pakej lengkap, murah dan sedap yang pastinya akan membuatkan majlis anda teratur, mudah dan pendek kata puashati!!!.


Djarilicious Catering berpengalaman mengendalikan katering majlis perkahwinan dan katering korporat sejak 2009. Djarilicious Catering telah memberi peluang Cheq Sempoi sekeluarga untuk menghadiri Open Day yang telah berlangsung pada Sabtu 28 April 2018 bertempat di Taman Kajang Perdana merupakan majlis mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan termasuk lah aktiviti food tasting. 


Pada hari Open Day ini lebih 10 menu wajib disediakan untuk para tetamu dan pelanggan yang hadir. Antara menu yang ada, ayam masak merah, ayam goreng rempah, daging masak hitam, dhalca sayur, daging kuzi, masak lemak cili api nangka dengan perut, dowry tempura dengan sos lemon, gulai ikan masin dengan terung, sambal sotong, acar buah, papadom dan banyak lagi. Lauk-lauk dihidangkan bersama 3 jenis pilihan nasi, Nasi Beriani, Nasi Minyak dan Nasi Putih. 




Sebagai pencuci mulut pula, di datangkan khas oleh vendor Djarilicious Catering iaitu Mior Dessert dari Shah Alam. Antara yang dihidangkan sebagai pencuci mulut brownies, fruit tart, coklat kek, cheese kek, sandwish, puding, cream puff, karipap dan lain-lain lagi.





Bertuahnya Cheq Sempoi sekeluarga disambut mesra serta dapat mengenali lebih dekat, Puan Shida selaku pengurus pemilik Djarilicious Catering. Pada hari Open Day Puan Shida dan team telah menyediakan lebih 10 menu utama yang menjadi kegemaran pelanggan tetap beliau. Kebanyakkan pelanggan yang telah berurusan dengan Djarilicious Catering sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan makanan menu yang disediakan mengikut pakej-pakej yang amat berpatutan. Antara pakej yang disediakan adalah :

1. Pakej Istimewa 'Open Day'


2. Pakej Jom Kenduri







3. Pakej Tunang Nikah


Tentu ada yang jadi tanda tanya sempena kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal akan tiba. Sempena bulan mulia ini juga Djarilicious Catering tidak lupa menyediakan Pakej Berbuka Puasa dan Pakej Jamuan Raya (Rumah/ Pejabat) 2018 mengikut terma & syarat. 

4. Pakej Berbuka Puasa


5. Pakej Jamuan Raya (Rumah/ Pejabat)


6. Lain-Lain Pakej

Pakej katering dan kanopi lengkap dari RM11.00 per pax (untuk katering perkahwinan sahaja) sehingga RM22.90 per pax (pakej kanopi lengkap dengan katering, persalinan, pelamin, PA System dan DJ serta Photografer serta lain-lain).

Pakej mini pula sesuai untuk sebarang majlis-majlis kecil seperti Aqiqah, kenduri doa selamat, house warming, tahlil, hari lahir dan sebagainya. Jamuan untuk 150 pax serta 2 unit kanopi serta dengan kelengkapan-kelengkapan yang menarik. Murah dan terbaikkan?? mengikut baget anda!!!!

Pada anda yang berminat jangan risau baget perkahwinan boleh dibawak berbincang. Apa yang penting majlis yang diidam-idamkan akan menjadi sebuah memori indah dalam hidup anda. Cheq Sempoi doakan untuk semua semoga rumahtangga yang dibina bahagia dan kekal hingga Syurga Allah hendaknya bersama anak-anak yang soleh. Aaminn... 

Untuk pertanya dan sebutharga hubungi talian di bawah SEGERA !!! 
mereka akan membantu anda :

016-232 8532 (Sham) 016-920 8532 (Amy) 
016-660 8532 (Farhan) 016-905 8532 (Cida) 
03-830 1711 (Pejabat) 



Djarilicious Catering
No. 32-G, Blok B
Kajang Perdana 3/2
Taman Kajang Perdana
Selangor

Website
www.djariartz.com

Facebook
https://www.facebook.com/djarilicious/
 
Instagram
https://www.instagram.com/djarilicious_catering/
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • PROMOSI NIKMATI CITARASA KEENAKAN RAYA MEXICANA PANCAKE DI SELURUH CAWANGAN PANCAKE HOUSE
    SET RAYA MEXICANA PANCAKE & MINTY LIMAU RAYA   Jumaat, 23 Jun 2017 Assalamualaikum dan salam sayang semua, Buat pertama k...
  • RESTORAN NY STEAK SHACK ~ STEAK, BURGERS & SHAKES, SUNWAY VELOCITY MALL KL
    Rabu, 12 Julai 2017 Salam sayang semua, Rasa macam dah lama Cheq Sempoi tidak bersiaran. Maklumlah sibuk beraya sampai tak ing...
  • BURGER 'NEGARAKU" SIMBOLIK SEMANGAT KEMERDEKAAN GENERASI XY, KELAINAN DAN KEUNIKAN MEMBERI 1000 MAKNA KEPADA PELANGGAN
    BurGer NeGaraKu Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua, Cheq Sempoi masih dalam semangat kemerdekaan yang baru saja berl...
  • INNERSHINE MARINE COLLAGEN WITH KYOHO GRAPE JELLY YANG MENABJUBKAN
    Innershine Marine Collagen Essence Strip Cheq Sempoi Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan Cheq Sempoi. Semu...
  • MURFEST 2017 | KEMAHIRAN FESTIVAL RETREAT BESAR URBAN ASIA TERBAIK
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua, Baru-baru ini Cheq Sempoi dijemput ke Majlis Jelajah dan Pengalaman Sambutan Kesejahteraan, M...
  • Filem 'MALAY REGIMENT' Tersimpan Semangat PATRIOTIK KEMERDEKAAN Yang Kekal Abadi
    Salam Kemerdekaan buat semua...Follower Cheq Sempoi, Maaflah buat semua sebab agak terlewat Cheq Sempoi keluar bersiaran tentang File...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • [ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
    Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua,  Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun ti...
  • LAUNCH OF MISS SHOPHIA @ BBKLCC FIESTA & PELANCONGAN MALAYSIA "DEKAT JE CARNIVAL"
    Ass alamualaikum dan salam sejahtera semua yang Cheq Sempoi rindui.. KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2017 - Perasmian Fiesta & Pelancongan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI