Sambil Belayar | Berbuka Puasa | Secara Eksklusif Di Dalam Boat Cruise Tasik Putrajaya

by - Jumaat, Mei 11, 2018



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah... tidak pernah terlintas dan terpikir yang Cheq Sempoi akan menikmati satu memori terindah dapat belayar 1 jam 30 minit dalam Boat Cruise Tasik Putrajaya  dengan hidangan menu berbuka puasa yang sangat sedap dan lazat pada 18 April yang lalu. Pengalaman berbuka puasa yang berbeza, eksklusif, unik dan mewah. Bawalah keluarga, rakan dan orang tersayang anda berbuka puasa di Cruise Tasik Putrajaya (CTP).



Cheq Sempoi berkesempatan menikmati Preview Ramadhan Berbuka Puasa Secara Eksklusif Di Cruise Tasik Putrajaya (CTP). Pengalaman pertama Cheq Sempoi menaiki  Boat Cruise Tasik Putrajaya memang sangat teruja sekali dengan hati yang berbunga-bunga. Apa taknya hati berbunga-bunga? Sesampai je Cheq Sempoi ke Pelabuhan Tasik Putrajaya, Cheq Sempoi dan rakan media yang lain disambut dengan penuh ramah dan hormat oleh staf yang bertugas masa tu untuk masuk ke dalam Boat Cruise.


BERBUKA PUASA SECARA EKSKLUSIF MENIKMATI IFTAR FI SOFINA

Sempena bulan Ramadhan ini, Tasik Putrajaya akan mengadakan Iftar Fi Sofina.  Apa yang di maksudkan Iftar Fi Sofina?  Iftar Fi Sofina ialah dalam bahasa arab ia bermaksud Iftar di dalam cruise/kapal. Di samping Iftar Fi Sofina, Marina Putrajaya Sdn. Bhd. (MPSB) turut menawarkan Pakej Seminar atau Mesyuarat dan berbuka puasa sama ada di CTP, Marina Putrajaya (MP) atau Bora Ombak Marina Putrajaya (BOMP) dengan harga yang amat berbaloi juga iaitu bermula dengan RM100.00 seorang.


HARGA PROMOSI EARLYBIRD | Iftar Fi Sofina di CTP Murah Dan Berbaloi. Dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM120.00 bagi dewasa dan RM75 bagi kanak-kanak dan warga emas bagi harga promosi earlybird, para pelanggan akan dibawa menyelusuri Tasik Putrajaya sambil menikmati suasana malam Putrajaya yang nyaman dan menyegarkan.

Harga Iftar Fi Sofina di CTP adalah lebih rendah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk merasai pengalaman Ekskusif dan unik ini.  Tawaran promosi ini adalah bagi pelanggan yang membuat tempahan awal sehingga 16 Mei 2018 sahaja.  

Selepas tarikh | ini ia akan dijual kepada asal iaitu RM145.00 bagi dewasa dan RM 77.00 bagi kanak-kanak dan warga emas.




MENU-MENU YANG MENYELERAKAN SERTA MENAMBAT HATI 

Terdapat lebih dari 30 sajian pilihan yang menyelerakan untuk dinikmati sambil berlayar selama 1 jam 30 minit antaranya :
  • Kambing panggang
  • Ayam goreng berempah
  • Daging Guai Kawah
  • Mee Goreng Ayam
  • Sate Ayam dan Daging
  • Pelbagai kuih muih tradisional melayu
  • pencuci mulut
  • Dan lain-lain lagi







Menu lain yang berkonsepkan sama ada Fusion Oriental, Middle Eastern atau Muhibbah turut di tawarkan bagi pelanggan yang inginkan kelainan.


Ketua Pegawai Eksekutif MPSB, Dato' Zaharah Salamat berkata :"Setiap tahun pasti akan ada kelainan dari segi pilihan juadah dan konsep masakan yang kami tawarkan untuk Iftar Fi Sofina kerana kami memilih panel catering yang berlainan setiap tahun untuk bekerjasama dengan kami", kata beliau.

TEMPAHAN AWAL ANDA DAPAT MEMBERI  SATU PELUANG KEEMASAN 

Setiap pelanggan juga akan mendapat sampul duit raya yang eksklusif dan kuih raya untuk dibawa pulang. Disamping itu, Pihak MPSB juga menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa pakej Love Boat bernilai RM350.00 kepada 5 orang pelanggan yang membeli Iftar Fi Sofina. Para pelanggan turut berpeluang menderma di mana MPSB akan menyumbangkan RM1.00 bagi setiap pakej yang dibeli kepada Rumah-Rumah kebajikan yang terpilih.

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI DALAM CRUISE TASIK PUTRAJAYA 
  • Ruang solat
  • Set Audio untuk Karaoke
  • Tandas yang selesa


Jom Cheq Sempoi kongsikan sedikit info mengenai Tasik Cruise Putrajaya ini :

Tasik Cruise Putrajaya ini juga merupakan salah satu produk pelancongan yang terdapat di Putrajaya dibawah kelolaan Marina Putrajaya Sdn Bhd dimana Marina Putrajaya Sdn Bhd merupakan subsidiari kepada Pulse Group (Putrajaya Leisure and Service Group Sdn Bhd)

Tasik Cruise Putrajaya ini dilancarkan padsa 30 Ogos 2003 setelah dirasmikan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. Mulai 2013, Tasik Cruise Putrajay ini telah menjadi subsidiari kepada Perbadanan Putrajaya.

Pelancong yang menaiki Tasik Cruise Putrajaya ini dapat menikmati pemandangan yang indah dan mendamaikan serta dapat melihat keunikan lebih 20 mercu tanda Putrajaya dari sudu yang berbeza .... dari tasik!
Antara bangunan dan mercu tanda yanga kan dijumpai sepanjang menaiki tasik cruise ini adalah Masjid Putra, Jambatan Seri Wawasan, Istana Darul Ehsan, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) dan Pejabat Perdana  Menteri.

Ada beberapa pilihan untuk bersiar dengan bot / cruise di Tasik Putrajaya ini iaitu :

  • Boat Sighseeing Cruise
  • Perahu Dondang Sayang
  • Perahu Lepa-lepa
  • Picnic Boat





Jika anda berpeluang naik CTP anda jangan lupa merakam kenangan anda di atas Cruise  Tasik Putrajaya anda boleh mengambil gambar pada permandangan yang sangat cantik.

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan bagi pakej Iftar Fi Sofina dan pakej Seminar atau Mesyuarat ini boleh menghubungi Jabatan Jualan di talian : 
Tel 03-88883359 atau boleh email kepada : 

Dan follow media sosial berikut untuk dapatkan info lanjut :



You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN