DREAMWORLD INDOOR PLAYLAND STARLING YANG MENGGEMBIRAKAN KANAK-KANAK

by - Jumaat, Jun 02, 2017



2 Jun 2017, Jumaat

Bergembira di Dreamworld Indoor Playland, The Starling Mall adalah satu pengalaman manis bagi anak-anak cheq sempoi. Mai sini cheq sempoi nak bagi tahu, baru-baru ni cheq sempoi berpeluang membawa 2 orang princess cheq sempoi yang bertuah tu.. bernama Cik Nik Afiqah Musfirah dan Cik Aqilah Muslihah, sedap tak nama anak-anak cheq sempoi? nama tu sedap ke, tak sedap, yang penting makna dia baik-baik ja betul tak?.

Ok kalau adik-adik yang lain ingin mencari satu kelainan dari taman permainan, cheq sempoi cadangkan Dreamworld Indoor Playland yang sesuai. Tempatnya yang selamat dan semua permainannya sangat mengutamakan keselamatan kanak-kanak yang bermain. Dreamworld Indoor Playland sangat menarik dan sesuai untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun meneroka setiap aktiviti yang disediakan dengan seronok dan gembira.
PINTU MASUK



Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak kesitu boleh melepaskan anak-anak bermain dan ibu bapa mengambil peluang untuk bershopping bebas tanpa anak-anak senang sambil bersantai membeli belah. Anak-anak cheq sempoi sangat teruja bila dapat bermain dengan gembira, dapat memanjat, melompat, berlari di setiap permainan yang ada, cantik, berwarna-warni dan suasana yang mengujakan.  












TEMPAT SIMPAN KASUT









Harga tiket masuk di Starling Mall adalah RM48 on weekday and RM58 on weekend per kid (age 2 to 12 years old) dan Kid below 2 years old RM25 for weekday dan RM35 for weekend. Dan juga Free 1 Round Animal Ride dan 1 Complimentary per dengan ditemani orang dewasa.


Apa yang cheq sempoi nak pesan, jangan lupa bawak stokin kaki sebab kalau tak bawak kita kena beli kat situ RM6 sepasang. Tak kiralah walaupun ibu dan bapa hanya nak teman anak-anak tu kena jugak pakai stokin kaki.


Ok lah cheq sempoi pun dah banyak masuk gambar-gambar anak-anak cheq sempoi yang ceria bermain dengan gembira sekali termasuk lah cheq sempoi pun teruja sekali. Apa yang cheq sempoi tahu Dreamworld Playland ada cawangan lain lagi. Lagi sekali cheq sempoi nak pesan :

*Please - Jangan lupa bawa stokin anda tau !!!!

Keterangan Lanjut:

IOI City Mall Address: L2-16, 
Level 2, IOI City Mall,
Lebuh IRC, lOl Resort City, 
62502 Putrajaya, Malaysia. 
Contact: 012-7029509 (Hazwan) 

The Starling Mall Address: S-202, 
The Starling Mall, No.6, 
Jalan SS 21/37, Damansara Uptown, 
47400 Petaling Jaya, Selangor. 
Contact: 012-7219509 (Yoong Fui) 


You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN