PELANCARAN QUILL CITY MALL RAYA KASIH & CINTA KOLABORASI "HERO SEORANG CINDERELLA" PELAKON FATTAH AMIN & NUR FAZURA

by - Ahad, Mei 28, 2017

AHAD, 28 MAY 2017

Hari ni cheq sempoi nak habaq mai... cheq sempoi dapat jemputan ke satu pasaraya besar yang penuh glamour... jom baca kalau nak tahu !!!.


Ditengah-tengah Kota Raya berlangsungnya suatu acara pelancaran Raya Kasih & Cinta bersempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri 2017. Kempen ini bermula 25 Mei hingga 2 Julai 2017 oleh sebuah Pasaraya Besar Quill City Mall Kuala Lumpur.







Quill City Mall Raya Kasih & Cinta, Perasmian Pertama di Kotaraya

Destinasi mesra membeli-belah keluarga dan kanak-kanak yang mengetengahkan kedai-kedai terdiri daripada fesyen, makanan dan hiburan. Ini adalah antara faktor disebalik pemilihan drama bersiri "Hero Seorang Cinderella" dengan adegan romantik dan menyentuh hati. Drama ini adalah kerjasama eksklusif Quill City Mall bersama pihak Astro membuat penggambaran bersama pelakon-pelakon popular Fattah Amin, Nur Fazura dan ramai lagi pelakon-pelakon popular yang terlibat. Cheq sempoi berpeluang bergambar dengan pelakon popular Fattah Amin. Tapi cheq sempoi sedih Fazura tak datang. Apa-apa pun tetap menjadi memori cheq sempoi bukan senang nak bergambar gan super star yang glamour gitu.



Para pengunjung pasti akan berpuas hati dan gembira dengan dekorasi menakjubkan Raya Kasih & Cinta Kolaborasi "Hero Seorang Cinderella". Di Quill City Mall, para pengunjung akan disambut dengan gerbang meriah Raya Kasih & Cinta di pintu masuk utama, diikuti laluan terowong gerbang romantik disinari lampu di dalam pintu masuk pusat membeli belah. Disamping itu, sebuah replika istana megah "Hero Seorang Cinderella" berlandskapkan taman hijua dan coklat dengan penggubahan bunga berwarna pastel, buaian dihiasi tumbuhan flora dan banyak lagi.





KASIH & CINTA QUILL 'LOVE LOCKS'


Aidilfitri adalah kisah Kasih & Cinta. Keluarga dan rakan-rakan dialu-alukan untuk meraikan Raya Kasih & Cinta bersama adegan eksklusif daripada drama "Hero Seorang Cinderella" dan mengambil gambar sebagai kenangan. Para pengunjung berpeluang memberi mesej cinta yang ditulis dan dikunci pada Kasih & Cinta Quill 'Love Locks'.

Ok macam mana nak dapatkan Kasih & Cinta 'Love Locks'

'snap', Tebus & kunci
1. "Like" halaman Facebook atau ikut Instagram Quill City Mall KL 
2. Snap dan muat naik kami raya hiasan gambar ke Facebook atau Instagram
    Hashtag :
    #QuillCityMallKL
    #KasihdanCinta
    #QuillLoveLocks
3. Tunjukkan gambar yang dimuat naik kepada Concierge di Kaunter Concierge dan tebus satu (1) Kasih & Cinta 'Love Locks'
4. Tulis mesej cinta anda pada kunci
5. Gantung dan meterai kunci anda pada bingkai berbentuk hati kami yang terletak di Main Atrium, Ground Floor.




Fattah Amin menulis di 'Love Locks'

Tandatangan Fattah Amin di 'Love Locks'
'Love Locks' Cheq Sempoi sebelah-sebelah dengan Fattah Amin.. Jangan jelous na?

PENEBUSAN UNIK SEMPENA PERAYAAN MENANTI ANDA

Penebusan sampul duit raya, bantal edisi terhad "Hero Seorang Cinderella" dan Kasih & Cinta 'Love Locks' menanti anda di Quill City Mall.

Sampul Duit Raya

berbelanja RM99 dalam 2 resit terkumpul pada hari yang sama untuk menebus sampul duit raya percuma yang direka khas untuk Hari Raya Aidilfitri.


Bantal Edisi Terhad

Dengan hanya berbelanja mudah RM199 dalam 2 resit terkumpul pada hari yang sama, para pengunjung akan dapat menebus bantal Edisi Terhad "Hero Seorang Cenderella".


Cheq Sempoi dah dapat bantal "Hero Seorang Cinderella".




Pengarah Eksekutif, Kumpulan Syarikat Quill Group. Dato 'Ar. Michael Ong menyeru kepada semua para pengunjung sempena Aidilfitri ini, menjadikan Quill City Mall satu-satunya pusat membeli-belah rasmi dan kebanggaan. Ruang legar utama mengikut tema 'Royal Cinderella' di mana dekorasi seiringan bersama siri drama tersebut. Dengan ini, kami berharap dapat meraikan raya bersama-sama para pengunjung Islam kita dan juga berbesar hati untuk mengalukan anda semua ke Quill City Mall untuk sambutan indah. 


Untuk Maklumat lanjut, sila layari halaman Facebook, Instagram : 
Quill City Mall atau laman web 
http://www.quillcitymall.com.my







You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN