[ Selamanya Cinta ] Mr. Pilot Kepada Usahawan Tanpa Jemu
Asalamualaikum dan salam sejahtera..
Hai sayang semua, sudah lama Cheq Sempoi perhatikan dua merpati sejoli yang sangat 'owesome' ni. Inspirasi dari seorang suami memberi semangat padu buat seorang isteri dalam bidang perniagaan. Sudah lama Cheq Sempoi nak cerita sikit pasal pasangan yang sangat berjaya dan berkaliber sebagai usahawan yang berjaya. Ni bukan nak gosip ye?, jangan salah paham pula.
Tuan Bakhtiar & Puan Farah Dila (sweet couple) |
Perniagaan merupakan satu peluang dan ruang yang benar-benar boleh memberikan pulangan lumayan khusus bagi mereka yang serius dalam menjalankan bisnes yang diceburi. Tidak kiralah berniaga apapun, yang penting prospek perniagaan sememangnya salah satu cabang untuk seseorang itu berjaya. Tapi bukan pasal perniagaan yang Cheq Sempoi nak cerita tetapi ia ada kena-mengena dengan seorang Mr. Pilot yang diberi nama, Tuan Bakhtiar Aliff bin Ibrahim serta isteri tersayang, Puan Farah Dila. Malah dalam Al-Quran ada menyebut :
Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud;
"Ceburilah kegiatan perniagaan, kerana didalamnya
terdapat sembilan persepuluh, sumber rezeki."
( Al-Tirmizi )
Usahawan Berjaya |
Tuan Bakhtiar Aliff seorang pemuda yang memang minat dari kecil untuk menjadi seorang usahawan
berjaya pada suatu hari nanti. Memandangkan kemahuan dan cita-cita ayahda beliau yang sangat bercita-cita untuk menjadikan beliau seorang pilot yang disegani telah ditunaikan dan dituruti tanpa bantahan. Tuan Bakhtiar
Aliff merupakan seorang pilot di Syarikat Penerbangan Malaysian Airline System (MAS). Dengan semangat dan cintanya kepada keusahawanan yang kuat
dan minat beliau yang gigih berusaha, Tuan Bakhtiar mengambil langkah berani, bersama isteri tersayang, Puan Nor Fadilah bt Alias atau lebih dikenali sebagai Puan Farah Dila berusaha mengembangkan perniagaan mereka hingga terkenal dimata semua.
Tuan
Bakhtiar Aliff sudah berpengalaman dalam kerjaya pilot lebih kurang 15 tahun. Beliau yang membesar dan menetap di Shah Alam telah
menjadikan seorang yang gigih dan berusaha untuk mencapai sesuatu tanpa jemu. Beliau yang
merupakan lepasan Diploma Kejuruteraan Elektrik dan kemudiannya menjalani
latihan di Kadet Juruterbang Malaysia Airline (MAS) pada tahun 2006. Kemudian,
setahun selepas itu pada tahun 2007, beliau dibawa masuk dalam AFPT (Asia
Pacific Flight Training) yang mana beliau ditaja sepenuhnya oleh MAS dan telah
mendapatkan lesen penerbangan ATPL (Air Transport Pilot License) dan diserap
masuk sebagai juruterbang Air Bus 330 (MAS) sehingga Ogos 2017. Kemudiannya lagi,
beliau telah mendapat tawaran sebagai juruterbang Malindo Air dan bermula pada Ogos
2017 juga.
Tuan Bakhtiar bersama rakan seperjuangan |
Setelah
berjaya dalam kerjaya penerbangan, beliau masih lagi dengan minat yang dipupuk
sejak kecil. Minatnya terhadap perniagaan tidak pernah pudar.
Menyedari hakikat ini, bersama isteri beliau, Puan Farah Dila bersepakat untuk menubuhkan satu perniagaan yang boleh membantu dan mendatangkan kebaikan kepada insan lain untuk dimanfaatkan.
Dengan satu matlamat yang berani berusaha. Pelbagai cabaran dan rintangan telah mereka
tempuhi jua. Namun, dari keberkatan ingin membantu menambah nilai hidup orang
lain, Tuan Bakhtiar berjaya membuka legasinya bersama isterinya tersayang
sebuah perniagaan milik mereka. Inspirasi ingin membantu orang ramai tercetus
dengan kemunculan produk kecantikan dan kesihatan mama mia skincare.
Produk mama mia skincare telah diusahakan
oleh Syarikat Yong & Bell Marketing yang ditubuhkan pada
Ogos 2016. Secara keseluruhannya syarikat ini dimiliki oleh Tuan Bakhtiar Aliff
bin Ibrahim (Yong) dan Shaiful Kamar bin Abu Kassim (Bell).
Kemudian, Produk mama mia ini diusahakan oleh isterinya, Puan Farah Dila dan juga Puan Rozie Aminuddin yang lebih gemarkan dunia kecantikan untuk lebih dekat dengan pengguna wanita amnya. Produk mama mia ini bukan sahaja untuk wanita malah sesuai untuk lelaki dan semua peringkat umur dalam lingkungan 17 hingga 50 tahun ke atas. Untuk makluman semua produk 'mama mia" menjadi tumpuan MAHA 2016, di MAEPS, Serdang. Tidak hairanlah produk mama mia tengah hangat diperkatakan hingga sekarang.
Kemudian, Produk mama mia ini diusahakan oleh isterinya, Puan Farah Dila dan juga Puan Rozie Aminuddin yang lebih gemarkan dunia kecantikan untuk lebih dekat dengan pengguna wanita amnya. Produk mama mia ini bukan sahaja untuk wanita malah sesuai untuk lelaki dan semua peringkat umur dalam lingkungan 17 hingga 50 tahun ke atas. Untuk makluman semua produk 'mama mia" menjadi tumpuan MAHA 2016, di MAEPS, Serdang. Tidak hairanlah produk mama mia tengah hangat diperkatakan hingga sekarang.
Produk mama mia skincare ini diilhamkan
sendiri oleh Tuan Bakhtiar kepada pengguna di luar sana yang menginginkan
kejelitaan dan kecantikan dalam jangka masa yang panjang. Produk penjagaan kulit yang menggunakan campuran kolagen daripada ikan salmon yang terbaik, stem sel epal, SPF 35, Vitamin C dan Vitamin E. Siapa kata lelaki
tidak boleh hasilkan produk kecantikan wanita? Tuan Bakhtiar dah pun
buktikannya. Beliau juga percaya produk ini tiada kesan sampingan dan
berkualiti tinggi kerana tidak menggunakan bahan kimia terlarang dan mampu
memberikan kesan yang baik tanpa sebarang risiko.
Oleh yang demikian, beliau merasa terpanggil untuk mengembangkan lagi perniagaan ini disamping dapat membantu memberikan keyakinan diri dan menambah pendapatan ekonomi sesebuah keluarga. Packaging yang sangat menarik, kelihatan eksklusif kepada sesiapa sahaja yang memilikinya. Pilihan packaging ini juga adalah ilham dan hasil dari idea Tuan Bakhtiar sendiri dalam memberikan yang terbaik kepada orang ramai.
Oleh yang demikian, beliau merasa terpanggil untuk mengembangkan lagi perniagaan ini disamping dapat membantu memberikan keyakinan diri dan menambah pendapatan ekonomi sesebuah keluarga.
Rangkaian Produk mama mia skincare
Elixir
Love Serum
ร
Menipiskan jeragat
ร
Memudarkan parut jerawat
ร
Mengecilkan pori yang terbuka
ร
Menjadikan kulit lembut dan lebih berseri
ร
Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
Love
Bliss Foundation
ร Bedak asas
ร Menipiskan jeragat
ร Memudarkan parut jerawat
ร Mengecilkan dan menutup
pori yang
terbuka
terbuka
ร Menjadikan kulit lembut
dan lebih berseri
ร Menghilangkan lingkaran
gelap bawah mata
Soothing
Love Cleanser
ร
Membersihkan secara mendalam
ร
Mengurangkan lebihan minyak
ร
Menanggalkan kotoran dan kesan solekan
ร
Mencerah, menganjal, menggebu dan
melembapkan kulit
melembapkan kulit
Silky
Love Day Cream
ร
Melindungi kulit dari sinar UV
ร
Menyeri dan sebagai alas bedak
ร
Mencerahkan kulit secara sekata
ร
Mengekalkan kelembapan kulit wajah
ร
Menghilangkan tanda penuaan dan kedutan
Sleek
Love Night Cream
ร
Merawat, memutihkan dan mencerahkan
kulit wajah
kulit wajah
ร
Mengembalikan keanjalan dan keremajaan
kulit wajah
kulit wajah
ร
Menghapuskan jerawat, parut, lebihan
minyak dan jeragat
minyak dan jeragat
Cara Penggunaan
1. Bersihkan wajah dengan Pencuci Penyegar Love 2 atau 3 kali sehari.
2. Sapukan Elixir Love Serum di wajah terutama di kawasan yang
bermasalah seperti lingkaran gelap bawah mata. Amalkan penggunaan
Elixir Love Serum 2 kali sehari.
3. Setelah Elixir Love Serum menyerap pada wajah, sapukan Silky Love Day Cream
pada waktu siang dan gunakan Sleek Love Night pada waktu malam.
Kelas
Make-up Tutorial yang pasti berbaloi dan murah, semua mampu bayar serta mampu cantik macam superstar
Selain itu, Puan Farah Dila juga menyediakan kelas make-up kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan harga yang murah dan mampu bayar. Masih dengan konsep membantu orang ramai
untuk cantik dan berketrampilan yakin, tidak kiralah sama ada suri rumah ataupun bekerja semua mampu cantik, dengan rahsia kecantikan Puan Farah Dila, beliau berkongsi dan memberi teknik yang betul dalam solekkan.
Dengan menjalankan
tutorial Class Makeup secara asas
sehingga peserta pandai dan tahu mengendalikan alat makeup sendiri. Setiap
yuran kepada yang berminat hanya dikenakan caj sebanyak RM50. Kadang-kadang beliau menjemput Make-Up Artist terkenal untuk mempelajari teknik solekan dengan
lebih mendalam lagi. Kita akan diberi pertunjukan demo tutorial make-up
dari mereka dan juga disediakan sesi fotografi selepas tamat kelas.
Mascara
Cheq Sempoi (teruja mencuba) |
Sebelum |
Selepas |
Puan Farah Dila bersama Cheq Sempoi & kawan2 (CEO mama mia yang sangat budiman) Untuk maklumat lanjut : |
Website : mamamia skin
FB : Mama Mia Skin
IG : @mamamiaskin_hq
Email : mamamiaskin2016@gmail.com
Hotline : 017 2424 300 / 017 2423400
NAK HANTAR ANAK KE TADIKA ATAU TASKA MANA YER?
Hujung-hujung tahun cenggini memang ramai parents yang sibuk dok intai sana sini... tertinjau-tinjau mencari.. puas la survey nak hantar anak ke tadika atau taska mana..? Nak-nak lagi kalau yang nak bertadika atau taska tu anak sulung...
Pembesaran anak-anak yang holistik, cemerlang IQ & EQ memerlukan persekitaran yang sangat positif. Pendekatan early child development yang sesuai adalah sangat penting. Emosi anak, sosial anak, pergaulan anak, cara anak berfikir semua bermula di sini. Jangan pandang ringan benda-benda macam ni... tapi sekarang ni memang majoriti parent sangat ambil berat hal ni..kan???
Okeylah... berbalik kepada kisah Tuan Bakhtiar dan Puan Farah Dila. Sebelum bergelar usahawan produk kosmetik. Pasangan suami isteri ini seorang yang berjiwa penyayang berusaha atas minat berniaga yang lahir secara semulajadi dengan keadaan sekeliling mereka lebih berdikari mencari peluang dan ruang untuk dimanfaatkan pada insan lain dan sentiasa share benda yang baik. Melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ini adalah matlamat yang mencabar. Dengan erti kata ilmu dan rezeki harus dikongsi bersama insan lain. Dengan itu Puan Farah Dila telah menubuhkan Al-Kauthar Eduqids (Pre School / Pre Tahfiz) "Islamic Montessori Learning Centre".
Puan Farah merupakan seorang pengurus Tadika / Taska
Al-Kauthar Eduqids di Shah Alam. Beliau yang memang mengambil jurusan pendidikan
awal kanak-kanak dan meminati bidang itu telah membawa untuk beliau membuka
sebuah Tadika / Taska ke peringkat yang lebih besar, selesa dan memenuhi
citarasa parent yang bekerjaya untuk memudahkan penghantaran anak-anak mereka.
Pendidikan Tadika Dan Taska Di Al-Kauthar Eduqids
Melaksanakan konsep "belajar melalui bermain" sebagai asas pengasuhan sebagaimana yang disarankan mengikut sejarah zaman nabi-nabi kita oleh Imam Al-Ghazali. Dengan mengenakan yuran yang berpatutan dan mampu dibayar, oleh semua parent khususnya dikalangan mereka yang berpendapatan rendah. Pengasuh dan guru-guru yang terlatih menjadi jaminan kepada satu sistem benar-benar memberi kesan kepada anak-anak itulah matlamat Al-Kauthar Eduqids.
Asuhan Toddler ( 1-3 tahun )
Penjagaan bayi dan kanak-kanak dibawah umur 3 tahun. Penjagaan dan asuhan yang teliti serta penuh kasih sayang adalah amalan pendidik taska Al-Kauthar Eduqids. Setiap anak akan didedahkan dengan pengalaman yang menyeronokkan serta menjadi tauladan untuk menuju kematangan fikiran yang harus dipupuk sejak kecil.
Prasekolah ( 3-6 tahun )
Pusat pendidikan prasekolah dengan silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan bertepatan dengan Dasar Pendidikan Negara. Menyediakan peluang dan kaedah yang sangat membantu anak-anak bagi memulakan pendidikan secara formal apabila melangkah ke alam persekolah nanti.
Transit / Day Care / Tuisyen
Menyediakan kemudahan kepada pelajar tadika, pelajar sekolah rendah yang memerlukan jagaan dan bimbingan selepas waktu persekolahan harian sehingga petang. Berbagai aktiviti masa lapang juga telah disediakan, seperti menonton tv pendidikan dan kemudahan komputer. Kelas tuisyen yang dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman menggunakan sistem e-learning bersepadu.
Maklumat Ringkas Kepada Al-Kauthar Eduqids
1. Yuran Bulanan termasuk sarapan pagi yang berkhasiat yang
juga disarankan oleh
Kementerian Kesihatan.
2. Menggunakan silibus KSPK (Kurikulum Standard Pra-Sekolah)
yang disarankan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
3. Dibuka seawal 7.00 pagi bagi memudahkan ibubapa yang bekerja
di luar kawasan.
4. Menyediakan perkhidmatan penjagaan sepenuh masa di tempat
yang sama bagi
memudahkan parent yang menghantar anak-anak di tempat
yang berasingan.
5. Menyediakan program tambahan seperti Kelas Renang, Kelas
Intensif Membaca yang
diadakan pada setiap Hari Sabtu dan banyak lagi program
yang diadakan.
6. Mempunyai guru yang berpengalaman dan dilatih mahir dalam
pendidikan awal kanak-
kanak.
Kita sebagai ibu bapa dan pendidik kepada anak-anak kita jenerasi baru harus menjaga dan mendidik dengan penuh kasih sayang, kerana setiap anak-anak yang di amanahkan adalah anugerah Allah S.W.T sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang wajib dipikul. Anak-anak diibaratkan kain putih yang harus dicorakkan agar nampak cantik. Terserah pada kita untuk mencorakkannya yang bagaimana?
Sekian, dari Cheq Sempoi. Selamat berjumpa lagi...
Maklumat lanjut mengenai Tadika/ Taska Al-Kauthar Eduqids :
ALAMAT | No. 2A, Jalan Bola Tampar 13/14 Section 13, 40100 Shah Alam Selangor Tel/Fax:
603-55244188
Facebook: AlKauthar Eduqids
Instagram :
@alkauthareduqids
1 PEMBERI ULASAN
Memang memberi inspirasi LeYa untuk melangkah kejayaan seperti beliau
BalasPadam