BUFFET RAMADHAN PILIHAN SEISI KELUARGA (SANTAI & OPEN AIR)

by - Isnin, Jun 12, 2017

ISNIN, 12 JUN 2017

Assalamualaikum dan salam sayang pada semua follower Cheq Sempoi. Dalam tidak sedar puasa kita dah masuk hari yang ke 17 Ramadhan, bermakna dah masuk fasa pertengahan puasa. Angkat tangan siapa yang dah ponteng puasa? hemmm... tak mau ponteng-ponteng puasa tau, sayang sangat. Tapi kalau dah terpaksa demi kesihatan atau masalah perempuan tak pe dimaafkan. Tapi pastikan ganti balik lepas ni. Ok lah, Cheq Sempoi tak nak cakap panjang lagi, kali ni Cheq Sempoi nak rekemenkan satu tempat berbuka yang sangat sesuai untuk seisi keluarga terutama yang ada anak kecil, yang sangat santai, tenang, kawasan luas dan pendek kata kawasan nya yang open air. Bertempat di Red Carpet Avenue, The Strand, Kota Damansara oleh fD'sajiMula-mula jom kita tengok pamplet harga yang ditawarkan.



fD'saji ada beberapa cawangan lagi yang boleh dilawati iaitu di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan Kajang Perdana Avenue, Kajang, Selangor.  

Sekarang jom kita layan mata pulak tengok suasana sekitar kawasan Red Carpet Avenue, fD'saji Kota Damansara.











Cheq Sempoi

 DECORATION GERAI-GERAI YANG MENARIK SERTA UNIK ALA-ALA SUASANA GERAI DIKAMPUNG SEDAP MATA MEMANDANG DIANTARANYA

 
GERAI AIS KRIM

GERAI ABC (AIR BATU CAMPUR)


GERAI MASAKAN MELAYU TRADISIONAL

GERAI MEE REBUS

WOW!!!
Ha... cantik kan suasana dan decoration gerai-gerai yang ada?
Ok ni yang paling Cheq Sempoi suka, kalau tak, masakan badan Cheq Sempoi "Bam, Bam"... Menu Buffet yang disediakan pun sedap-sedap macam masakan turun-temurun dari nenek moyang kita. Pendek kata macam mak kita masak kat rumah. Antara menu hidangan yang ada jom intai.

 SAYUR CAMPUR

 IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

 DAGING TETEL ASAM PEDAS

 MASAK LEMAK TELOR ITIK

 SUP DAGING

 DARCA AYAM

AYAM MASAK MERAH


DESERT ATAU PENCUCI MULUT PUN SANGAT MENARIK SERTA PELBAGAI JENIS AIR PENGHILANG DAHAGA WAKTU BERBUKA




ANTARA JUADAH YANG CHEQ SEMPOI MAKAN... TENGOK TU MERIAH SANGAT MEJA 
CHE SEMPOI & THE GENG










MUKA ADA HAPPY LA LEPAS MAKAN


Cheq Sempoi, nak syorkan kepada semua, jomlah berbuka puasa di Red Carpet Avenue, The Strand, Damansara yang pastinya semua akan gembira, berpuas hati, berbalo-baloi dan sangat sempoi. Berbuka dengan harga promosi atau ke Cawangan berhampiran dengan anda, seperti Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan Kajang Perdana Avenue, Kajang, Selangor. 


Untuk keterangan lanjut baleh lah layari :

Website : feldadsaji





You May Also Like

0 PEMBERI ULASAN