• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



AHAD, 28 MAY 2017

Hari ni cheq sempoi nak habaq mai... cheq sempoi dapat jemputan ke satu pasaraya besar yang penuh glamour... jom baca kalau nak tahu !!!.


Ditengah-tengah Kota Raya berlangsungnya suatu acara pelancaran Raya Kasih & Cinta bersempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri 2017. Kempen ini bermula 25 Mei hingga 2 Julai 2017 oleh sebuah Pasaraya Besar Quill City Mall Kuala Lumpur.







Quill City Mall Raya Kasih & Cinta, Perasmian Pertama di Kotaraya

Destinasi mesra membeli-belah keluarga dan kanak-kanak yang mengetengahkan kedai-kedai terdiri daripada fesyen, makanan dan hiburan. Ini adalah antara faktor disebalik pemilihan drama bersiri "Hero Seorang Cinderella" dengan adegan romantik dan menyentuh hati. Drama ini adalah kerjasama eksklusif Quill City Mall bersama pihak Astro membuat penggambaran bersama pelakon-pelakon popular Fattah Amin, Nur Fazura dan ramai lagi pelakon-pelakon popular yang terlibat. Cheq sempoi berpeluang bergambar dengan pelakon popular Fattah Amin. Tapi cheq sempoi sedih Fazura tak datang. Apa-apa pun tetap menjadi memori cheq sempoi bukan senang nak bergambar gan super star yang glamour gitu.



Para pengunjung pasti akan berpuas hati dan gembira dengan dekorasi menakjubkan Raya Kasih & Cinta Kolaborasi "Hero Seorang Cinderella". Di Quill City Mall, para pengunjung akan disambut dengan gerbang meriah Raya Kasih & Cinta di pintu masuk utama, diikuti laluan terowong gerbang romantik disinari lampu di dalam pintu masuk pusat membeli belah. Disamping itu, sebuah replika istana megah "Hero Seorang Cinderella" berlandskapkan taman hijua dan coklat dengan penggubahan bunga berwarna pastel, buaian dihiasi tumbuhan flora dan banyak lagi.





KASIH & CINTA QUILL 'LOVE LOCKS'


Aidilfitri adalah kisah Kasih & Cinta. Keluarga dan rakan-rakan dialu-alukan untuk meraikan Raya Kasih & Cinta bersama adegan eksklusif daripada drama "Hero Seorang Cinderella" dan mengambil gambar sebagai kenangan. Para pengunjung berpeluang memberi mesej cinta yang ditulis dan dikunci pada Kasih & Cinta Quill 'Love Locks'.

Ok macam mana nak dapatkan Kasih & Cinta 'Love Locks'

'snap', Tebus & kunci
1. "Like" halaman Facebook atau ikut Instagram Quill City Mall KL 
2. Snap dan muat naik kami raya hiasan gambar ke Facebook atau Instagram
    Hashtag :
    #QuillCityMallKL
    #KasihdanCinta
    #QuillLoveLocks
3. Tunjukkan gambar yang dimuat naik kepada Concierge di Kaunter Concierge dan tebus satu (1) Kasih & Cinta 'Love Locks'
4. Tulis mesej cinta anda pada kunci
5. Gantung dan meterai kunci anda pada bingkai berbentuk hati kami yang terletak di Main Atrium, Ground Floor.




Fattah Amin menulis di 'Love Locks'

Tandatangan Fattah Amin di 'Love Locks'
'Love Locks' Cheq Sempoi sebelah-sebelah dengan Fattah Amin.. Jangan jelous na?

PENEBUSAN UNIK SEMPENA PERAYAAN MENANTI ANDA

Penebusan sampul duit raya, bantal edisi terhad "Hero Seorang Cinderella" dan Kasih & Cinta 'Love Locks' menanti anda di Quill City Mall.

Sampul Duit Raya

berbelanja RM99 dalam 2 resit terkumpul pada hari yang sama untuk menebus sampul duit raya percuma yang direka khas untuk Hari Raya Aidilfitri.


Bantal Edisi Terhad

Dengan hanya berbelanja mudah RM199 dalam 2 resit terkumpul pada hari yang sama, para pengunjung akan dapat menebus bantal Edisi Terhad "Hero Seorang Cenderella".


Cheq Sempoi dah dapat bantal "Hero Seorang Cinderella".




Pengarah Eksekutif, Kumpulan Syarikat Quill Group. Dato 'Ar. Michael Ong menyeru kepada semua para pengunjung sempena Aidilfitri ini, menjadikan Quill City Mall satu-satunya pusat membeli-belah rasmi dan kebanggaan. Ruang legar utama mengikut tema 'Royal Cinderella' di mana dekorasi seiringan bersama siri drama tersebut. Dengan ini, kami berharap dapat meraikan raya bersama-sama para pengunjung Islam kita dan juga berbesar hati untuk mengalukan anda semua ke Quill City Mall untuk sambutan indah. 


Untuk Maklumat lanjut, sila layari halaman Facebook, Instagram : 
Quill City Mall atau laman web 
http://www.quillcitymall.com.my







Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN


Hari ni dekat kolej... butterscoth bun atau bahasa melayunya roti sarang lebah... takut sebut sebab nanti lebah terbang datang. Maaf lah lawak ja. Tapi apa- apa pun bestlah main tepung. Ilmu Chef tu yang harus digali segalinya...

Muka happy join kursus


Mencampurkan kesemua bahan resepi

Mengadunkan adunan sekembang kembangnya
Menguli-guli doh menjadi kembang
Doh yang telah direhatkan semalaman dan kembang

Pengalaman yang sangat berharga dari chef-chef yang berpengalaman. Sebelum ini telah banyak yang saya pelajari dari kursus-kursus. Antaranya kursus sulaman manik, kursus Malay etnik Juadah Perayaan, Kursus Nasi Arab, Kursus Butterscotch Bun dan lain-lain lagi.
Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Newer Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • Selera Tiga Negeri Di Rasa Wau Penyu Pilihan Penggemar Masakan Pantai Timur
    Assalamualaikum dan Salam sejahtera... Setelah seharian kita berpuasa lapar dahaga sudah mulai rasa biasa, lagi-lagi syukur alhamdulill...
  • Makan Culture | Hidangan Tradisional Dan Hidangan Kontemporari Moden Gabungan Berasaskan Asia
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Bila tiba hujung minggu Cheq Sempoi selalu pikir nak bawak anak-anak bersantai dan jalan-jala...
  • Just Seafood | Menjanjikan Kepuasan Penggemar Makanan Laut Terbaik
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini rezeki Cheq Sempoi dapat makan makanan laut secara shell out macam orang sekarang ...
  • [Video] Restoran Resepi Warisan Tok Kini Berwajah Baru Dengan Nama Restoran Sisik Ikan Bakar
    Assalamualaikum Dan Salam sejahtera.  Hai, Cheq Sempoi here .. ๐Ÿ˜ Mari!!!, Kali ni Cheq Sempoi nak kongsi satu Restoran yang sangat awe...
  • RESEPI COCKTAIL SF DAN SANDWICH SARDINE SF | BERBUKA DAN SAHUR | BAHAN TERBAIK DARI LADANG
    Assalamualaikum... Hai Cheq Sempoi sini ๐Ÿ˜ RESEPI COCKTAIL SF DAN SANDWICH SARDINE SF | BERBUKA DAN SAHUR | BAHAN TERBAIK DARI LA...
  • 6 PAKEJ PERCUTIAN INDAH DARI MOOD TRAVEL DAN JUARA TRAVEL DENGAN PAKEJ KEMBARA HALAL MUSLIM EROPAH
    Assalamualaikum Dan Salam sejahtera,  Hai, Cheq Sempoi here.. ๐Ÿ˜ Semua orang suka melancong! termasuk lah Cheq Sempoi memang gemar me...
  • Tempat Menarik Di SkyAvenue & First World Plaza Genting Pilihan Seisi Keluarga
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini sangat seronok dan terujanya Cheq Sempoi dan anak-anak dapat berjalan ke Gentin...
  • KUNCI SEBUAH KEJAYAAN BERMULA DARI SEBUAH TEKAD DAN MOTIVASI NAK UBAH HIDUP 2020 [NUH2020]
    Assalamualaikum dan salam sejahtera ๐Ÿ˜˜ Hai, Cheq Sempoi di sini...kembali setelah lama tidak berblog. Ada yang merindui Cheq Sempoi ...
  • Diambang Malam Tahun Baru 2019 | CITTA Mall Menjemput Artis Korea | K-Pop Pilihan Masa Kini
    Assalamualaikum & salam sayang semua๐Ÿ˜˜ Cheq Sempoi sini๐Ÿ˜ Sebab-Sebab | CITTA Mall Pilihan Pengunjung Bersantai Dan Berhibur...
  • MEMAHAMI SERTA MEMILIKI SKIM PERLINDUNGAN INSURANS DAN TAKAFUL
    Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarika...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI