KEMPEN YEZ 2017 | BERZAKAT AMALAN MULIA SETIAP INSAN

by - Khamis, Disember 07, 2017


Assalamualaikum...

Salam sayang semua. Tahun 2017 sudah hampir-hampir penghujungnya. Sana sini pelbagai offer sale diadakan. Tapi shopping... shopping jugak jangan lupakan pada insan-insan yang memerlukan. Tunailah tanggungjawab kita berzakat. Sekarang ada satu program yang ingin Cheq Sempoi share pada semua. Program yang Cheq Sempoi maksudkan ialah program yang dianjurkan oleh pihak PPZ yang selalu memberi manfaat buat kita semua. Mereka tidak pernah lupa pada kita yang menjalankan tanggungjawab berzakat. Peluang ini juga untuk mereka yang ingin memberi zakat.


PPZ-MAIWP senantiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi para pembayar zakat dalam menunaikan tanggungjawab berzakat. Oleh yang demikian, Kempen Yez 2017 (Year End Zakat) dilaksanakan bagi menggalakkan umum berzakat sebelum berakhir tahun 2017. Kempen ini diadakan selama 1 bulan pada bulan Disember 2017 bermula 1 Disember 2017 hingga 31 Disember 2017.

Bersempena dengan kempen ini, 11 kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember 2017 termasuk cuti umum. dari jam 8.15 pagi - 4.45 petang. Pada tarikh 26 – 31 Disember 2017 pula, kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga jam 8 malam.

Pelbagai keistimewaan yang bakal diperolehi para pembayar zakat iaitu pemberian cenderahati  khas di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP  iaitu CD  MAU’ IZATI oleh  Ustaz   Ahmad  Dusuki  Abd  Rani, Kalendar Meja 2018, yang turut mengandungi jadual waktu solat, Buku Siri Rukun Islam yang akan diberikan kepada para pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ-MAIWP.

PERADUAN

Dapatkan hadiah cabutan bertuah bagi para pembayar zakat di kaunter PPZ-MAIWP dengan 1 cabutan bertuah setiap hari dari tarikh 1 hingga 29 Disember 2017 dan 20 cabutan bertuah pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017.

Turut ditampilkan, maskot Omar dan Hana (siri kartun terbitan ASTRO) untuk memeriahkan lagi suasana di kaunter Shamelin Perkasa pada 30 dan 31 Disember 2017.

Bagi yang tidak berkesempatan membayar zakat di 11 kaunter PPZ-MAIWP pula, umum boleh menunaikan zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP dengan melayari www.zakat.com.my dan berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan.

'PPZ-MAWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'

Untuk makluman lanjut sila hubungi : 
                  Talian Zakat 1-300-88-5757                                                                 

You May Also Like

4 PEMBERI ULASAN

  1. Tunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam dengan berzakat kerana dapat menyucikan hasil yang kita peroleh dan lebih bertambah-tambah rezeki yg akan diperoleh..

    BalasPadam
  2. moga ada keberkatan dalam rezeki yang kita terima jom bayar zakat

    BalasPadam
  3. Bagusnya kempen Ni, online pun bole berzakat dah. X de alasan x berzakat tau

    BalasPadam