[vBarista] Memperkenalkan Mesin Layan Diri Berteknologi Canggih Masa Kini

by - Isnin, Mac 05, 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera... 

Baru-baru ini Cheq Sempoi telah menghadiri satu event yang sangat merujakan Cheq Sempoi dan Anak-anak iaitu dalam memperkenalkan satu produk baru dari Italy dan sangat tercanggih masa kini. Produk yang Cheq Sempoi maksudkan ialah Mesin Kopi layan diri  tanpa tunai. 


Cheq Sempoi bersama Manager Mesin Layan Diri
SEJARAH MENGENAI MESIN LAYAN DIRI

Mesin layan diri telah lama dimulakan Sejak abad ke-19. Menawarkan kemudahan kepada pengguna, tetapi juga memberi para usahawan satu platform untuk membuat keuntungan. Bergerak dari mula menggunakan duit syiling hingga mencapai kemajuan teknologi, mesin layan diri semakin canggih. Hari ini, dengan adanya mesin bayaran tanpa tunai. Salah satu ciri terkini ialah penerimaan Kod QR menggunakan telefon pintar.



Berdasarkan kajian yang dijalankan pengguna terus meningkat di seluruh dunia, dan dimanfaatkan oleh jenerasi kini. Kedai-kedai kopi khusus semakin berkembang di Malaysia, mempromosikan brand dan kepakaran mereka tersendiri kepada penggemar kopi. Manakala minuman mesin layan diri telah menyediakan pelbagai jenis minuman termasuk kopi dalam tin, keperluan dan keinginan penggemar kopi yang menikmati minuman segar terus ditangani. 

PILIHAN DAN PERMINTAAN JENERASI TERKINI

vBarista maya kini memenuhi citarasa terkini, sebagai mesin layan diri kopi tanpa tunai yang diperoleh dari pengeluar Itali, vBarista membuat kopi segar, kopi untuk pelanggannya, dengan harga yang berpatutan antara RM3 hingga RM6. Biji kopi yang digunakan untuk minuman ini adalah dari Caffe Vergnano, roaster kopi tertua ltalian, yang terkenal dengan campuran unggul menggunakan bahan mentah terbaik yang dipanggang dalam kaedah tradisional yang lama. Penggemar kopi yang ingin menikmati minuman ini hanya dengan memuat turun Kod QR dari laman web vbarista.com. Hanya log masuk, pilih minuman yang dikehendaki, kemudian kod QR yang disediakan, dan tunggu kopi anda disampaikan. Top up boleh dilakukan dengan debit kad atau kad kredit. vBarista menyajikan kopi berkualiti tetapi berpatutan. Bagi memastikan kualiti kopi, serbuk kopi akan diisi semula setiap dua hari.

INOVASI ADALAH KONSEP UTAMA vBARISTA DARI MESIN LAYAN DIRI KE BIJI KACANG KOPI HINGGA DIBANCUH MASUK KE DALAM CAWAN

Inovasi adalah konsep utama vBarista, dari mesin menjadi kacang hingga terhidang didalam cawan. Untuk kemudahan para pelanggannya, vBarista menggunakan kod QR mudah menyelesaikan transaksi, tanpa memerlukan wang tunai. Ini mengelakkan bahaya yang berkaitan dengan membawa wang tunai, seperti mengundang risiko dirompak, serta menghalang penggunaan wang palsu. Dengan kos permulaan dan operasi yang lebih rendah berbanding kedai fizikal, dan kemudahan mobiliti, vBarista boleh dipasang di hampir mana-mana lokasi, yang membolehkan penggemar kopi berebut Moccaccino, Caffe Latte atau mana-mana minuman lain dengan cepat dan mudah.


DENGAN HANYA 6 LANGKAH MUDAH, ANDA AKAN MENIKMATI AROMA KESEGARAN KOPI SEBENAR DENGAN PENUH NIKMAT

Hanya dengan 6 langkah mudah Anak-Anak Cheq Sempoi pun boleh membuat sendiri kopi yang mereka suka. Selain kopi, Anak-anak Cheq Sempoi mencuba susu segar dan organik soya. Cheq Sempoi tumpang sekaki rasa. Ohhhh... sungguh nikmat dan sedap. Jom  cuba 6 langkah mudah di bawah







Kemudahan Tong Sampah
vBarista juga mesra alam dengan menyediakan tong sampah bagi menjaga kebersihan setiap kawasan tempat mesin kopi mereka. vBarista kini boleh didapati di beberapa lokasi di Lembah Klang dan tidak lama lagi  akan dilancarkan di lebih banyak lokasi dimasa akan datang. Di lokasi sekitar Lembah Klang adalah di :
  • Bursa Malaysia
  • Mall 14 Seksyen 14 PJ
  • BAC Vsa PJ
  • Dewan ATM Sogo 
  • Matrade MEEC Level 2 

JOM KITA NIKMATI KOPI SEGAR DARI MESIN BAYARAN TANPA TUNAI TEKNOLOGI TERKINI DENGAN HARGA PROMOSI RM2.99 BERHAMPIRAN ANDA. SEMOGA MENJADI SUATU KEMUDAHAN YANG DAPAT DIMANFAATKAN OLEH KITA SEMUA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MAJMUK!!!

Untuck maklumat lanjut, sila layari :
Atau

You May Also Like

1 PEMBERI ULASAN