• Home
  • About
  • Contact
  • lifestyle
  • foods
  • filem
  • education
  • PARENTING
  • sitemap
  • PRIVACY

Cheq Sempoi




Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Baru-baru ini Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu majlis yang sangat terkesan di hati Cheq Sempoi, iaitu majlis pelancaran 'save our rainforest race 2018' atau SORR 2018. Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu majlis sosial yang sangat sihat.

Penaja Utama UMW Toyota

Penaja Concorde Hotel
Sesi Q & A
SIDANG MEDIA DAN PELANCARAN 'SAVE OUR RAINFOREST RACE 2018'.

Ucapan perasmian dimulakan dengan bacaan doa seterusnya oleh Presiden PEKA Malaysia, Puan Sri Shariffa Sabrina menjadi tulang belakang utama yang menjayakan majlis tersebut sejak tahun 2013, adalah PEKA Malaysia (Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia), yang menjalankan khidmat sosial telah melancarkan secara rasmi Save Our Rainforest 2018 atau SORR 2018, iaitu edisi SORR kali ke 6 bertempat di Concorde Hotel Kuala Lumpur. Turut diadakan upacara penyerahan replika cek tajaan dari UMW Toyota dan Concorde Hotel.
Persembahan Istimewa Pentomin yang membawa tajuk "Cut Your Greed, Not The Green"

Oleh Pelajar-Pelajar dari Sekolah Cempaka

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan istimewa pentomin yang membawa tajuk "Cut Your Greed, Not The Green" juga Motto SORR 2018. Persembahan oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Cempaka merupakan kemuncak gimik pelancaran. Tetamu juga dihiburkan dengan persembahan khas "Khazanah Alam" iaitu lagu tema PEKA yang disampaikan oleh Bob Yusof (Bob AF).   

Tajuk Lagu : Khazanah Alam
Penyanyi : Bob Yusof (Bob AF)
Komposer : Bob Yusof & Saidful Hamdan El Huszien
Lirik : Bob Yusof & Norzahan Bahani
Penyanyi Latar : Bob Yusof, Nurul Shida Ee & Shieyla Ideris


NEGERI SELANGOR DIPILIH SEBAGAI TUAN RUMAH SORR 2018

Acara yang diadakan setiap tahun sangat menggalakkan dan tahun ini SORR 2018 dijangka akan mengumpul lebih 2000 orang peserta pelbagai peringkat dari seluruh negara dan menyasarkan penanaman sebanyak 1000 batang pokok hutan pelbagai jenis. SORR 2018 memilih Hutan Simpan Gading, Hulu Selangor, SELANGOR. Acara dijangka akan berlangsung pada 24 Mac 2018 akan datang. Untuk makluman semua, SORR telah diadakan dibeberapa negeri iaitu :


1) Tahun 2013 - Hutan Chamang Lipur, Bentong, PAHANG.
2) Tahun 2014 - Hutan Simpan Sungai Besi, KUALA LUMPUR.
3) Tahun 2015 - Hutan Lipur Kuala Woh, PERAK.
4) Tahun 2016 - Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson, NEGERI SEMBILAN.
5) Tahun 2017 - Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang, PULAU PINANG.


Menurut Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, Presiden PEKA Malaysia, "SORR 2018 kali ini akan melibatkan laluan sejauh 15 km bermula dan berakhir di Kem Pelangi Hill Resort dengan beberapa 'check point' yang akan terdapat pelbagai aktiviti menguji minda peserta dan pastinya memberi pendedahan kepada peserta-peserta terhadap kepentingan hutan hujan tropika di negara ini".

Di dalam ucapan beliau juga, Puan Sri menegaskan bahawa, "betapa pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan hutan bagi mengeimbangkan eko sistem dan iklim disamping menjadi kawasan tadahan air untuk kepentingan rakyat dan negara".

WAKIL-WAKIL DARI PARA PENAJA DAN TETAMU YANG HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS PELANCARAN SORR 2018

> UMW Toyota sebagai penaja utama.
> Concorde Hotel Shah Alam.
> Tanah Aina Sdn. Bhd.
> Women's Sports & Fitness Foundation Malaysia.
> Pembinaan C W Yap Sdn. Bhd.
> Pengarah Perhutanan Taman Eko & Hutan Taman Negeri.
> Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia & Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
> Pengasas & Mentor Sekolah Cempaka Dato' Freida Mohd Pilus.
> Penampilan istimewa Penyanyi Bob Yusof (Bob AF).

OBJEKTIF DAN VISI UTAMA SORR 2018

SORR 2018 kali ini seperti pada edisi-edisi yang lepas, objektif dan visi utama SORR adalah untuk mendedahkan dan memberi ilmu kepada peserta berkenaan penjagaan dan pemuliharaan hutan di negara ini. SORR 2018 bukan sahaja melibatkan laluan kawasan hutan sahaja tetapi turut melibatkan laluan di kawasan rekreasi Kolam Air Panas Kerling, Hulu Selangor.

Puan Sri Presiden PEKA mengharapkan,SARR 2018 menjadi platform kepada masyarakat khususnya golongan muda agar lebih menjiwai dan mempunyai kesedaran mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan hutan-hutan tropika di negara ini.

Seperti edisi SORR yang lepas, setiap pasukan yang ingin menyertai SORR 2018 akan terdiri dari 2 orang peserta dengan bayaran sebanyak RM80.00/ seorang atau RM160.00/ pasukan. 
Selamatkan Hutan Kita

Jomm!!! ramai-ramai kita sertai Save Our Rainforest Race (SORR) 2018, di Hutan Simpan Gading, Kerling, Hulu Selangor pada 24 Mac ini. Boleh mendaftar mulai sekarang melalui : 

Laman Web : www.PekaMalaysia.org

Facebook : www.facebook.com/pekamalaysia

Email : sorr2018@gmail.com
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tahun Baru Cina adalah hari istimewa yang ditunggu-tunggu oleh Masyarakat Tiong Hua. Selain angpau dan limau mandarin amat sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina. Masyarakat Tiong Hua juga akan mengenakan pakaian baru pada hari berkenaan sebagai permulaan tahun baru.

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Apa yang menarik bila sambutan Raya Cina ni ada makan besar, tarian singa dan yang pasti kunjung mengunjungi dan sebagai rakyat Malaysia memang ni la amalan kita mengunjungi sahabat atau mungkin saudara berbangsa Cina ni. Macam biasa bila tiba hari perayaan ramai memilih bershopping online Shopee.

Sebab apa? Sebab shopee adalah online kemudahan dihujung jari kita. Ini fakta bukan auta tau?.

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini.


Kempen Wang Bersama Shopee  fortune Ang Poa Shopee dengan hadiah lebih 1 juta dilancarkan sejak 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, dah semakin ramai orang Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee....lebih-lebih lagi dengan persiapan sempena Tahun Baharu Cina.

“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,”

Pakaian Wanita, Mobile & Gajet, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Kasut Wanita dan Beg Wanita dan ini la carian paling popular sempena Tahun Baru Cina bagi tahun 2018 ni tau. Betul kan?
Potongan harga dan promosi hebat untuk pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee pun dilanjutkan sehingga 25 Februari dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia.  Jadi kita boleh penuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini.  Jangan lupa, teruskan bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.

Sila layari :

Laman Web : www.shopee.com.my

Facebook : shopeeMY

Instagram : shopee_MY

Buat yang belum muat turun aplikasi PERCUMA Shopee tu buat la sekarang menerusi App Store atau Google Play


Mengenai Shopee

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah Syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. 

Untuk maklumat lanjut, layari: www.shopee.com.my
Share
Tweet
Pin
Share
No PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Buat pertama kalinya Cheq Sempoi sangat tertarik dengan pembungkusan yang sangat indah dari produk wangian Enchanteur terbaru. 

SET HADIAH ENCHANTEUR DENGAN WANGIAN PENUH KEINDAHAN

Minyak wangi memang sangat sinonim untuk wanita yang gemarkan haruman.  Bagi mereka yang biasa dengan hadiah seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah sudah sebati dan dianggap biasa. Cheq Sempoi rasa sudah tiba masanya produk Enchanteur memperkenalkan minyak wangi yang mengandungi wangian EDT dan lotion. Dan memandangkan hari kekasih jatuh pada bulan Februari ini. Pemberian wangian ini umpama memberi sejambak bunga yang mekar segar mewujudkan simbolik keintiman dan kemewahan kepada penerima hadiah.

Wow!!! Sweetnya... perasaan indah mekar kembali mengeratkan hubungan baik tidak kiralah pasangan kekasih, suami isteri, teman istimewa, adik beradik, ibu bapa dan anak malah hubungan antara pelajar dan guru.

PRODUK ENCHANTEUR

Produk wangian EDT Enchanteur memperkenalkan 5 set wangian yang tersendiri direka cantik, sesuai untuk semua jenis pemberian, samada hari valentine day, ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran, hari perayaan, anugerah pencapaian dan penghargaan.



Didatangkan dengan set EDT mini Enchanteur Paris masing-masing iaitu :

๐ŸŒธ BELLE AMOUR & MON AMIE

  • Mon Amie bermaksud my friend (sahabatku). Membuatkan aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran.
  • Belle Amour bererti beautiful love (keindahan cinta). Satu wangian yang didambakan seorang gadis impian.
  • Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar.
๐ŸŒธ MON AMIE & ADORE
  • Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang dan ceria si gadis.
  • Adore pula menggambarkan haruman gadis idaman yang comel.
  • Set hadiah ini sungguh menakjubkan sebab dapat meningkatkan mood anda. Sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan.
๐ŸŒธ MON AMIE
  • Mon Amie set didatangkan sama seperti set lain. Sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan (light & fresh) yang segar melembapkan kulit dalam pek size 100ml.
  • Kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan. Losyen yang diperkayakan dengan lidah buaya, portuiaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan melindungi kulit lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran uv. 
  • Di formulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan anda melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa.
๐ŸŒธ MON AMIE & CHARMING
  • Set wangian Mon Amie dan Charming berkongsepkan siang dan malam. Bagi mereka yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Sangat sesuai untuk individu yang periang dan mudah didekati.
๐ŸŒธ BELLE AMOUR & ROMANTIC
  • Romantic diilhamkan dari personaliti romantis seorang gadis. Set dalam kotak merah jambu.
  • Kedua-dua wangian menyenangkan ini menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama adalah berharga.
Anak Cheq Sempoi yang suka wangian dan aroma Enchanteur yang memukau
Produk Enchanteur yang bersaiz 15ml ini sangat sesuai dan mudah dibawa masuk dalam beg tangan. Harumannya yang terkemuka dan berkualiti diilhamkan dari Kota Perancis. Dan setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Semua aromanya memenuhi citarasa wanita.

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SET 
Set dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak).


ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET 
Set dijual pada harga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak).


Selain itu, ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SET dijual pada harga RM43.90 di Semenanjung Malaysia dan RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

Produk ini boleh didapati di seluruh negara seperti :
1. Kedai farmasi Watsons
2. Kedai farmasi Guardian
3. Kedai runcit utama
4. Laman membeli belah atas talian - LAZADA
Atau 
web: http://enchanteur.com.my/home/
FB : https://www.facebook.com/EnchanteurMY/

Share
Tweet
Pin
Share
4 PEMBERI ULASAN

Staf yang membantu Cheq Sempoi
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ini, Cheq Sempoi dijemput ke CoolBlog, Melawati Mall, KL. Semasa hendak masuk ke dalam kedai Cheq Sempoi sangat terkejut kerana sebelum datang Cheq Sempoi bayangkan CoolBlog adalah satu kiosk yang biasa kita jumpa. Tetapi kali ini CoolBlog membuat kejutan khas! untuk peminat-peminat Ais Blended.




Sempena tarikh 27 Januari 2018, Menandakan tahun ke-10 mereka dalam industri, CoolBlog membuka kedai pertamanya yang terbesar di Melawati Mall, KL. Sebagai jenama minuman berasaskan kiosk, Cool Blog kini telah melompat ke penjenamaannya dengan mendedahkan rupa baru, segar dan mempunyai konsepnya yang tersendiri. Bermula sebagai jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk telah menarik perhatian hati rakyat Malaysia dengan mencipta perisa tempatan dan global.






