Pengalaman Menarik | Membeli-Belah | Di Jualan Runcit O2O Potboy | Bersama Fave Kredit

by - Selasa, Julai 31, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pengalaman Menarik Membeli-Belah Di Jualan Runcit O2O Potboy Bersama Fave Kredit

Baru-baru ini, Cheq Sempoi bersama keluarga menghadiri jualan runcit O2O Potboy Groceries yang diadakan di Jaya One Kuala Lumpur. Yang paling tak boleh move on pandai-pandai masuk Challege Nasi Pedas Gilerrr!!!. Menangis Cheq Sempoi dibuatnya. Anak lelaki Cheq Sempoi, Afiq pun masuk jugak pantang dicabar abahnya.


Ha?? Apa jualan runcit O2O Potboy Groceries tu??
Ok sebelum ni Cheq Sempoi pun tak tahu tapi pernah la dengar 'Potboy'. Kalau anda semua nak tahu mai Cheq Sempoi nak bagi tau.

Potboy | Cheq Sempoi mula dapat tahu mengenai platform ini melalui Facebook. Selepas Cheq Sempoi selidik... terkejut dengan harga yang ditawarkan, iaitu lebih murah daripada kedai runcit biasa. Dengan cara kaedah pembayaran tanpa tunai melalui 'FavePay', merupakan elemen yang menarik.

FavePay | merupakan aplikasi e-dompet pertama yang Cheq Sempoi muat turun dan daftar. Kebiasaannya Cheq Sempoi membeli-belah secara 'online' membayar menggunakan kad kredit atau debit kad je. Jadi, apa salahnya mencuba sesuatu yang baru. Memandangkan zaman era moden yang semua orang memiliki telefon pintar lagi bijaksana dengan penggunaan yang lebih mudah dan sepantas kilat. Menarik kan???.
Pelbagai Jenis Produk Barangan
Jualan runcit secara dalam sehingga luar talian (O2O) Potboy Groceries, yang pertama seumpamanya di Malaysia

Jualan selama tiga hari, mulai 6 hingga 8 Julai diadakan di P2, pusat beli-belah Jaya One di Petaling Jaya dari 10 pagi hingga 10 malam, dianjurkan oleh peruncit dalam talian dan mesra pengguna, Potboy Groceries dengan kerjasama platform pembayaran mudah alih, FavePay.



Pada hari berkenaan Potboy telah menawarkan diskaun sehingga 75 peratus dan pembayaran tanpa tunai. Kaedah pembayaran merupakan elemen yang sangat menarik perhatian Cheq Sempoi dan suami. Ternyata, FavePay merupakan aplikasi e-dompet pertama yang Cheq Sempoi muat turun dan daftar. Memandangkan pengalaman kali pertama menggunakannya dengan harganya murah, sudah tentu tidak melepaskan peluang untuk membeli banyak barangan keperluan harian dapur. Pihak Potboy juga menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma ke pintu rumah pelanggan.

Membeli-belah secara dalam talian adalah sesuatu yang amat mudah. Hanya dengan satu klik, malah aplikasi perbandingan harga bagi barangan keperluan harian dalam talian yang diperkenalkan Potboy, iaitu 'Hargapedia', membantu membandingkan dan menyelidiki harga serta produk. Pada hari berkenaan jugak sebanyak 40 jenama terkenal ada.... antaranya Coca-cola, Nestle, F&N, Hershey's, Homesoy, Brand's, Jasmine, MamyPoko, dan banyak lagi!!!.
Top 5 Yang Ke Last Challange Born Chili
Bersama Juara Challange Born Chili
Aktiviti yang paling win yang pertama kali Cheq Sempoi masuk dan rasanya macam sesumpah tak nak lagi join. Dengan berani Cheq Sempoi menyertai Food Challange Born Chili.... air mata, air hidung semua keluar kepedasan. Semangkuk nasi yang digaulkan dengan 3 sudu besar born chili lavel 10. Baru dua suap sudu nasi pedas, Cheq Sempoi dah menangis kepedasan dan stop. Produk dari negara jiran Indonesia ini semestinya dari yang HALAL.

Nampak kat situ ada gaya macam Champion!!! ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Jadi apa tunggu lagi cepat-cepat download aplikasi Potboy dan fave kemudian shopping dengan harga murah dan berbakul-bakul!!!.

Untuk maklumat lanjut dan ingin mengetahui promosi atau kempen terkini dari potboy?? Sila layari laman web potboy sekarang & Jom like & follow potboy di social media.

Sila layari :

LAMAN WEB | FACEBOOK | INSTAGRAM


You May Also Like

2 PEMBERI ULASAN

  1. Saya ingin menggunakan medium ini untuk mengucapkan terima kasih kepada perkhidmatan Direct Access Online untuk memenuhi janjinya dengan memberi saya pinjaman, saya terjebak dalam keadaan kewangan dan perlu membiayai semula dan membayar bil saya serta memulakan Perniagaan. Saya cuba mencari pinjaman dari pelbagai firma pinjaman baik organisasi swasta dan korporat tetapi tidak pernah berjaya dan kebanyakan bank menolak permintaan kredit saya. "jika anda perlu menghubungi mana-mana firma dengan merujuk kepada mendapatkan pinjaman dalam talian dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 3% dan pelan / jadual pembayaran balik yang lebih baik. Anda boleh menghubungi mereka melalui e-mel di {directaccesservice @ gmail.com} atau whatsapp @ +15754148400

    BalasPadam