BURGER 'NEGARAKU" SIMBOLIK SEMANGAT KEMERDEKAAN GENERASI XY, KELAINAN DAN KEUNIKAN MEMBERI 1000 MAKNA KEPADA PELANGGAN

by - Rabu, September 06, 2017

BurGer NeGaraKu
Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua, Cheq Sempoi masih dalam semangat kemerdekaan yang baru saja berlalu. Mestilah kita kena bersemangat lagi-lagi kita sudah bergelar JUARA di Sukan Sea dengan mendapat pingat emas 145 mengatasi semua negara yang bertanding. Bangganya Cheq Sempoi dengan atlit-atlit kita yang megharumkan nama Malaysia yang ke 60 tahun.

Tapi ada seorang yang tak kurang hebatnya, Cheq Sempoi sangat bangga dengan beliau kerana telah mencipta Burger 'NEGARAKU' yang tengah hangat dipasaran dan telah di viralkan..sekitar Kepong, Kuala Lumpur amnya, sungguh cepat kalau sesuatu benda tu menjadi kesukaan dan kegilaan orang ramai. Apa yang penting jangan percaya dulu pada viral, sebab lebih baik kita pergi dan rasa sendiri keenakan Burger 'NEGARAKU' baru kita bercerita panjang.
En. Mohd Quzaireel bin Ismail
(Owner Cabin Steak House)
"Tak Kenal Maka Tak Cinta"

Begitulah yang Cheq Sempoi nak gambarkan pasal owner Cabin Steak House yang sangat baik hati, layan Cheq Sempoi dan kekawan dengan lemah lembut tuturnya. Orangnya sangat simple perwatakannya. Dari perbualan kami bersama En. Quzaireel, sebelum tertubuhnya Cabin Steak House, Restoran ini bernama Selera Sri Delima yang fames dengan Nasi Ayam Kukus yang beroperasi selama 4 tahun. Demi memenuhi selera masa kini En. Quzaireel menukarkan ke Cabin Steak House yang mana ada masakan barat dan tempatan, baru setahun beroperasi.

Selera Sri Delima
Tahun 2012 (lama)
Cabin Steak House
Tahun 2016 (baru)
BURGER 'NEGARAKU' Pilihan Generasi XY


En Quzaireel sangat berjiwa merdeka. Setiap tahun beliau sangat teruja dan bersemangat bila tiba 31 Ogos. Dengan semangat beliau yang membara, maka lahirlah Burger ciptaannya Burger 'NEGARAKU' yang sangat simbolik dan lain dari yang biasa. Menurut beliau tujuan utama adalah untuk memberitahu semangat kemerdekaan adalah satu perkara penting untuk generasi baru, walaupun banyak lagi cara untuk kita luahkan kecintaan pada negara. Menurut beliau, bukan mudah untuk membentuk roti burger dalam 4 warna supaya tidak bercampur masa diuli tanpa teknik yang betul. Begitulah juga membentuk generasi XY.

Burger 'NEGARAKU' hanya di keluarkan pada bulan Ogos dan September setiap tahun di sini. Segera dapatkan sebelum berakhir. Dengan harga yang berpatutan kita dapat merasa kelembutan roti dan ramuan yang ada dengan puas hati.

Cabin Burger

Burger NEGARAKU

Pelbagai Jenis Burger
Setiap jenis burger ini mempunyai pelbagai harga dan cara memasak dan dihidangkan kepada pelanggan. Daging dan roti yang digunakan mungkin sama dengan penjual burger lain, namun bahan extra seperti sayur dan perasa yang digunakan meningkatkan lagi rasa burger yang dihasilkan di Cabin Steak House. Ia antara makanan dari barat yang telah jadikan sebagai produk tempatan. Selain burger pelbagai lagi jenis makanan barat yang ada, begitu juga masakan tempatan ala carte yang tak kurang juga hebat kesedapannya. 

Menu
Pelbagai jenis nasi ayam juga disediakan di Cabin Steak House pada waktu lunch time dan dinner seperti Nasi Ayam Hainan, Nasi Ayam Black Paper, Nasi Ayam Madu dan Nasi Ayam Sambal Berlada. Pilihan Cheq Sempoi semestinya Nasi Ayam Madu dan Nasi Ayam Sambal Berlada, memang sedap semuanya. 

Cheq Sempoi & Propa Rangers
Cheq Sempoi sangat bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohd Quzaireel bin Ismail kerana sudi menjemput kami merasai kelazatan burger viral masa kini iaitu BURGER NEGARAKU di restoran Cabin Steak House. 


Untuk Maklumat Lanjut: 

CABIN STEAK HOUSE, Lot 426, 
No. 01-A Jalan Jambu, Kepong, 
52000 Kuala Lumpur. 
(belakang Crystal Crown Hotel) 



Contact : 019 - 3202039 (whatsapp) 

Facebook:  Cabin SteakHouse KL

Intagram:   @cabinsteakhouse




You May Also Like

15 PEMBERI ULASAN

  1. Terbaikkkk.... Memang restoran makanan barat yang sedap di Cabin Steak House ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul.. leya. Makanan dah la sedap. Owner sekali turun padang bantu staf2. Baik budi je orgnya. Insyallah nextime nk dtg lagi gan suami dan anak2 akak.

      Padam
  2. Balasan
    1. Ye memang menarik. Masih ada lg promosi burger negaraku hingga 30 sept ni sis.

      Padam
  3. CCL baru follow sini #16 .jemput bw blog CCL ye

    BalasPadam
  4. Wow.. first time get to know got such patriotic burger. Really should pay a visit as the burger really just making me want to have a date with it *mouth watering

    BalasPadam
    Balasan
    1. You must try before 30 sep. After this you see for next year.

      Padam
  5. So colourful the burger. It looks unique to me. Wondering how nice the taste?

    BalasPadam
  6. Amazing. Had never seen such colours on a burger. Seems yum too!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes seems yum....You must try before 30 sep. After this you see for next year.

      Padam
  7. I just love burgers. Colours and varieties like these look amazing. Cheers!!

    BalasPadam
  8. Wow!! Menarik ni. Saya suka makan burger. Tambah pulak cheese, mmmm terangkat....

    BalasPadam
  9. woww..colouring๐Ÿ˜Š cheesee pulak tu.. exclusive btl.. sdapnya

    BalasPadam
  10. Wow menariknya tempat ni.. Burger pelbagai

    BalasPadam