Penilaian Markah sedang dinilai oleh CEO Coolblog Melawati Mall
Lebih daripada 25 perasa minuman dan pencuci mulut dengan lebih daripada 300 variants produk. Kedai dan konsep baru yang bersaiz 973 kaki persegi ini boleh memberi keselesaan untuk menerima lebih ramai pelanggan. Ia mempunyai kelengkapan kayu dan bingkai sebagai asas kaunter utamanya. Warna merah jambu yang biasa telah berkembang dan kini merupakan kombinasi warna hitam dan merah jambu yang boleh dilihat di seluruh kedai. Skim warna baru yang dipasangkan dengan perabot yang rapi akan pasti memberikan anda rasa moden.

Orang ramai yang datang

"Kami melihat Melawati Mall sebagai lokasi terbaik untuk memulakan kedai perdana kami kerana lokasinya berada dalam kawasan bandar yang sibuk, dan selari dengan kepadatan pelanggan-pelanggan baru. Pusat membeli-belah ini sentiasa dikunjungi oleh pelajar, dan seisi keluarga di sekitar Lembah Klang dan ini adalah tempat yang sesuai untuk dimulakan. Kami juga terletak betul-betul di sebelah panggung wayang yang merupakan lokasi yang sempurna berdasarkan lalu lintas harian", kata Mr. Keith Loh, Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog Apps Sdn Bhd "Pembukaan kedai ini sebagai platfom untuk lebih maju mengembangkan pertumbuhan cawangan-cawangan lain dimasa akan datang. Kami juga memperluaskan perniagaan ke Malaysia Timur. Kami juga membuka peluang francais khusus untuk usahawan wanita, dan pelbagai perkara lain "tambahnya. 


Manager yang sangat friendly dengan staf

Cheq Sempoi tengah membuat aktiviti yang diadakan mencipta perasa air baru
CoolBlog juga menawarkan "minuman edisi terhad" bersempena dengan pembukaan kedai minuman ini yang boleh didapati dari sekarang dan hanya akan ditawarkan di Cawangan Melawati Mall KL sehingga 28 Februari 2018. Pada hari tersebut pihak CoolBlog telah membuat satu aktiviti bersama blogger jemputan iaitu "CoolBlog’s Exclusive Blogger Party". Sangat happy dan menjadi kenangan buat Cheq Sempoi kerana memenangi tempat kedua dalam aktiviti tersebut. Aktiviti mencipta perasa baru Ais Blended untuk CoolBlog. Ais Blended yang diberi nama "Durian ABC". Kalau nak rasa jemputlah ke CoolBlog Melawati Mall KL. 




Untuk makluman semua Cheq Sempoi berjaya mendapat tempat ke 2 pertandingan mencipta perasa air. Cheq Sempoi sendiripun sampai sekarang tidak percaya apa yang berlaku. Tapi menjadi kenangan indah bersama CoolBlog.



PENGENALAN MENGENAI COOLBLOG

Mengenai CoolBlog Jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk antarabangsa, CoolBlog berinovasi untuk mencari yang terbaik perisa tempatan dan global menggunakan ciptaan ais dicampur dan di blended. Kami mula-mula bermula di Malaysia dan Singapura dengan memperkenalkan lebih daripada 25 perisa minuman dan pencuci mulut dengan lebih daripada 30 produk variants. CoolBlog telah menggariskan pelan pertumbuhan tiga tahun untuk meningkatkan bilangan cawangan di pasaran tempatan dan antarabangsa hingga 500 kedai. Misi CoolBlog adalah untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dari semua lapisan masyarakat.


Untuk maklumat lanjut sila layari laman social media :

FB : http://www.facebook.com/coolblog.my/
Share
Tweet
Pin
Share
1 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

Senarai Blog Saya

  • Rina Zul
    Ketahui Siapa Bakal Pemandu Anda

Senarai Blog Saya

  • rinazul.com

MRS ROHANI (CHEQ SEMPOI)

kak Ani

Nama Rohani Md Tahir. Just panggil Cheq Sempoi. Asal Penang mari.. Menetap di KL. Mempunyai 3 cahaya mata. Blog dan Cheq tak dapat dipisahkan kini. Ikuti seterusnya di perkongsian blog Cheq. Untuk sebarang kerjasama boleh hubungi di : nurmusafiqani12@gmail.com


Search Here

Total Pageviews

ads

followers

Popular Posts

  • PROMOSI NIKMATI CITARASA KEENAKAN RAYA MEXICANA PANCAKE DI SELURUH CAWANGAN PANCAKE HOUSE
    SET RAYA MEXICANA PANCAKE & MINTY LIMAU RAYA   Jumaat, 23 Jun 2017 Assalamualaikum dan salam sayang semua, Buat pertama k...
  • RESTORAN NY STEAK SHACK ~ STEAK, BURGERS & SHAKES, SUNWAY VELOCITY MALL KL
    Rabu, 12 Julai 2017 Salam sayang semua, Rasa macam dah lama Cheq Sempoi tidak bersiaran. Maklumlah sibuk beraya sampai tak ing...
  • BURGER 'NEGARAKU" SIMBOLIK SEMANGAT KEMERDEKAAN GENERASI XY, KELAINAN DAN KEUNIKAN MEMBERI 1000 MAKNA KEPADA PELANGGAN
    BurGer NeGaraKu Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua, Cheq Sempoi masih dalam semangat kemerdekaan yang baru saja berl...
  • INNERSHINE MARINE COLLAGEN WITH KYOHO GRAPE JELLY YANG MENABJUBKAN
    Innershine Marine Collagen Essence Strip Cheq Sempoi Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kesayangan Cheq Sempoi. Semu...
  • MURFEST 2017 | KEMAHIRAN FESTIVAL RETREAT BESAR URBAN ASIA TERBAIK
    Asalamualaikum dan salam sejahtera semua, Baru-baru ini Cheq Sempoi dijemput ke Majlis Jelajah dan Pengalaman Sambutan Kesejahteraan, M...
  • Filem 'MALAY REGIMENT' Tersimpan Semangat PATRIOTIK KEMERDEKAAN Yang Kekal Abadi
    Salam Kemerdekaan buat semua...Follower Cheq Sempoi, Maaflah buat semua sebab agak terlewat Cheq Sempoi keluar bersiaran tentang File...
  • DATUMCORP LANCAR KEMPEN #DATUMHOMESFORALL" PEMAJU PERTAMA MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SOCIAL KORPORAT
    Assalamualaikum dan salam sejahtera... ๐Ÿ“ท Media Selangor Baru-baru ini | 6 Oktober 2018 Cheq Sempoi berpeluang menghadiri satu ma...
  • LANGKAHKU, LANGKAHMU, HYPERSHOE PILIHAN KAMI
    Asalamualaikum dan salam sayang buat semua, Apa khabar semua? Jom rapat-rapat dengan Cheq Sempoi nak bisik sikit pasal jualan k...
  • [ AWAS!!! ] DINOSAURS ALIVE ADA DITENGAH-TENGAH BANDAR RAYA KUALA LUMPUR
    Asalamualaikum dan salam sejahtera pada semua,  Apa khabar? terutama kepada adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun ti...
  • LAUNCH OF MISS SHOPHIA @ BBKLCC FIESTA & PELANCONGAN MALAYSIA "DEKAT JE CARNIVAL"
    Ass alamualaikum dan salam sejahtera semua yang Cheq Sempoi rindui.. KUALA LUMPUR, 25 Ogos 2017 - Perasmian Fiesta & Pelancongan ...

Blog Archieve

  • Januari (1)
  • September (1)
  • Ogos (2)
  • Mei (5)
  • Disember (4)
  • November (2)
  • Oktober (2)
  • September (1)
  • Ogos (4)
  • Julai (2)
  • Jun (5)
  • Mei (28)
  • April (7)
  • Mac (6)
  • Februari (8)
  • Januari (12)
  • Disember (11)
  • November (4)
  • Oktober (4)
  • September (6)
  • Ogos (7)
  • Julai (3)
  • Jun (9)
  • Mei (2)

blog list

Basic by ThemeXpose | Belongs To CHEQ SEMPOI