• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi



Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Baru-baru ini Cheq Sempoi telah di invite ke satu spa di area Kepong. Tidak disangka pulak kat situ ada satu spa menawarkan pelbagai perkhidmatan kecantikan tradisional dan kontemporari untuk membantu memulihkan minda dan badan. 
Spa yang Cheq Sempoi maksudkan ialah Amante Kepong @Metro Perdana. Dan lebih dari 7 cawangan seluruh KL dan Selangor, antaranya :

♢Taipan @USJ
♢PJ @Jaya One
♢Bangsar @Telawi
♢Kepong @Metro Perdana
♢Puchong @Bandar Puteri
♢Mont Kiara @Solaris
♢PJ @Aman Suria


Ditubuhkan pada tahun 2008, Amante telah berkembang dengan banyak cawangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. suasana yang tenang dan mesra serta ahli terapi kecantikan yang mesra dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman.


Amante Nail Spa & Body Care Kepong yang bersebelahan dengan Pasaraya Eon Big, dilengkapi dengan hiasan gaya elegan bergaya, lantai mahoni dan candelier yang romantik.

Sebaik Cheq Sempoi melangkah masuk pencahayaannya yang redup dan romantik menenangkan minda dengan bauan aroma serai dan memainkan muzik instrumental yang santai di latar belakang.




Amante adalah spa yang paling popular memberi perkhidmatan untuk rawatan badan yang luas, yang terdiri daripada urutan badan aromaterapi konvensional kepada limfatik eksotik rawatan slimming detoksifikasi saliran. Cheq Sempoi di syorkan memilih terapi minyak panas Amante selama 1 jam yang membantu mengurangkan rengangan otot dan sendi yang sengal-sengal serta meningkatkan peredaran darah di bahagian belakang dan kaki.



Bilik rawatan peribadi berhawa dingin yang mempunyai katil urut yang luas, rak mini dan beberapa penggantung untuk pakaian dan barang-barang pelanggan. Bilik yang membawa ketenangan sambil
memanjakan diri secara peribadi.

PRODUK YANG DIIMPORT DARI LUAR NEGARA TERBAIK DAN BERKUALITI TINGGI DARI BAHAN SEMULAJADI

Semua Produk yang digunakan telah diuji dan terbukti di peringkat antarabangsa untuk keselamatan dan keberkesanannya. Di import dari Australia dan Paris.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

♢signature therapy minyak panas
♢batu panas

♢spa badan (pevonia botanica)
♢detoxification limfatic drainage
♢perawatan pembentukan perut @tummy
    atau peha
♢rawatan muka (bellewave & Casmara
    mask)
♢spa kuku (opi, nail tek & essence CND)
♢rawatan muka

Sebelum memulakan massage. Cheq Sempoi diberi minum air teh herba panas sebelum dan selepas untuk rasa yang lebih segar dan selesa. Tujuannya untuk panaskan badan serta peredaran darah.


Ia adalah pengalaman yang luar biasa di Amante. Selepas berbual dengan beberapa pelanggan dan staf-stafnya, saya sedar bahawa penjagaan peribadi dan memanjakan diri adalah perlu, tidak hairanlah mereka terus datang kembali. Saya juga pasti akan kembali dan juga membawa rakan-rakan saya bersama. Kakitangannya yang sangat mesra dan ramah berkata Amante Kepong salah satu tempat manicure terbaik yang mempunyai teknik cara urutan yang lain dari yang lain. Salah satu sebab mereka terus bertahan memberi khidmat tanpa jemu.



Tugas mereka sangat lembut dan penuh berhati-hati ketika memotong kutikula anda yang mereka fikir adalah sangat penting kerana anda tidak mahu jari berdarah selepas sesi itu.

Urutan yang bermula dari kaki dan berpindah ke leher, terapi yang menggunakan gabungan minyak pati semulajadi yang mesra, pelbagai kaedah terapi batu panas yang sangat best, dan pukulan urut tisu dalaman untuk mengurangkan ketegangan dan otot terkumpul di dalam badan kita. Memandangkan dia menggunakan jumlah tekanan dan minyak semulajadi yang betul tanpa menyebabkan sebarang ketidakselesaan, ia cukup normal dan melegakan anda.


Begitulah rawatan yang Amante Kepong sediakan buat Cheq Sempoi. Badan terasa segar semula, cergas dan menghilangkan stress di kepala. Cheq Sempoi sangat teruja dengan teknik urutan mereka yang sentiasa dititik beratkan pada setiap staf.


Layari facebook Amante pada tarikh 12.12. Untuk merebut peluang dan membuat tempahan melalui media sosial mereka https://www.facebook.com/AmanteKesihatanDanKecantikan/ dengan harga promo RM1.20 untuk 300 pelanggan pertama selama 60 minit rawatan badan bersama batu panas yang sangat owesome.


Jom!!! cepat rebut peluang dan buat tempahan beramai-ramai 
pada tarikh  12.12 
(ingat tarikh tersebut)

Untuk maklumat lanjut sila layari :

Website : Amante.my
FB : Amante Kepong Nail Spa & Body Care
IG : amante_spa_kepong


Amante Spa Kepong @Metro Perdana
61A, Jln Metro, Perdana Barat 2, 
Taman Usahawan, Kepong Utara, 
52100 Kuala Lumpur

Customer Careline
012-3769911
Atau
0362590884
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • RESTORAN NY STEAK SHACK ~ STEAK, BURGERS & SHAKES, SUNWAY VELOCITY MALL KL
    Rabu, 12 Julai 2017 Salam sayang semua, Rasa macam dah lama Cheq Sempoi tidak bersiaran. Maklumlah sibuk beraya sampai tak ing...
  • LIMPAHAN CHOCOLATE | DI MUSEUM CHOCOLATE KOTA DAMANSARA | DESTINASI MENARIK TAHUN 2018
    Assalamualaikum dan salam sayang semua... bersama Tim Propa Rangers kali ini sangat menggembirakan Cheq Sempoi dan anak-anak....
  • MURFEST 2017 | KEMAHIRAN FESTIVAL RETREAT BESAR URBAN ASIA TERBAIK
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua, Baru-baru ini Cheq Sempoi dijemput ke Majlis Jelajah dan Pengalaman Sambutan Kesejahteraan, M...
  • Kedamaian & Ketenangan Di Tengah-Tengah Kota Raya Kuala Lumpur, BBQ LAMB KEMENSAH KL Taman Dalam Bandar
    Asalamualaikum dan apa khabar semua??? Hari ni baru berkesempatan Cheq Sempoi nak share pada semua satu pengalaman makan di satu kawas...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • Sue Melati Beauty | Make up Artis Malaysia | Dengan Kecantikan Natural Kelembutan Semulajadi
    Kredit gambar : FB Sue Melati Beauty Assalamualaikum dan salam sejahtera... Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri dan bel...
  • BURGER 'NEGARAKU" SIMBOLIK SEMANGAT KEMERDEKAAN GENERASI XY, KELAINAN DAN KEUNIKAN MEMBERI 1000 MAKNA KEPADA PELANGGAN
    BurGer NeGaraKu Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua, Cheq Sempoi masih dalam semangat kemerdekaan yang baru saja berl...
  • Filem 'MALAY REGIMENT' Tersimpan Semangat PATRIOTIK KEMERDEKAAN Yang Kekal Abadi
    Salam Kemerdekaan buat semua...Follower Cheq Sempoi, Maaflah buat semua sebab agak terlewat Cheq Sempoi keluar bersiaran tentang File...
  • JUARA | POWER ANTABAX GRAFFITI DAN PERMAINAN WARISAN 'BANGKU SEKOLAH'
    JUARA Asalamualaikum dan salam sayang pada semua... Baru-baru ini Cheq Sempoi serta anak-anak mendapat jemputan dari Antabax Power Ma...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI