• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Asalamualaikum dan salam sayang semua..
Hemm.. hari ni pasal food preview satu tempat yang sangat owesome memang semua patut pergi menikmati menunya yang sangat sedap. Cheq Sempoi sangat suka mee kari dan burgernya yang sangat lembut daging dan ayamnya. Mana lagi kalau bukan di The Hob, Bangi salah satu tempat syurga makanan.



Mempunyai minat yang mendalam dalam dunia masakan mendorong Puan Hajah Azilah Akashah membina The Hob Cafe bersama suami tercinta. Selain daripada menguruskan Butik Telekung Qasha yang juga milik beliau. The Hob Cafe juga merupakan satu kepuasan bagi beliau secara peribadi. Malah Puan Hajah Azilah mendapat dorongan dan sokongan daripada suami serta anak-anak tercinta menjadikan beliau berani dan kuat dalam menguruskan perniagaannya. 




Berkonsepkan hipster, nama The Hob itu sendiri adalah bermaksud dapur. Menu-menu yang disediakan mempunyai banyak pilihan iaitu homemade pattie burger, pasta, salad, sandwich, meetballs dan banyak lagi. Minuman segar dan menu ala cart juga ada.





Istimewanya menu2 disini adalah dihasilkan oleh kreativiti pemiliknya dan bahan2 yang dicipta sendiri. Jadi rasa dan cara hidangan disediakan adalah ilham dari beliau dan tidak sama dengan cafe2-cafe yang lain.


Kunjungan pertama Cheq Sempoi ke The Hob Cafe ni sangat menggembirakan. Cheq Sempoi sukakan konsep hiasan di dalam cafe yang dihiasi dengan letter art atau lukisan menggunakan kapur tulis. Pemilik memberitahu lukisan-lukisan tersebut dihasilkan oleh staff nya sendiri. Rasa sangat selesa bersantai-santai dengan kawan-kawan yang lain.



Terlalu banyak menu yang ada... Cheq Sempoi dan kawan-kawan decide untuk pilih menu burger, crispy cheeze panini dan mee kari. Kami oder setiap jenis dari menu kemudian makan secara berkongsi-kongsi...perghh memang sempoi, sampai tidak terkata kesedapan mee karinya...hemmm semua terasa tidak ada yang kurang.




Semasa menantikan hidangan sampai, Cheq Sempoi sempat intai-intai ke bahagian dapur cafe ni. Jelas boleh nampak Puan Hajah Azilah, chef dan staff-stafnya sama-sama menyediakan menu hidangan yang dipesan oleh pelanggan. 


Bila makanan terhidang apa lagi kami pun memulakan operasi .. makan time. Mee kari memang win. Sedap sangat, kuahnya tidak terlalu pekat tapi mampu memberikan rasa yang sempurna bila dimakan. Manakala bila diceduk ke dalam mangkuk, isi ayam dan daging tidak terlalu sarat tetapi cukup menepati rasa. Mesti cuba mee kari bila ke sini.


Sangat tidak sabar untuk merasai menu burger sebab semasa dihidangkan, mayonis dan sos tu nmpk meleleh ke dasar pinggan..aduh bisa buat jadi tidak keruan. Kawan Cheq Sempoi, Chantek potong burger-burger itu...hmmm lembut sangat mudah sangat untuk dipotong. Bila masuk ke dalam mulut, roti lembut, daging burger pun lembut dan basah meleleh. Memang sedap, best dan lazat burger di cafe ini dan lain dari yang lain.


Seterusnya adalah menu Crispy Cheeze Panini, menu yang mendapat permintaan yang tinggi di cafe ini. Roti diluar garing tetapi lembut di dalam. Keju dan chicken/beef slice di dalam hidangan ini sangat mewah. Sukar untuk diceritakan, pendek kata puas hati, sedap dan berbaloi.


So tunggu apa lagi bawak family dan kawan-kawan lepak kat The Hob Cafe, borak-borak, sembang-sembang, santai-santai sambil makan-makan kat sini. Confirm happy. Pada yang suka makan secara outdoor boleh datang ke Food Truck The Hob di lot parking PKNS, Bangi.




Untuk maklumat lanjut, layari :


FB : The Hob Cafe


IG : thehobmsia



Lokasi The Hob Cafe

5 - G - 01
Jalan Medan PB2A
Seksyen 9
Bandar Baru Bangi

Waktu Operasi




Share
Tweet
Pin
Share
2 PEMBERI ULASAN
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • RESTORAN NY STEAK SHACK ~ STEAK, BURGERS & SHAKES, SUNWAY VELOCITY MALL KL
    Rabu, 12 Julai 2017 Salam sayang semua, Rasa macam dah lama Cheq Sempoi tidak bersiaran. Maklumlah sibuk beraya sampai tak ing...
  • LIMPAHAN CHOCOLATE | DI MUSEUM CHOCOLATE KOTA DAMANSARA | DESTINASI MENARIK TAHUN 2018
    Assalamualaikum dan salam sayang semua... bersama Tim Propa Rangers kali ini sangat menggembirakan Cheq Sempoi dan anak-anak....
  • MURFEST 2017 | KEMAHIRAN FESTIVAL RETREAT BESAR URBAN ASIA TERBAIK
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua, Baru-baru ini Cheq Sempoi dijemput ke Majlis Jelajah dan Pengalaman Sambutan Kesejahteraan, M...
  • Kedamaian & Ketenangan Di Tengah-Tengah Kota Raya Kuala Lumpur, BBQ LAMB KEMENSAH KL Taman Dalam Bandar
    Asalamualaikum dan apa khabar semua??? Hari ni baru berkesempatan Cheq Sempoi nak share pada semua satu pengalaman makan di satu kawas...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • Sue Melati Beauty | Make up Artis Malaysia | Dengan Kecantikan Natural Kelembutan Semulajadi
    Kredit gambar : FB Sue Melati Beauty Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri dan bel...
  • BURGER 'NEGARAKU" SIMBOLIK SEMANGAT KEMERDEKAAN GENERASI XY, KELAINAN DAN KEUNIKAN MEMBERI 1000 MAKNA KEPADA PELANGGAN
    BurGer NeGaraKu Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua, Cheq Sempoi masih dalam semangat kemerdekaan yang baru saja berl...
  • Filem 'MALAY REGIMENT' Tersimpan Semangat PATRIOTIK KEMERDEKAAN Yang Kekal Abadi
    Salam Kemerdekaan buat semua...Follower Cheq Sempoi, Maaflah buat semua sebab agak terlewat Cheq Sempoi keluar bersiaran tentang File...
  • JUARA | POWER ANTABAX GRAFFITI DAN PERMAINAN WARISAN 'BANGKU SEKOLAH'
    JUARA Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Baru-baru ini Cheq Sempoi serta anak-anak mendapat jemputan dari Antabax Power Ma...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI